You are on page 1of 37

15 .

ANALISA DAPATAN

Data yang dikumpulkan akan dinilai dengan menggunakan soal selidik tingkah laku,
temubual, rekod anekdot, borang perekodan masa dan kekerapan serta pemerhatian
yang telah dilaksanakan terhadap murid sampel kajian. Berikut adalah dapatan yang
diperolehi melalui beberapa instrument.

15.1 BORANG SOAL SELIDIK TINGKAH LAKU DAN EMOSI

NAMA : Muhamad Nur Lukman b. Khamis TARIKH : 18 Jan 2010

KELAS : PK Inovatif 2

JENIS KURANG UPAYA : Autisme

1. Selalu 2. Tiada 3. Kadang-kadang

BIL Jenis Tingkah Laku 1 2 3


A. Agresif /
1. Hiperaktif /
2. Suka memukul /
3. Suka mencubit /
4. Cepat marah /
5. Suka berkelahi /
6. Suka bertumbuk /
7. Suka mencederakan diri sendiri /
8. Suka mencederakan orang lain /
9. Suka merosakkan harta sendiri /
10. Suka merosakkan harta orang lain /
11. Suka mengejek kawan atau orang lain /
12. Suka mengganggu kawan /
13. Suka menjerit-jerit /
14. Membaling benda-benda kepada kawan /
15. Membaling buku dan lain-lain alat ke atas meja / lantai /
16. Menggoyang-goyangkan badan /
17. Mengetuk-ngetuk di tempat duduk /
18. Menyanyi, bersiul, dan ketawa sendirian /
19. Menggunakan bahasa kesat /
20. Cuba menonjolkan diri untuk menarik perhatian /
1. Selalu 2. Tiada 3. Kadang-kadang

BIL Jenis Tingkah Laku 1 2 3


B. Pasif
1. Hipoaktif (berdiam diri) /
2. Mengasingkan diri / bersendirian /
3. Suka berkhayal /
4. Suka membebel / berleter seorang diri /
5. Tiada keyakinan pada diri sendiri. Selalu kata “saya tidak /
boleh”
6. Mudah puas hati pada kerja yang kurang sempurna /
7. Tidak mahu mencuba sesuatu tugas baru yang dianggap /
susah
8. Mempunyai pergerakan yang lambat /
9. Memencilkan diri daripada aktiviti berkumpulan /
10. Lambat dalam menjalankan tugas /

31

BIL Jenis Tingkah Laku 1 2 3


C. Masalah Emosi dan Sosial
1. Suka menghisap jari /
2. Suka menggigit kuku /
3. Kelihatan sugul /
4. Merasa takut dan cemas /
5. Takut pada situasi baru /
6. Terlalu malu dan kurang bergaul /
7. Suka meminta perhatian /
8. Suka berbohong /
9. Suka mengambil barang orang /
10. Tidak suka berkawan /
11. Menyalahkan orang lain /
12. Keluar dari tempat duduk tanpa meminta izin guru /
13. Menggangu apabila guru bercakap /
14. Tidak boleh menerima orang baru dengan mudah /
15. Susah hendak bertenang dalam kelas selepas rehat /
16. Tidak memberi kerjasama pada orang lain /
17. Suka menceritakan perkara rekaan dan khayalan /
18. Tidak suka pada rancangan yang diatur /
19. Mengubah kerusi meja ke tempat lain tanpa izin /
20. Tidak bertindakbalas apabila berbual /

32

1. Selalu 2. Tiada 3. Kadang-kadang

BIL Jenis Tingkah Laku 1 2 3


D. Masalah Pembelajaran (kognitif)
1. Kurang tumpuan perhatian /
2. Tidak boleh menyiapkan kerja-kerja /
3. Tidak boleh ikut arahan /
4. Kurang daya ingatan /
5. Kurang kefahaman /
6. Kurang daya taakulan /
7. Lambat menyiapkan kerja dan terpaksa digesakan /
8. Kerja comot, tidak lengkap, dan tidak sempurna /
9. Tidak cukup perbendaharaan kata apabila menerangkan /
sesuatu
10. Tidak peka terhadap bising /
11. Tidak dapat menyesuaikan diri apabila terdapat bunyi bising /
12. Kebersihan diri tidak memuaskan /
13. Tidak boleh menulis huruf sendiri /
14. Tidak tahu menulis nama sendiri /
15. Tidak boleh membuat kerja dengan sendiri /

Borang Soal Selidik Emosi dan Tingkah Laku

33

15.2 Borang Rekod Anekdot

Pemerhati: Pn Supiah bt Mat yusof

Tarikh pemerhatian : 19 Jan 2010

Masa pemerhatian : 9.00 pg – 12.00 tgh

Nama pelajar : Muhamad Nur lukman b. Khamis

Penerangan tentang kejadian:

Muhamad Nur Lukman tidak melibatkan diri dalam aktiviti dalam dan luar kelas. Suka
bersendiri, bermain sendiri, kadang kala melarikan dari rakan dan guru serta menyorok
ditempat-tempat yang susah hendak dijumpai. Menunjukkan minat bukan pada aktiviti
tetapi pada guru yang menjalankan aktiviti. Sentiasa menyorok dibelakang guru dan
seakan berkepit dengan guru. Jarang berkomunikasi dengan rakan dan bahan
pengajaran yang guru sediakan. Kadangkala cuba untuk bermain dan terlibat dalam
aktiviti tetapi dengan kehadiran guru.
Hanya bermain dengan alatan yang diminati tetapi bermain sendiri seperti bermain
bola. Tidak mahu berkongsi alatan mainan dan suka menjauhkan diri dari rakan.

