You are on page 1of 13

PROGRAM ORIENTASI SEKOLAH

SMK COCHRANE

1. PENGENALAN

1.1 Maklumat Asas Sekolah


Nama Sekolah : SMK COCHRANE
Kod : WEB0211
Alamat : Jalan Shahbandar, Off Jalan Cochrane, Kuala Lumpur
No Telefon : 03-92857387
No Fax : 03-92810531
Laman web : http://www.smkcochrane.net/
Email : wcane@tm.net.my

1.2 Jenis Sekolah


Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane merupakan sebuah sekolah harian kerajaan yang
dikategorikan sebagai sekolah kebangsaan yang terletak di bandar dan diiktiraf sebagai sekolah
Amanah. Sekolah ini juga dikategorikan sebagai sekolah yang bertaraf A.

1.3 Logo, Misi, Visi Sekolah


Logo:

1
Merah: Keyakinan, kesungguhan, cita-cita yang tinggi
Harimau: Keberanian atau kegagahan
Buku- Prestasi akademik yang cemerlan
Peralatan Sukan - Semangat kesukanan yang tinggi

Warna biru pada bendera sekolah melambangkan perpaduan dan semangat kerjasama di
kalangan Cochranean. Lencana sekolah yang terletak di tengah-tengah bendera sekolah dengan
lambang-lambang harimau, buku, dan peralatan sukan melambangkan keberanian dan
kegagahan, prestasi akademik yang cemerlang, dan semangat kesukanan yang tinggi.

Lagu sekolah:
Sayangi jiran
Taburkanlah bakti
Dengan hati suci dan pemurah
Tanpa mengira kaya dan berkuasa
Janganlah ditindas pada yang lemah
Itu panduan kami Cochranean
"Satu untuk semua, semua untuk satu"
Berusaha mencari kemajuan
Dalam pelajaran, permainan
Moral juga janganlah dilupakan
Oh! Cochranean ikutlah panduan
Ke jalan kemajuan yang mulia
Untuk mencapainya mesti berusaha
Sambutlah seruan Alma Mater
Dengarlah, mari kita semua

2
Slogan sekolah – “PENGETAHUAN SULUH KEMAJUAN”

Misi sekolah
“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.”

Visi sekolah
“PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA”

Objektif sekolah

3
1.4 Sejarah Sekolah
Tahun 1957 - 1962

SMK Jalan Cochrane lahir bersama-sama lahirnya Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
pada tahun 1957. Asalnya hanyalah sebuah banggunan setingkat yang mempunyai 5 buah bilik
dan sebuah kantin iaitu sebuah pondok atap. sekolah dikelilingi oleh pokok-pokok kelapa yang
tua, sebuah kuil sikh dan rumah-rumah setinggan. Pada tahun 1958, dengan pembukaan sesi
pagi dan petang, jumlah murid bertambah menjadi 489 orang dengan 12 orang guru. Enam
buah kelas telah terpaksa menumpang secara sementara di tiga buah sekolah, iaitu Sekolah
Kebangsaan Bangsar, SRJK (Tamil) Kg Pandan dan Sekolah St.Gabriel. Pada tahun ini juga
Encik Jangir Singh menggantikan Encik Chew Ah Kong sebagai Guru Besar yang kedua.
Lembaga Pengelola Sekolah juga ditubuhkan pada tahun ini. Lencana sekolah telah direka cipta
oleh Encik Jangir Sigh pada tahun 1959. Buat pertama kali seramai 74 orang penuntut
menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran. Pada tahun 1960 pula, Pembinaan bangunan
tiga tingkat disiapkan, yang kini dikenali dengan nama bangunan 'Blok Merah'. Bangunan ini
terdiri daripada 12 buah bilik darjah, 2 buah bilik menyimpan barang-barang, sebuah
perpustakaan dan sebuah bilik alat pandang dengar. Jumlah kakitangan akademik adalah
seramai 21 orang. Enam buah kelas yang dulunya menumpang dibeberapa sekolah lain kini
telah kembali ke sekolah utama. Setelah berusia 4 tahun, Sekolah Menengah Jalan Cochrane
mula melangkah ke peringkat menengah tinggi dengan pembukaan tiga buah kelas tingkatan
4. Bilangan guru yang bertugas ialah 27 orang. Buat julung kalinya, Sekolah Menengah Jalan
Cochrane berjaya mengadakan temasya merentas desa tahunan. Kohort pertama tingkatan 5
seramai 854 pelajar telah menduduki peperiksaan 'Overseas School Certificate' yang kini telah
ditukar kepada SPM. Walaupun sekolah di awal penubuhannya tidak mempunyai prasarana
yang lengkap seperti kemudahan padang dan peralatan sukan, namun kecemerlangan pelajar
dalam bidang sukan amat membanggakan. Buktinya, SMK Jalan Cochrane merupakan Johan
negeri melalui permainan Ragbi bawah 14 tahun dan badminton bawah 20 tahun. Pada tahun
ini juga majalah sekolah yang pertama telah dilancarkan.

