You are on page 1of 8

1.

0 Pengenalan

Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan ekonomi


dan pembangunan negara bangsa. Pembangunan modal insan bertaraf dunia
merupakan prasyarat untuk membawa Malaysia ke persaingan ekonomi global abad
ke 21. Justeru itu, Program Transformasi Kerajaan (GTP1.0) telah meletakkan
pendidikan sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang
mana fokusnya adalah untuk membolehkan semua pelajar mendapat akses kepada
pendidikan yang berkualiti dan mampu menguasainya dengan terbaik. Matlamat
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan adalah untuk meningkatkan
prestasi pelajar dengan memberi fokus kepada empat sub bidang iaitu PraSekolah,
Literasi dan Numerasi (LINUS), Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan Tawaran Baru
(New Deals) kepada Pengetua atau Guru Besar.

Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang


hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan yang relatif kekal
dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Justeru, perubahan
merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahsuaian yang
berlaku terhadap anak didik.

1
2.0 Konsep Rancangan Pelajaran Harian

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan rangka kerja aktiviti


pengajaran pembelajaran yang disediakan oleh guru untuk beberapa waktu pelajaran.
Sebelum merancang dan melaksanakan PdP, seseorang guru perlulah mengkaji dan
mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam, memilih kemahiran-kemahiran dan isi
pelajaran yang sesuai, merancang pengajarannya, menentukan strategi PdP,
menyediakan bahan bantu pengajaran serta menyediakan penilaian. RPH biasanya
mengandungi tiga peringkat iaitu peringkat perancangan sebelum pengajaran,
peringkat perlaksanaan pengajaran serta peringkat penilaian.

Rancangan Pengajaran Harian merupakan pelan pengajaran yang tersusun


dan terperinci. Perancangan sebelum sebuah pengajaran perlu dirancang untuk
memenuhi masa yang diperuntukkan, menepati kehendak objektif dan matlamat, dan
juga untuk memastikan pengajaran dalam kelas adalah menarik dan tidak
membosankan. Perancangan yang lengkap dapat memastikan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas adalah berkesan.

Dalam RPH, objektif pengajaran telah ditentukan. Objektif boleh dalam bentuk
implisit dan eksplisit. Objektif implisit melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara
seperti memahami, mengetahui dan menghargai sesuatu yang telah diajar. Objektif
eksplisit melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti menyenaraikan,
menjelaskan, memberi contoh dan menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang
telah diajarkan.

2
3.0 Komponen-komponen dalam RPH
Terdapat banyak komponen yang terdapat dalam sesebuah RPH. Antaranya
termasuklah tema dan tajuk, kemahiran dan fokus, pengetahuan sedia ada, standard
kandungan dan pembelajaran, objektif pembelajaran, pentaksiran berasaskan sekolah,
kemahiran membuat rujukan, penulisan akademik, aplikasi penulisan akademik,
struktur dalam penulisan dan etika dalam penulisan dan plagiat.

3.1 Tema dan Tajuk


Tema dan tajuk meliputi pelbagai bidang ilmu, hal persendirian dan isu
kemasyarakatan, menghargai warisan, mencungkil daya kreativiti dan inovasi dalam
diri murid serta isu-isu semasa. Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa
Malaysia diajar berdasarkan tema. Cakupan tema yang ditekankan adalah seperti
kekeluargaan, kemasyarakatan, kesihatan dan kebersihan, keselamatan, perpaduan,
kebudayaan, kesenian dan estetika, jati diri, patriotisme dan kewarganegaraan, sains,
teknologi dan inovasi, alam sekitar dan teknologi hijau, pertanian dan penternakan
serta ekonomi, keusahawanan dan pengurusan kewangan.

3.2 Kemahiran
Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan
Bertutur, Membaca dan Menulis. Kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan
aktiviti pemerolehan mesej atau maklumat manakala kemahiran bertutur pula
melibatkan proses menjana dan menghasilkan penghasilanmaklumat. Kemahiran
membaca ialah memindahkan tulisan kepada suara. Kemahiran menulis ialah
memindahkan lambang bunyi bahasa dalam bentuk grafik.

3.3 Pengetahuan Sedia Ada


Pengetahuan sedia ada merujuk kepada pengetahuan dan kemahiran
berkaitan topik yang telah dimiliki atau telah dikuasai oleh murid sebelum sesi
pengajaran bermula.

3.4 Standard Kandungan dan Pembelajaran


Dalam sesuatu RPH, standard kandungan dan pembelajaran adalah amat
penting. Standard kandungan merujuk kepada penyataan spesifik tentang perkara
yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan.
Standard ini telah merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard
pembelajaran pula merujuk kepada satu penetapan kriteria atau indikator kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

3
3.5 Objektif Pembelajaran

Objektif pembelajaran merupakan satu pernyataan ringkas dan tepat yang


ingin dicapai oleh guru selepas tamat sesi pengajaran. Objektif pengajaran terdapat
syaratnya iaitu perlulah spesifik, boleh diukur, boleh dicapai sebenar dan relevan.
Objektif pembelajaran diklasifikasikan kepada dua iaitu objektif am dan khas. Objektif
am merujuk kepada pencapaian murid secara umum yang ingin dicapai manakala
objektif khas merujuk kepada pencapaian isi pelajaran dan kemahiran khusus yang
ingin dicapai oleh guru dalam satu tempoh pengajaran.