Penerangan tentang lokasi/ latar belakang kejadian :

Pemerhatian pertama dijalankan di dalam kelas dalam mata pelajaran Kemahiran


Manipulatif, Kemahiran Hidup dan Bahasa Malaysia.Pemerhatian kedua dijalankan di
luar kelas dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta aktiviti
kokurikulum.

34

Nota, cadangan dan langkah:

Hasil pemerhatian saya dapati Lukman tidak mempunyai kemahiran interaksi dan
kemahiran sosial kerana perasaan rendah diri serta tidak yakin dengan kebolehan diri
sendiri.

Langkah:

1. Menjalankan aktiviti berkumpulan samada di dalam atau luar kelas.

2. Pengajaran berpusatkan bahan dan murid supaya mereka boleh saling berinteraksi.

3. Memberi ganjaran kepada penglibatan yang aktif.

4. Mesra dan mudah didekati

5. Uruskan tingkah laku yang spesifik dan terkini

6. Bantu murid membuat penghakiman nilai tentang tingkah lakunya

7. Buat perancangan perubahan tingkah laku


8. Dapatkan komitmen murid untuk menjalankannya

9. Tindakan susulan untuk kesan keberkesanannya

10. Jangan menghukum murid dengan sikap negatif

Cadangan:

Faktor utama yang menentukan penguasaan kemahiran asas sosial kanak-kanak


autisme ialah guru. Dapatan ini menyokong kajian Dougen (1994) yang mendapati
penggunaan teknik pengajaran secara ‘incidental’ (incidental teaching) meningkatkan
kemahiran bertanya. Selain itu, guru dapat mengeksploitasikan minat dan kesukaan
murid dalam pengajaran.

Tandatangan: .........................................

35

15.3 LEMBARAN DATA PEREKODAN INTERVAL

Nama Murid : Muhamad Nur Lukman b Khamis

Tarikh Lahir : 01/11/2000

Kelas : PK Inovatif 2

Penilai : Pn Supiah bt Mat Yusof

Tingkah Laku yang direkod (TL sasar.an) : Suka bersendirian

Tandakan ( / ) bagi ya atau( x ) bagi tidak


TINGK
AH LAKU LOKASI
Sela masa Boleh Boleh Suka Aktiviti
berkongsi interaksi bersendirian Dalam kelas Aktiviti Luar
kelas
bahan dengan
rakan
8.00 -9.00 / / / /
pg
9.00-10.00 / / / /
pg
10.00-11.00 x / / /
11 – 12 tgh / / / /
12 – 1 tgh / / / /
Data Rekod Interval

36

Nota:

Catatan dibuat pada awal persekolahan, murid mula menjalani sesi persekolahan
setelah hampir dua bulan tidak berinteraksi dengan guru dan rakan.

( / ) menunjukkan domain tingkah laku suka bersendirian lebih kerap daripada


berinteraksi dengan rakan. Cuma sekali sahaja dalam satu hari menunjukkan interaksi
dengan rakan iaitu semasa rehat sahaja.
37

15.4 BORANG DATA PEREKODAN MASA( Pemerhatian Data Awal


Sebelum Intervensi)

Nama Murid : Muhamad Nur Lukman b Khamis

Tarikh Lahir : 01/11/2000

Kelas : PK Inovatif 2

Penilai : Pn Supiah bt Mat Yusof

Tingkah Laku yang Direkod : Suka Bersendirian

Tarikh : 19 Jan – 22 Jan 2010

Tempoh masa : 2 jam bagi setiap hari

Masa 8.30-9.30 9.30-10.30 10.30-11.30 11.30-12.30 Jumlah


Hari pagi pagi pagi tengah hari (x)
ISNIN
19 Jan 10 2 1 0 3 6
SELASA
20 Jan 10 1 1 1 2 5
RABU
21 Jan 10 2 2 1 0 5
KHAMIS
22 Jan 10 3 2 2 1 8
JUMAAT
23 Jan 10 1 2 2 2 7
Data Perekodan Masa

Nota: Data diatas menunjukkan kekerapan domain tingkah laku sasaran yang
dilakukan oleh Lukman pada awal persekolahan.

38

15.5 Borang Pemerhatian Data Awal Semasa Intervensi Tingkah Laku


Sasaran( Suka Bersendirian)

Masa 8.30-9.30 9.30-10.30 10.30-11.30 11.30-12.30


Hari pagi pagi pagi tengah hari Jumlah
ISNIN
25 Jan 10 1 1 0 1 3
SELASA
26 Jan 10 0 1 0 1 2
RABU
27 Jan 10 0 1 0 1 2
KHAMIS
28 Jan 10 1 1 0 1 3
JUMAAT
29 Jan 10 1 0 0 0 1
Data Perekodan Masa

Nota:

Semasa menjalankan intervensi murid memberikan kerjasama yang baik walaupun


pada mulanya agak sukar dilakukan.
Pada setiap perubahan tingkah laku sasaran dibantu oleh guru, pembantu pengurusan
murid dan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Hasil pemerhatian murid hanya berminat semasa aktiviti berkumpulan dimana ahli
kumpulannya tidak ramai memadai 2 atau 3 orang sahaja kerana Lukman sangat
memerlukan perhatian dan bimbingan bagi meningkatkan motivasi diri.

