You are on page 1of 53

eModul Blended

Learning ke Arah
Pendidikan Abad ke-21

Jasbirizla Ilia Zainal Abidin

“Perkataan Blended Learning telah disebut


sebanyak 16 kali di dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -
2025 (Pra-sekolah sehingga Sekolah
Menengah), ini menunjukkan pemahaman
konsep ini adalah signifikan bagi
pembangunan pendidikan di Malaysia.”
- Penulis
Isi Kandungan

02
Menjadi guru abad ke-21 

09
Apakah itu Blended Learning?

15
Aplikasi Blended Learning: Memahami
Kekangan dan Permasalahan

20
Merekabentuk Kelas Blended Learning:
Kajian Kes  

38
Adakah kelas Blended Learning anda
efektif?

49
Rujukan Tambahan
Menjadi Guru di
Abad ke-21

Guru Bagaikan Lilin


Keperluan Kemahiran Abad ke-21
Kekangan Penggunaan Teknologi bagi Guru
Apakah itu TPACK?
Menjadi Guru di Abad ke-21 03

Guru Bagaikan
Lilin
Guru merupakan mereka Justeru, mengapa skop
yang menyampaikan ilmu. peranan guru begitu besar
Benarkah kenyataan ini? sekali? Hal ini adalah
Adakah tugas guru sekadar kerana, pada abad ini anak-
menyampaikan ilmu sahaja? anak murid kita lebih
Pada abad ini terdapat terdedah kepada pelbagai
pelbagai cabaran yang cabaran yang dahulunya
dihadapi guru bagi tidak wujud. Sesetengah
memastikan para pelajar pekerjaan yang dahulunya
memahami isi pengajaran tidak ada, sekarang telah
dan seterusnya pun wujud. Contohnya,
mengaplikasikan ilmu-ilmu pengurus media sosial,
tersebut dalam kehidupan pereka grafik animasi,
seharian. Peranan guru pembina aplikasi telefon,
bukan lagi sekadar keusahawanan sosial dan
menyampaikan apa-apa yang sebagainya. Oleh itu, para
ada di dalam buku teks, pelajar tidak lagi boleh
malah aspek emosi pelajar, sekadar ‘disuap’ oleh guru
kemampuan berfikir pelajar, dengan ilmu isi kandungan,
kemampuan menggunakan tetapi mereka perlu lebih
ilmu pelajar juga telah proaktif dalam menimba
menjadi tanggungjawab para ilmu dan mendalami ilmu. 
guru. Begitu berat sekali
tugas seorang guru.
Menjadi Guru di Abad ke-21 04

Keperluan
Kemahiran Abad
ke-21
Dengan ini makin beratlah
tanggungjawab seorang guru
kerana guru perlu pula mencari
Selain itu, penggunaan
jalan untuk menjadikan
teknologi telah menjadi
pengajaran dan pembelajaran
norma dalam di kalangan
lebih relevan kepada murid-
para pelajar. Disebabkan
murid yang terdedah dengan
pendedahan pelajar kepada
pelbagai ‘gangguan’ pada masa
teknologi dan seterusnya
kini dan ketidakpastian pada
globalisasi, terdapat
masa depan. Kelas
pelbagai peluang dan
pembelajaran yang hanya
cabaran kehidupan yang
menggunakan teknik
tidak menentu yang perlu
pengajaran konvensional akan
dihadapi oleh pelajar pada menyebabkan para pelajar cepat
hari ini. Ilmu isi berasa bosan dan tiada motivasi
kandungan (content untuk meneruskan
knowledge) yang dihafal di pembelajaran. Maka, gagallah
sekolah bukan lagi penentu kita untuk menghasilkan para
kejayaan para pelajar. pelajar yang berdaya saing dan
Para pelajar perlu berinovasi. Di sini, penulis
membina kemahiran- menyarankan salah satu cara
kemahiran lain seperti bagi membantu untuk
kemahiran berfikir secara mengurangkan beban
kritis, berkomunikasi, pengajaran guru pada abad ini
bekerjasama dan mencipta adalah dengan penggunaan
penyelesaian baru.  teknologi pengajaran di dalam
kelas. Mudahkan?
Menjadi Guru di Abad ke-21 05