4
Tahun 1963 – 1965

Pejabat Pentadbiran

Jumlah penuntut mencapai 1060 orang memenuhi 25 bilik darjah. Terdapat 36 orang guru
termasuk seorang sukarelawan 'Peace Corps' Amerika. Bangunan baru juga bertambah.
Bangunan pentadbiran setingkat, sebuah dewan, tempat letak basikal, dua buah makmal sains
dan bilik seni perusahaan. Temasya sukan yang pertama diadakan di padang Sekolah St Gabriel
kerana sekolah masih tidak mempunyai padang permainan. Sekolah Menengah Jalan Cochrane
menunjukkan kehandalan dalam bidang sukan apabila berjaya merebut gelaran johan ragbi
peringkat negeri di bawah umur 15tahun manakala pasukan bola sepak pula berjaya mendapat
tempat ketiga.

1 September 1965 merupakan detik yang bersejarah bagi sekolah ini apabila dibuka dengan
rasminya oleh Menteri Besar Selangor ketika itu iaitu Datuk Harun Haji Idris. Peristiwa
bersejarah itu juga dirayakan dengan mengadakan Hari Ucapan yang pertama dan diikuti oleh
pameran yang dibuka kepada orang ramai selama tiga hari. Sekolah ini mencapai puncak
perkembangannya dengan tertubuhnya Tingkatan Enam.

Tahun 1968 – 1972

Banggunan 3 tingkat

Sekolah Menengah Jalan Cochrane menjangkau usia 11 tahun. Pada usia begini sekolah ini
telah mempunyai 2 buah bangunan 3 tingkat, sebuah kantin yang besar dan selesa, 4 buah
bilik makmal dan sebuah perpustakaan berhawa dingin.

5
Selain daripada itu, terdapat juga sebuah bangunan pentadbiran, sebuah dewan, sebuah bilik
seni perusahaan, gelanggang badminton dan bola tampar serta padang permainan kami
sendiri. Sekolah Menengah Jalan Cochrane telah menjadi sebuah sekolah yang moden
meliputi sebuah kawasan yang seluas 14 ekar.

Pada awal tahun 1970-an, Sekolah Menengah Jalan Cochrane telah melahirkan lebih ramai lagi
jaguh sukan. Pengurniaan Panji-panji Sekolah dan Sijil Penghargaan telah dimulakan pada
tahun ini ('Roll of Honour'). Badan Ketua Murid ditubuhkan pada 2 April 1970.

Berita Siares' akhbar cetakan penggal Sekolah Menengah Jalan Cochrane mula dilancarkan
pada bulan Ogos 1970, dan Encik R.Dayanandan Naidu menjadi Pengetua ke-5 yang baru.

Dalam bulan Jun 1971, Encik Goon Fatt Chee mencipta lirik lagu sekolah kami, 'Hear Ye Alma
Meters Call'. Seorang guru sukarelawan Amerika, Encik Dick Halverstadt telah mencipta irama
muzik untuk lagu tersebut.