39

15.6 Borang Pemerhatian Data Awal Selepas Intervensi Tingkah Laku


Sasaran( Suka Bersendirian)

Masa 8.30-9.30 9.30-10.30 10.30-11.30 11.30-12.30 Jumlah


Hari pagi pagi pagi tengah hari
ISNIN
2 Feb 10 1 1 0 1 3
SELASA
3 Feb 10 1 1 0 1 2
RABU
4 Feb 10 0 1 1 1 3
KHAMIS
5 Feb 10 1 0 1 1 3
JUMAAT
8 Feb 10 1 0 1 1 3
Data Perekodan masa

Nota:

Selepas intervensi didapati tingkah laku sasaran berlaku semula sekiranya murid tidak
minat dengan aktiviti guru dan tidak mendapat perhatian sepenuhnya dari guru.

Ini bermaksud murid ini sentiasa memerlukan motivasi yang berterusan.


40

15.7 Borang Pemerhatian Kekerapan Tingkah Laku.

Domain Tingkah Laku (suka bersendirian)

SEBELUM TERAPI SEMASA TERAPI SELEPAS TERAPI


TARIKH KEKERAPAN TARIKH KEKERAPAN TARIKH KEKERAPAN
18 Jan 10 6 25 Jan 10 3 2 Feb 10 3

19 Jan 10 5 26 Jan 10 2 3 Feb 10 2

20 Jan 10 5 27 Jan 10 2 4 Feb 10 3

21 Jan 10 8 28 Jan 10 3 5 Feb 10 3

22 Jan 10 7 29 Jan 10 1 8 Feb 10 3

Borang Pemerhatian Kekerapan Tingkah Laku

Nota:

Jadual di atas menunjukkan data kekerapan berlakunya domain tingkah laku sebelum,
semasa dan selepas terapi dijalankan. Rumusannya didapati murid cenderung
melakukan atau mengulangi tingkah laku tersebut selepas sesi terapi sekiranya
persekitaran yang ada tidak membantu meningkatkan keyakinan diri.
41

15.8 GRAF KEKERAPAN PERUBAHAN TINGKAH LAKU

Nota:

Graf menunjukkan perubahan tingkah laku sasaran iaitu suka menyendiri sebelum,
semasa dan selepas dijalankan terapi yang difikirkan sesuai.

Keseluruhannya menunjukkan murid tersebut sangat bergantung kepada bantuan guru


dan rakan serta bahan bantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Garisan biru menunjukkan tingkah laku sasaran sebelum intervensi
dijalankan.Garisan merah menunjukkan perubahan tingkah laku semasa intervensi
dijalankan.Garisan hijau menunjukkan selepas intervensi dijalankan kebarangkalian
murid mengulangi semula tingkah laku yang tidak diigini.

42

16. LAPORAN KAJIAN.

Pengurusan Tingkah Laku memerlukan kemahiran guru yang khusus dalam bidang
tersebut. Ia berlandaskan kepada prinsip-prinsip tertentu yang perlu dihayati dan
dipegang oleh guru. Antara perkara yang perlu guru ambil perhatian ialah prinsip
peneguhan, jenis pemerhatian, dan prinsip pengurusan tingkah laku.

Terdapat dua jenis pengurusan tingkah laku iaitu kaedah pengukuhan dan kaedah
pengurangan. Kaedah pengukuhan ialah memperkukuhkan tingkah laku (positive
reinforcement), shaping, token, modelling dan ganjaran. Manakala kaedah
pengurangan pula ialah pelupusan tingkah laku, penghapusan, time-out, hukuman atau
dendaan dan disensitisasi (desenstization).

Peneguhan

Peneguhan sangat penting untuk mengekal atau mengurangkan tingkah laku dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Semasa memberikan peneguhan, ganjaran yang
diberikan hendaklah sesuai dan berkesan. Peneguhan merupakan sesuatu objek atau
situasi yang dapat meneguhkan atau mengekalkan tindak balas atau kelakuan pada
masa kini atau memungkinkan peningkatan perlakuan pada masa akan datang.
Peneguhan yang diberi seharusnya sesuatu yang disukai oleh murid dan dapat
meransang penglibatan dalam aktiviti.

Jenis-jenis Pemerhatian
Pemerhatian yang pertama adalah pemerhatian yang boleh dikategorikan mengikut
tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan iaitu memerhati sesuatu perlakuan tanpa
membuat tafsiran (interpreation) dan tanggapan (judgement) iaitu melapor apa yang
dilihat sahaja dan menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa tetapi
membuat hipotesis yang diperolehi selepas menemu bual individu yang berkenaan.

43

Kedua, pemerhatian yang dibuat mestilah mengikut apa yang telah dirancang dan
secara “open-ended” iaitu menilai atau memerhati kemahiran tertentu, pengetahuan,
perlakuan atau sikap yang telah dikenal pasti serta menilai sesuatu yang wujud tanpa
dijangka atau di luar perancangan pemerhati tetapi relevan dengan objektif penilaian
tersebut.

