You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

MENAIK TARAF SISTEM INTERNET TANPA WAYAR (WIFI)


SMK BANDAR T6

1.0 PENDAHULUAN

Projek pemasangan Rangkaian Internet Tanpa Wayar di Sekolah


Menengah Bandar T6 adalah bertujuan untuk memudahkan warga
pentadbir, guru dan murid memperoleh maklumat menggunakan
apaian intenet dengan teknologi Wifi. Proses capaian sedia ada
adalah sukar kerana pusat capaian yang terhad iaitu di tempat-
tempat tertentu sahaja seperti makmal komputer, pejabat dan pusat
akses sahaja.

Apabila sistem rangkaian tanpa wayar ini dinaik taraf, kita


menjangkakan seluruh sekolah akan dapat rangkaian untuk
mengakses internet termasuk kawasan-kawasan yang jauh dari
makmal komputer seperti bilik-bilik darjah yang berada di jauh dari
sumber internet.

Keperluan rangkaian internet yang mendesak juga memerlukan guru-


guru mengakses semasa PdP dijalankan juga memainkan peranan
penting untuk menaik taraf sistem ini. Pengajaran menggunakan Frog
VLE contohnya memerlukan sumber internet untuk melakukan
pengajara. Hanya dengan mewujudkan sistem rangkaian tanpa
wayar ini sahaja yang mampu mengatasi masalah akses internet di
kawasan sekolah.

2.0 OBJEKTIF

a. memudahkan warga pentadbir, guru dan murid memperoleh akses


internet di mana sahaja ketika berada di kawasan sekolah

b. memastikan agenda Kementerian Pendidikan iaitu pembelajaran


secara maya (Frog VLE) dapat dijalankan dengan lancar dan pantas
dengan bantuan kemudahan internet yang disediakan

c. memudahkan urusan pengurusan guru dengan maklumat semasa


yang harus disiapkan oleh pihak guru menggunakan akses online
seperti APDM, e-operasi, SSPS dan sebagainya.
d. menambah baik rangkaian yang sedia ada cuma beberapa
peralatan yang utama mengalami kerosakan harus di ganti.

e. Informasi terkini dapat diperoleh dengan lebih pantas oleh semua


warga SMKBT6

3.0 SASARAN PENGGUNAAN

Sasaran penggunaan sistem rangkian tanpa wayar ini adalah


seperti berikut:

 Pentadbir sekolah
 Guru
 Murid
 Kakitangan sekolah
 PIBG
4.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Berikut adalah peralatan dan anggaran perbelanjaan yang


diperlukan bagi melaksanakan naik taraf sistem internet tanpa
wayar (wifi) ini.

Harga
Bil Peralatan Seunit Jumlah (RM)
(RM)
1
TP-LINK 2 x 9dbi High
Power Wireless N WiFi 180 360
Router TL-WR841HP V3 (2
unit)
2
Dlink 16-Port Gigabit
Desktop Switch In Plastic 255 255
Casing DGS-1016A (1 unit)
3
Peralatan dan kos 385
pemasangan

JUMLAH KESELURUHAN 1000


5.0 SUMBER KEWANGAN

Cadangan sumber kewangan untuk menjayakan naik taraf Sistem


Internet tanpa wayar untuk SMK BANDAR T6 ini ialah diperolehi dari
KOPERASI SMK BANDAR T6.

6.0 PENUTUP

Adalah diharapkan pihak pentadbir sekolah dan Koperasi Sekolah


Menengah Kebangsaan Bandar T6 menimbangkan permohonan ini
untuk kegunaan semua warga SMK Bandar T6.

Disediakan oleh:

_____________________________
(EN IZUAN SHAH B ABDUL KARIM)
Penyelaras Bestari
SMK BandarT6

You might also like