Kekangan
Penggunaan
Teknologi
Kajian menunjukkan Perlu difahami bahawa
kebanyakan guru mampu teknologi seharusnya bukan
menggunakan teknologi untuk digunakan bagi
dengan baik, tetapi menggantikan tugasan
teknologi seperti aplikasi seorang guru sebagai
Emel, Whatsapp, pengajar, sebaliknya
Facebook dan sebagainya teknologi berupaya untuk
banyak digunakan di luar membantu tugasan seorang
kelas berbanding di dalam guru di dalam dan di luar
kelas. Ini bermaksud, kelas bagi meningkatkan
teknologi tidak dilihat pembelajaran pelajar.
sebagai alat bagi
membantu para guru
mencapai objektif
pembelajaran.
Persoalannya mengapa? 
Menjadi Guru di Abad ke-21 06

Kajian demi kajian Maka, tidak salah bagi para


membuktikan teknologi guru untuk menyelami ilmu
mampu menentukan teknologi pengajaran dan
pencapaian akademik para seterusnya mencari cara yang
pelajar sekurang-kurangnya kreatif bagi menarik minat
bagi tiga objektif kurikulum para pelajar dan menjadikan
pengajaran; pembinaan kemahiran abad
(i) peningkatan dalam ilmu ke-21 sebagai objektif akhir
isi kandungan, pengajaran dan pembelajaran.
(ii) kemahiran berfikir aras Dalam topik seterusnya, kita
tinggi dan penyelesaian akan lihat suatu kerangka
masalah, kerja yang memperkenalkan
(iii) penyediaan pelajar bagi ciri-ciri pengetahuan yang
pekerjaan pada masa diperlukan oleh guru-guru
hadapan pada abad ini.
(Cradler, 2002).
Menjadi Guru di Abad ke-21 07

Rangka Kerja
TPACK
Pada tahun 2009,
Koehler & Mishra telah
mengetengahkan sejenis
kerangka kerja bagi
memahami dan
mendalami ciri-ciri
pengetahuan yang
diperlukan oleh guru-
guru dalam abad yang
ke-21. Kerangka kerja
ini merupakan
kesinambungan daripada
hasil kerja Shulman
(1986)  iaitu
Rajah 1. Model TPACK (Koehler & Mishra, 2009) Pengetahuan,
Kandungan dan Pedagogi
(PACK).  Rajah di
bawah menunjukkan
model yang digunakan
bagi menerangkan
maksud TPACK.
Menjadi Guru di Abad ke-21 08

Pengetahuan
Teknologikal, Pedagogi
& Kandungan (TPACK)
 

TPACK merangkumi dan pengetahuan berkenaan


merupakan asas ilmu pengetahuan sedia ada
pengajaran efektif yang pelajar serta teori
menggunakan teknologi. epistemologi; 
Pengetahuan ini dan juga pengetahuan
memerlukan; kaedah teknologi yang
boleh digunakan untuk
pemahaman berkenaan
mempertingkatkan ilmu
representasi konsep pengetahuan sedia ada bagi
dengan menggunakan membangunkan
teknologi;  epistemologi baru atau
teknik-teknik pedagogi mengukuhkan yang lama.
dengan penggunaan  Gabungan ketiga-tiga unsur
teknologi secara pengetahuan (TPACK) ini
konstruktif bagi diharapkan mampu membantu
pengajaran isi kandungan para guru untuk menentukan
sesuatu subjek;  teknologi yang terbaik untuk
digunakan di dalam dan di luar
pengetahuan berkenaan
kelas bagi pembelajaran pelajar,
aspek yang sukar dan
yang seterusnya membantu
mudah tentang sesuatu
peningkatan kemahiran guru
kandungan dan kaedah untuk mereka bentuk
aplikasi teknologi boleh persekitaran pengajaran dan
membantu menangani pembelajaran yang menepati
permasalahan objektif kurikulum dan
pembelajaran pelajar;  keperluan pelajar.  
Apakah Itu
Blended Learning?
Jenis-jenis Blended Learning
Apakah Itu Blended Learning? 10

Apakah Itu Blended


Learning?
Blended Learning merupakan Pelbagai teknik Blended
kombinasi penggunaan Learning yang boleh
teknologi (media digital digunakan di dalam proses
ataupun media atas talian) pembelajaran dan
serta pembelajaran dan pengajaran, dalam ruangan
pengajaran di dalam kelas. ini penulis hanya akan
Penggunaan Blended membincangkan teknik-
Learning di dalam kelas teknik yang mungkin boleh
membolehkan para guru dan dipraktikkan di sekolah,
pelajar mengawal aspek masa, antaranya:
tempat, cara dan kadar
pengajaran dan pembelajaran
di luar dan di dalam kelas.
Apakah Itu Blended Learning? 11

Model Bersemuka -  Face to Face Driver Model


Guru mengajar di dalam
kelas bagi kebanyakan
masa. Teknologi
digunakan secara
berasingan sebagai kes-
kes tambahan, selalunya
di luar kelas ataupun di
dalam makmal Kahoot in the Classroom oleh
komputer.     Jennifer Zurawski