Manakala, yang ketiga adalah pemerhatian untuk jangka pendek dan jangka panjang.
Pemerhatian yang dilaksanakan mengikut urutan dalam jangka masa berperingkat
supaya mendapat dapatan yang berkesan dan bermakna tentang perkembangan
proses atau peristiwa terhadap sesuatu tugasan.
44

17.PENAKSIRAN TINGKAH LAKU SASARAN KAJIAN.

Bagi kanak-kanak yang dikenalpasti mempunyai masalah tingkah laku, pemerhatian


akan dilaksanakan untuk mengetahui situasi sebenar kanak-kanak tersebut secara
semula jadi. Ia dilakukan secara tidak disedari supaya kanak-kanak tidak berpura-pura
di mana fokus pemerhatian adalah untuk mengetahui tahap kefungsian kanak-kanak
secara semula jadi tanpa diganggu oleh faktor-faktor lain. Penilaian boleh dibuat
semasa individu terlibat dalam aktiviti-aktiviti hariannya seperti bermain, bekerja dalam
kumpulan dan penglibatannya dalam aktiviti secara berkumpulan dan sebagainya.

David Lambert dan David Lines 2000, penaksiran adalah proses pengumpulan,
menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada
tugas pendidikan. Gearheat 1990, penaksiran adalah proses yang melibatkan
pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik sesuatu maklumat yang luas
berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian, keputusan klasfikasi dan
penenmpatan. Menurut Salvia dan Ysseldy 1978 . Penaksiran adalah proses
pengumpulan data dengan tujuan mengenalpasti dan mengesan masalah pelajar dan
membuat keputusan megenai pelajar.

Menurut Bailey dan Woldery 1992. Penaksiran adalah suatu proses mengumpul
maklumat bagi tujuan membuat keputusan . Mc Cluhen 1994. Penaksiran kanak-kanak
khas ialah proses sistematik mengumpul maklumat yang relevan bertujuan membuat
keputusan pembelajaran dan perundangan yang berkaitan dengan peruntukan
perkhidmatan khas. Penaksiran pembelajaran juga meliputi usaha memahami masalah
pembelajaran pelajar dan faktor-faktor yang memberi kesan kepada pencapaian
sekolah dan perkembangan diri murid dari berbagai peringkat umur.

Terdapat beberapa kaedah atau teknik yang boleh digunakan oleh pemerhati bagi
merekod tingkah laku murid. Antaranya adalah time-sampling, event/ frequency
recording, duration recording, interval recording, senarai semak, rekod anekdot dan
sekil kadar.

45

Selepas pemerhatian dan diagnosis dilakukan, Lukman didapati mempunyai pelbagai


tingkah laku negatif. Namun begitu, saya telah memilih satu masalah yang dominan
dimana tingkah laku ini kerap dilakukan oleh Lukman iaitu dia suka bersendirian atau
mengasingkan diri semasa aktiviti pembelajaran dijalankan. Lukman tidak
menunjukkan minat dalam masa pembelajaran . Sekiranya dipaksa dia cuma bertahan
beberapa saat sahaja kemudian dia akan menyorok atau berjalan-jalan sendirian.
Bermula dari masalah inilah menyebabkan masalah tingkah laku yang lain berlaku. Dia
kerap kali keluar ke kelas lain dan merayau-rayau secara sendirian . Dia masih
meneruskan tingkah laku tersebut walaupun telah ditegur oleh guru. Kekerapan
Lukman suka meyepikan diri boleh dirujuk pada data kekerapan pada data yang telah
dikemukan dalam laporan ini.
46

18. MODEFIKASI TINGKAH LAKU

Berikut adalah beberapa cadangan yang dikemukakan bagi mengurangkan masalah


tingkah laku sasaran:

Ganjaran

Ganjaran terdiri daripada 3 jenis iaitu:

a) Ganjaran primer

b) Ganjaran social

c) Ganjaran sekunder

Pembentukan

Juga dikenali sebagai shaping yang bermaksud pemberian pengukuhan kepada


perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pembentukan
perlakuan yang dikehendaki.

Pengasingan (time-out)

Murid-murid ditempatkan berasingan daripada kumpulan dan tidak terlibat dalam aktiviti
kumpulan sehingga tidak mengulangi tingkah laku bermasalah.

Dendaan / hukuman
Cara lama yang masih digunakan supaya murid tahu dan sedar akan kesalahan yang
telah dilakukan.

Penghapusan

Salah satu cara yang dijalankan untuk menghapuskan terus tingkah laku yang
bermasalah.

47

Modelling

Menggunakan watak-watak yang disukai, dihormati untuk diteladani oleh semua murid.

Kejelakan (satiation)

Membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukannya dan
berhenti sendiri daripada melakukannya

Bimbingan dan Kaunselling


Pendekatan-pendekatan kaunseling untuk membimbing murid yang menghadapi dan
menangani masalah tingkah laku.

Terapi.

Menggunakan muzik atau seni untuk ketenteraman emosi,anxiety dan melepaskan


perasaan yang tertekan.

Desensitization

Tindakan yang dijalankan secara beransur-ansur untuk menghilang rasa gugup atau
takut yang berlebihan.

