You are on page 1of 5

BORANG TEMU BUAL DI JALAN SENTOSA 19, TAMAN NUSA DAMAI, 81700 PASIR GUDANG, JOHOR

BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG RESPONDEN

NAMA : Hasan Bin Ali


UMUR : 45 Tahun
ALAMAT : No:71, Jalan Sentosa 19, Taman Nusa Damai
PEKERJAAN : Pengurus Korporat BSN
JAWATAN : Pengerusi KRT Zon Sentosa, Taman Nusa Damai

1 Organisasi Taman Nusa Damai.

Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) - Zon Nusa Damai

2 Jawatankuasa Taman Nusa Damai.

Pengerusi - Timbalan Pengerusi - Fasa A,Fasa B, Fasa C, Fasa D


30 orang ahli KRT

Anggaran 2,000 pintu rumah

3 Sejarah pembangunan Taman Nusa Damai (Jalan Sentosa 19).


a) Tahun pembinaan.

Seawal tahun 2002.

b) Asal usul.

Pembukaan pada tahun 2002 adalah sebuah taman yang kecil dan penduduknya

tidak ramai. Apabila berlakunya pertambahan penduduk, permintaan untuk bangunan

makin tinggi. KRT bersama NGO dan JKZ membangunkan Nusa Damai dan berurusan

dengan pihak atasan mukum daerah dan negeri untuk mendapatkan peruntukkan-

peruntukkan infrastruktur yang sedia ada untuk membangunkan Zon Nusa Damai.

c) Adakah perubahan nama lain.


Tiada.

d) Peristiwa apa yang membawa kepada perubahan tempat ini.

Keinginan penduduk berserta dengan kerjasama Jawatankuasa Zon dan NGO-NGO

dalam Taman Nusa yang membangunkan dan menjadikan Taman Nusa Damai

dengan lebih baik yang tidak boleh dilupakan. Punca pembangunan Taman Nusa

Damai dengan pesat adalah tiada pergaduhan antara kaum atau peristiwa hitam.

e) Apakah proses pembinaan.

Proses pembinaan adalah secara berskala dan juga secara berperingkat-peringkat.

Bermula daripada Zon A sampai Ke Zon D selama 16 tahun, dari tahun 2002 sehingga

2018

4 Apakah perkembangan fizikal yang berlaku di kawasan Jalan Sentosa 19, Taman Nusa
Damai?

a) Jumlah penduduk.

Anggaran seramai 1,200 penduduk berfokus Zon Sentosa.

b) Peningkatan jumlah bangunan.

Sangat membangun dari segi infrastruktur di mana terdapat Sekolah Kebangsaan,

Sekolah Menengah Kebangsaan, surau, masjid, Sekolah Agama, kuil, tempat

beriadah, taman permainan, kedai-kedai runcit, restoran, gelanggang futsal, "highway"

baru dan pusat membeli-belah. Dari segi infrastruktur, terdapat bilik gerakan, pusat

komuniti, bangunan Tadika Perpaduan, bangunan KRT dan bangunan-bangunan

skim rondaan sukarela. Berbanding dari dulu hanya ada perumahan sahaja.

c) Penambahan dewan.

Tiada.
d) Penambahan masjid

Tiada.

e) Penambahan tempat permainan.

Tiada, tetapi ada pembaikpulihan taman permainan.


f) Penambahan sekolah.

Tiada .

5 Apakah jenis-jenis pekerjaan yang dijalankan oleh penduduk di kawasan Jalan


Sentosa 19, Taman Nusa Damai?

Kawasan ini bukan kawasan perindustrian, tetapi penduduk disini ramai yang bekerja

di Singapura, Johor dan Pasir Gudang. Penduduk sini juga ada yang berniaga secara

kecil-kecilan.

6 Adakah pernah melaksanakan gotong-royong?

Ya, kerap kali dan pada setiap bulan.

7 Aktiviti kemasyarakatan.

a) Rumah terbuka, majilis atau perayaan.

Ada. Perayaan Hari Raya Cina, Maulidur Rasul, Marhaban, rumah terbuka, majlis doa

selamat, majlis jamuan akhir tahun dan hari keluarga.

b) Sukan.

Ada. Pertandingan bola sepak dan futsal untuk orang dewasa.

c) Keagamaan

Ada. Melawat rumah yang kematian, doa selamat, majlis berkhatan dan majlis cukur

jambul.

d) Kebajikan

Ada. Melawat orang sakit dan memberi buah tangan dan memberi bantuan kepada

yang memerlukan seperti barang-barang dapur.

Terdapat Biro Sukan, Biro Agama dan Biro Kebajikan (kemasyarakatan, sumbangan,

lawatan dan kematian).

8 Jumlah penduduk di kawasan Jalan Sentosa 19, Taman Nusa Damai.

India-40 keluarga

Cina-200 keluarga
Iban-200 keluarga
Melayu-1, 560 keluarga
9 Adakah penduduk di kawasan ini mengamalkan sikap perpaduan?

Ya, sangat mengekalkan perpaduan kaum dan tiada pergaduhan kaum.

10 Apakah pekerjaan penduduk di kawasan Jalan Sentosa 19, Taman Nusa Damai?

70% - swasta

30% - kerajaan

11 Adakah terdapat aktiviti Rukun Tetangga?

Ya, sangat aktif dan mendapat sokongan dari penduduk Zon Sentosa.

a) Penubuhan Kejiranan Rukun Tetangga (KRT).

KRT ditubuhkan pada 2000 dan saya sebagai Pengerusi selama 8 tahun.

12 Adakah terdapat kes-kes jenayah di kawasan ini?

Ada, sangat sedikit tapi terkawal disebabkan KRT membuat rondaan pada setiap

malam hari Sabtu.

13 Berapa kalikah "Fogging" dijalankan di sekitar kawasan ini?

Mengikut laporan yang direkodkan dalam kawasan ini.

You might also like