Model Kelas Berbalik - Flipped Classroom Model

Para pelajar
menggunakan masa di
rumah atau di luar
waktu sekolah untuk
melayari video
pembelajaran bagi
sesuatu subjek atau
konsep. Kemudian,
Model Kelas Berbalik oleh
semasa di dalam kelas freeschool.my
guru menggunakan
waktu kelas untuk
melakukan aktiviti bagi
mengukuhkan
pemahaman pelajar. 
Apakah Itu Blended Learning? 12

Model Putaran Stesen - Station Rotation Model 

Para pelajar bergerak dari


satu stesen ke satu stesen
yang lain pada senggat
waktu yang tetap di dalam
kelas. Model ini selalunya
melibatkan pembelajaran
atas talian, pembelajaran
tradisional bersama guru
Model Putaran Stesen oleh
dan juga bimbingan rakan freeschool.my
sebaya (peer tutoring). 

Flex Model 

Flex model menggunakan


platform atas talian bagi
menyampaikan sebahagian
besar kurikulum. Guru
memberi bimbingan di dalam
sesi individu ataupun
berkumpulan sepanjang
program dijalankan samada
Model Kelas Berbalik
di atas talian atau secara
oleh freeschool.my
bersemuka apabila
diperlukan.
Apakah Itu Blended Learning? 13

A La Carte Model

Model ini didefinisikan


daripada teknik pembelajaran
para pelajar, di mana mereka
mengambil inisiatif sendiri
untuk mempelajari
sesetengah material secara
atas talian tetapi masih lagi
belajar secara tradisional di
sekolah.  Model A La Carte

Model Putaran Makmal - Lab Rotation Model 

Para pelajar bergerak dari


satu kelas ke kelas yang
lain. Contohnya, pelajar
akan menggunakan
makmal komputer untuk
belajar secara atas talian
dan belajar secara
tradisional di dalam kelas
biasa. Pelajar akan belajar Model Putaran Makmal
oleh freeschool.my
di kedua-dua jenis kelas
mengikut jadual secara
berkala
Apakah Itu Blended Learning? 14

Model Makmal Atas Talian - Online Lab Model

Para pelajar boleh menjalani pembelajaran secara atas


talian di dalam makmal komputer di sekolah.
Kurrikulum akan disampaikan kepada para pelajar
secara menyeluruh melalui pembelajaran atas talian. Ini
bermakna, guru tidak perlu ada di dalam makmal, hanya
kakitangan teknikal diperlukan di dalam makmal
komputer.
Aplikasi Blended Learning:
Memahami kekangan
dan permasalahan

Kriteria Persekitaran Pembelajaran


(Kajian Kes)
Aplikasi Blended Learning 16

Kriteria Persekitaran
Pembelajaran
(Kajian Kes)
Sepanjang percubaan saya Oleh itu, saya
mencari persekitaran menyimpulkan terdapat
pembelajaran blended beberapa perkara yang
learning yang sesuai untuk perlu diambil kira sebelum
digunakan di dalam kelas memilih model persekitaran
Matematik saya. Saya telah pembelajaran yang sesuai
menemukan pelbagai teknik. untuk kelas saya,
Namun, sebahagian teknik antaranya:
yang diguna pakai
nampaknya tidak sesuai bagi i) Keupayaan Pembelajaran
kelas yang saya kendalikan; Pelajar
masalah seperti pelajar tidak ii) Objektif Pembelajaran
ada komputer di rumah, dan Pengajaran
akses Internet yang terhad, iii) Kekangan Teknologi
kekurangan komputer di dan Akses Internet
dalam kelas, waktu iv) Tempoh Pengajaran
pengajaran yang terhad dan
masalah yang paling besar
adalah merupakan
pemahaman terhadap
kepelbagaian dalam
keperluan pembelajaran para
pelajar saya.  
Aplikasi Blended Learning 17

Keupayaan pembelajaran pelajar


Saya perlu memahami kekurangan pembelajaran para
pelajar saya di dalam kelas. Para pelajar telah diuji
menggunakan ujian analisis keperluan (need analysis) bagi
membantu saya memahami keperluan pembelajaran
mereka. Salah satu kelemahan pembelajaran yang ada pada
para pelajar saya adalah kurang keupayaan untuk
menyelesaikan masalah Matematik. Maka, fokus bagi
pengajaran dan keseluruhan persekitaran pembelajaran
saya adalah untuk meningkatkan kemahiran penyelesaian
masalah Matematik bagi para pelajar saya.               