Fading.

Mengurangkan tingkah laku atau ganjaran secara perlahan-lahan.


Prompting

Digunakan untuk mendapat ransangan tertentu yang dipilih sebagai tanda atau klu
kepada murid yang melaksanakan tingkah laku yang dikehendaki secara lisan, gerak
badan dan fizikal.

48

Penamatan/Pelupusan

Memberhantikan atau menyekat murid daripada terus melakukan tongkah laku negatif
secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku yang positif.

Kontrak Perjanjian

Persetujuan antara dua pihak atau lebih secara lisan atau sebaliknya. Murid
bertanggungjawab terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya
sekiranya murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan kesannya.

Token Ekonomi

Token diutamakan yang disukai, menarik, mudah untuk dibawa/dibahagikan, dan juga
sukar untuk dipalsukan. Contohnya stiker, hadiah dan sebagainya.
Dalam kajian ini saya cuba menjalankan beberapa teknik bagi mengurangkan tingkah
laku bermasalah terhadap Lukman iaitu suka menyendiri atau menyepikan diri.
49

19. RANCANGAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Nama Murid : Muhamad Nur Lukman b Khamis

Tarikh Mula : 18hb Jan 2010

Masalah Tingkah Laku : Suka menyendiri/menyepikan diri

Tarikh Lahir : 01/11/2000

Umur : 10 tahun

Pengetahun sedia ada : Suka merayau-rayau sendiri dan tidak boleh mengikut
arahan guru
Matlamat : Mengurangkan atau menghentikan sikap negatif dan boleh
berinteraksi dengan rakan semasa aktiviti pembelajaran
dengan tanpa rasa rendah diri

• Suka menyendiri dan menyepikan diri


Pemerhatian semasa aktiviti pembelajaran dijalankan.
Tidak berminat berinteraksi dengan rakan
dan bahan pembelajaran.
Tingkah laku yang hendak • Suka menyendiri
diuruskan
Tingkah laku sasaran • Boleh berinterkasi dan berkolaborasi
dalam aktiviti pembelajaran berkumpulan
tanpa rasa rendah diri.

Masa tingkah laku • semasa tiada sebarang aktiviti


dilakukan • semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
• semasa di kantin
• Murid tidak menunjukan minat berinteraksi
Sebab keutamaan dengan rakan dan guru.
• Murid tidak menunjukkan minat dalam
sebarang aktiviti pembelajaran.
• Murid kadangkala membuat tindakan luar
jangka contoh merayau-rayau sendiri.
• Murid tidak yakin dengan kebolehan diri
dan rasa rendah diri

Strategi atau kaedah • Sentiasa mengawal tingkah laku tersebut.


• melaksanakan aktiviti yang diminatinya
contoh sewaktu aktiviti terapi lokomotor
kasar.
• Memberi peneguhan negatif untuk
mengurangkan tingkah laku tersebut.
• menasihati murid supaya tidak
mengulangi tingkah laku tersebut
• memberi ganjaran seperti pujian jika
berjaya menghentikan tingkah laku
tersebut.
• Menggalakkan mereka belajar secara
berkumpulan supaya rakan lain berasa
selesa dan selamat dengannya.
• memperbanyakkan penggunaan bahan
bantu belajar supaya murid tidak berasa
bosan.
• Mempelbagaikan aktiviti dan kaedah
mengajar yang boleh motivasikan murid.
• Personaliti guru boleh mengurangkan
rasa rendah diri murid dengan selalu
berdamping dan berbual dengan murid.
Peneguhan • Positif
 memberikan ganjaran
 memberikan pujian seperti ”bagus”
atau ’baik”.
 Menggalakan penglibatan dalam
aktiviti kumpulan
 Selalu bertanya khabar dan berbual
dengan murid.
 Selalu berdampingan dengan murid
• Negatif
 Tindakan tanpa lisan
 Ketegasan guru

Daripada Rancangan Pengurusan Tingkah Laku diatas, saya telah mencadangkan dan
menjalankan aktiviti-aktiviti sebagai intervensi mengatasi masalah tingkah laku. Antara
cadangan yang saya jalankan ialah.
1) Terapi Muzik

2) Terapi Bukan Lokomotor Kemahiran Manipulatif

3) Tindakan tanpa lisan

4) Token Ekonomi

5) Pengurusan bilik darjah.

6) Personaliti guru

7) Aktiviti dan bahan pembelajaran.

52

19.1 Terapi Muzik

Subjek : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Aktiviti : Lokomotor Kasar

Tarikh : 18hb Jan 2010

Hari : Isnin

Masa : 8.00 – 10.00 pagi

Bil. Murid : 1 orang

Sasaran : Muhamad Nur Lukman


Sasaran Tingkah Laku : Suka menyendiri

Bahan Bantuan Terapi : Muzik

Cara Kerja
Langkah Aktiviti
1 Murid dikehendaki berkumpul bersama dengan rakan lain di satu kawasan
terbuka untuk menjalankan aktiviti.
2 Guru dan PPM mengambil tempat yang sesuai membantu murid-murid
menjalankan aktiviti tersebut.
3 Guru memberikan arahan dan peraturan sebelum aktiviti dijalankan.
4 Guru membantu murid melakukan pergerakan semasa muzik dipasangkan