3.6 Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu pentaksiran yang bersifat


holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan Malaysia. PBS mentaksir dua
jenis bidang iaitu bidang akademik dan bukan akademik.

3.7 Kemahiran Membuat Rujukan

Dalam penghasilan RPH, kemahiran membuat rujukan adalah amat signifikan.


Pelajar perlu membaca sumber-sumber lain sebagai bahan sokongan atau
penghujahan semasa dalam penulisan akademik. Justeru, senarai bahan rujukan
perlu ditulis di bahagian akhir penulisan akademik. Sistem Rujukan American
Psychologikal Association (APA) telah digunakan sebagai gaya penyenaraian sumber
rujukan.

3.8 Penulisan Akademik

Penulisan akademik merupakan penulisan yang dijalankan secara ilmiah atau


saintifik. Pengumpulan datanya adalah secara formal dan bersifat objektif. Setiap
pandangan yang dikemukakan disokong oleh buktinya. Dalam penulisan akademik,
kajian telah dilakukan dan pengalaman tokoh telah diambil.

4
3.9 Aplikasi Penulisan Akademik

Dalam aplikasi penulisan akademik, penulis perlu mengelakkan kesalahan-


kesalahan bahasa dalam ayat-ayat yang ditulis. Penulis mesti betul dalam aspek ejaan,
perkataan, dan ayat yang betul bentuk serta fungsi menurut tatabahasa. Penggunaan
bahasa formal adalah diutamakan. Seterusnya, penulisannya harus berunsur objektif
dan mempunyai tiga bahagian iaitu pengenalan, isi dan penutup. Penulisan juga harus
jelas dan disertakan dengan bukti.

3.10 Struktur dalam Penulisan

Struktur dalam penulisan adalah cara-cara kita menyusun idea kita dalam
penulisan supaya bentuk penulisan kita lebih menarik, tersusun dan sistematik serta
memudahkan pembaca dalam proses penyampaian idea dan maklumat melalui
penulisan kita.

3.11 Etika dalam Penulisan dan Plagiat

Etika adalah seperti norma yang perlu diperhatikan dalam penulisan karya
ilmiah. Norma ini berkaitan dengan pengutipan dan rujukan, keizinan terhadap bahan
yang digunakan dan penyebutan sumber data atau informasi. Dalam penulisan ilmiah,
penulis perlu jujur menyatakan rujukan terhadap bahan atau idea yang diambil oleh
orang lain.

Plagiat boleh didefinisikan sebagai penggunaan idea atau hasil karya orang
lain tanpa mengakui sumber idea-idea tersebut. Mereka menyalin frasa dan ayat-ayat
serta seluruh perenggan, kata demi kata tanpa tanda pengikat kata dan tanpa referensi
kepada penulis lain. Sesetengah mereka juga akan menggunakan reka bentuk dan
gambar-gambar orang lain dan mengiktirafkannya sebagai kerja sendiri.

5
4.0 Strategi Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)
PLC merujuk kepada usaha para pendidik yang komited dan bekerja secara
kolaboratif serta berterusan untuk membuat inkuiri atau kajian tindakan bagi mencapai
prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka (DuFour, Eaker, & Many, 2006).
Istilah Komuniti Pembelajaran Professional (PLC) wujud dalam kalangan penyelidik
seawal tahun 1960an. Terdapat 4 strategi PLC, iaitu Dialog Reflektif, Fokus Secara
Kolektif Terhadap Pembelajaran Murid, Kolaborasi dan Norma dan Nilai dikongsi
bersama. Dialog reflektif merujuk kepada guru-guru sekolah yang sentiasa berbincang
darihal situasi dan cabaran spesifik yang dihadapi bersama. Melalui dialog reflektif,
mereka membina satu set norma, kepercayaan dan nilai yang dikongsi bersama
sebagai aras untuk mengambil tindakan. Fokus secara kolektif terhadap pembelajaran
murid merujuk kepada kepercayaan dan keyakinan para guru bahawa semua murid
mereka boleh berjaya dan guru dapat membantu walaupun murid mungkin
menghadapi pelbagai cabaran di luar sekolah. Kolaborasi merujuk kepada usaha
menggalakkan guru untuk bekerjasama dalam memahami murid, kurikulum dan dasar
semasa berkaitan dengan pengajaran, penghasilan bahan, dan aktiviti-aktiviti yang
dapat memantapkan pengajaran. Norma dan nilai yang dikongsi bersama pula
merupakan usaha mendapatkan persetujuan bersama semua guru yang terlibat dalam
komuniti pembelajaran profesional darihal beberapa nilai asas berkaitan pendidikan
dan pembelajaran murid.

