You are on page 1of 1

MAKLUMAN AKTIVITI TAHUN 6 :

MAKLUMAN PEPERIKSAAN :

1) Peperiksaan Percubaan UPSR baru selesai. S/U Peperiksaan akan proses markah hari
ini.
2) Gambaran awal – 6A : 2 orang
3) Secara kasar, terdapat peningkatan pada semua subjek UPSR berbanding PPT
terutama Matematik.

MAKLUMAN DISIPLIN :

1) Disiplin murid agak membimbangkan. Perlu pantauan ibu bapa.


2) Segelintir masih tidak fokus, kurang adab dengan guru dalam kelas.
3) Yang banyak menimbulkan masalah dan melanggar disiplin adalah kumpulan pelajar
yang sama.
4) Antara masalah disiplin murid Tahun 6 :
- Ejek kawan, ejek nama bapak
- Bergaduh / Bergurau kasar
- Mulut agak lancang
- Tidur dalam kelas waktu guru mengajar
- Bila guru minta buat tugasan di whiteboard, x nak buat
- Lambat masuk kelas tambahan, bila dah sampai sekolah, keluar semula pergi ke
kedai
- Bawa telefon bimbit semasa hari Sabtu, selfie dalam kelas semasa guru
mengajar.
- X pandai isi masa lapang / waktu rehat
- Main – main ketika bacaan Yasin & Solat
- Suka ambil kesempatan
- Bercinta (bercouple)
- Homework x buat
- Condemn cikgu, doakan yang tak baik tentang cikgu
- Buat muka bila cikgu tegur

AKTIVITI AKAN DATANG :

- Solat Hajat & Bacaan Yassin Perdana (awal September)


- UPSR 2017
- Program Pasca UPSR

You might also like