5. Alatan tambahan lain seperti bola dan gelung boleh digunakan bagi
menjadikan aktiviti lebih menarik.

53

Gambar menunjukkan semasa Terapi Muzik hendak dijalankan. Muhamad Nur Lukman
mula menunjukkan minat dan turut ke hadapan bersama guru untuk menjalankan
aktiviti tersebut. Namun begitu tingkah laku itu tidak berkekalan. Lukman mula menarik
diri dan merayau-rayau bersendirian.
Murid sedang menjalankan Terapi Muzik dengan bantuan guru. Peranan guru sangat
penting berdampingan dengan murid dan membantu murid membuat pergerakan
bersama murid-murid lain tanpa rasa rendah diri. Aktiviti ini sangat membantu murid
merasa yakin dan seronok melakukan bersama-sama dengan guru dan rakan.

Keberkesanan aktiviti.

Muhamad Nur Lukman memberikan kerjasama yang baik sepanjang aktiviti dijalankan .
Walaubagaimanapun dia tetap memerlukan bantuan guru sebagai satu motivasi dan
rasa yakin diri bila melakukan aktiviti. Aktiviti ini perlu diulang lagi dengan penambahan
pelbagai alatan yang boleh dapat meransang Lukman dan terus melakukan aktiviti
tanpa bantuan guru.
Gambar menunjukkan aktiviti Terapi Muzik dalam berkumpulan dijalankan.

55

19.2 Terapi Bukan Lokomotor Kemahiran Manipulatif

Aktiviti : Terapi Bukan Lokomotor

Tarikh : 19 Jan 2010

Hari : Selasa

Masa : 8.00 am – 10.00am

Bil. Murid : 1 orang

Sasaran : Muhamad Nur Lukman


Sasaran Tingkah Laku : Suka bersendirian/menyepikan diri

Bahan Bantuan Terapi : 1) Tilam Gimnastik

2) Skittle

Cara Kerja Terapi

Langkah Aktiviti
1 Guru membuat demonstrasi cara melakukan pergerakan merangkak,
berguling dan membalikkan badan dengan betul.
2 Murid melakukan aktiviti secara bergilir-gilir dengan bantuan guru dan
pembantu

3 Guru meminta murid lain memberikan tepukan bila setiap orang selesai
melakukan aktiviti.
4. Murid berasa seronok dan cuba melakukan berulang kali

56

Gambar di atas dan bawah


menunjukkan Lukman
berminat mengambil
bahagian dalam aktiviti yang
mencabar dan boleh
bersama-sama dengan rakan-
rakan lain.
Keberkesanan aktiviti:

Muhamad Nur Lukman menunjukkan minat melakukan aktiviti terapi ini kerana ianya
agak mencabar dan murid diberi motivasi dan ganjaran bila dapat melakukan dengan
baik.

Selain daripada aktiviti terapi yang dicadangkan diatas, beberapa peneguhan yang
telah digunakan bagi mengukuhkan tingkah laku yang positif termasuklah token
ekonomi , time out, tindakan tanpa lisan.
58

19.3 Tindakan Tanpa Lisan

Merupakan salah satu teknik yang boleh mengubah tingkah laku yang positif. Merujuk
gambar diatas, guru melakukan aktiviti dimana sahaja agar Lukman turut berada
bersama seorang rakan lain menjalankan aktiviti pembelajaran. Tindakan guru
menarik tangan Lukman seakan satu paksaan bagi beliau untuk berada dalam aktiviti
pembelajaran.

Lukman boleh duduk dan melihat sahaja beberapa minit sambil memerhati kawan
melakukan aktiviti psikomotor halus. Sesekali Lukman seakan mahu membantu
rakannya. Saya berpendapat Lukman tidak rasa rendah diri dan menyepikan diri
sekiranya ahli dalam kumpulan itu tidak ramai. Lukman tidak perlu bersaing dengan
ramai rakan dia rasa lebih yakin sekiranya ahli kumpulan tidak ramai.

59

19.4 Token Ekonomi


Merupakan salah satu cara yang agak berkesan juga dalam kajian tindakan ini. Token
Ekonomi merupakan modifikasi tingkah laku yang dirancang untuk meningkatkan
tingkah laku yang diingini dan pengurangan tingkah laku yang tidak diingini dengan
pengunaan Tokens (tanda-tanda). Murid menerima token setelah menunjukan tingkah
laku yang diingini. Token dikumpulkan dan ditukarkan dengan suatu objek atau
penghargaan. Tujuan Token Ekonomi untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini
dan tingkah laku pengurangan diingini. Bagaimanapun, tujuan utama Token Ekonomi
untuk mengajar tingkah laku yang sesuai dan berketrampilan sosial yang positif.

