Professional Documents
Culture Documents
JADUAL PENGAJARAN
Senarai semak
4 3
Rekod anekdot
5. 3
6 3 Rekod berterusan
10 3
Penilaian dalam perkembangan sosial
3
Penilaian dalam perkembangan kreativiti dan
13
estetika
Penilaian perkembangankanak-kanak
14 3
berkeperluan khas
42
A. PENGENALAN
Pengujian, pengukuran, penaksiran dan penilaian adalah salah satu bahagian dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Matlamat utama adalah untuk membekalkan
maklumat. Pengguna maklumat pula terdiri daripada murid, guru, ibu bapa dan
pentadbir. Biasanya, murid ingin mengetahui prestasinya sendiri melalui ujian dan
guru pula boleh mengenal pasti kelemahan murid, dan menilai keberkesanan
pengajarannya. Di pihak ibu bapa pula, mereka boleh menilai prestasi anaknya
melalui laporan kemajuan murid. Bagi pentadbir pula, berbagai-bagai keputusan
boleh dibuat berdasarkan maklumat ujian tersebut.
B. HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir pengajaran pelajar akan dapat;
1. Menerangkan konsep mengenai pengujian, pengukuran, penaksiran dan
penilaian.
C. STRATEGI PENYAMPAIAN
Penyampaian berbentuk perbincangan
D. PENYAMPAIAN ISI
1. PENGUJIAN
Ujian merupakan satu kaedah, tugas atau prosedur untuk memperoleh pemerhatian yang
sistematik tentang sifat seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi.
Tujuan ujian pencapaian adalah untuk mengukur prestasi murid dalam berbagai-bagai
mata pelajaran di sekolah. Manakala ujian psikologi adalah untuk mengukur sikap,
minat, personaliti dan ciri-ciri psikologi yang lain. Kebiasaanya ujian memerlukan murid
bergerak balas terhadap soalan atau butiran. Ujian boleh dibuat secara bertulis dalam
bentuk soalan pelbagai pilihan atau esei dan juga dalam bentuk pemerhatian yang
memerlukan pemerhati membuat pemeringkatan atau catatan rekod. Oleh itu, murid
tidak semestinya sedar bahawa ia sedang diuji.
Cronbach (1970) telah mendefinisikan ujian sebagai satu prosedur sistematik untuk
memerhati tingkah laku seseorang dan memperihalkannya dengan bantuan skala
bernombor atau satu sistem berkategori. Contoh skala bernombor adalah seperti angka
20/100 untuk ujian penglihatan, 120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 75/100 untuk
ujian pencapaian bagi mata pelajaran Geografi. Bagi sistem berkategori ialah ’ekstrovert’
atau ’introvert’ bagi ujian personaliti dan buta warna hijau –merah bagi ujian penglihatan.
Ujian berbahasa adalah seperti ujian pensel dan kertas (ujian bertulis) dan ujian lisan.
Ujian bukan berbahasa adalah ujian prestasi yang lebih menumpukan kepada kemahiran
psikomotor daripada kemahiran kognitif. Contohnya ujian membaiki radas elektronik.
Bilangan calon yang mengambil ujian terbahagi kepada ujian perseorangan dan ujian
berkumpulan. Ujian berkumpulan seperti ujian pencapaian di sekolah, manakala ujian
perseorangan seperti ujian kecerdasan The Stanford Biner Intelligence Scale dan The
Weschsler Intelligence Scale. Kedua-dua ujian kecerdasan itu ditadbir kepada seorang
murid pada satu-satu masa.
2. Pengukuran
Ujian berupaya mengukur pencapaian murid. Bagi seseorang guru di bilik darjah, aspek
pengukuran pendidikan itu selalu dikaitkan dengan ujian di bilik darjah. Bagi ahli
psikologi klinikal, pengukuran pendidikan melibatkan ujian-ujian psikologi yang lebih
bertumpu kepada pengukuran nilai-nilai afektif individu.
Pengukuran dalam pendidikan sebenarnya adalah langkah untuk menentukan tahap
sejauh mana seseorang memiliki sifat tertentu. Biasanya suatu indeks berangka kepada
prestasi seseorang diberikan supaya status individu tersebut secara lebih tepat dapat
mewakili sifat tertentu. Misalnya, Azman dapat markah 75 peratus dalam ujian Bahasa
Melayu, atau prestasi purata sekumpulan murid dalam mata pelajaran Matematik ialah 60
peratus. Kita hanya mengukur dan tidak menentukan nilai. Sebab itu, contoh tersebut
tidak dinyatakan sama ada prestasi tersebut baik atau sebaliknya. Pengukuran ialah
penentuan status dan penilaian ialah penentuan nilai.
Seseorang murid mungkin mengukur panjang sebuah meja, jarak masa larian satu
kilometer, rintangan satu litar arus elektrik atau pencapaian seseorang murid. Setiap
pengukuran ini melibatkan sifat atau pemboleh ubah yang berbeza-beza bagi satu objek
atau perlakuan tertentu. Pengukuran memberi maklumat tentang sifat atau aktiviti yang
diukur. Biasanya maklumat yang diperoleh ada kaitan dengan telahan ke atas fenomena
tertentu. Contohnya panjang meja diperlukan untuk mengetahui sama ada meja itu boleh
ataupun tidak untuk diletakkan di ruang tamu. Sebenarnya, apa yang diukur bukanlah
objek tetapi sifat objek. Begitu juga kita tidak mengukur pelajar tetapi mengukur tinggi,
berat atau pencapaian pelajar. Atribut-atribut yang boleh diukur mempunyai sifat-sifat
kuantitatif, iaitu nilainya adalah dalam bentuk nombor.
3. P enaksiran
Airasian (1991) mengatakan bahawa ramai orang membuat tanggapan tentang perkataan
penaksiran bilik darjah membawa imej pelajar mengambil uijan kertas dan pensil, guru
menskor jawapan dan memberikan gred sepadan dengan prestasi yang ditunjukkan.
Penaksiran dimulakan dengan yang tak formal di bilik darjah dan diakhiri dengan
keputusan tentang penggredan dan ulangan bagi seseorang murid.
Bagi Principles for Fair Students Assessment Practices Education in Canada (1993),
penaksiran adalah satu proses mengumpul dan menginterpretasi maklumat yang boleh
digunakan untuk :
Oleh yang demikian, penaksiran dalam pendidikan prasekolah memberi maklumat yang
mempengaruhi keputusan pendidikan. Dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, guru
tadika meneroka dan mengkaji kekuatan dan kelemahan proses pembelajaran kanak-
kanak, contohnya cara merancang dan membimbing kemajuan kanak-kanak serta cara
mengkomunikasikan status dan kemajuan kanak-kanak pada ibu bapa.
4. Penilaian
Penilaian adalah satu pertimbangan atau pembuatan keputusan tentang nilai sesuatu
perkara atau benda. Gay (1985), mengatakan bahawa penilaian merupakan satu proses
yang sistematik dalam pengumpulan dan analisis data untuk menentukan sama ada
sesuatu objektif itu telah tercapai yang membolehkan sesuatu pertimbangan atau
keputusan dibuat. Pengukuran melibatkan pemberian nombor atau peringkat maklumat
yang diperlukan dan lebih kepada kuantitatif. Penilaian boleh menggunakan maklumat
kualitatif yang mengandungi pernyataan deskriptif bertujuan untuk menghuraikan dengan
lebih lanjut, jelas atau membuat analisis terhadap sesuatu isu. Jika sesuatu objektif itu
telah tercapai, maka perlu juga diketahui tahap pencapaian objektif berkenaan. Ini
bermakna setakat mana pencapaian objektif itu boleh diterima. Keadaan ini boelh
memudahkan guru untuk membuat keputusan. Dalam proses penilaian komponen
pentingnya ialah untuk membuat keputusan.
Penilaian bertujuan menentukan status sesuatu objek yang dinilai dengan membanding
status berkenaan dengan satu set standard atau kriteria uantuk dibuat keputusan.
c) pengumpulan data
d) analisis data
e) interpretasi data
f) membuat keputusan
E. RUMUSAN
Peranan penaksiran dan penilaian menentukan sama ada keperluan kanak-kanak boleh
dipenuhi, dapat diperbaiki kandungan kurikulum serta amalan pengajaran atau
menentukan kualiti tadika. Oleh kerana terdapat tadika yang menjalankan penaksiran dan
penilaian secara formal, iaitu kanak-kanak prasekolah perlu menduduki ujian dan diberi
gred markah dan kedudukan selepas dinilai. Kesan dari kemasukan gred dan markah
adalah penglabelan ke atas kanak-kanak secara langsung. Melabelkan kanak-kanak hasil
satu atau dua ujian adalah tidak sesuai. Sewajarnya, guru harus memahami bagaimana
untuk membuat pengujian, pengukuran, penaksiran dan penilaian ke atas kanak-kanak
supaya tidak melakukan kesilapan dalam membuat keputusan tentang pendidikan.
F. AKTIVITI
1. Apakah risiko yang berkait dengan keputusan guru tadika dalam menentukan sama
ada pengajarannya berkesan atau tidak berkesan?
A. PENGENALAN
Kanak-kanak yang berada dalam tadika biasanya sentiasa dalam pengawasan guru.
Setiap pengalaman yang diberikan oleh guru kepada kanak-kanak merupakan satu
perubahan kepada mereka dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap. Guru perlu
mendapat maklum balas yang sah supaya setiap perubahan itu dapat dikawal dan
dirancang bagi mencapai matlamat dengan lebih baik lagi. Penilaian boleh berlaku
apabila ada usaha yang dirancang bagi mendapat sesuatu maklumat khusus dengan
menggunakan cara yang tertentu, bagaimana maklumat itu hendak dicerakin, direkod dan
digunakan bagi sesuatu tujuan tertentu.
B. HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir pengajaran pelajar akan dapat:
C. STRATEGI PENYAMPAIAN
Penyampaian berbentuk perbincangan dalam kumpulan yang kecil.
