You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 4 ( F )

73430 GEMAS, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

MINIT MESYUARAT KELAB GURU


KALI PERTAMA TAHUN 2018

Tarikh : 28 Disember 2017 (Khamis)

Masa : 11.30 pagi – 1.30 petang

Tempat : Bilik Gerakan, SK Palong 4 (F)

Kehadiran 1. En. Ahmad Bin Mokhtar


2. Pn. Norazian Binti Shafie (GPK 1)
3. Pn. Zuleta Binti Mohamed Shakrani (GPK HEM)
4. En. Mohd Zamri Bin Yusof (GPK Koko)
5. Pn. Farihin Bt Md Rashid
6. Pn. Lailatul Jaeezah Binti Mohd Rahman (Setiausaha)
7. Pn. Rohana Binti Abd Rashid
8. En. Azman Bin Abdullah
9. Pn. Ruzila Binti Mohd Sufi
10. En. Mohd Azuan Bin Abdollah
11. Pn. Hamidah Binti Ahmad
12. En Muzammil Bin Mohd Tarmizi
13. Cik Noor Najeha Bt Abdul Rahman
14. Pn. Mariam Binti Abdullah
15. Pn. Rozanah Binti Noordin
16. Pn. Siti Khadijah Binti Seratamal
17. Pn. Noor Nikmah Binti Basiran
18. En. Wan Mohd Redduan Bin Wan Setapa
19. Pn. Umi Yuhaniz Binti Mohamad Sajuti
20. En. Norkhairulazaddin Bin Wahid
21. Cik Siti Nor' Atiqah Binti Abu Bakar
22. Pn. Sabariah Bt Che Harun
23. Pn. Rosnani Bt Rameli
24. En. Mohd Khairuddin Bin Othman
25. En. Fadhlillah Syafiq Bin Abdullah Zawawi
26. Pn. Noorazwana Bt Abdul Rahman

AGENDA MESYUARAT:

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 En. Ahmad Bin Mokhtar (Penasihat) mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua guru kerana dapat hadir ke mesyuarat pada hari ini.
1.2 Beliau mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah
menjayakan ‘Family Day’ yang telah diadakan di Tanjung Bidara Beach Resort.
Diharapkan program seperti ini dapat diadakan pada setiap tahun dan mendapat
sambutan yang lebih menggalakkan pada tahun 2018.
1.3 Beliau juga mengucapakn terima kasih kepada semua guru yang telah mengadakan
‘Potluck’ sepanjang tahun ini dan diharapkan program ini diteruskan kerana ia dapat
mengiratkan hubngan silaturahim dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah yang
lain.
1.4 Beliau juga memaklumkan agar semua murid dapat melaksanakan amanah yang telah
dipertanggungjawabkan dengan baik.
1.5 En. Mohd Khairuddin Bin Othman (Pengerusi) mengucapkan terima kasih atas
kehadiran semua guru kerana memberi kepercayaan kepada beliau sebagai pengerusi
kelab pada tahun ini.

Tindakan: Makluman semua

2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAAN MINIT MESYUARAT .

2.1 Pn. Noorazwana Bt Abdul Rahman membentangkan minit mesyuarat kali pertama
bagi tahun 2017 untuk diterima dan disahkan.

Cadangan : Cik Siti Nor' Atiqah Binti Abu Bakar


Sokongan : Pn. Rozanah Binti Noordin
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit.

4.0 ISU-ISU

4.1 Pelantikan AJK Induk Kelab Guru bagi tahun 2018


Pengerusi : En. Mohd Khairuddin Bin Othman
Setiausaha : Pn. Lailatul Jaeezah Binti Mohd Rahman
Bendahari : Cik Noor Najeha Bt Abdul Rahman

4.2 Bayaran yuran kekal seperti dahulu iaitu RM10 setiap bulan. Manakala bagi guru
yang mendapat kelahiran cahaya mata diperuntukkan sebanyak RM30, berkahwin
kali pertama telah diperuntukkan RM50 serta kematian pula sebanyak RM50.
4.3 Selain itu, kutipan-kutipan lain akan diminta berdasarkan situasi-situasi tertentu.
4.4 Berdasarkan persetujuan majoriti ahli Kelab Guru, mulai tahun 2018 akan bermula
kutipan duit untuk program ‘Family Day’ sebanyak RM100. Ia perlu dibayar
sebelum bulan Mac bagi memudahkan pengerusi untuk merancang program tersebut
dengan lebih awal. Sekiranya ahli kelab tidak dapat hadir ke program ‘Family Day’
tersebut, duit berkenaan akan dikembalikan.
4.5 Selain itu, majoriti ahli Kelab Guru bersetuju untuk memberikan hadiah kepada setiap
kelahiran cahaya mata daripada ahli kelab.
Tindakan: Makluman semua

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Potluck akan diadakan pada setiap hujung bulan mengikut kumpulan yang akan
dibahagikan.
5.2 Mohon semua guru agar sentiasa bekerjasama di antara satu sama lain dalam
menjayakan apa saja projek atau majlis yang akan dijalankan.
6.0 Penutup
6.1 Pengerusi berharap agar semua guru dapat bekerjasama dan merapatkan hubungan
silaturahim di antara satu sama lain.

Mesyuarat ditangguhkan pada 1.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh ,

............................ ........................
(LAILATUL JAEEZAH BT MOHD RAHMAN) (MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN)
Setiausaha Kelasb Guru Pengerusi Kelab Guru

You might also like