Dalam kajian ini saya akan memberikan pelbagai hadiah seperti mainan atau alat tulis
sekiranya Lukman bersedia masuk ke dalam kumpulan untuk menjalankan aktiviti.
Selain daripada itu Lukman suka dipegang tangan dan beramah mesra dengannya .
Oleh itu setiap kali Lukman bersedia menjalankan aktiviti saya akan memujinya
dihadapan rakan-rakan lain dan memberikan token seperti yang dijanjikan.
TINGKAH LAKU TARIKH 8.00- 8.30 9.00 9.30 10.00– 10.30– 11.00-
DIINGINI 8.30 – – – 10.30 11.00 11.30
9.00 9.30 10.00
22/1/10 / / /
Boleh melakukan
23/1/10 / / /
aktiviti dalam
kelas tanpa 24/1/10 / / /
menyepikan diri
25/1/10 / / /
bersama dengan
rakan lain. 26/1/10 / / / /

Selain daripada strategi yang dicadangkan diatas , terdapat beberapa aspek yang perlu
diambi kira bagi membantu masalah tingkah laku. Saya berpendapat ianya juga sangat
penting dalam mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas.

60

19.5 MODELLING

Modelling adalah antara salah satu teknik yang saya rasa sangat berkesan bagi
mengubah tingkah laku sasaran. Ianya bermaksud murid akan meniru daripada orang
lain. Baik secara langsung ataupun tidak langsung. Teori seperti ini banyak wujud
dalam kehidupan seharian . Sebagai contoh kanak-kanak meniru watak-watak kartun
juga seperti “Batman”, “Superman”, “Power Rangers” hingga kadang-kadang boleh
mendatangkan kesan kepada diri mereka. Bagi mengatasi masalah ini saya
menggunakan konsep berkumpulan dalam menjalankan akitiviti. Ini bermakna semua
murid akan berkolaborasi antara satu sama lain semasa bermain. Kaedah berkumpulan
ini sangat sesuai bagi menarik Lukman melibatkan diri dan bergaul dengan rakan
sebaya .

Bandura menghuraikan konsep ini dengan menggunakan contoh. Beliau


menyatakan bahawa kanak-kanak yang mempelajari sesuatu tingkah laku dan
dipelajarinya juga bahawa tingkah laku itu tidak dilakukan dalam keadaan-keadaan
tertentu.

Menurut Bandura, proses modeling terdapat 4 tindakan yang mesti dilakukan iaitu:-
(a) Memberi perhatian kepada tingkah laku yang hendak ditiru itu, sama ada
secara visual, ataupun dengan deria-deria lain.

(b) Pemerhatian disimpan dalam fikiran.

(c) Melakukan tingkah laku berdasarkan apa yang dilihat, didengar, dirasa atau
sebagainya.

(d) Mendapatkan kepuasan, ganjaran, peneguhan apabila tingkah laku itu


selesai dilakukan.

Matlamatnya supaya murid dapat membuat perbandingan dan menunjukkan tingkah


laku yang baik melalui pemerhatian. Saya perlu memastikan tingkah laku yang tidak
baik yang ditiru dalam aktiviti kumpulan diberi teguran serta merta.

61

19.6 PERSEKITARAN BILIK DARJAH

Aspek ini sangat penting kerana ianya turut menyumbang kepada masalah tingkah
laku. Persekitaran di dalam dan luar kelas perlu di ambil kira supaya dapat mewujudkan
satu keadaan yang sangat selesa dan selamat bagi kanak-kanak. Ruang pembelajaran
yang disediakan sebenarnya mampu membantu perubahan tingkah laku. Bilik darjah
yang selesa perlu menyediakan ruang untuk bermain dengan selamat supaya murid
tidak berpeluang menunjukkan tingkah yang bermasalah bersama rakan sebaya.
Sepanjang sesi terapi dijalankan saya perlu mengambil kira beberapa aspek seperti
berikut:

a) Susunan kerusi meja yang boleh menggalakkan interaksi

b) Sudut – sudut pembelajaran yang menarik dan boleh mendorong kepada


interaksi dengan bahan.
c) Pengudaraan dan pengcahayaan yang sesuai dengan saiz kelas supaya murid
tidak rasa rimas dan tertekan.

d) Kedudukan kelas itu sendiri betul-betul strategik , jauh dari gangguan bising
supaya murid boleh memberikan tumpuan.

e) Kelas yang sentiasa bersih dan ceria boleh meransang murid dalam aktiviti.

62

19.7 PERSONALITI GURU

Personaliti guru sangat penting dalam mengurus tingkah laku murid. Perwatakan dan
empati yang ditunjukkan oleh guru memberikan keyakinan kepada murid untuk
menjalankan aitiviti. Sikap dan keperihatinan guru boleh menyebabkan murid
bermotivasi dan boleh melakukan aktiviti dalam kelas dengan yakin tanpa perasaan
rendah diri. Selain daripada itu kata-kata dorongan dan layanan baik yang diterima
sebenarnya boleh membantu menghapuskan / mengurangkan domain tingkah laku
sasaran. Stail guru menyelesaikan masalah yang timbul dirasakan adil memberikan
satu kepuasan kepada murid-murid lain.Antara beberapa perkara yang saya rasakan
perlu ialah:

a) Penggunaan bahasa yang sesuai dengan aras murid.


b) Guru mempunyai unsur-unsur kecindan

c) Sentiasa menunjukkan rasa simpati dan empati kepada murid

d) Perihatin dengan keperluan murid

e) Menghormati perasaan dan kehendak murid

f) Kreatif dan inovatif dalam proses pengajaran.