D. KANDUNGAN TOPIK
Penilaian merupakan satu proses yang berterusan tetapi dengan satu tujuan iaitu
mendapatkan maklumat yang mencukupi untuk membolehkan sesuatu keputusan itu
dibuat. Guru perlu menentukan tujuan penilaian itu dijalankan, jenis maklumat yang
diperlukan, bagaimana untuk mendapatkan maklumat, apa alat yang digunakan,
bagaimana maklumat yang diperolehi dianalisis dan dirumuskan dan akhirnya maklumat
direkod supaya dapat digunakan sebaik yang mungkin.
Proses penilaian prasekolah melibatkan beberapa tahap. Tahap pertama ialah
menentukan apakah tujuan penilaian itu dijalankan. Dalam menentukan tujuan penilaian,
seseorang guru boleh menekankan tentang dua perkara penting iaitu: menentukan tahap
penguasaan kanak-kanak dalam sesuatu aspek pelajaran dan menentukan kelemahan dan
kekuatan kanak-kanak untuk aspek yang dipelajari. Maklumat ini boleh menolong guru
untuk memperbaiki lagi pengajarannya.
Tahap kedua ialah jenis maklumat yang diperlukan itu mungkin khusus atau lebih luas.
Maklumat yang diperolehi hendaklah mudah difahami dan menyeluruh. Ini adalah
kerana setiap maklumat yang digunakan secara berterusan adalah untuk membuat
keputusan tentang kanak-kanak. Sewajarnyalah maklumat itu tidak terlalu rumit dan
sukar difahami sehingga susah bagi guru untuk menggunakannya.
Tahap ketiga ialah bagaimana maklumat itu diperolehi. Pemerhatian merupakan kaedah
yang dianggap sebagai kaedah paling mudah dan senang digunakan. Kaedah
pemerhatian meliputi berbagai teknik seperti perbualan, berinteraksi dengan kanak-kanak
mendengar perbualan kanak-kanak, mengenali perbuatan bersahaja kanak-kanak atau
perbuatan yang ditimbulkan oleh guru sendiri. Selain itu terdapat juga kaedah seperti
pengujian dengan menggunakan ujian piawai. Semuanya boleh digunakan asalkan guru
memahami bagaimana menggunakannya dan apakah implikasi penggunaan kaedah
tersebut. Kaedah terbaik ialah dengan cara kanak-kanak itu sendiri tidak terasa yang
mereka diperhatikan atau diuji.
Bagi mendapatkan maklumat yang sesuai dan berkaitan, alat-alat yang mampu mengesan
tingkah laku yang berkenaan seharusnya digunakan oleh guru. Jika pemerhatian itu
bertujuan mendapatkan maklumat, maka alat-alatnya mungkin dalam bentuk senarai
semak, catatan diari, jadual pemerhatian dan lain-lain lagi. Tetapi jika tujuan yang lebih
formal seperti ujian, alat-alat terdiri daripada ujian-ujian yang telah dipiawai seperti
untuk ujian kecerdasan digunakan ’Weschler Intelligence Test for Children’. Objektif
pemilihan alat-alat ini ialah agar maklumat yang diperoleh itu sah. Ini bermakna
maklumat yang diperolehi berkaitan dengan apa yang dikehendaki. Maklumat itu juga
boleh dipercayai iaitu tidak berubah. Kaedah ini juga menyenangkan guru dalam
penggunaannya.
Kemudian maklumat yang telah dianalisis dan dirumuskan itu perlu direkod dan
disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan. Kebanyakan maklumat penting tidak
disimpan secara teratur dan apabila dikehendaki tidak dapat digunakan. Oleh yang
demikian, guru perlu mencari dan mengamalkan satu sistem yang benar-benar dapat
menolong membuat keputusan apabila dikehendaki.
dan memberi maklum balas kemajuan program prasekolah dan sumatif serta dapat
merumuskan keberkesanan program.
Penilaian sumatif boleh dijalankan pada akhir pelajaran, selesai sesuatu unit pelajaran
ataupun pada akhir tahun persekolahan. Ujian yang standard perlu diadakan selalu
supaya tahap pencapaian kanak-kanak sebaya dapat ditentukan. Keberkesanan
pengajaran, kurikulum, perkembangan dan pembelajaran kanaka-kanak dapat dijuga
dittentukan.
Penilaian formatif yang digunakan dalam prasekolah adalah bagi menilai program,
seterusnya memperbaiki kurikulum, pengajaran dan pembelajaran dan perkembangan
kanak-kanak. Di samping itu, penilaian formatif juga dapat membantu membentuk
matlamat dan objektif program dan pemeblajaran kanak-kanak secara berterusan. Bukti-
bukti dikumpulkan secara sistematik bagi menilai keberkesanan dan memperbaiki
program, kurikulum, matlamat, objektif, kandungan serta pengajaran dan pembelajaran.
Dengan cara ini dapat memperbaiki kualiti pengalaman kanak-kanak.
Contoh bagaimana jadual penentuan disediakan dan jenis-jenis item yang digunakan bagi
menilai kanak-kanak prasekolah ialah tentang nombor dalam konteks pemikiran Piaget
dan tradisional. Matlamat utama pengajaran nombor dalam konteks pemikiran Piaget
pada peringkat prasekolah ialah pengekalan (conservation) melalui perkaitan yang
ditonjolkan. Senarai objektif yang terdapat dalam jadual hendaklah dapat memenuhi
beberapa konsep penting yang digunakan oleh Piaget. Ada empat konsep yang penting
dalam pelajaran tentang nombor. Di antaranya ialah perkaitan yang ditonjolkan
(provoked correspondence) berbanding dengan perkaitan spontan (spontaneous
correspondence), dan perkaitan masa (temporal correspondence).
Perkaitan yang ditonjolkan itu bermaksud perkaitan satu dengan satu (one to one) secara
kualitatif yang dapat memberi kefahaman tentang perkaitan satu dengan satu secara
kuantitatif kepada kanak-kanak. Contohnya, apabila kanak-kanak diberikan beberapa biji
cawan dan piring, selepas itu kanak-kanak diminta mencari pasangan benda-benda itu.
Melalui media yang dapat dikenal secara kualitatif, kanak-kanak dapat mengenal konsep
nombor dan bilangan yang berkait dengan pasangan benda-benda. Perkaitan spontan
pula ialah situasi apabila lawan pasangan sesuatu benda itu tidak mencukupi. Dengan itu
perbezaan kualitatif tidak jelas bagi menimbulkan perbezaan kuantitatif dan kefahaman
tentang konsep nombor. Contoh perkaitan spontan ialah apabila terdapat dua set cawan
dan hanya satu set piring.
Perkaitan masa pula ialah apabila unsur serentak wujud. Contohnya, apabila sebiji guli
dimasukkan ke dalam satu bekas dan pada masa yang sama sebiji guli lagi dimasukkan ke
dalam bekas yang lain. Peringkat ini ialah peringkat perantaraan bagi mencapai perkaitan
yang ditonjolkan tentang objek-objek yang mengandungi unsur-unsur perkaitan
kuantitatif. Perkaitan ruang pula ialah perkaitan yang dapat dilihat di antara dua objek
yang mempunyai kualiti yang sama.
Beberapa contoh ujian yang menilai perkara-perkara yang melibatkan perkaitan yang
ditonjolkan. Peringkat operasi ini adalah peringkat yang dapat dicapai oleh kanak-kanak.
Kemahiran ini ada beberapa peringkat kecil seperti kemahiran menentukan banyak dan
sedikit, menentukan persamaan, mengenal perbezaan 1 dan 2 , kebalikan dan pengekalan.
Guru menyediakan satu kumpulan yang mengandungi tiga biji botol dan satu kumpulan
lagi mengandungi enam keping penutup botol. Kanak-kanak ditunjukkan kepada
kumpulan benda yang disediakan oleh guru tadi. Kemudian guru mengemukakan soalan
kepada kanak-kanak tentang kumpulan benda yang mana lebih banyak, botol atau
penutup botol. Guru boleh menambah bilangan botol kepada empat biji dan penutup
botol kepada lapan atau mengurangkan bilangan botol atau penutupnya. Tujuan ujian ini
adalah untuk emngetahui sejauhmana kanak-kanak boleh memahami konsep banyak dan
sedikit apabila perbandingan dibuat. Guru boleh menggunakan benda-benda lain yang
terdapat di persekitaran kanak-kanak seperti sudu dan garfu, pensel dan kertas, dan
sebagainya.
Persamaan
Guru menyusun empat biji cawan dalam satu barisan. Kemudian meminta kanak-kanak
mengambil piring secukupnya untuk setiap cawan. Proses ini boleh diulang dengan
menggunakan bilangan yang berlainan atau benda-benda maujud lain untuk emnguatkan
konsep persamaan kepada kanak-kanak.
Guru menyusun satu barisan lima batang pensel dan lima getah pemadam dalam satu
barisan selari. Kanak-kanak diminta untuk melihatnya baik-baik. Guru menambah
sebatang pensel lagi ke alam barisan pensel itu. Kemudian guru bertanya kanak-kanak
sama ada getah pemadam cukup untuk semua pensel itu. Proses ini diulangi beberapa
kali dengan menambah dua batang pensel atau digantikan dengan benda-benda lain.
Pengekalan
Dua baris duit syiling telah disusun lurus pada jarak yang sama. Kedua-dua baris
mempunyai enam keping duit syiling. Kanak-kanak ditanya tentang bilangan duit syiling
pada setiap baris. Setelah kanak-kanak memberi jawapan iaitu sama banyak, duit syiling
pada satu barisan disusun secara berjauhan sehingga kelihatan lebih panjang daripada
baris yang satu lagi tapi bilangan duit syiling masih kekal sama. Kemudian kanak-kanak
akan disoal lagi sama ada kedua-dua baris tersebut adalah sama atau lebih banyak. Bagi
kanak-kanak yang mencapai konsep pengekalan, mereka akan mengatakan tetap sama
banyak. Apa yang harus dicapai pada peringkat perkaitan ruang yang ditonjolkan ialah
kanak-kanak dapat memberi jawapan yang betul melalui pemikiran dan tidak dengan
mengira benda-benda yang dilihatnya. Kanak-kanak boleh mengingat semula jumlah
duit syiling yang asal dalam pemikirannya.