Objektif pembelajaran & pengajaran


Adalah amat penting bagi seorang guru untuk mempunyai
matlamat besar seperti apakah kemahiran yang anda ingin para
pelajar anda kecapi pada akhir pengajaran dan pembelajaran?
Ini merupakan kesinambungan daripada analisis keperluan
(need analysis) para pelajar anda. Di dalam kes saya, hal ini
merupakan kemahiran penyelesaian masalah Matematik.       
Aplikasi Blended Learning 18

Kekangan teknologi & akses internet

Teknologi merupakan salah satu alat yang digunakan bagi


membantu meringankan beban guru dalam membantu
pelajar memahami sesuatu konsep, ataupun membolehkan
para pelajar untuk menguruskan pembelajaran mereka
dengan bimbingan yang minimum. Di dalam kes saya,
saya menekankan penggunaan teknologi bagi dua perkara;
i) penggunaan video bagi menyampaikan konsep
Matematik,
ii) latihan Matematik atas talian bagi membantu
mengukuhkan pemahaman konsep Matematik.    
            
Aplikasi Blended Learning 19

Tempoh pengajaran
Masa merupakan salah satu sumber yang penting bagi
proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, saya perlu
memastikan setiap yang dirancang berjalan mengikut
waktu yang telah ditetapkan. Kelas Matematik saya
berjalan selama 90 minit, di mana perjalanan kelas
mengambil kira aspek-aspek berikut:

i) Bilangan pelajar
Disebabkan kelas saya mempunyai bilangan pelajar seramai
30 orang pelajar. Maka persoalannya bagaimanakah para
pelajar boleh disokong/diajar/di didik secara serentak?
Aktiviti-aktiviti di dalam kelas haruslah dirancang secara
teliti bagi memastikan setiap pelajar menerima manfaat
daripada bahan pembelajaran yang disediakan. 

ii) Keupayaan pembelajaran pelajar


Di dalam kelas, terdapat kelompok-kelompok pelajar yang
mempunyai tahap pembelajaran yang berbeza peringkat.
Oleh itu, pelajar dibahagikan mengikut keupayaan dan
bergerak di dalam kelompok mengikut jadual atau senggat
masa yang ditetapkan serta menjalankan aktiviti-aktiviti
yang berbeza secara serentak.

Pada topik seterusnya, kita akan melihat dengan lebih


mendalam contoh persekitaran pembelajaran yang telah
direka bentuk bagi memenuhi kriteria-kriteria pengajaran
dan pembelajaran para pelajar saya!     
Mereka Bentuk
Kelas Blended Learning:
(Kajian Kes)

Pemikiran Reka Bentuk bagi Pendidik


Merekabentuk Kelas Blended Learning Anda
Model Putaran Stesen (Station Rotation Model)
Definisi Taksonomi Bloom
Huraian dan Fungsi bagi Setiap Stesen
Pengurusan Masa & Pelajar
Jadual Pergerakan Pelajar
Mereka Bentuk Kelas Blended Learning 21

Pengetahuan Teori
dan Amali
Sejak beberapa dekad yang lalu, permasalahan tentang
teori dan praktis di dalam pendidikan guru semakin
menjadi perhatian ramai. Sebelum ini, Dewey (1933) telah
mengemukakan perbezaan jelas di antara ‘aksi refleksi’ dan
‘aksi rutin’. Pada tahun 1980-an, terdapat perhatian baru
di dalam topik ini melalui hasil kerja Donald Schön (1983).
Idea dan persepsi beliau tidak bersangkut paut dengan
guru, namun memberi persepsi baru bahawa ahli
profesional yang lain tidak sekadar mengaplikasikan teori
ke dalam pekerjaan secara amali. Seorang guru perlu
membuat keputusan berdasarkan pelbagai komponen
berdasarkan situasi yang sebenar dan berbeza.
Pengetahuan teori dan pandangan peribadi mempunyai
peranan penting di dalam membuat keputusan namun tidak
memberi gambaran jelas tentang perlakuan seorang guru.
(Schön 1983, 1987).
Mereka Bentuk Kelas Blended Learning 22