Tahun 1973 – 1977

Bilangan guru yang bertugas kini ialah 67 orang. Jumlah murid ialah 1,701 orang. Tahun ini
Sekolah Menengah Jalan Cochrane genap berusia 20 tahun. Sekolah terus mengukir sejarah
dalam bidang sukan. Persatuan murid-murid tua Sekolah Menengah Jalan Cochrane
ditubuhkan. Pada tahun ini juga dinding di sekeliling sekolah telah dibina yang menelan
belanja sebanyak RM 13 000.

Tahun 1978 -1982

Pada tahun ini, SMK Jalan Cochrane dipagari oleh tembok besar dengan kos pembinaan lebih
RM 13,000. Badan Penolong Sukan telah dibentuk tahun ini untuk membantu dalam aktiviti-
aktiviti sukan. Sebuah Badan Kebajikan murid juga telah ditubuhkan. SMK Jalan Cochrane
6
telah berusia 25 tahun. Dalam tahun yang bersejarah ini satu kesedaran baru timbul di kalangan
pelajar. Berbekalkan azam dan kerjasama yang tinggi antara pelajar, sebuah penyejuk air
berjaya dibeli hasil pengumpulan wang oleh semua pelajar.

Tahun 2004 hingga kini


20 Ogos 2004 merupakan tarikh bersejarah buat warga Cochrane kerana hari tersebut ialah hari
terakhir berada di SMK Jalan Cochrane yang diduduki semenjak 1957. Proses pemindahan ke
bangguna sekolah yang baru di Jalan Shahbandar Off Jalan Cochrane mencapai kemuncaknya.

Sebelum warga Cochrane berarak meninggalkan baggunan lama, satu perhimpunan khas
diadakan di gelanggang tenis bagi memberi penghormatan terakhir pada SMK Jalan Cochrane.
Bendera sekolah diturunkan seiring dengan nyanyian lagu sekolah. Perarakan warga Cochrane
ke sekolah baru diiringi Pasukan Pancaragam Sekolah sambil membawa pelbagai sepanduk
bagi melahirkan kesedihan meninggalkan sekolah yang telah mencatat pelbagai kenangan.
Banggunan baru telah mencatatkan satu legi sejarah yang tersendiri apabila Majlis
Perasmiannya telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia YB Dato' Seri
Hishamuddin b. Tun Hussein pada 4 Februari 2005. Tanggal 10 Mac 2005, warga Cochrane
menerima kunjungan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah dari Indonesia dan membuktikan
bahawa sekolah ini semakin dikenali dari dalam dan luar negara.

Kunjungan tersebut antara lain bertujuan untuk memahami sistem pendidikan dan struktur
persekolahan di Malaysia. Rombongan tersebut juga telah dibawa melawat kemudahan-
kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang terdapat di SMK Cochrane.

Pada 2 Julai 2005 pula, SMK Cochrane telah menerima rombongan pelajar dari Thailand
menerusi Program Pertukaran Pelajar. Pelajar-pelajar SMK Cochrane berpeluang beramah
mesra dan bertukar-tukar pendapat dengan kumpulan pelajar-pelajar tersebut.

7
2.0 ORGANISASI DAN PENGURUSAN SEKOLAH

PN. SUMARNI BT. JUNIN

PENGETUA

PN. NAFISAH BT. IDRIS PN. LIM SEK HONG PN SARINAH BINTI YUSOF EN. KAMIL ARIFFIN

P.K. TADBIR & AKADEMIK P.K. KOKU P.K. PRA UNI P.K. HEM

PN. SITI SAUFUR PN. NORMIZA PN. SITI HANIM PN. WAN NURA

G.K. KEMANUSIAAN G.K. TEKNIK & VOKA G.K. SAINS & MATH G.K BAHASA

8
3.0 PERANAN PANITIA MATA PELAJARAN DALAM
PENGURUSAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN P&P

TUGAS PENOLONG KANAN PENTADBIRAN


Guru Penolong Kanan Pentadbiran bertanggungjawab kepada Pengetua untuk mencapai
matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dengan itu Guru Penolong Kanan
Pentadbiran bertanggungjawab bagi melicinkan pentadbiran, mempertingkatkan prestasi peng
ajaran guru serta perbelanjaan murid dan dapat menyediakan khidmatBantuan secukupnya
supaya matlamat dasar pendidikan tercapai.