Kebalikan
Kanak-kanak ditunjukkan dua bekas air yang sama tinggi dan diisi air yang sama banyak.
Labelkan bekas air yang pertama sebagai A dan bekas air kedua sebagai B. Kemudian air
dari bekas A dituang pada bekas yang lebih rendah dan lebar iaitu C. Kanak-kanak
ditanya bekas mana yang mengandungi air lebih banyak B atau C. Biasanya kanak-kanak
yang sudah menguasai konsep kebalikan akan menjawab bahawa air B dan C adalah
sama banyak. Sekiranya kanak-kanak belum menguasainya, latihkan berulang kali
proses kebalikan tadi supaya ia faham.
E. RUMUSAN
Penilaian bagi tujuan pembelajaran atau mengetahui prestasi pada akhir sesuatu aktiviti
sangat sukar dijalankan di peringkat prasekolah. Guru prasekolah harus dapat
menggunakan setiap masa yang sesuai bagi mendapat maklumat yang diperlukan dari
semasa ke semasa.
F. AKTIVITI
Pilih seorang kanak-kanak yang berumur lima atau enam tahun. Jalankan ujian secara
tidak formal. Berdasarkan ujian tersebut, adakah anda dapat membuat penilaian terhadap
kanak-kanak tersebut?
PENGENALAN
B. HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir pengajaran pelajar akan dapat :
1. mengetahui kaedah pemerhatian
2. menyatakan tujuan pemerhatian
C. STRATEGI PENYAMPAIAN
Syarahan dan perbincangan dalam kelas.
D. PENYAMPAIAN ISI
1. Pemerhatian
2. Tujuan pemerhatian
Guru juga perlu ada gambaran secara keseluruhan tentang bagaimana kanak-kanak
bergerak balas. Penilaian secara menyeluruh tentang kebolehan kumpulan murid
dalam kelas boleh menolong guru mengubahsuai rancangan kurikulum. Contohnya,
satu kumpulan kelas tadika memerlukan pengalaman berjalan secara berpasangan
dalam lawatan singkat ke taman sekolah sebelum mereka bersedia untuk lawatan ke
muzium. Ada juga kumpulan kanak-kanak yang bersedia untuk lawatan ke mana sahaja
tanpa latihan tersebut.
Guru perlu tahu tentang apa yang setiap kanak-kanak atau kumpulan kanak-kanak
suka dan memberi tindak balas dalam sesuatu aktiviti. Ini boleh menolong guru dan
Contohnya, jika ada sekumpulan kanak-kanak yang berminat dengan lebah, guru
boleh merancang lawatan ke Taman Lebah, memilih buku dan lagu-lagu tentang lebah,
mengundang pengusaha lebah ke tadika untuk menunjukkan bagaimana dia berpakaian
untuk mengeluarkan madu dari sarang lebah atau merancang membuat makanan ringan
yang menggunakan madu sebagai bahan pemanis.
Kanak-kanak perlu dilihat dari sudut yang berbeza. Pemerhatian ialah satu cara
membuat penilaian secara tidak formal untuk setiap kanak-kanak dalam domain
perkembangan yang berbeza.
Contohnya, kanak-kanak dari segi perkembangan motor halus pada umur 5 hingga
6 tahun dapat memegang pensil. Jika ada kanak-kanak pada usia tersebut tidak boleh
memegang pensil, maka guru boleh mengambil langkah yang sewajarnya untuk
membantu kanak-kanak tersebut.
Ada kanak-kanak yang berkembang dengan baik dalam kognitif tetapi tiada
kemahiran dalam bersosial. Tugas guru ialah menolong kanak-kanak ini untuk
menyesuaikan diri dalam kumpulan kanak-kanak. Terdapat juga kana-kanak yang mahir
dalam fizikal tetapi menghadapi masalah emosi. Guru boleh menyusun aktiviti fizikal
yang membolehkan kanak-kanak tersebut belajar meluahkan perasaan melalui
pergerakan atau tarian. Kanak-kanak mungkin berbeza-beza tahap perkembangannya.
Dengan mengetahui perkembangan kanak-kanak, guru boleh memberi arahan dan
mengasuh kanak-kanak secara individu.
Guru perlu berhati-hati dengan apa yang ia lakukan. Mereka perlu tahu kekerapan
berinteraksi dengan murid, bagaimana bekerja dengan kanak-kanak yang mempunyai
perbezaan individu dan berapa lama penumpuan kanak-kanak apabila guru membuat
aktiviti seperti bercerita. Guru perlu juga menilai bagaimana ekspresi muka dan
pergerakan badan semasa berhadapan dengan kanak-kanak. Di samping itu, guru
perlu mengimbas kembali, berapa banyak peneguhan positif atau negatif digunakan
dalam pengajaran. Penggunaan video untuk merakam dan menonton kembali rakaman
video boleh membantu memberi pendedahan tentang kelemahan atau kekuatan
seseorang guru terutama bagi guru-guru yang baru mengajar kanak-kanak. Guru atau
pengurus tadika boleh menggunakan analisa kekuatan dan kelemahan kakitangannya
untuk merancang pembangunan profesional bagi memenuhi keperluan mereka yang
bekerja dengan kanak-kanak.
6. Guru dapat gambaran keseluruhan tentang program tadika dan membantu membuat
analisa yang spesifik tentang masalah pengurusan kelas.
Persepakatan yang erat antara semua pihak yang terlibat dengan tadika seperti
guru, pembantu guru dan kanak-kanak dapat mewujudkan sebuah tadika yang
berkualiti. Bagaimana kerjasama antara ahli dalam tadika saling membantu untuk
mencapai matlamat adalah penting bagi sesebuah tadika. Tahap perkembangan kanak-
kanak mencapai matlamat yang diharapkan begantung kepada kurikulum dan iklim
sosioemosi sesuatu tadika.
Banyak contoh pemerhatian yang dibuat dan dalam masa yang berbeza, situasi yang
berbeza dan menggunakan kaedah yang berbeza dapat memberi gambaran yang
menyeluruh tentang perkembangan kanak-kanak.
3. Jenis pemerhatian
Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai atau diperhatikan iaitu:
4. Dokumentasi pemerhatian
Setiap guru perlu membuat perancangan. Bagi tujuan tersebut, sebuah buku
program atau folder yang terkandung di dalamnya maklumat latar belakang dan
rekod perkembangan individu kanak-kanak boleh juga dimasukkan perancangan dan
penilaian mingguan. Ia boleh dibuat secara berasingan.
senarai semak
anekdot
rekod berterusan
E. RUMUSAN
Tugas guru tadika ialah untuk merancang program pendidikan awal kanak-kanak yang
sesuai berdasarkan penilaian perkembangan kanak-kanak. Keberkesanan sesuatu
program tadika ke atas kanak-kanak bukan hanya oleh persekitaran pembelajaran yang
disediakan, kecekapan guru atau interaksi dengan ibu bapa dan komuniti, tetapi yang
lebih penting ialah tahap perkembangan individu dan gaya pembelajaran mereka diberi
perhatian. Dengan penilaian yang berterusan secara tidak formal dapat membantu guru
menyediakan program tadika yang berkualiti.
F. AKTIVITI
A. PENGENALAN
Senarai semak merupakan senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti
perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item
yang digunakan adalah untuk menentukan sama ada tingkah laku yang berlaku, tingkah
laku dapat diperhatikan dan kekerapan tingkah laku dengan menandakan ( / ) pada
ruangan yang disediakan atau cara lain mengikut arahan dalam senarai semak tersebut.
B. HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir pengajaran pelajar akan dapat;
1. menentukan kegunaan senarai semak
C. STRATEGI PENYAMPAIAN
Syarahan dan perbincangan dalam kelas.
D. KANDUNGAN TOPIK
1. Guru ingin mengetahui sama ada kanak-kanak dapat menyiapkan atau tidak
sesuatu tugasan atau telah menguasai sesuatu kemahiran. Senarai semak adalah satu
cara untuk menilai kanak-kanak dalam jangka masa yang singkat.
3. Guru hendak menentukan sama ada kanak-kanak itu mempunyai atau tidak tingkah
laku tertentu.
Tingkah laku yang ingin diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas.
Digunakan untuk melihat atau menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula
jadi.
Maklumat untuk melengkapkan senarai semak boleh didapati daripada satu atau
dua pemerhatian.
1. Senang digunakan.
Selalunya tingkah laku atau keadaannya ditulis sama ada ada atau tiada.
5. Selalunya lebih khusus kepada butiran tingkah laku yang ingin diperhatikan.
1. Guru mungkin mengunakan senarai semak yang tidak sesuai dengan tahap
perkembangan kanak-kanak.
ARAHAN : Sila tandakan ( / ) dalam petak yang disediakan apabila murid sudah
menunjukkan kebolehannya. Sila tinggalkan kosong sekiranya murid belum
menguasai kemahiran itu.
-boleh - sebutan
menyebut jelas
panggilan
bersopan
dalam
keluarga
seperti abang,
kakak
Arahan: Tandakan ( / ) pada tingkah laku main yang ditunjukkan oleh kanak-
kanak pada ruangan yang disediakan
P A C P A C P A C P A C
1. Ali
2. Abu
3. Busu
4. Daud
5. Eman
6. Faiz
7. Iman
. E. RUMUSAN
Senarai semak ialah kaedah yang banyak kegunaannya dan senang digunakan. Guru
boleh menggunakan satu senarai semak untuk seorang murid atau menyediakan satu
borang induk yang mengandungi semua nama murid yang hendak diperhatikan. Oleh
kerana kemahiran disusun mengikut urutan penguasaan, senarai semak ini boleh
dianggap sebagai satu alat diagnostik Berdasarkan kepada pemerhatian dengan senarai
semak ini, guru dapat menganalisa hasilnya dan menentukan kanak-kanak yang
memerlukan peneguhan, pemulihan atau pengayaan.