Schon mendefinisikan Pandangan lain juga timbul


bahawa seorang ‘pengamal dalam beberapa tahun
reflektif’ merupakan kebelakangan ini yang
seseorang yang mampu mempengaruhi perbincangan
menimbang praktis berkenaan teori dan amali.
perguruannya dengan Fokus kini lebih menjurus
reflektif, bukan sekadar apa kepada proses pemikiran bakal
yang berlaku sebelum dan guru  dan kepercayaan guru
selepas; malah semasa terhadap konsep pengajaran dan
sesuatu pengajaran itu pembelajaran; ini kerana, adalah
berjalan guru perlu difahami bahawa kelakuan
melakukan refleksi bagi seorang guru hanya boleh
memahami situasi difahami dengan baik sekiranya
pengajaran dan kita memahami aspek kognitif
pembelajaran secara dan konsep yang membimbing
menyeluruh. Terdapat dan mempengaruhi kelakuan
banyak kajian yang guru tersebut. Bersama dengan
menyokong pandangan pengetahuan isi kandungan,
Schon, malah diikuti dengan pengetahuan pedagogi dan
tindak balas kritikal pengetahuan teknologi,
daripada pengkaji yang lain pengetahuan amali juga dilihat
(contohnya, Gilroy, 1993; penting bagi membimbing
Eraut, 1995a). pelakuan guru (Elbaz, 1983;
Carter, 1990; Verloop, 1992).
Kini, institusi latihan guru telah
menyedari bahawa menyalurkan
pengetahuan teori secara
preskiptif adalah tidak
mencukupi (Brouwer, 1989). 
Mereka Bentuk Kelas Blended Learning 23

Oleh itu, di dalam modul ini, para guru disediakan dengan


rangka kerja pemikiran reka bentuk untuk pendidik yang
diharapkan mampu membimbing proses berfikir dan
membuat keputusan (refleksi) bagi merekabentuk kelas
Blended Learning yang tersendiri mengikut kehendak dan
keperluan pengajaran dan pembelajaran masing-masing.
Proses merekabentuk adalah suatu proses kreatif yang
memerlukan guru mempamerkan keupayaan berfikir diluar
kotak dan inovatif.
Mereka Bentuk Kelas Blended Learning 24

Pemikiran Reka
Bentuk bagi
Pendidik
Pemikiran reka bentuk atau Design Thinking merupakan
satu terma yang diperkenalkan oleh Tim Brown dan Roger
Martin dari IDEO yang merasakan bahawa keupayaan untuk
berinovasi dan berfikiran kreatif di kalangan warga kerja
pada hari ini semakin merundum. Ini adalah kerana
kebanyakan daripada kita masih lagi hanya menitikberatkan
keupayaan berfikiran secara analitikal semata-mata dan tidak
secara kreatif. Mengapa? Semuanya adalah disebabkan oleh
sistem pendidikan abad ke-20 yang begitu rigid dan
menfokuskan kepada keupayaan para pelajar untuk
menghafal dan menurut kehendak soalan, guru atau sistem
semata-mata yakni apabila kita bercakap berkenaan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu,
pemikiran reka bentuk atau design thinking diperkenalkan
bagi pembangunan profesional pekerja awam dan swasta.
Mereka Bentuk Kelas Blended Learning 25

Kini, strategi ini Di dalam modul ini (Rujuk muka


diperluaskan kepada surat seterusnya), saya
pembangunan pendidikan sediakan infografik yang boleh
warga guru pula. Ini digunakan oleh para guru untuk
kerana, kita telah sedia menghasilkan rancangan
maklum bahawa tugas pengajaran harian yang
seorang guru memerlukan menepati definisi pemikiran reka
keupayaan berfikir diluar bentuk. Soalan-soalan dan
kotak bagi mendepani informasi di setiap strategi
cabaran mendidik anak- berikut haruslah digunakan
anak yang pelbagai sebagai panduan untuk mereka
keupayaan. Guru bukanlah bentuk rancangan pengajaran
sekadar penyampai harian anda. Selirat garisan
maklumat tetapi guru yang menghubungkan setiap
merupakan pereka, langkah pemikiran
jurutera dan juga arkitek melambangkan bahawa proses
kepada pembelajaran para pemikiran reka bentuk
pelajar.  Seorang pereka memerlukan guru untuk
yang hebat berupaya sentiasa mengambil kira
menggunakan maklumat bermacam faktor sebelum
yang terdapat di sekeliling membuat keputusan akhir.
beliau untuk digunakan Proses pemikiran reka bentuk
bagi membina rekaan yang memerlukan keterbukaan dalam
hebat juga. mengadapatasi idea baru,
menerima kritikan membina,
menggunakan informasi dan
berevolusi daripada segi
pemikiran dan aplikasi
pendidikan.
Mereka Bentuk Kelas Blended Learning 26
Mereka Bentuk Kelas Blended Learning 27

Model Putaran
Stesen

Rajah 3. Model Persekitaran Pembelajaran 

Berdasarkan Rajah 3.,


saya telah bahagikan
persekitaran pembelajaran
kelas ini kepada 3 stesen;

Stesen A: Stesen Guru,  https://goo.gl/uhegwB

Stesen B: Stesen Digital, 


Stesen C: Stesen Penyelesaian Masalah. 
Mereka Bentuk Kelas Blended Learning 28

Setiap stesen dibahagikan dengan objektif pembelajaran


dan pengajaran yang berbeza berdasarkan taksonomi
Bloom.

