You are on page 1of 24

Diterbitkan oleh:

Jabatan Keselamatan Jalan Raya


Aras 2, Blok D5, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62616 Putrajaya, Malaysia.

Dicetak dan diedar oleh:


Percetakan Zainon Kassim Sdn. Bhd. (106033-X)
No. 1 & 3, Tingkat Kilang, Kawasan Perindustrian Ringan Jelapang,
30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam bahan pendidikan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara
yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik,
mekanik, penggambaran semula, perakaman dan sebagainya, tanpa izin terlebih dahulu daripada pemegang hak cipta
dan/atau pihak penerbit, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia.

2
Perjalanan Selamat ke Sekolah
Aktiviti 1
Baca petikan berita di bawah dan gariskan maklumat penting.

Kanak-kanak Dua Tahun


Maut Dilanggar Bas
JOHOR BAHRU 29 Julai - Berkuasa Tempatan sepatutnya
Seorang kanak-kanak berusia menebang dan mencantas dahan-
dua tahun maut dilanggar oleh dahan pokok yang menghalang
sebuah bas sekolah yang dipandu penglihatan pengguna jalan raya.
laju di hadapan rumah mereka
di Taman Semarak Kasih hari ini. Seorang penduduk di taman itu
berkata, kemalangan kerap juga
Dalam kejadian kira-kira pukul berlaku kerana ketiadaan bonggol
2.00 petang itu, Koh Kok Leng jalan. Beliau menambah, Persatuan
dilanggar oleh bas tersebut setelah Penduduk Taman Semarak Kasih
dipercayai meluru keluar dari telah beberapa kali memohon
pagar rumah tanpa disedari oleh pihak Jabatan Kerja Raya untuk
ibunya. Ketika kejadian berlaku, membina bonggol jalan tetapi
ibu kanak-kanak tersebut berada permohonan itu masih belum
di dapur. Dia tidak menyedari pintu diambil tindakan.
pagar rumahnya terbuka.
Ekoran daripada kejadian
Menurut Ketua Polis Daerah tersebut, pihak polis menasihati ibu
Semarak Kasih, dahan-dahan bapa agar lebih berwaspada dan
pokok yang besar dan berjuntai mengawasi keselamatan anak-
di taman itu menghalang anak. Ibu bapa juga diingatkan
penglihatan pemandu bas. agar memastikan pintu utama dan
Keadaan tersebut menyebabkan pintu pagar sentiasa ditutup.
kemalangan berlaku. Pihak

5
Perjalanan Selamat ke Sekolah
Aktiviti Susulan
Secara berkumpulan, lakonkan dialog mengikut situasi di bawah.

Situasi A1
Lampu isyarat di hadapan sekolah anda rosak.
Laporkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Situasi A2
Jalan menuju ke sekolah anda berlopak-lopak.
Keadaan ini membahayakan pengguna jalan raya
terutamanya penunggang basikal. Hubungi pihak yang
bertanggungjawab untuk membuat aduan.

Situasi B1
Di kiri kanan jalan menuju ke sekolah anda terdapat
dahan pokok yang menghalang pandangan pengguna
jalan raya terhadap papan tanda jalan. Situasi ini
membahayakan pengguna jalan raya. Hubungi pihak
yang bertanggungjawab untuk membuat aduan.

Situasi B2
Kenderaan yang melalui taman di tempat tinggal kamu
sering dipandu laju kerana ketiadaan bonggol jalan. Hal
ini membahayakan penduduk terutama kanak-kanak.
Laporkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

7
Laluan Selamat ke Sekolah Menengah
Aktiviti 3(a)
Teliti peta dan sebutkan nama jalan dan papan tanda.
Peta

Jalan Melaka Jalan Hang Tuah

Sekolah
Tempat Menengah
Parkir Kebangsaan
Kereta Makhota

Sekolah
Kebangsaan
Peringgit
Jalan Mahkota

Anda di sini Lorong Murni

Jalan Permata
Jalan Solok Pantai Peringgit

Perpustakaan
Negeri

Hospital Tempat
Tun Razak Parkir
Kereta

Jalan Hospital

PETUNJUK

Lampu isyarat

Jejantas

Perhentian bas
Jalan Sultan
Kedai
Lorong Peringgit 2

Lorong Peringgit 1

Rumah
Sekolah Menengah
Kebangsaan Peringgit
Laluan kongsi

Belukar
Jalan Peringgit
Lintasan belang
Tempat Parkir Kereta

9
Kepentingan Undang-undang dan
Peraturan Jalan Raya
Aktiviti 5(a)
Baca petikan teks di bawah.

Undang-undang dan Peraturan


Undang-undang jalan raya ialah akta yang mewajibkan suatu
perlakuan di jalan raya. Peraturan jalan raya pula merupakan amalan
keselamatan yang boleh meningkatkan keselamatan pengguna semasa
di jalan raya.