F. AKTIVITI
Pilih satu perkembangan kanak-kanak dan buatkan satu senarai semak tentang
perkembangan kanak-kanak yang dipilih.
A. PENGENALAN
Rekod anekdot merupakan catatan ringkas mengenai satu peristiwa atau tingkah laku
murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Catatan yang ditulis
hendaklah secara objektif menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana berlaku.
Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami kanak-kanak yang diperhatikan.
B. HASIL PEMBELAJARAN
C. STRATEGI PENYAMPAIAN
Penyampaian berbentuk perbincangan dalam kumpulan yang kecil dan seterusnya
membentangkan hasil perbincangan di dalam kelas.
D. PENYAMPAIAN ISI
1. Kegunaan rekod anekdot
1. Rekod anekdot boleh digunakan bila-bila masa bagi guru membuat pemerhatian
dengan kanak-kanak. Guru hanya menerangkan cerita tentang apa yang dilihat pada
ketika itu.
2. Adalah amat berguna dalam merekod situasi di mana kanak-kanak melakukan sesuatu
yang berbeza dari apa yang selalu dilakukan olehnya semasa melakukan aktiviti kelas
atau semasa berinteraksi dengan guru, rakan atau bahan.
2. Kandungan rekod anekdot
nama murid
kelas
tarikh pemerhatian dibuat
nama pemerhati
peristiwa yang diperhatikan
cadangan dan komen daripada pemerhati mengenai peristiwa itu
Catatan ini tidak memberi gambaran yang lengkap kerana apa yang
menarik pada pemerhati sahaja yang akan direkodkan.
Umur : 6 tahun
Catatan Ulasan
Selepas rehat, Malik mengajak Zainal, Fuad dan Malik adalah anak sulung.
Hadi ke Pusat Bahasa untuk membaca buku.
Malik mengambil buku yang telah dibaca oleh Rakan baiknya ialah Zainal, Fuad dan
Cikgu Aini sebentar tadi. ”Saya nak baca buku Hadi.
ni. Nak dengar tak?” Malik membuka sehelai
demi sehelai sambil membaca seperti Cikgu Mereka ini sentiasa mengikut apa
Aini. Kawannya, Zainal, Fuad dan Hadi sahaja yang diminta oleh Malik.
mendengar cerita yang ibaca oleh Malik. Setelah
selesai membaca buku itu, Malik bertanya Malik sudah menunjukkan minat
kepada Fuad dan Hadi, ”sedap tak cerita tadi?”. untuk membaca buku walaupun
Hadi bertanya, ”kau dah boleh baca, Malik?”. sebenarnya, ia masih belum mengenal
Malik tersenyum. Cikgu Aini yang kebetulan semua huruf.
lalu disitu mendengar perbualan mereka.
”Bagus, Malik”, Cikgu Aini memuji Malik.
E. RUMUSAN
Rekod anekdot merupakan alat untuk membina kefahaman tentang kanak-kanak secara
keseluruhannya. Ia merupakan jalan untuk mengumpul dan menganalisa tentang
kejadian yang penting sahaja. Rekod anekdot bukan sahaja untuk individu tetapi boleh
dibuat untuk sekumpulan kanak-kanak. Sungguhpun rekod anekdot merupakan catatan
ringkas, menerangkan satu peristiwa dalam satu masa, namun ia banyak faedahnya.
Pengumpulan beberapa catatan rekod anekdot dalam jangka masa tertentu boleh
membantu guru mengetahui tentang kanak-kanak yang diperhatikan secara lebih
terperinci.
F. AKTIVITI
Buat satu rekod anekdot ke atas seorang kanak-kanak mengikut situasi yang sesuai.
A. PENGENALAN
Rekod berterusan adalah catatan dalam bentuk cerita yang dibuat pada individu atau
sekumpulan kanak-kanak semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap tingkah laku dan
apa yang dikatakan oleh kanak-kanak akan dicatat sepanjang tempoh pemerhatian.
Pemerhatian secara terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 5 hingga 10 minit.
B. HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pengajaran pelajar dapat :
1. mengetahui kegunaan rekod berterusan.
C. STRATEGI PENYAMPAIAN
Kuliah dan perbincangan
D. PENYAMPAIAN ISI
Rekod berterusan adalah untuk guru belajar lebih tentang semua aspek
perkembangan kanak-kanak daripada objektif hinggalah merekod tingkah laku
dan bahasa kanak-kanak dengan hati-hati.
Rekod berterusan boleh menolong guru yang sedang belajar memahami masalah
kanak-kanak secara individu atau untuk mengenali kanak-kanak yang baru masuk
belajar di dalam tadika tersebut.
Pastikan nama kanak-kanak dan nama pemerhati, tarikh dan masa dicatat.
Rekodkan cerita secara objektif dan jangan buat kesimpulan tentang kanak-
kanak.
Ia merupakan rekod yang lengkap dan tidak terhad pada satu kejadian
sahaja.
Umur : 6 tahun
Pemerhatian Ulasan
E. RUMUSAN
F. AKTIVITI
Buatkan satu rekod berterusan terhadap sekumpulan murid dalam kelas tadika.
A. PENGENALAN
Kemahiran untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain secara berkesan ialah
melalui bahasa. Bahasa penting dalam perkembangan kanak-kanak. Seseorang yang
menguasai bahasa bermula apabila ia memahami percakapan yang didengar dan boleh
bertutur. Kebolehan menggunakan bahasa boleh merapatkan perhubungan kanak-kanak
dengan orang lain dan membina konsep tentang persekitarannya.
B. OBJEKTIF
Diakhir pengajaran pelajar akan dapat mengetahui tentang;
1 perkembangan bahasa kanak-kanak secara lisan
C. STRATEGI PENYAMPAIAN
D. PENYAMPAIAN ISI
1. Perkembangan bahasa kanak-kanak - bahasa lisan
Kemampuan kanak-kanak untuk menerima, memahami dan melahirkan semula apa yang
didengar dapat menunjukkan perkembangan bahasa mereka. Dalam perbualan
contohnya, perkembangan bahasa mereka dapat ditonjolkan apabila mereka boleh
bercakap menggunakan ayat yang lebih panjang untuk menghuraikan sesuatu.
1. Perkembangan fonologi
2. perkembangan semantik
3. perkembangan tatabahasa
4. perkembangan pragmatik
Perkembangan fonologi
1 hingga 1 ½ - menyebut perkataan yang berkaitan dengan nama benda atau orang
tahun disekeliling mereka
Semasa menilai kanak-kanak dari segi fonologi, perhatian harus diberikan ketika kanak-
kanak menyebut sesuatu perkataan. Selain itu, perhatian pada kanak-kanak dalam
menyebut singkatan perkataan, seperti lan untuk jalan iaitu membuang dua huruf
didepan perkataan tersebut. Kanak-kanak juga perlu diperhatikan ketika mereka
menggantikan sesuatu perkataan mengikut sebutan mereka sendiri seperti susu jadi fufu.
Perkembangan semantik
Perkembangan tatabahasa
Perkembangan tatabahasa merujuk kepada penggunaan lebih dari satu perkataan dalam
satu ungkapan. Dua fasa yang terlibat dalam perkembangan tatabahasa kanak-kanak
iaitu:
Bayi yang berumur 12 hingga 20 bulan, ia mula mencantum perkataan pertama bagi
membentuk ayat mudah. Perkataan tersebut adalah yang berkaitan dengan makanan(
susu), pakaian(baju), permainan(bola), bahagian tubuh badan (mata) dan
binatang(meow-meow untuk kucing) dan orang yang penting (mama atau emak).
Kanak-kanak juga sudah pandai mengaplikasikan peraturan tatabahasa dalam
penggunaan ayat telegrafik kombinasi dua perkataan seperti ”nak kan” (bermaksud
saya hendak makan).
Perkembangan pragmatik
Kanak-kanak pada usia 2 tahun dan ke atas boleh memegang buku dengan betul iaitu
menghala ke atas. Mereka juga boleh mengenal bahagian permulaan buku dan penamat
buku, membuka halaman dalam buku dari kanan ke kiri, membaca buku secara melihat
gambar dan bercerita mengikut ayat sendiri serta mengajak orang lain membaca
bersama. Apabila mereka meningkat usia 3 tahun hingga 8 tahun, kanak-kanak boleh
mengenal dan membaca kulit buku, menceritakan tentang siapa yang menulis buku
tersebut dan cuba membaca buku secara kuat.
Oleh itu, kemahiran memegang buku boleh dilihat dengan cara kanak-kanak
menggunakan buku dengan cara yang sesuai. Perhatian harus diberikan terutama ketika
kanak-kanak memegang buku. Buku tersebut adakah dipegang menghala ke atas dengan
muka hadapan menghadap pembaca. Mereka juga boleh diperhatikan mengenal bahagian
hadapan atau belakang buku, membuka halaman dalam buku tanpa renyok atau koyak
dan juga adakah ia meminta untuk dibacakan buku.
ada maksudnya. Kanak-kanak tiga hingga empat tahun biasanya boleh mengenal pasti
simbol bercetak dalam keadaan tertentu, contohnya, KFC untuk Kentucky Fried Chicken.
Mereka juga boleh bercerita dengan urutan yang betul walaupun kadang kala ada butiran
dalam cerita tertinggal kerana kanak-kanak fikirkan orang dewasa juga melihat gambar
dan bukannya huruf yang bercetak. Bagi kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke atas telah
faham konsep membaca dengan lebih mendalam iaitu membaca tulisan dan bukannya
gambar. Ini adalah kerana ada buku yang tidak ada gambar. Kanak-kanak juga sudah
boleh menceritakan semula apa yang dibaca dengan terperinci dan tepat seperti watak-
watak dalam buku cerita yang dibaca, penggunaan nada suara dan boleh membaca buku-
buku kanak-kanak yang biasa didengar dan dilihat seperti ”Kura-kura dengan arnab”.
Kanak-kanak boleh diperhatikan cara mereka mengenal pasti simbol yang bercetak, dapat
membezakan di antara gambar dan perkataan dalam buku, memahami perkataan yang
dibaca bukannya gambar dan boleh menjelaskan kegunaan membaca serta boleh bercerita
semula menggunakan buku sebagai bahan bacaan.