Mari kita lihat bagaimana stesen-stesen ini merangkumi


dan membantu pelajar memperolehi kemahiran-kemahiran
pembelajaran berdasarkan taksonomi Bloom.
Mereka Bentuk Kelas Blended Learning 29

Definisi
Taksonomi Bloom

Rajah 3. Taksonomi Bloom

Pengetahuan
Pada peringkat ini para pelajar perlu dilatih dan dinilai
untuk mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas,
definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain lagi
daripada pembelajaran yang lepas. 

Contoh: Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.


Mereka Bentuk Kelas Blended Learning 30

Kefahaman
Pada peringkat ini para pelajar perlu dilatih dan
dinilai untuk memahami pengetahuan yang telah
disampaikan kepada mereka. Dengan menggunakan
ayat sendiri contohnya samada mereka mampu
mengolah permasalahan Matematik yang disoal.
Contoh: Pilih, terangkan, tulis semula.

Aplikasi
Kemampuan untuk menggunakan suatu kaedah atau
cara bagi menghadapi permasalahan. Contohnya,
kemampuan menggunakan rumus bagi penyelesaian
masalah ataupun aplikasi cara kerja yang betul bagi
menghuraikan permasalahan.
Contoh: Selesaikan, ramalkan, cari kesilapan, bina alat.

Analisis
Kemampuan seseorang menghuraikan informasi yang
kompleks kepada bahagian-bahagian kecil yang mudah
serta mengaitkan informasi lain bagi tujuan pemahaman.
Kebolehan untuk memperincikan sesuatu sehingga
struktur keseluruhan dapat difahami dengan baik. 
Contoh: Bezakan, pasti, pilih.
Mereka Bentuk Kelas Blended Learning 31

Sintesis
Kebolehan untuk membentuk kesepaduan konsep atau
pola baru. Menghubungkan setiap bahagian menjadi
satu. Kemampuan mengenalpasti data atau informasi
yang harus digunakan untuk menyelesaikan masalah.
Contohnya, kebolehan untuk menyusun program kerja. 
Contoh: Bina, hasilkan, susun, kembangkan. 

Penilaian
Kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap
suatu material pembelajaran, argumen yang
berkenaan dengan sesuatu yang diketahui, difahami,
dilakukan, dianalisa dan dihasilkan. Kemampuan
untuk membentuk sesuatu beserta dengan memberikan
pendapat berdasarkan kriteria tertentu. Misalnya
kemampuan menilai hasil karangan.

Contoh: Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan. 


Mereka Bentuk Kelas Blended Learning 32

Fungsi bagi Setiap


Stesen 
Stesen A:
Objektif pengajaran
Menyampaikan dan menerangkan konsep Matematik
kepada para pelajar
Peringkat Taksonomi Bloom
Pengetahuan
Kefahaman

Stesen B:
Objektif pengajaran
Menyampaikan dan menerangkan konsep Matematik
melalui video multimedia
Memberi ruang latih tubi secara atas talian bagi para
pelajar mengaplikasi kemahiran Matematik 
Meningkatkan keupayaan pembelajaran akses kendiri
para pelajar

Peringkat Taksonomi Bloom


Pengetahuan
Kefahaman 
Aplikasi
Mereka Bentuk Kelas Blended Learning 33

Stesen C:
Objektif pengajaran
Mengaplikasi konsep Matematik melalui proses
penyelesaian masalah bersama-sama rakan sebaya.
Memberi ruang kepada para pelajar untuk
menganalisis pemahaman Matematik mereka melalui
kaedah bimbingan rakan sebaya (peer coaching).  

Peringkat Taksonomi Bloom


Pengetahuan
Kefahaman
Aplikasi
Analisis
Sintesis
Penilaian
Mereka Bentuk Kelas Blended Learning 34

Pengurusan Masa
& Pelajar
Stesen A: Stesen Guru

Para pelajar menghabiskan 40 minit di stesen ini. Di sini,


guru berpeluang untuk mengajar atau menyampaikan ilmu
mengikut keperluan para pelajar.