Sebagai pejalan kaki, kita harus memilih tempat yang paling


selamat untuk melintas. Pastikan kita boleh melihat kenderaan dari
semua arah. Setelah memilih tempat yang paling selamat untuk melintas,
perkara yang wajar dan selamat dilakukan adalah dengan
mengamalkan lima langkah melintas. Pertama, berhenti dan undur
selangkah ke belakang. Kedua, lihat ke kanan dan ke kiri. Ketiga, dengar
arah bunyi kenderaan. Keempat, fikir sama ada selamat atau tidak.
Kelima, melintas dengan berwaspada. Selain itu, berjalan menghadap
trafik dan mematuhi arahan warden lalu lintas merupakan peraturan
yang boleh meningkatkan keselamatan kita semasa di jalan raya.
Perbuatan melintas jalan tanpa menggunakan jejantas merupakan satu
kesalahan di sisi undang-undang. Jika melintas di lintasan belang yang
terdapat kemudahan lampu isyarat undan, pastikan melintas hanya
apabila lampu isyarat orang hijau bernyala. Pengguna jalan raya tidak
digalakkan melintas di antara dua buah kenderaan yang diparkir.

Sebagai penunggang basikal pula, kita harus sentiasa memakai topi


keledar basikal untuk melindungi bahagian kepala daripada tercedera.
Menunggang di bahagian kiri jalan sealiran dengan trafik merupakan
perkara yang selamat dilakukan. Kita patut menggunakan isyarat
tangan apabila hendak membelok dan berhenti. Patuhilah semua
papan tanda semasa menunggang basikal di jalan raya.

Sebagai penumpang kenderaan, kita haruslah sentiasa memakai


tali pinggang keledar. Begitu juga jika turun dari bas, pastikan bas
beredar dengan sepenuhnya sebelum melintas jalan.

Semua pengguna jalan haruslah bertanggungjawab akan


keselamatan diri sendiri. Pastikan sentiasa memakai pakaian berwarna
cerah atau terang untuk meningkatkan kebolehlihatan pada bila-bila
masa. Undang-undang dan peraturan jalan raya haruslah sentiasa
dipatuhi.

12
Kepentingan Undang-undang dan
Peraturan Jalan Raya
Aktiviti 5(b)
Tandakan (✓) pada penyataan yang betul dan (✗) pada penyataan
yang salah berdasarkan teks.

Terdapat hanya satu langkah melintas jalan raya.

Penunggang basikal harus memakai topi keledar untuk


mengurangkan tahap kecederaan pada bahagian kepala.

Sentiasa memakai pakaian yang berwarna cerah agar boleh


meningkatkan kebolehlihatan.

Melintas apabila lampu isyarat orang hijau bernyala.

Penunggang basikal tidak perlu menggunakan isyarat tangan


ketika membelok.

Penunggang basikal tidak perlu mematuhi lampu isyarat.

Melintas jalan setelah bas beredar sepenuhnya.

Mematuhi peraturan jalan raya merupakan tanggungjawab


bersama.

Amalkan lima langkah melintas setiap masa.

Melintas di antara dua buah kenderaan adalah berbahaya.

13
Perkara yang PERLU diketahui
oleh setiap pejalan kaki
Maklumat ini boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Pimpin Tangan Anak Anda Semasa Melintas Jalan


Ingatlah bahawa papan tanda jalan direka untuk orang
dewasa. Papan tanda tidak mudah difahami oleh
kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak perlukan bantuan
orang dewasa.
Ibu bapa perlu sentiasa memimpin tangan anak-anak
mereka semasa melintas jalan. Ajar mereka melihat ke
kanan, ke kiri dan ke kanan semula sebelum melintas.
Kanak-kanak juga perlu diajar supaya peka untuk
mendengar bunyi kenderaan yang datang. Apabila
keadaan selamat, berjalanlah dengan pantas tetapi
jangan berlari.