Perkembangan bahasa boleh dilihat dengan pengetahuan kanak-kanak tentang huruf dan
perkataan. Ini boleh dilihat apabila kanak-kanak dapat mengenal nama-nama huruf dan
membaca perkataan yang mudah. Kanak-kanak prasekolah biasanya boleh mengecam
huruf-huruf yang adala dalam perkataan nama mereka sendiri., nama kawan-kawan atau
simbol yang bercetak seperti logo pada anak patung Barbie dan ada juga yang keliru
dengan huruf-huruf tertentu seperti b/d, m/n, p/q. Kanak-kanak juga boleh menyebut
perkataan yang berirama seperti puisi. Mereka juga tahu bahawa setiap huruf ada
bunyinya dan boleh menenal pasti bunyi huruf. Disamping itu, kanak-kanak boleh
mengenalpasti persamaan dan perbezaan perkataan, persamaan bunyi suku kata
dihadapan atau di belakang perkataaan dan boleh memadankan perkataan lisan dengan
perkataan yang ditulis. Kanak-kanak yang berumur 7 tahun, boleh membaca secara
senyap, mempunyai perbendaharaan kata yang tinggi dan kelancaran dalam berbahasa.
Oleh itu, pemerhatian boleh dibuat dengan mengenal pasti sama ada kanak-kanak sudah
mengenal huruf-huruf dalam perkataan namanya sendiri, nama-nama huruf, huruf besar
atau huruf kecil dan juga membaca perkataan dan puisi mudah.
Kanak-kanak umur 3 hingga 4 tahun boleh bercerita dan menceritakan semula tentang
sesuatu idea atau gambar yang dilihat. Biasanya kanak-kanak yang bercerita semula akan
menggunakan perkataan yang lebih tepat dan kepada cerita yang sebenar. Pengertian
cerita bagi kanak-kanak yang ingin dilihat ialah kebolehan mereka memberitahu,
bercerita semula dan melengkapkan cerita. Perhatian harus diberikan terhadap struktur
cerita (permulaaan cerita, bilangan watak dalam cerita dan masalah yang diselesaikan)
atau kemuncak cerita atau ketepatan cerita (mengikut cerita sebenar keseluruhannya atau
sebahagian sahaja).
Bagi kanak-kanak yang berumur 2 hingga 3 tahun pula tidak dapat membezakan antara
contengan untuk menulis atau melukis. Kanak-kanak yang berumur 3 hingga 4 tahun
boleh menulis huruf dalam namanya sendiri. Kadang-kadang menulis huruf secara
terbalik Manakala kanak-kanak yang berumur 4 hingga 7 tahun pula sudah boleh
mengeja tiap-tiap huruf dalam satu perkataan. Kanak-kanak yang berumur 6 hingga 9
tahun pula sudah boleh menulis dengan menjarakkan antara satu perkataan dengan satu
perkataan yang lain, tahu penggunaan huruf besar dan huruf kecil, dapat menggunakan
tanda baca dan boleh menulis ayat yang panjang dalam satu perenggan.
Perkembangan bahasa juga boleh dilihat apabila kanak-kanak boleh membaca tulisannya
sendiri atau tulisan orang lain. Kanak-kanak berumur 3 hingga 4 tahun tidak mahu
menceritakan apa yang mereka tulis atau lukis. Bagi kanak-kanak yang berumur 5
hingga 6 tahun ke atas boleh menjelaskan tentang sesuatu gambar, boleh berdialog
berdasarkan gambar, boleh bercerita berdasarkan hafalan dan boleh menyebut perkataan
yang ditulis.
Perhatian harus diberikan kepada kanak-kanak tentang jumlah penggunaan bahasa yang
digunakan bila membaca huruf, perkataan, frasa atau ayat yang bertulis. Kebolehan
kanak-kanak berdialog berdasarkan gambar, bercerita semula tentang sesuatu cerita yang
dibaca dan kebolehan membaca perkataan yang ditulis patut ditekankan.
E. RUMUSAN
Pengalaman menggunakan bahasa secara lisan dan tulisan, amat penting dalam
perkembangan bahasa kanak-kanak. Ini adalah kerana kemahiran berkomunikasi adalah
berkait rapat dengan penggunaan bahasa dan kemahiran berinterksi. Menerusi
penerokaan dan interaksi menggunakan bahasa, kanak-kanak dapat membina dan
mengaplikasikan bahasa mereka ke tahap yang maksima.
F. AKTIVITI
Hasilkan satu buku cerita kanak-kanak yang mudah dan pilih seorang kanak-kanak
berusia 6 tahun untuk membacanya. Buatkan pemerhatian dan berikan penilaian yang
sewajarnya tentang perkembangan bahasanya dari aspek lisan dan tulisan.
A. PENGENALAN
Kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah tidak boleh mengolah pemikirannya
sebagaimana kanak-kanak yang berusia tujuh tahun ke atas. Begitu juga dalam
perkembangan bahasa di mana kanak-kanak boleh menggunakan bahasa dan simbol-
simbol yang berkaitan bagi membuat pengakuan dan arahan. Bahasa tidak dapat
digunakan untuk mengolah pemikirannya. Oleh itu, adalah penting bagi guru dan ibu
bapa untuk mengetahui perkembangan kognitif kanak-kanak.
B. HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir pengajaran pelajar akan dapat mengetahui ;
1. cara minda memproses maklumat
2. permainan dan perkembangan kognitif
3. langkah-langkah positif dalam perkembangan kognitif kanak-kanak
C. STRATEGI PENYAMPAIAN
Penyampaian berbentuk perbincangan dalam kumpulan yang kecil dan seterusnya
membentangkan hasil perbincangan di dalam kelas.
D. PENYAMPAIAN ISI
Perkembangan kognitif ialah perkembangan yang dialami oleh otak dari segi pemikiran
dan boleh dilihat dari tingkah laku dan percakapan seseorang. Aspek perkembangan
kognitif merupakan tumpuan utama dalam kajian ahli psikologi pendidikan seperti Jean
Piaget. Ia menggunakan metodologi kajian klinikal semasa mengkaji proses kognitif
anak-anaknya.
Beliau berpendapat kanak-kanak lahir dengan tingkah laku refleks seperti menghisap,
berkembang kepada tingkah laku bermatlamat dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak
bina struktur kognitif dalam usahanya memahami persekitaran atau pengalamannya yang
stiap hari bertambah melalui data yang ditafsir dan disimpan oleh kanak-kanak tersebut.
Mengikut Piaget, perkembangan kognitif ada empat tahap: peringkat deria motor (0-2
tahun), peringkat praoperasi (2-7 tahun), peringkat operasi konkrit (7 – 11 tahun) dan
peringkat operasi formal (12 tahun ke atas).
Pada peringkat deria motor, pemikiran bayi dipengaruhi oleh kebolehan deria mereka
seperti kebolehan memerhati dengan menggunakan mata. Aktiviti-aktiviti bayi juga
bertumpu kepada kemahiran pergerakan dalam persekitaran, seperti berdiri atau merasa.
Bayi akan mengulang-ulang kejadian pengalaman baru yang ditemui daripada pergerakan
dan penerimaan maklumat melalui deria bayi tersebut.
Pada peringkat operasi formal pula, remaja sudah dapat berfikir secara abstrak, saintifk
dan logik serta boleh menggunakan prinsip tertentu untuk penyelesaian masalah seperti
pengekalan, pemikiran gabungan dan konsep kebalikan.
yang ditanya oleh anak mereka diberi jawapan dan tidak memarahi mereka bertanyakan
soalan akan merangsang otak mereka untuk berfikir secara lebih kreatif.
Kanak-kanak seharusnya disediakan situasi dan pengalaman yang sesuai dengan mereka.
Ini boleh dilakukan dengan menyediakan aktivti secara individu dan kumpulan serta
perbincangan dengan guru dan ibu bapa supaya perkaitan, penjalinan, penyusunan dan
buah fikiran pada satu objektif dapat dibuat. Contohnya, jika kanak-kanak belukm
menguasai konsep banyak dan sedikit, maka aktiviti yang disediakan untuk mereka
adalah lebih kepada untuk memahami konsep tersebut. Apa yang penting ialah kanak-
kanak tersebut melakukan aktiviti yang sesuai dengan perkembangan mereka.
Ibu bapa dan guru lebih suka melihat kanak-kanak belajar membaca, menulis dan
mengira daripada bermain dengan menjalankan aktiviti bebas atau yang tidak berkait
secara langsung dengan kemahiran akademik. Ini boleh merosakkan perkembangan
kognitif kanak-kanak kerana segala yang dipelajari dengan cara peniruan dan
pengingatan tetapi bukan kefahaman. Adalah penting bagi guru dan ibu bapa
menyediakan pengalaman yang luas supaya sesuatu yang diajar dapat difahami oleh
kanak-kanak.
1. Pengkelasan
Mengkelaskan
objek mengikut 1
ciri:
a. warna ( )
b. saiz ( )
c. bentuk ( )
2. Seriasi
Menyusun objek
mengikut seriasi:
a. saiz ( )
b. panjang ( )
c. tinggi ( )
3. Padanan satu
dengan satu
Memadankan objek
mengikut pasangan
a. cukup ( )
b. tidak cukup ( )
E. RUMUSAN
Guru seharusnya merancang dan menyediakan objektif dan isi kandungan yang sesuai
dengan perkembangan kognitif kanak-kanak prasekolah. Selain itu, aktiviti yang
disediakan hendaklah mengandungi kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan tahap
perkembangan kognitif kanak-kanak. Di samping itu, penglibatan kanak-kanak dalam
aktiviti secara aktif dalam bentuk penerokaan perlu ditekankan dalam kelas.
F. AKTIVITI
Rancangkan satu aktiviti yang berkaitan dengan perkembangan kognitif kanak-kanak
prasekolah dan berikan penilaian ke atas tahap perkembangan kognitif kanak-kanak
tersebut.