1. Bidang tugas.
1.1 Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua.
1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
1.3 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum pentadbiran pengurusan guru
serta kakitangan sekolah.
1.4 Membantu Pengetua menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajarandi sekolah.

2. Senarai tugas.
2.1 Kurikulum.
2.1.1Menentukan perlaksanaan kursus pengajian.
2.1.2Menentukan rancangan pengajaran harian ,mingguan,penggal dan lain-lain.
2.1.3Mempastikan perjalan panitia-panitia matapelajaran

2.1.4Membantu di dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan dan pusat


sumber.
2.1.5Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber Pendidikan.

2.1.6Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru yang barumengajar,
guru-guru pelatih maktab di dalam menjalankan tugas-tugas harianmereka.
2.1.7Menentukan program tv dan radio pendidikan diikuti dengan sebaiknya.

2.1.8Mengkaji segala jenis program yang berkaitan dengan kurikulum sertamencadangkan


tindakan susulan.

9
2.1.9Membantu dalam merancang dan menyelaras hal-hal berkaitan dengan ujian, peperiksaan
dan penilaian serta mencadangkan tindakan susulan.
2.1.10Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegitan-kegiatan bimbingan dan permulihan.

2.1.11 Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah,
Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan.

2.1.12 Membantu di dalam penentuan bahan Pusat Sumber dan lain-lain buku bacaandan
kesesuaiannya.
2.1.13 Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan Jadual WaktuGantian.

2.2 Pentadbiran
2.2.1 Membantu menentukan beban tugas guru-guru dan kakitangan bukan guru.

2.2.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guruserta
kakitangan bukan guru.
2.2.3 Membantu menyenggara dan menyelaras kutipan data @ maklumat dan perangkaan.
2.2.4 Membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan Takwim Sekolah.
2.2.5 Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan bukan guru.
2.2.6 Membantu manyedikan anggaran belanjawan tahunan sekolah.
2.2.7 Menyelaras penyelia Penyata Kewangan untuk urusan audit sekolah.
2.2.8 Menyelaras pungutan yuran sekolah
2.2.9 Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
2.2.10 Menjadi penanda tangan kedua-dua cek sekolah.

2.3 Tugas-tugas lain.


2.3.1 Menganggotai jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua dari semasa kesemasa

BIDANG TUGAS GKMP TEKNIK DAN VOKASIONAL


 Bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan
bidangnya.
 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum
yang berkaitan dengan bidangnya terutama persatuan akademik.
 Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
yang berkaitan dengan bidangnya.

10
 Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.
 Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang
berkaitan dengan bidangnya.
 Membantu Pengetua menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan bidangnya,dengan
pihak luar seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah,latihan mengajar bagi
guru-guru pelatih/ maktab / univesiti dan seumpamanya.
 Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu.

SENARAI TUGAS GURU KANAN MATA PELAJARAN

Kurikulum

 Memimpin guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran Penggal / Mingguan


dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.
 Mempengerusikan mensyuarat atau memimpin panitia mata pelajaran di bawah
kawalannya.
 Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
 Membimbing guru terlatih , guru yang baru dan guru sandaran dalam menjalankan tugas-
tugas mereka.
 Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara dengan berkesan.
 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta mengambil
tindakan sewajarnya
 Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti- aktiviti bimbingan , pemulihan, dan
pengkayaan.
 Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan (kurikulum) yang
dijalankan oleh sekolah , Jabatan Pelajaran dan Kementerian Pelajaran.
 Membantu dalam pemilihan buku Teks, bahan pusat sumber, alat pandang dengar dan
bahan-bahan pendidikan lain.
 Menganggotaai Jawatankuasa Kurikulum sekolah dan jawatankuasa lain yang diarahkan
oleh Pengetua.
 Membantu menjalankan kursua , taklimat , penerangan dan perjumpaan di sekolah dalam
konteks perkembangan staf.
 Memperoleh dan menyebar maklumat terbaru mengenaai pengkaedahan dan pendekatan-
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada guru.
 Menjalankan usaha untuk mempertingkatkan dan memperluaskan amalan –amalan
penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu merentas kurikulum.
 Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah-langkah untuk
mengatasinya.

