You are on page 1of 3

NOR AKMALIANA BINTI ABUS (BA17110440)

1. Perihalkan tentang role play watak diri anda dalam perundingan yang berlaku
dalam kuliah hari ini. Adakah anda memperolehi apa yang anda inginkan atau tidak?
Pada pandangan anda, kenapa anda memperolehi/tidak memperolehi harta tersebut.

Saya memegang watak sebagai Paul iaitu adik kepada Charlene. Semenjak kakak
Paul iaitu Janice meninggal dunia, Paul merupakan satu-satunya adik beradik yang
tinggal. Paul selalu hidup bersendirian kerana dia belum berkahwin. Paul juga tidak
pernah belajar di mana-mana kolej atau belajar apa-apa bidang profesional. Paul
bukan seorang yang bijak dalam akademik kerana beliau lebih tertumpu kepada
kemahiran dalam membuat perabot dan merupakan pengusaha, namun beliau tidak
pernah memegang atau menjalankan sesuatu kerja dalam tempoh masa yang lama.
Hal ini berkemungkinan disebabkan kerana Paul menghidap penyakit barah otak. Paul
baru sahaja diusir dari tempat perlindungannya selama dua tahun. Oleh itu, Paul
memerlukan tempat tinggal yang baru kerana dia kehilangan tempat perlindungan.
Keadaan ini menyebabkan saya (Paul) mempertahankan rumah tepi pantai tersebut
hasil peninggalan kakak saya yang baru sahaja meninggal dunia. Di akhir
perbincangan tersebut, saya(Paul) berjaya mempertahankan dan mendapatkan rumah
tepi pantai tersebut yang mempunyai 4 bilik. Susan, Tom, Frank, Kathy, Jim dan
Chester bersetuju untuk memberikan harta tersebut kepada saya(Paul) kerana mereka
berasa kasihan terhadap keadaan yang menimpa saya(Paul).

1. Adakah perbincangan pembahagian harta pusaka tersebut dapat diselesaikan pada


masa yang sepatutnya? Menagapakah ia dapat diselesaikan/atau tidak dapat
diselesaikan?

Perbincangan harta pusaka tersebut dapat diselesaikan pada masa yang sepatutnya
namun terdapat sedikit kesulitan dalam menyelesaikan perbincangan tersebut kerana
masing-masing ingin mempertahankan harta yang mereka inginkan dan kesulitan
tersebut lebih jelas apabila berlakunya perdebatan antara individu yang menginginkan
jenis harta yang sama.

3. Apakah halangan yang anda hadapi dalam pencapaian keputusan konsensus dalam
kes ini? Apakah yang boleh anda lakukan dalam mengatasi masalah ini?

Halangan yang saya hadapi dalam pencapaian keputusan konsesnsus dalam kes
ini ialah pertembungan keinginan harta yang sama antara Susan dan Kathy. Hal ini
berlaku apabila Susan dan Kathy juga menginginkan sebuah rumah tepi pantai yang
mempunyai 4 bilik peninggalan Charlene. Namun, Paul berjaya mendapatkan dan
mempertahankan rumah tersebut dengan cara memujuk kedua-dua antara mereka
sehingga membuatkan Kathy bertolak ansur dengan hanya mendapatkan seekor anjing
manakala Susan mendapatkan rumah di Florida. Mereka terpaksa bertolak ansur
kerana keadaan Paul yang kurang sihat dan sangat-sangat memerlukan suasana rumah
di tepi pantai tersebut.

2. Apakah pengalaman berguna yang anda pelajari dalam aktiviti pembelajaran


perundingan pada hari ini? Adakah anda gembira dan berpuas hati dengan kaedah
pembelajaran sedemikian?

Pengalaman berguna yang saya pelajari dalam aktiviti pembelajaran perundingan


pada hari ini ialah teknik menyelesaikan konflik yang wujud antara satu sama lain.
Bukan itu sahaja, saya juga dapat mempelajari bagaimana cara untuk
mempertahankan hak serta mendapatkan hak yang sepatutnya kita perolehi. Kaedah
pembelajaran sedemikian sangat-sangat menarik perhatian saya dan kaedah tersebut
tidak menimbulkan tekanan. Selain itu, kaedah tersebut juga memberikan input yang
sangat baik kerana perkongsian ilmu dapat diperolehi secara langsung sekali gus tidak
membuat saya berasa bosan dan mengantuk kerana teknik tersebut melibatkan
pergerakan anggota. Akhir kata, saya sangat berpuas hati dan berasa gembira dengan
aktiviti pembelajaran perundingan tersebut.

You might also like