A. PENGENALAN
Rakyat Malaysia adalah berbilang kaum. Amat penting komponen kerohanian dan moral
diberi perhatian dalam penilaian bagi memupuk nilai Islam dan nilai murni untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang percaya kepada Tuhan, berperibadi mulia dan
bertanggungjawab dalam mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
B. HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir pengajaran pelajar akan dapat mengetahui;
1. komponen kerohanian dan moral
2. kurikulum pendidikan Islam
3. kurikulum pendidikan moral
4. penilaian pendidikan kerohanian dan moral
C. STRATEGI PENYAMPAIAN
Penyampaian berbentuk perbincangan dalam kumpulan yang kecil dan seterusnya
membentangkan hasil perbincangan di dalam kelas.
D. PENYAMPAIAN ISI
1. Komponen Kerohanian dan Moral
Inilah masa yang sesuai bagi guru untuk menyediakan rangsangan yang bercorak Islam
supaya kanak-kanak dapat belajar perkara-perkara berkenaan Islam dan seterusnya
menjiwai setiap pengalaman yang berunsurkan Islam. Fokus pengajaran pendidikan
Islam adalah berdasarkan penyampaian ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam
berdasarkan al-Quran dan sunah.
mereka dapat berkembang dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji. Matlamat ini boleh
dicapai dengan adanya pendedahan dan pengasuhan yang sempurna berasaskan nilai-nilai
yang diterima umum berlandaskan kepada prinsip Rukunegara.
Menerusi aktiviti-aktiviti pendidikan Islam yang dirancang oleh guru, penilaian dapat
dibuat ke atas kanak-kanak sama ada mereka mengenali dan menghayati kehidupan
secara Islam sesuai dengan peringkat perkembangan mereka. Selain itu, kanak-kanak
boleh dinilai dari segi pembentukan akidah di dalam diri mereka, mengetahui cara-cara
beribadat, mengetahui dan mengamalkan budi pekerti yang baik dan mulia, mengetahui
dan mencontohi cerita-cerita dan sirah Rasulullah, mengenal huruf-huruf al-Quran dan
mengetahui, melafaz serta mengamalkan doa-doa yang mudah.
Melalui aktiviti seperti bercerita, berbual, tunjuk cara, latihan amali, nyanyian, nasyid,
permainan, lakonan, penjelajahan, pemerhatian alam semulajadi dan meninjau kegiatan
harian, guru boleh membuat penilaian ke atas kanak-kanak tanpa mereka sedari.
Penyampaian pengajaran melalui aktiviti luar seperti lawatan dapat membantu kanak-
kanak untuk mempelajari dan menikamati keindahan alam sambil mengenali tanda-tanda
kebesaran dan kekuasaan Allah. Melalui penyampaian yang berkesan, seseorang guru
mampu menilai kanak-kanak dengan mudah di samping membentuk asas-asas keimanan,
bercita-cita tinggi, semangat juang yang kuat, sabar, reda akan ketentuan Allah, berbakti
kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Justeru itu, penilaian dalam pendidikan Islam haruslah ditekankan dalam pembentukan
insan yang berilmu, beriman, beramal, berakhlak mulia dan berketrampilan ke arah
memakmurkan alam ciptaan Allah.
Nilai-nilai moral boleh disemai di kalangan kanak-kanak secara langsung atau tidak
langsung melalui aktiviti-aktiviti harian di peringkat prasekolah. Pendidikan moral
menekankan aspek pemupukan dan perkembangan nilai serta asas ketatanegaraan supaya
kanak-kanak dapat mengamal dan menghayati nilai-nilai murni yang terdapat dalam
masyarakat Malaysia secara bersepadu.
Kanak-kanak dapat dipupuk nilai-nilai yang berkaitan dengan perkembangan diri, diri
dengan keluarga, diri dengan masyarakat, diri dengan alam sekitar dan diri dengan
negara. Pendidikan moral perlu disepadukan dengan semua komponen dan diterapkan
dalam pelbagai aktiviti pembelajaran seperti aktiviti bercerita, main peranan dan
permainan mahupun latihan amali.
Pemerhatian: Intrepretasi:
Salmi dan Azlina duduk di tepi parit Salmi mempunyai perasaan untuk menjaga dan
sambil menyanyi. Zariah datang menyayangi alam sekitar.
menghampiri mereka dan
menunjukkan beberapa helai daun
yang dipetiknya di kawasan
prasekolah. Dia melambung-
lambungkan dan memijak-mijak daun
tersebut. Salmi menegur, “ janganlah
pijak daun-daun tu!,“. “Suka hati
sayalah“ jawab Zariah. “Kesian daun-
daun tu!“ kata Salmi sambil
mengajak Azlina beredar dari situ.
Tidak ada satu teknik penilaian yang boleh dikatakan ideal. Selain dari rekod anekdot,
senarai semak, temubual atau gambar foto boleh digunakan dalam membuat penilaian.
1. Aqidah
Senarai semak dan skala pemeringkatan individu untuk beberapa pengetahuan, kemahiran
dan amalan di dalam Pendidikan Islam boleh disediakan dalam jangka masa tertentu.
Guru hanya perlu menandakan / (ya) apabila kanak-kanak berjaya mencapai objektif
yang dirancang dan tandakan X (tidak) jika sebaliknya. Catatan ringkas berkaitan
kemajuan kanak-kanak perlu dicatatkan kerana tanda “ ya“ atau “tidak“, belum memberi
maklumat terperinci tentang sesuatu perlakuan berlaku.
Temubual adalah salah satu cara yang berguna kerana dapat memberi banyak maklumat
tentang kanak-kanak. Perbualan tidak perlu terlalu formal dan boleh juga melibatkan
perbualan antara kanak-kanak. Untuk tujuan analisis, perbualan boleh dirakam.
E. RUMUSAN
Penilaian dalam pendidikan kerohanian dan moral adalah pemerhatian dan merupakan
proses berterusan. Perkara-perkara yang dinilai bukan sahaja menekankan pada
pengetahuan, tetapi juga memerhati serta merekod tentang tingkah laku atau amalan
kanak-kanak. Cara membuat penilaian perlu pelbagai kerana tidak ada satu cara yang
ideal untuk setiap kanak-kanak.
F. PERBINCANGAN/LATIHAN/AKTIVITI
Buatkan penilaian dalam pendidikan kerohanian dan moral dengan cara yang berbeza-
beza.
A. PENGENALAN
Perkembangan sosial merupakan proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan
orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Melalui
proses sosialisasi yang bermula sejak bayi lagi, diharapkan kanak-kanak dapat membuat
penyesuaian social mengikut masyarakat di mana mereka dibesarkan.
B. HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir pengajaran pelajar akan dapat mengetahui tentang;
1. kemahiran berinteraksi
2. perkembangan konsep kendiri
3. membina kemahiran sosial
4. keperluan asas kanak-kanak dari aspek sosial
C. STRATEGI PENYAMPAIAN
Penyampaian berbentuk perbincangan dan syarahan.
E. PENYAMPAIAN ISI
1. Kemahiran Berinteraksi
Kemahiran kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain dapat dilihat dengan jelas pada
tingkah laku mereka semasa bermain bersama-sama kawan-kawan. Pada umur satu
hingga dua tahun, interaksi sosial berlaku secara minimum. Disebabkan mereka berada
pada peringkat egosentrik, mereka masih menumpu kepada penerokaan yang terdekat
dengan diri mereka sendiri. Pada peringkat umur yang lebih tua, kanak-kanak akan
mahir berinteraksi sosial, bantu membantu dan mengambil giliran.apabila mereka
bermain dengan rakan sebayanya.
Sekiranya mereka terlibat dalam rebutan alat permainan, kanak-kanak pada usia dua
tahun akan mengatakan bahawa sesuatu benda itu adalah hak mereka. Berebut barang
permainan dan bermain tanpa berinteraksi dengan orang lain semasa bermain dalam
kumpulan merupakan satu perkara biasa dilalui oleh kanak-kanak pada peringkat awal.
Orang dewasa hendaklah bertegas dalam menggalakkan kerjasama antara kanak-kanak
bagi menyelesaikan masalah perebutan barang permainan dan menyelesaikan masalah
pergaulan. Ini penting untuk membantu pembentukan kemahiran sosial kanak-kanak
pada peringkat awal.
Konsep kendiri merupakan anggapan menyeluruh tentang diri sendiri, sama ada positif
atau negatif. Seseorang itu tahu akan jantina, keluarga dan ciri-ciri fizikalnya sendiri.
Kanak-kanak yang berusia 3 ½ tahun hingga 5 tahun, kanak-kanak menggambarkan diri
berdasarkan sifat fizikalnya seperti ”rambut saya hitam”, kebolehannya seperti ” saya
pandai tulis”.
Pandangan kendiri yang positif ialah asas kejayaan kepada kanak-kanak. Dengan adanya
pandangan positif terhadap diri dan dengan mengaku dirinya setaraf dan sama-sama
berkemampuan untuk melakukan sesuatu, kanak-kanak akan terus berusaha menunjukkan
kemampuannya.
Pembentukan konsep kendiri bukan sahaja boleh membawa kebaikan secara langsung
kepada diri sendiri bahkan kepada ahli sesuatu kumpulan. Kanak-kanak perlu
ditanamkan dengan kesedaran tentang tanggungjawab sosial dan moral kepada kumpulan.
Tanggungjawab sosial dapat dihasilkan apabila kanak-kanak disemaikan dengan perasaan
sensitif terhadap kumpulan.
Kanak-kanak boleh dinilai dengan cara memahami keperluan, perasaan dan pandangan
orang lain melalui aktiviti yang dijalankan di kelas prasekolah. Kanak-kanak dapat
menyatakan batas hubungan antara diri dengan orang lain, menyatakan keperluan orang
lain, menyatakan perasaan orang lain melalui bahasa badan yang ditunjukkan dan
menghormati pandangan orang lain.