Putaran hanya berlaku selepas 40 minit di mana


kumpulan pelajar ini kemudian berpisah ke Stesen Digital
ataupun Stesen Penyelesaian Masalah.
Mereka Bentuk Kelas Blended Learning 35

Stesen B: Stesen Digital


Sampel video
Sample-sampel soalan atas talian

20 minit dihabiskan di stesen ini di mana para pelajar


menggunakan teknik pembelajaran digital iaitu mereka
menonton video pembelajaran (yang berlangsung selama
4 - 10 minit) dan membuat latihan atas talian berkenaan
topik yang diajar bagi waktu tersebut. (Rujuk sampel
video dan soalan-soalan atas talian di sebelah).

Hanya 10 Chromebooks digunakan di stesen ini bagi


memastikan para pelajar dapat menggunakan platform
dan melayari Internet dengan baik. 

Putaran hanya berlaku selepas 20 minit di mana


kumpulan pelajar ini kemudian berpisah ke Stesen Guru
ataupun Stesen Penyelesaian Masalah.
Mereka Bentuk Kelas Blended Learning 36

Stesen C: Stesen Penyelesaian Masalah


Di stesen ini, para pelajar diberi beberapa soalan KBAT
untuk diselesaikan bersama-sama. Para pelajar dikehendaki
untuk berbincang bagi mendapatkan jawapan untuk soalan-
soalan tersebut. 20 minit digunakan di stesen ini sebelum
para pelajar bergerak ke stesen yang lain.

Putaran hanya berlaku selepas 20 minit di mana


kumpulan pelajar ini kemudian berpisah ke Stesen Guru
ataupun Stesen Digital.

Nota Penting:
Bukan semua pelajar akan bermula di stesen yang
sama, maka guru perlu menentukan dan merancang
dengan lebih awal masa dan stesen yang sesuai bagi
setiap pelajar perlu bermula. Seharusnya guru perlu
menyediakan jadual untuk rujukan para pelajar. 
Para pelajar sebenarnya boleh dibahagikan mengikut
keupayaan pembelajaran masing-masing. Contohnya,
pelajar yang lemah boleh bermula dengan stesen guru
bagi memahami dahulu apa-apa yang perlu dipelajari
pada hari itu. Kemudian pelajar yang lebih baik boleh
digalakkan untuk meningkatkan pembelajaran akses
kendiri iaitu dengan bermula di Stesen Digital ataupun
Stesen Penyelesaian Masalah.
Mereka Bentuk Kelas Blended Learning 37

Jadual Pergerakan
Pelajar

Bukan semua pelajar bermula pada stesen yang sama.


Maka, adalah penting bagi seorang guru untuk mengenal
pasti keupayaan setiap pelajar dalam sesuatu kumpulan.
Setiap kumpulan perlu mempunyai pelbagai tahap
pembelajaran pelajar supaya pelajar dapat saling membantu
terutamanya di stesen digital (Stesen B) dan stesen
penyelesaian masalah (Stesen C).
Adakah Kelas Blended
Learning Anda Efektif?
Penilaian Formatif
Penilaian Sumatif
Senarai Semak Soalan Refleksi
Adakah Kelas Blended Learning Anda Efektif? 39

Aspek yang paling penting bagi saya adalah untuk


mengetahui sejauh mana para pelajar telah
mendapat manfaat daripada proses dan
persekitaran pembelajaran yang telah kita bina.
Maka, bagi memahami sama ada apa-apa yang
telah dirancang bagi kelas Matematik ini efektif
untuk proses pengajaran dan pembelajaran pelajar
ataupun tidak, saya mengelaskan
penilaian/penaksiran para pelajar kepada dua (2)
bahagian;

(i) Penilaian Formatif


(ii) Penilaian Sumatif
Adakah Kelas Blended Anda Learning Efektif? 40

Penilaian Formatif
Semasa berada di Stesen B, para pelajar perlu
menyiapkan 5 - 10 soalan Matematik yang membantu
mereka mengukuhkan pemahaman konsep Matematik
bagi kemahiran berfikir aras rendah. Keputusan penilaian
mereka akan disimpan secara automatik di dalam site
FrogVLE, keputusan daripada penilaian ini dapat
membantu saya menilai prestasi mereka secara konsisten
setiap minggu.  

Contoh soalan-soalan yang dijawab di Stesen B:

Topik : Bab 3 Pecahan


Adakah Kelas Blended Learning Anda Efektif? 41

Semasa berada di Stesen C, para pelajar diberikan 3


soalan Matematik yang membantu mereka mengukuhkan
pemahaman konsep Matematik bagi kemahiran berfikir
aras tinggi. Adalah amat penting bagi saya menyemak
jawapan yang telah dibincangkan oleh mereka semasa
proses penyelesaian masalah dan proses ini juga boleh
saya lakukan setiap minggu!

