You are on page 1of 2

Terima kasih Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-

guru serta hadirin sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk: Kelahiran
Nabi Muhammad (SAW).

Nabi Muhammad SAW berasal daripada keturunan Bani Hasyim, sebuah kabilah
yang paling mulia dan tinggi darjatnya di kalangan suku Quraisy yang mendominasi
masyarakat Arab. Ayahnya bernama Abdullah bin Abdul Muttalib, yang merupakan seorang
pembesar Quraisy yang besar pengaruhnya. Ibunya pula bernama Aminah binti Wahab yang
berasal dari Bani Zuhrah dan baginda juga merupakan keturunan daripada Nabi Ibrahim a.s
dan anaknya Nabi Ismail A.S

Rasulullah dilahirkan di dalam keluarga yang cukup berpengaruh di tanah arab.


Lahirnya baginda dikalangan keluarga pilihan adalah asas lahiriah yang kuat, apatah lagi
ketika itu masyarakat masih berpegang kepada semangat persaudaraan yang kuat. Adapun,
tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW juga dikenali sebagai Tahun Gajah kerana pada masa
itu sebuah peristiwa besar telah berlaku di kota Mekah.

Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada hari isnin, 12 Rabiul Awal tahun gajah
bersamaan dengan 570 Masihi. Aminah, ibu kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w
menceritakan bahawa ketika beliau mengandungkan Nabi, beliau sendiri tidak merasakan
bahawa dirinya sedang mengandung dan semasa dilahirkan, Nabi Muhammad SAW tidak
menangis tetapi hanya bersin. Nabi Muhammad SAW juga dilahirkan dalam keadaan
tersungkur sujud ke bumi sebagai petanda bahawa Baginda sujud kepada Allah Yang Maha
Esa. Keadaan rumah baginda juga menjadi terang benderang dilimpahi cahaya, manakala api
sembahan agama Majusi di Rom dan Parsi terpadam.

Selepas dilahirkan, beberapa peristiwa ajaib telah berlaku kepada baginda Nabi,
antaranya ialah Malaikat membelah dada Nabi ketika berumur 4 tahun lagi. Ketika itu, 2
orang Malaikat datang kepada Baginda lalu membelah dada Baginda lalu hatinya dicuci
dengan air Zam-Zam. Seketul darah yang hitam dibuang dan digantikan dengan hikmah dan
iman. Selain itu juga, Ibu susuan Baginda, Halimatus Saadiah membawa Baginda ke
perkampungan Bani Saad yang pada waktu itu kemiskinan dan kemarau melanda
perkampungan tersebut. Sebaik sahaja Nabi Muhammad tiba di sana, awan mula menyelimuti
langit dan air hujan turun dengan lebatnya. Lembah sungai dipenuhi air dan tanaman tumbuh
dengan subur. Ternakan yang dahulunya kurus kini telah menjadi sihat serta mengeluarkan
susu yang sangat banyak.

Sifat kasih sayang Nabi s.a.w terhadap sesama makhluk tidak akan ditemui pada
seorang manusiapun yang lebih tinggi rasa kasih sayangnya, lemah-lembutnya serta
perbuatan atau amal baiknya kepada makhluk Tuhan.Keagungan Nabi s.a.w menjadikan
baginda sebagai teladan yang terbaik sekali gus sebagai pembawa berita gembira dan pemberi
peringatan. Baginda menziarahi orang-orang sakit, bersama-sama mengiringi jenazah dan
memenuhi undangan walaupun daripada seorang kanak-kanak.Kesopanan dan kesantunan
baginda terhadap orang kebanyakan dan sikap yang terpuji yang baginda tunjukkan terhadap
orang-orang yang sombong menyebabkan baginda dihormati dan disanjung tinggi.Dalam
kesibukan baginda memimpin, baginda sentiasa menerima sesiapa pun yang datang dengan
tangan terbuka dan berlapang dada walaupun seorang Badui yang kasar sifatnya.Selawat dan
salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.

Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .

You might also like