Guru : ”Cuba Hani minta tolong Normah ambilkan pemadam yang jatuh di bawah
kerusinya.
fikiran, perasaan dan tanggapan. Mereka juga boleh bekerjasama dan boleh
mengimbangkan kehendak diri di dalam kumpulan.
Memperkembangkan 3 1 1 3 2
kemahiran
persahabatan
Memulakan 1 2 2 3 1
permainan
Memberi cadangan 4 1 2 3 2
Bertolak ansur 2 2 3 1 4
Bekerjasama dan 3 3 3 2 2
suka menolong
E. RUMUSAN
Guru perlu memerhati, mencatat, mengenal pasti dan membuat kesimpulan tingkah laku
sosial kanak-kanak . Ini penting untuk proses mengenal pasti tahap perkembangan sosial
kanak-kanak. Setelah perkembangan sosial dikenalpasti, satu perbandingan tingkah laku
kanak-kanak dengan teori-teori berkaitan boleh dibuat.
F. AKTIVITI
Bincangkan tentang perkembangan sosial kanak berusia 6 tahun. Buatkan satu penilaian
sosial yang sesuai.
A. PENGENALAN
Perkembangan emosi yang sihat penting dalam kehidupan seseorang kerana ia menjadi
asas kepada pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak yang akan mempengaruhi
kejayaan dalam kehidupan mereka. Kebolehan menguruskan emosi boleh membantu
kanak-kanak membina keyakinan diri, semangat berdikari dan positif terhadap
pembelajaran.
B. HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir pengajaran pelajar-pelajar akan mengetahui;
1. tentang emosi
C. STRATEGI PENYAMPAIAN
Penyampaian berbentuk syarahan dan juga perbincangan.
D. PENYAMPAIAN ISI
1. Emosi
Emosi merupakan keadaan yang dirasai oleh seseorang sebagai reaksi kepada sesuatu
yang dialaminya. Perkembangan emosi biasanya banyak bergantung kepada faktor
kematangan dan pengalaman hidup masyarakat.
dinyatakan dalam bentuk tingkah laku seperti menjerit-jerit tetapi di peringkat umur yang
lebih tinggi tingkah laku berbeza mengikut keamatan perasaan marah dan jenis sasaran.
Inilah yangt selalunya, kanak-kanak bukan sahaja menjerit-jerit tetapi ada yang
membaling benda-benda di sekeliling, mendiamkan diri dengan tidak menghiraukan
pujukan orang dan melarikan diri ke tempat yang tersembunyi.
Walaupun dikatakan sebahagian besar bentuk emosi kanak-kanak telah wujud pada
peringkat awal namun perbezaan di antara emosi kanak-kanak dengan remaja atau
dewasa adalah ketara. Kebangkitan emosi kanak-kanak mungkin disebabkan oleh
kehendak-kehendak yang agak mudah tetapi berasas dan pernyataannya juga adalah tidak
berselindung. Inilah yang menyebabkan bentuk pernyataan emosinya keras dan kuat
tetapi tidak berlarutan. Keadaan ini berlaku kerana sesuatu penggerak tidak ditapis
terlebih dahulu oleh pemikiran yang wajar sebelum dinyatakan dalam sesuatu bentuk
tindak balas emosi. Pernyataan emosi kanak-kanak tidak ada langusng sekatan-sekatan
sehingga semuanya ditunjukkan sekaligus.
Kanak-kanak berada dibilik makan. Mereka maka mee goreng dan air milo. Mereka
makan sambil bercakap sesama mereka. Tiba-tiba Aisyah menangis. Bila Puan Fauziah
(pembantu pengurusan murid) bertanya mengapa ia menangis, ia diam dan kemudian
menangis semula. Kemudian Sarah (kanak-kanak yang duduk disebelahnya)
memberitahu Puan Fauziah Aisyah menangis sebab ia tidak boleh menghabiskan mee
yang diberikan kepadanya. Puan Fauziah menegur Aisyah kerana membazirkan
makanan.
Interpretasi:
Aisyah belum dapat menaksir sejauh mana keupayaannya untuk makan. Dia boleh minta
dikurangkan mee goreng daripada Puan Fauziah. Semalam Puan Fauziah pernah
memarahi Aisyah kerana tidak menghabiskan nasi goreng. Aisyah kurang yakin dan
terlalu takut untuk menyatakan kemampuannya. Di samping itu, Puan Fauziah
seharusnya boleh menanyakan Aisyah sama ada makanan yang dihidangkan kepadanya
mencukupi atau terlalu banyak.
E. RUMUSAN
Emosi penting dalam kehidupan kanak-kanak. Cara yang terbaik bagi ibu bapa dan guru
dalam membantu perkembangan emosi kanak-kanak ialah dengan memberi kasih sayang,
bimbingan yang berbentuk peribadi dan menyediakan satu keadaan yang boleh
memberikan kanak-kanak pengalaman hidup berkeluarga dan bermasyarakat sama ada di
rumah atau di prasekolah. Melalui interaksi dalam keluarga dan rakan sebaya, kanak-
kanak bukan sahaja dapat menemui objek-objek yang menimbulkan pelbagai emosi tetapi
bertindak secara yang pelbagai juga. Oleh itu, tiap-tiap pernyataan emosi yang dibuat
oleh kanak-kanak yang dinilai sepatutnya diawasi oleh guru mahupun ibu bapa.
F. PERBINCANGAN/LATIHAN/AKTIVITI
A. PENGENALAN
Kanak-kanak suka bergerak. Mereka secara semulajadi ingin belajar dan mempunyai
naluri ingin tahu sesuatu. Apabila mereka dilibatkan dalam aktiviti fizikal, mereka akan
melakukannya dengan sepenuh hati.
B. HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir pengajaran pelajar-pelajar akan mengetahui:
1. Perkembangan fizikal kanak-kanak
2. Penilaian perkembangan fizikal
C. STRATEGI PENYAMPAIAN
Penyampaian berbentuk syarahan dan juga perbincangan.
D. PENYAMPAIAN ISI
1. Perkembangan fizikal kanak-kanak
Penguasaan psikomotor yang baik bagi kanak-kanak dapat membantu mereka dalam
pergerakan asas dan kemahiran menulis. Manakala kesihatan badan yang baik diajar
kepada kanak-kanak membolehkan mereka diasuh dengan memakan makanan seimbang,
mengamalkan tabiat kebersihan diri dan alam sekitar dapat menjauhkan diri dari
penyakit. Bagi aspek keselamatan, kanak-kanak perlu dibantu dengan mengenalkan
situasi serta objek dan perkara-perkara yang berbahaya disamping melatih kanak-kanak
dengan langkah-langkah yang sesuai apabila berhadapan dengan situasi berbahaya.
Kanak-kanak bergerak aktif secara semulajadi kerana ingin belajar dan mempunyai naluri
ingin tahu tentang sesuatu. Apabila mereka dilibatkan dengan aktiviti fizikal, mereka
akan melakukan dengan sepenuh hati dan mereka akan bergerak dengan menggunakan
seluruh anggota badan.
Kanak-kanak tidak gemar menjadi pemerhati sahaja. Mereka ingin bergerak bebas dan
tidak gemar terikat dengan aktiviti di dalam bilik darjah sahaja. Penggunaan peralatan
dan lain-lain rangsangan akan memberi lebih cabaran kepada mereka semasa melakukan
pergerakan.
Kanak-kanak boleh dinilai semasa mereka melakukan aktiviti motor kasar seperti:
memanjat gelongsor, melompat tali, merangkak dalam terowong, bergayut pada “monkey
bar”, mengimbang pada papan pengimbang, bermain teng-teng, mengayuh basikal
mahupun berjalan.
Penilaian boleh dilakukan ke atas kemahiran motor halus yang melibatkan kemahiran
menggunakan otot kecil seperti pergerakan jari serta kordinasi mata dan tangan. Aktiviti-
aktiviti yang boleh dijalankan untuk guru membuat penilaian dalam kemahiran
psikomotor halus ialah: merantai manik, menjahit, menconteng kertas, menguli,
menggentel dan mencubit doh, melipat, mengoyak dan merenyuk kertas, menggunting,
menjentik dan melukis.
Dalam membuat penilaian pada aspek kesihatan, aktiviti-aktiviti yang boleh dilibatkan
ialah: melukis bentuk badan, menyanyi, berlakon, bercerita, membuat buku skrap,
memasak, mencuci dan lawatan.
Bagi aspek keselamatan pula, aktiviti yang boleh guru membuat penilaian ialah lawatan,
bercerita, main peranan, bersoaljawab dan berlakon.
Segala aktiviti yang dirancang oleh guru jika dimanfaatkan untuk menilai perkembangan
fizikal kanak-kanak akan dapat membantu mereka menjadi sihat, memupuk kendiri yang
positif dan keyakinan diri.
meter katak,
kanggaru) /
26.4.2007
3. Kesihatan
E. RUMUSAN
Perkembangan fizikal dapat dipelajari dan dikuasai oleh kanak-kanak melalui aktiviti
dan penggunaan alatan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Guru berperanan
mengembangkan potensi kanak-kanak ke tahap maksimum dan menilai kanak-kanak
mengikut tahap perkembangan mereka.
F. AKTIVITI
Permainan tradisional seperti teng-teng adalah satu aktiviti permainan yang boleh
memabntu perkembangan fizikal kanak-kanak. Sejauh manakah permainan tersebut
boleh membantu ke arah perkembangan fizikal kanak-kanak.
A. PENGENALAN
Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan
imaginasi mereka dalam pelbagai cara. Kanak-kanak sememangnya sangat berminat
dengan aktiviti seni dan kreatif.
B. HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir pengajaran pelajar-pelajar akan mengetahui;
1. tentang kreativiti.
2. bagaimana seni memupuk kreativiti.
3. fungsi seni.
4. persediaan aktiviti seni.
5. kepentingan aktiviti dan kreativiti dalam perkembangan kanak-kanak.
6. menilai hasil seni kanak-kanak
C. STRATEGI PENYAMPAIAN
Penyampaian berbentuk syarahan dan juga perbincangan.