g) Mahir menangani setiap masalah yang timbul

63

19.8 STRATEGI DAN TEKNIK PEMBELAJARAN.

Guru perlu memastikan strategi dan pendekatan yang digunakan mampu menarik
perhatian murid dan mampu bertahan lama menjalankan aktiviti. Contoh aktiviti dalam
kumpulan seperti berkebun, pendidikan jasmani , muzik dan sebagainya. Strategi dan
teknik yang disusun menunjukan mesra budaya. Ini bertujuan dapat melibatkan semua
murid tanpa rasa pilih kasih. Murid yang merasa rendah diri dan suka mengasingkan
diri akan cuba mendekati kumpulan sekiranya aktiviti yang dijalankan sangat menarik
dan mencabar. Antara aktiviti yang boleh menarik murid ialah bercerita dalam
kumpulan dan pasangan serta bermain bongkah kerana belajar sambil bermain sangat
bermakna bagi murid-murid masalah tingkah laku. Banyak perkara yang saya rasa
dalam aspek ini boleh membantu mengubah tingkah laku sasaran. Antaranya ialah
seperti berikut:

a) Pengajaran berpusatkan murid

b) Aktiviti berkumpulan dan menggunakan konsep rakan sebaya

c) Kaedah belajar sambil bermain

d) Kepelbagaian aktiviti yang menarik

e) Penggunaan bahan bantu yang menarik dan fleksibel

64

20 . RUMUSAN

Kajian yang telah dijalankan memberikan satu kesimpulan bahawa Pengurusan


Tingkah Laku sangat penting ke atas seorang kanak-kanak bagi meningkat lagi tahap
keupayaan dan kebolehan mereka. Cadangan intervensi yang telah dikemukakan
memerlukan ulangan beberapa kali untuk menampakkan keberkesanannya terhadap
perubahan tingkah laku muird. Ada kemungkinan teknik dan bahan yang digunakan
tidak sesuai dan perlu digantikan dengan yang lain supaya dapat menarik minat murid
meneruskan aktiviti yang telah dicadangkan. Secara keseluruhannya domain tingkah
laku yang telah saya kemukakan mempunyai sebab yang munasabah kenapa ianya
berlaku. Antaranya ialah:

a) Murid tersebut adalah anak tunggal , jarang bergaul dengan kanak-kanak lain
kerana hobinya yang suka menghilangkan dengan senyap , maka itu ibunya
tidak membenarkannya kemana-mana tanpa ada orang kain menemaninya.

b) Perkembangan sosialisasi sangat terhad kerana sebab di atas, banyak


menghabiskan masa dirumah dan menonton television.

c) Jarang datang ke sekolah kerana masalah kesukaran bangun pagi.

d) Sekiranya datang ke sekolah suka memencilkan diri sukar untuk berbual


dengan rakan kerana masalah pertuturan yang di hadapinya.

e) Mempunyai rasa rendah diri dan pemalu yang menebal menjadi salah satu
sebab masalah tingkah laku.

Usaha untuk mengubah tingkah laku suka menyendiri itu telah memberi idea kepada
penggunaan teknik pemerhatian , rekod berskala dan rekod kekerapan sebagai satu
petunjuk kepada masalah tingka laku tersebut.

Hasil daripada semua catatan rekod tersebut mengesahkan lagi kebarangkalian


melakukan tingkah laku bermasalah seperti yang dibincangkan sangat tinggi sekiranya
usaha intervensi yang dijalankan tidak berkesan.

65

Antara cadangan – cadangan yang telah dilakukan untuk mengubah masalah tingkah
laku ialah Terapi Muzik, Terapi Lokomotor Kasar, Tindakan Tanpa Lisan , Token
Ekonomi, personality guru, perseitaran bilik darjah dan pendekatan pembelajaran yang
digunakan yang boleh menarik perhatian murid. Walaubagaimanapun segala usaha itu
perlu diulang beberapa kali supaya murid dapat melakukan latihtubi sebagai satu
pelaziman yang akhirnya dapat mengurangkan masalah tingkah laku sasaran.
Perubahan tingkah laku tersebut dapat dilihat apabila murid boleh melakukan tanpa
sokongan guru. Namun begitu kekerapannya agak berkurangan jika dibandingkan
semasa aktiviti dijalankan bersama guru.

Pada keseluruhannya saya berpendapat murid ini boleh menunjukkan perubahan


tingkah laku sekiranya latihtubi yang berterusan dijalankan. Sokongan ibubapa dan
guru sangat penting sebagai satu motivasi yang berterusan. Sesungguhnya kejayaan
itu bergantung kepada keikhlasan menjalankan sesi terapi tersebut. Ini kerana adalah
sangat sukar untuk menyakinkan seorang anak istimewa untuk menerima orang yang
tidak dikenali dalam kehidupan mereka.

Bandura dan Walters berpendapat bahawa kehidupan sehari-hari banyak tingkah laku
yang dipelajari melalui contoh, teladan, dan melalui bahasa. Seandainya tingkah laku ini
hendak dipelajari melalui Teori Pelaziman Operan atau Pelaziman Klasik maka sudah
tentu kita akan mengambil masa yang cukup banyak bagi menguasai semua tingkah
laku yang ada pada diri kita hari ini dan kita mungkin tidak akan mempunyai himpunan
tingkah laku sebanyak yang kita ada pada hari ini. (Amir Awang, 1989).

66

You might also like