4.1 Dialog Reflektif

Dialog reflektif merujuk kepada guru-guru sekolah yang sentiasa berbincang


tentang situasi dan cabaran spesifik yang dihadapi bersama. Melalui dialog reflektif,
mereka membina satu set norma, kepercayaan, dan nilai yang dikongsi bersama
sebagai asas untuk mengambil tindakan. Mereka juga saling bertukar pendapat
berkenaan pengajaran dan pembelajaran. Para guru dapat menggunakan hasil
perbincangan ini untuk mengkritik amalan sendiri atau amalan sekolah tempat mereka
bertugas. Kritikan boleh memfokus kepada kandungan mata pelajaran atau kaedah
penyampaian pengajaran kepada murid. Namun demikian, untuk melakukan refleksi
yang lebih lanjut dalam keberkesanan kemahiran mengajar, guru-guru perlu
menggunakan data atau maklumat hasil kajian tindakan sebagai salah satu kaedah
mengimbas kembalikan kelemahan dan kekuatan pembelajaran dan pengajaran.
Contoh strategi reflektif dialog adalah seperti penggunaan protocol perbincangan
(Using Discussion Protocols), kelab buku (Book Clubs), kumpulan belajar (Study
Groups) dan kritikan video pengajaran guru (Video Critiques of Teaching Moments).

6
Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru Bahasa Melayu boleh
menggunakan protokol perbincangan iaitu mengadakan mesyuarat bulanan untuk
membincangkan artikel mengenai pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran.
Guru-guru Bahasa Melayu boleh berkumpul untuk memberi pandangan tentang
pengajaran mereka seperti kelemahan ataupun kekuatan yang dapat dikesan semasa
pengajaran dan pembelajaran. Melalui perbincangan dan perkongsian dapatan
pengajaran, guru dapat menjadikan pengalaman guru lain sebagai peringatan ataupun
model. Selain itu, guru Bahasa Melayu juga boleh menggunakan strategi kelab buku
dengan menetapkan satu masa untuk menyelidik tentang sesebuah artikel yang
berkaitan dengan pengajaran. Melalui penyelidikan, guru-guru Bahasa Melayu dapat
saling menilai kekuatan dan kelemahan dalam artikel tersebut dan mengatasi
kelemahan pengajaran.

Justeru, guru Bahasa Melayu juga boleh mengadakan kumpulan belajar untuk
mengkaji sesuatu yang dapat membantu kepada pengajaran mata pelajaran Bahasa
Melayu. Contohnya, guru Bahasa Melayu boleh mengadakan perbincangan tentang
suatu topik yang khusus seperti kaedah pengajaran yang sesuai untuk mata pelajaran
Bahasa Melayu, kemahiran berfikir, pemahaman murid terhadap Bahasa Melayu atau
kajian tentang minda. Tambahan pula, guru Bahasa Melayu juga boleh merakamkan
video pengajaran antara guru Bahasa Melayu untuk mengadakan kritikan terhadap
pengajaran guru. Melalui rakaman video pengajaran, guru Bahasa Melayu dapat
membantu guru Bahasa Melayu lain untuk menilai pengajaran yang telah dilakukan.
Sekiranya terdapat masalah yang timbul, guru-guru Bahasa Melayu boleh saling
mengeluarkan idea penambahbaikan supaya guru-guru Bahasa Melayu tidak
mengulangi kesilapan yang telah berlaku.

Melalui strategi dialog reflektif, guru-guru Bahasa Melayu dapat mengadakan


perbincangan dan membuat refleksi tentang pengajaran serta dapat belajar antara
satu sama lain untuk mengatasi kelemahan. Sehubungan dengan itu, kerjasama,
kejujuran, dan komitmen dalam kalangan guru Bahasa Melayu turut dipupuk dan ini
akan menambah baik pengajaran guru Bahasa Melayu kerana mereka akan
mempunyai matlamat yang sama iaitu membentuk murid yang cemerlang dalam
Bahasa Melayu serta meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu.

7
5.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) merupakan


salah satu amalan penambahbaikan sekolah melalui penstrukturan semula budaya
sekolah. Komuniti Pembelajaran Profesional juga menekankan kerjasama antara guru
bagi membentuk suasana pengajaran yang harmonis dan kondusif. Oleh itu, guru
Bahasa Melayu harus sentiasa berkumpul bersama untuk mengadakan refleksi dan
perkongsian. Komuniti Pembelajaran Profesional yang merupakan satu proses yang
berterusan bagi membangunkan kepimpinan guru Bahasa Melayu juga haruslah
sentiasa dipantau semula untuk mencapai kesan yang diharapkan. Justeru, dengan
penglibatan semua pihak dalam amalan Komuniti Pembelajaran Profesional, guru
Bahasa Melayu berupaya meningkatkan kapasiti kepimpinan mereka ketika
melaksanakan tugas.

Oleh itu, untuk mencapai matlamat Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC),


guru Bahasa Melayu perlulah bijak menggunakan strategi yang ada dalam KPP dan
mewujudkan suasana yang mesra dalam kalangan guru Bahasa Melayu selain
meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

You might also like