D. PENYAMPAIAN ISI
1. Kreativiti
Kreativiti ialah sesuatu yang dibuat dan dihasilkan oleh seseorang dengan menggunakan
daya imaginasi dan pemikiran bagi menghasilkan sesuatu yang baru dan berguna kepada
manusia. Guru boleh mewujudkan motivasi dan suasana yang menggalakkan serta
menyuburkan keadaan dalaman. Seni dapat digunakan secara berkesan bagi
menimbulkan dan melatih kreativiti kanak-kanak.
b. Pandangan positif kepada diri sendiri dapat disemai melalui aktiviti seni.
c. Kanak-kanak hendaklah sentiasa dipuji dan diajak berbual berkenaan hasil kerja seni
mereka.
d. Semasa membuat aktiviti seni, kanak-kanak jangan dibantu sehingga siap kerjanya
atau diberikan model supaya ditiru kerana kanak-kanak tidak akan dapat berfikir untuk
melahirkan aktiviti seninya mengikut kreativitinya sendiri.
e. Jangan terlalu awal menilai atau memberi gred kepada hasil kerja seni kanak-kanak.
Sebaliknya sediakan masa, ruang, tempat, bahan dan benarkan kanak-kanak membuat
apa yang mereka suka tetapi secara terancang dan terkawal.
f. Ibu bapa digalakkan untuk menilai hasil kerja kanak-kanak. Ini boleh menimbulkan
rasa seronok dan bangga dengan proses dan produk seni yang dihasilkan oleh kanak-
kanak.
g. Dedahkan kanak-kanak dengan aktiviti hasil kerja seni seperti pameran lukisan
supaya mereka dapat mengembangkan kreativitinya.
3. Fungsi seni
Seni boleh menyediakan peluang untuk kanak-kanak melahirkan dan menyatakan fikiran.
Disamping itu, seni dapat memberi peluang untuk menyatakan, memperhalus dan
membentuk emosi kanak-kanak. Kanak-kanak dapat disediakan peluang untuk
membentuk kemahiran-kemahiran sosial dan sensitiviti pada manusia dan persekitaran.
Kreativiti dan imaginasi kanak-kanak dapat dirangsang melalui seni. Perkembangan
bahasa kanak-kanak dapat diperkayakan dan secara tidak langsung asas matematik dapat
didedahkan kepada kanak-kanak. Perkembangan kemahiran manipulatif dapat
digalakkan. Kekuatan otot dan kordinasi kanak-kanak dapat dibina melalui seni.
Pendedahan tentang penggunaan simbol dan corak sebagai persediaan kanak-kanak untuk
menulis dan membaca. Seni juga dapat melatih kanak-kanak memberi tumpuan,
mengaitkn kerja mahupun hasil kerja dengan topik lain.
Peraturan berkaitan penjagaan dan penggunaan bahan-bahan seni perlu dibentuk sejak
prasekolah seperti tidak boleh membazirkan warna atau bahan-bahan untuk aktiviti seni
tidak boleh dimakan. Bahan-bahan yang diperlukan untuk aktiviti seni seperti warna air,
berus lukisan dan lain-lain hendaklah disediakan dengan secukupnya sesuai dengan
bilangan kanak-kanak yang hendak menggunakannya. Guru hendaklah tahu
menggunakan bahan sebelum mengajar kanak-kanak menggunakannya. Sediakan surat
khabar, kain mengelap dan bahan-bahan lain untuk membersihkan kelas selepas aktiviti
seni. Ruang yang disediakan untuk aktiviti seni hendaklah mencukupi supaya aktiviti
seni dapat berjalan dengan lancar. Guru perlu merancang dan mengurus masa dengan
betul dalam aktiviti seni kerana kanak-kanak memerlukan masa yang cukup untuk
mencuba dan menggunakan bahan-bahan seni serta untuk mengemas setelah selesai
menjalankan aktiviti seni. Jika menggunakan warna air atau gam, guru perlu
menyediakan tempat yang sesuai untuk mengeringkan hasil kerja seni dan tempat
menyimpan hasil yang siap atau yang perlu dipamerkan.
Nama: Tarikh :
Arahan: Tandakan pada ruangan yang sesuai mengikut skala yang diberikan.
1. Lemah
2. Sederhana
3. Baik
Kemahiran / markah 1 2 3
1.Proses bekerja
Keupayaan mencipta
Mempunyai idea
Ada inisiatif
Sikap berdikari
Bersungguh-sungguh
2. Mengendalikan bahan
Berupaya membancuh
warna dengan baik
Dapat menggunakan
gunting
E. RUMUSAN
Terdapat berbagai cara untuk menjadikan aktiviti kreativiti dan estetika menarik. Kanak-
kanak akan seronok melibatkan diri dalam aktiviti yang guru sediakan dengan
perancangan yang teliti terutamanya dalam menyediakan bahan yang ingin digunakan
untuk sesuatu aktiviti. Oleh itu penilaian tentang kreativiti dan estetika perlu dirancang
dengan teliti supaya keputusan yang diambil dapat menggambarkan diri seseorang kanak-
kanak yang sebenarnya.
F. AKTIVITI
Mengapa kanak-kanak perlu diberi kebebasan bermain dengan bahan-bahan lukisan?
A. PENGENALAN
Guru-guru banyak terlibat memberi pendidikan kepada kanak-kanak prasekolah yang
normal atau biasa sesuai dengan perkembangan fizikal, sosial, mental dan emosi mereka.
Namun demikian, wujud keperluan untuk mendidik kanak-kanak yang mempunyai
keperluan-keperluan khas. Kanak-kanak tersebut memerlukan strategi dan pendekatan
pembelajaran yang berbeza menurut keperluan khas mereka.
B. HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir pengajaran pelajar-pelajar akan mengetahui;
1. Mengenali kanak-kanak dengan keperluan khas
2. Kategori kanak-kanak keperluan khas
3. Panduan mengajar kanak-kanak dengan keperluan khas
4. Penilaian kanak-kanak keperluan khas
5. Ciri-ciri Rancangan Pendidikan Individu
C. STRATEGI PENYAMPAIAN
Penyampaian berbentuk syarahan dan juga perbincangan.
D. PENYAMPAIAN ISI
antara pengenalan sesuatu masalah dan rawatan yang dicadangkan. Semakin awal
penapisan dijalankan semakin cepat rawatan boleh diketengahkan. Hasil penapisan perlu
dianalisis secara rapi dan terperinci sementara tindakan diambil ke atas hasil data
daripada penapisan.
Alat ujian penapisan perlu mengukur prestasi kanak-kanak dalam melaksanakan tugas-
tugas perkembangannya berbanding dengan kanak-kanak sebaya dengannya. Jika
terdapat suatu masalah dalam perkembangan kanak-kanak, langkah seterusnya adalah
mencari nasihat dan kepakaran doktor, ahli psikologi, guru dan pakarterapi yang lain
untuk memastikan diagnosis yang sebenarnya dan kualiti perkhidmatan yang diperlukan
oleh kanak-kanak tersebut. Diagnolis melibatkan penelitian maklumat tentang kanak-
kanak daripada semua pihak. Kadang kala seseorang guru hanya dapat mengesan secara
rasmi bahawa kanak-kanak itu terencat atau mempunyai keperluan khas beberapa lama
berada di tadika.
Ciri-cirinya ialah:
Ciri-cirinya ialah:
- belajar dengan mudah, cepat dan mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi
- peka dan menunjukkan reaksi segera kepada sesuatu tugasan dan berupaya
menyelesaikan masalah
1. Tegaskan kebolehan dan bakat kanak-kanak keperluan khas serta pupuk potensi
mereka.
2. Guru boleh memerhati kanak-kanak, selidiki hasil kerja mereka, berbincang dengan
ibu bapa, kaji rekod kanak-kanak dan berbincang dengan rakan sejawat.
5. Dalam merancang aktiviti untuk kanak-kanak dengan keperluan khas perlu ada
pendekatan analisis tugas. Ini melibatkan memecahkan sesuatu tugasan kepada
9. Ibu bapa kanak-kanak keperluan khas lebih mengenali anak mereka. Mereka boleh
membantu memperkayakan pengalaman di sekolah bagi mempertingkatkan
pengetahuan dan kemahiran anak-anak mereka.
Penilaian dapat membantu mengenal pasti bantuan dan khidmat sokongan yang
diperlukan oleh kanak-kanak. Program pendidikan bgi murid dengan keperluan khas
seiring dengan Rancangan Pendidikan Individu (RPI), iaitu merupakan rancangan
program penilaian berterusan. Di negara barat, RPI termaktub dalam Akta Pendidikan
Persekutuan di bawah Undang-undang Awam 94-142 yang mana undang-undang ini
menetapkan setiap kanak-kanak keperluan khas perlu mempunyai program pendidikan
individu yang bertulis, terancang dan teratur, yang merangkumi penilaian murid,
matlamat jangka panjang, objektif jangka pendek, strategi yang digunakan dan
jangkamasa.
b. Spesifik iaitu matlamat dan objektifnya dinyatakan dalam bentuk tingkah laku
yang dapat diperhatikan dan diukur.
d. Realistik iaitu matlamat dan objektif hendaklah sesuai dengan tahap fungsi dan
kadar perkembangan sedia ada setiap kanak-kanak.
f. Dipersetujui oleh ibu bapa, guru, kanak-kanak dan profesional lain yang terlibat.
E. RUMUSAN
Kanak-kanak dengan keperluan khas perlu diberi rangsangan yang cukup bagi
membolehkan mereka menguasai kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan seharian
dengan mengetahui ciri-ciri kekuatan yang ada pada kanak-kanak itu. Setiap kanak-
kanak berbeza antara satu sama lain dan pastinya ada program yang dapat memberi
manfaat kepada mereka. Ibu bapa dan setiap anggota masyarakat perlu menghapuskan
anggapan negatif terhadap kecacatan yang dialami oleh seseorang kanak-kanak.
F. AKTIVITI
1. Apakah kesannya jika seseorang kanak-kanak itu diberi label sebagai kanak-kanak
keperluan khas? Apakah tanggungjawab guru prasekolah dalam situasi tersebut?