Contoh soalan-soalan yang dijawab di Stesen C

Topik : Bab 3 Pecahan


Adakah Kelas Blended Learning Anda Efektif? 42

Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif dilakukan pada akhir topik ataupun
penggal. Bagi kelas yang saya kendalikan, keputusan
peperiksaan penggal pertama digunakan sebagai
perbandingan dengan keputusan peperiksaan penggal
kedua.

Keputusan peperiksaan penggal pertama


Keputusan peperiksaan pertengahan tahun
Keputusan peperiksaan akhir tahun
Adakah Kelas Blended Learning Anda Efektif? 43

Skala Penilaian:
Ya/Ada - 5, Tidak/Tiada - 0
Sangat Berkesan - 5, Berkesan - 4, 
Tidak Pasti - 3,  Tidak Berkesan - 2,
Sangat Tidak Berkesan - 1 https://goo.gl/form
s/TFscvuFNAswZ
kVH83
Adakah Kelas Blended Learning Anda Efektif? 44
Adakah Kelas Blended Learning Anda Efektif? 45
Adakah Kelas Blended Learning Anda Efektif? 46
Adakah Kelas Blended Learning Anda Efektif? 47
Adakah Kelas Blended Learning Anda Efektif? 47
Adakah Kelas Blended Learning Anda Efektif? 48

Tahap Keberkesanan Pelaksanaan Kelas


Pembelajaran Gabungan Anda

9 Pertimbangan yang diperlukan bagi


Pengurusan Kelas Pembelajaran Gabungan
Rujukan Tambahan
Rujukan Tambahan 50

BlendMyClassroom. (2015, Jan., 3). Blended learning models


[Video files]. Retrieved from
https://www.youtube.com/playlist?
list=PL708rp4DzbqiSvwqN4fBhwTVEiYMJdGh5
Brown, T., & Katz, B. (2011). Change by design: how design
thinking transforms organizations and inspires innovation. New
York, NY: Harper Business.

Byrne, Richard. (n.d.). Free technology for teachers. Retrieved


from  http://www.freetech4teachers.com/

Cradler, J., McNabb, M., Freeman, M., & Burchett, R. (2002,


May). How does technology influence student learning?. Learning
& Leading with Technology. 29(8). 46 - 56. Retrieved from
http://educ116eff11.pbworks.com/w/file/fetch/44935610/Articl
e.StudentLearning.pdf

Delen, E., & Bulut, O. (2011). The relationship between students’


exposure to technology and their achievement in science and
math. The Turkish Online Journal of Educational Technology,
10(3), 311 - 317. Retrieved from
http://www.tojet.net/articles/v10i3/10336.pdf

Futch, Linda S., (2015, Feb., 9). BlendKit2015: Becoming a


blended learning designer
[Web blog post]. Retrieved from
https://blended.online.ucf.edu/morning-blend/blendkit2015-
becoming-a-blended-learning-designer/
Rujukan Tambahan 51

Hussin, Z., Siraj, S., Darusalam, G., & Mohd, Nur H..
(2015). Kajian model blended learning dalam jurnal terpilih:
satu analisa kandungan. Jurnal Kurikulum & Pengajaran
Asia Pasifik, 3(1), 1 - 6. Retrieved from
http://repository.um.edu.my/98074/1/Artikel_4_Bil_3_Isu_
1.pdf

Kim, A., (2014, June, 3). Rotational models work for any
classroom [Web blog post]. Retrieved from
https://www.edsurge.com/news/2014-06-03-opinion-
rotational-models-work-for-any-classroom

Koehler, M. J., & Mishra, P. (2009). What is technological


pedagogical content knowledge? Contemporary Issues in
Technology and Teacher Education, 9(1), 60-70. Retrieved
from http://www.matt-koehler.com/tpack/tpack-explained/

Macken, C.,  & Wong, P. ( 2014, Sep.). Blended learning:


Design checklist [Web log post]. Retrieved from
http://www.latrobe.edu.au/ltlt/resource-
library/sources/blended-learning-design-checklist

Staker, H. & Horn, Micheal B. (2012, May). Classifying K-12


blended learning. Innosight Institute. Retrieved from
http://www.christenseninstitute.org/wp-
content/uploads/2013/04/Classifying-K-12-blended-
learning.pdf

P21 Partnership for 21st century learning. Retrieved from


http://www.p21.org/

You might also like