Gunakan Kemudahan Melintas


Tunjukkan contoh yang baik. Jangan melintas jalan yang
sibuk sesuka hati. Amalkan penggunaan lintasan pejalan
kaki, lintasan berlampu isyarat atau jejantas. Di tempat
yang terdapat lampu isyarat pejalan kaki, melintaslah
apabila orang hijau menyala. Sedikit usaha dan
keprihatinan boleh menyelamatkan nyawa anda dan
orang tersayang.

Cara yang Betul Menggunakan Laluan


Pejalan Kaki
Semasa menggunakan laluan pejalan kaki, jangan
berjalan terlalu hampir dengan jalan raya untuk
mengelakkan tergelincir atau terjatuh di jalan raya.
Pastikan anda faham akan kepentingan menggunakan
laluan pejalan kaki dengan betul dan perkara yang patut
serta tidak patut diamalkan semasa berada di jalan raya.

16
Mesej Dalam Iklan
Aktiviti 7

Kumpulan B
RISALAH

Perkara yang PERLU diketahui


oleh setiap pejalan kaki
Maklumat ini boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Berjalan Menghadap Trafik


Perjalanan menjadi lebih selamat jika anda dapat melihat
kenderaan yang datang ke arah anda. Ajar anak-anak
anda berjalan menghadap arah kenderaan yang
mendatang. Walaupun mereka tidak dapat mengagak
bentuk atau jarak, kanak-kanak dapat melihat kenderaan
yang datang ke arah mereka dengan lebih baik dan
meningkatkan peluang mereka mengelakkan sebarang
kecelakaan.

Cara Melintas dengan Selamat


Sentiasa amalkan cara melintas jalan raya dengan
selamat. Lihat ke kanan, ke kiri dan ke kanan semula
dan melintaslah apabila keadaan selamat. Berjalan
dengan tenang dan jangan terburu-buru semasa melintas.

Berikan Perhatian
Berikan perhatian terhadap arus lalu lintas dan jangan
bermain berhampiran jalan raya. Tingkah laku tersebut
boleh mengganggu perhatian pemandu dan menyebabkan
kemalangan.

Pakai Pakaian yang Cerah


Kanak-kanak yang berada di jalan raya sukar dilihat oleh
pengguna jalan raya yang lain. Ini kerana saiz mereka
yang kecil berbanding orang dewasa. Selain menemani
mereka, pastikan mereka memakai pakaian cerah,
pakaian yang memantulkan cahaya serta menggunakan
lampu suluh jika mereka berjalan dalam hujan atau pada
waktu malam. Perkara ini bukan sahaja mudah malahan
mampu menyelamatkan nyawa.

17
Mesej Dalam Iklan
Aktiviti 7

Kumpulan C
POSTER

18
Mesej Dalam Iklan
Aktiviti 8
Tuliskan perlakuan pengguna jalan raya berdasarkan poster di bawah.

19
Mesej Dalam Iklan
Aktiviti 8

Perlakuan Positif Alasan

Perlakuan Negatif Alasan

20
Mesej Dalam Iklan
Aktiviti Susulan

• Dari manakah boleh kita mendapatkan mesej keselamatan jalan


raya?
• Dalam media yang kita lihat saban hari, bagaimanakah
perlakuan pengguna jalan raya yang dipaparkan?
• Tonton sebuah rancangan televisyen / berita / filem, atau baca
sebuah artikel surat khabar / majalah.

Perhatikan apa yang ditunjukkan dalam media. Catatkan apa yang


anda lihat. (Sebagai contoh, rujuk Video Iklan Keselamatan Jalan Raya)

**Nota untuk ibu bapa:


Tujuan utama aktiviti ini supaya kanak-kanak memerhati dan mencatatkan
perlakuan pengguna jalan raya yang terpapar dalam media yang dipilih.

Jenis Media : Cetak / Elektronik


Nama Media :
Masa anda menonton/membaca media tersebut :

Tarikh anda menonton/membaca media tersebut :

Berdasarkan pemerhatian anda dalam media yang dipilih, apakah perlakuan


pengguna jalan raya yang selamat?
a)

b)

c)

d)

Berdasarkan pemerhatian anda dalam media yang dipilih, apakah


perlakuan pengguna jalan raya yang tidak selamat?
a)

b)

c)

d)

21
22
23
24

You might also like