You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BUNDUNG 89208 TUARAN

TAJUK PROJEK: CADANGAN PEMBINAAN DEWAN TERBUKA SK BUNDUNG

1.0 LATAR BELAKANG PROJEK

SK Bundung teletak sekitar 10km dari Pekan Tuaran, menerima murid dari 5 buah kampung
yang berdekatan iaitu Kampung Bundung, Kampung Bulieng, Kampung Bintangor,
Kampung Kouluan dan Kampung Roun. Sekolah ini mempunyai 7 kelas, tahun 1 hingga
tahun 6 termasuk sebuah kelas prasekolah. Jumlah murid yang terkini ialah sebanyak 153
orang dan 16 orang tenaga pendidik serta 3 kakitangan bukan mengajar.

Sejajar dengan perkembangan pendidikan di Malaysia, murid-murid perlu diberikan


kemudahan yang baik untuk kemenjadian yang lebih efisyen. SK Bundung sentiasa berusaha
untuk melakukan yang terbaik untuk semua murid di sekolah ini.

PROFIL SEKOLAH

Nama : SK Bundung
Alamat : 89208
Tarikh ditubuhkan : 1969
Kod : XBA4306
Kategori : SKM B
JPN : Luar Bandar
Kawasan Parlimen : Tamparuli
Majlis Bandaran : Tuaran
No. Telefon : 60 88-228 846
Laman Web : http://skbundung.blogspot.com
E-mail :skbundungtuaran@yahoo.com
Luas kawasan : 2.6 Hektar
Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu

Sejak ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1969 sekolah ini belum pernah menerima
kelulusan pembangunan yang melibatkan pembinaan dewan terbuka. Memandangkan tempat
yang terhad, sekolah ini amatlah memerlukan sebuah dewan terbuka untuk keperluan
sekolah. Kertas kerja ini memperincikan cadangan pembinaan dewan terbuka ini.

2.0 MATLAMAT
Membina dewan terbuka di tapak perhimpunan supaya ;
1. Murid-murid SK BUNDUNG, TUARAN tidak lagi terdedah kepada cuaca panas atau
hujan ketika berkumpul di tapak perhimpunan. Perhimpunan diadakan setiap hari.
Kehadiran wajib diambil oleh guru bertugas di tapak perhimpunan sebelum sesi
persekolahan dimulakan.

2. Aktiviti sekolah khususnya perhimpunan dapat dijalankan dengan lancar dan tidak
tertangguh serta keselesaan dan tumpuan murid-murid tidak lagi terganggu walaupun
keadaan cuaca yang tidak mengizinkan (panas/hujan).

3. Aktivikti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan banyak pergerakan murid


seperti pendidikan jasmani, senaman dan sebagainya.

4. Keadaan tanah (sila rujuk gambar dalam lampiran ) dalam kawasan tapak
perhimpunan yang semakin terhakis oleh hujan akan dapat diatasi dengan adanya
dewan terbuka yang berlantaikan konkrit nanti.

3.0 OBJEKTIF

1. Memohon peruntukan bagi membina dewan terbuka di tapak perhimpunan sekolah.

4.0 CADANGAN

1. Memohon kelulusan dan peruntukan pembinaan dewan terbuka daripada


Kementerian Pelajaran Malaysia.

5.0 SPESIFIKASI UMUM

1. Ukuran tapak ialah Panjang 55 kaki x Lebar 35 kaki x Tinggi 25 kaki.


2. Tiang Besi / Kerangka
3. Bumbung ‘Metal Deck’ / Kerangka Besi
4. Lampu 15 unit
5. Kipas angin 16 unit
6. Lantai ‘Tiles’ / Mozek.
6.0 JANGKAAN MASA HADAPAN
1. Tapak Perhimpunan
2. Pentas
3. Gelanggang serbaguna

7.0 ANGGARAN KOS


1. Anggaran kos bagi pembinaan Dewan Terbuka Berbumbung ialah RM100,000.00
(Ringgit Malaysia : Satu Ratus Ribu Sahaja.)

8.0 LAMPIRAN

Gambar tapak perhimpunan, yang dicadangkan untuk dibina Dewan Terbuka


Kedudukan Cadangan Pembinaan Dewan Terbuka SK Bundung (Segiempat putih)

Keadaan tanah tidak rata


Disediakan oleh, Disahkan oleh,

__________________ _____________________

Guru Pembangunan.
SK Bundung, Tuaran.

You might also like