You are on page 1of 2

Nama guru : Zuraida bt Ideris

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Nama murid : Noor Razanah bt Shaik Fareed

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Masalah: 1. Hanya boleh menyebut perkataan yang mempunyai dua suku kata.

2. Sukar membaca perkataan dan ayat.

3. Tulisan sukar difahami.

4. Tidak memahami arahan kecuali diulang beberapa kali.

5. Mempunyai masalah penglihatan.

6. Kadang-kadang tidak mahu mengikut arahan.

7. Pergerakan / lokomotor agak lambat berbanding murid biasa.


KARANGAN JENIS FAKTA TAJUK:

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA MASALAH DISIPLIN DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH.

Masalah disiplin dalam kalanganmuridhari ini sudah berada pada tahap yang serius.
Misalnya,kes buli, ponteng, bakar sekolah, ugut, pukul gurudan yang paling serius ialah kes
yang membawa kematian akibat perbuatan tersebut di atas.

Antara punca berlakunya masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah adalah
kerana kekurangan keprihatinan ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Contohnya, ibu
bapa sibuk dengan urusan masing-masing sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka.
Oleh kerana itu, anak-anakberasa bahawa mereka disisihkan.

Selain itu,masalah disiplin murid timbul juga disebabkan oleh sikap sesetengah ibu
bapa yang menyebelahi anak-anak yang menghadapi masalah disiplin. Misalnya,ibu
bapa sering menyalahkan pihak sekolah tanpa menyelidiki terlebih dahulu. Lantaran
itu,anak-anak akan berasa bahawa tindakan yang mereka lakukan adalah betul.

Faktorbosan belajar dan benci akan sekolah juga menyebabkan berlakunya masalah
disiplin dalam kalangan murid sekolah. Dengan hal ini, mereka datang ke sekolah bukan
hendak belajar tetapi untuk melanggar peraturan sekolah. Sebagai contoh, mereka kerap
ponteng, buli, mengugut,merokok dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas.

Sebagai kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing


dalammenanganimasalah disiplin dalam kalangan murid masa kini. Lebih-lebih lagi, ibu
bapa sememangnya bertanggungjawab mendidik akhlak anak-anak.

You might also like