Kokurikulum

 Merancang , menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum yang bersifat


akademik yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar.

11
 Merancang , mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan di bawah bidangnya.

Pengurusan

 Membantu menentukan serta menagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran di bawah


bidang dan kawalannya.
 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan , kursus dan latihan untuk guru.
 Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data maklumat dan segala jenis
perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya.
 Membantu merancang takwim sekolah .
 Menyelia kerja –kerja guru di bawah bidang kawalannya.
 Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal perbelanjaan.
 Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan.
 Menjaga dan menyemak stok dan inventori segala peralatan , barang atau bahan yang
berkaitan dengan bidangnya.
 Menentukan aspek –aspek menyampaian nilai-nilai murni dan amalan berlaku di bilik
darjah dan sekolah.
 Menentukan pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik darjah dan
menjaga keceriaannya.
 Menyelia kerja-kerja kursus pelajar, mempertingkatkan pelajar dan program Penilaian
Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) sebagaimana yang dirancang.

Tugas –tugas lain

 Berhubung dengan Jabatan Pelajaran dan Kementerian Pelajaran tentang apa jua
maklumat dan bantuan yang boleh didapati untuk membantu sekolah dan guru.
 Berhubung dengan guru kanan mata pelajaran sekolah lain yang berhampiran bagi tujuan
berkongsi maklumat dan sumber pendidikan bagi memantapkan keupayaan dan
pengetahuan.
 Melengkapkan bilik pergerakan sekolah dengan data atau maklumat mengenai semua
pelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan berhasil .
 Membantu merancang dan menyelia program keceriaan dan kebersihan sekolah.
 Membantu Pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan ,penyediaan
jadual waktu sekolah dan urusan Pusat Sumber.
 Melaksana segala arahan dan tugasan yang diberi oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

12
4.0 REFLEKSI
Sepanjang penglibatan diri saya dalam program POS ini saya dapati terdapat banyak
aspek positif yang dapat saya ambil dan dijadikan panduan untuk di masa akan datang.
Antaranya program ini telah memberi peluang kepada saya untuk memahami sekolah sebagai
intitusi pendiidkan, peranan guru dalam bilik darjah serta peranan guru dalam melaksanakan
sekolah bestari. Aspek kebersihan paling penting bagi menimbulkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Dengan adanya keceriaan bilik darjah, tandas kantin, padang dan
kawasan-kawasan taman yang menghijau dan dipenuhi bunga-bungaan. Susunan meja pelajar
di dalam kelas di mana pelajar disusun dalam kumpulan. Di dalam kumpulan tersebut terdiri
daripada pelajar yang bijak di dalam matapelajaran yang berlainan. Dengan ini mereka dapat
saling bantu-membantu antara satu sama lain. Selain itu, bagi menampakkan keadaan lebih
teratur dan tersusun semasa waktu murid-murid rehat, kantin sekolah perlu diperbesarkan
sedikit. Oleh kerana bilangan murid-murid agak ramai, suasana kantin menjadi kelam-kabut.
Di samping itu, kantin sekolah perlu dihias dengan lebih cantik setaraf dengan status sekolah.
Terdapat blok-blok bangunan yang agak lama boleh diubahsuai untuk menambahkan
keceriaan. Pengubahsuaian tersebut sama ada mengecat semula mahupun mengubahsuai
bentuk mengikut keadaan semasa. Sudut bacaan yang diletakkan di dalam kelas perlu
diperbaiki agar sudut tersebut kelihatan menarik, cantik dan kemas. Keadaan ini dapat
membantu menarik minat pelajar untuk menanam semangat membaca. Akhir sekali, ada juga
aspek yang menarik iaitu pencapaian dalam bidang kurikulum, aktiviti ko-kurikulum turut
cemerlang. Kebanyakan aktiviti tersebut berjaya dicapai di peringkat daerah,negeri dan
kebangsaan. Kedai fotostat disediakan di dalam kawasan sekolah. Ini dapat membantu
memudahkan pelajar untuk fotostat bahan yang diperlukan tanpa keluar dari kawasan sekolah
pada waktu persekolahan.

13

You might also like