You are on page 1of 16

Tajuk:

Pentadbiran Ujian:
Penganalisisan dan Pentafsiran Soalan Selepas Pemarkahan
By: Low Hiang Loon (hiangloon2004@yahoo.com)
Universiti Teknologi MARA

1.0 Pengenalan

Dalam proses pentadbiran ujian, keadaan yang kerap berlaku ialah peringkat
permakahan ujian dan pemberian gred diberi perhatian yang lebih berbanding dengan
peringkat penganalisisan soalan selepas memarkah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa
biasanya penyedia-penyedia ujian dikehendaki oleh pihak atasannya untuk mengimbas
kembali atau mengkaji kembali kertas soalan yang disediakan selepas peperiksaan tamat.
Namun, proses penilaian ini biasanya dilakukan dengan cara memberi pendapat terhadap
soalan-soalan yang diuji tanpa menggunakan cara perangkaan.

Persoalan di sini ialah: Adakah kertas soalan yang disediakan dan yang dihadapi oleh
beribu-ribu orang pelajar itu sah dan boleh dipercayai? Faktor ini adalah penting kerana jika
pelajar menghadapi ujian yang sah dan boleh dipercayai, barulah gambaran yang sebenar
tentang pencapaian atau kemajuan pelajar boleh didapati.

2.0 Penganalisisan dan pentafsiran soalan selepas pemarkahan

Penganalisisan soalan merupakan suatu kajian yang sistematik terhadap soalan yang
telah digunakan dalam sesuatu ujian. Dalam peringkat penganalisisan soalan, keputusan
yang didapati daripada ujian boleh diinterpretasikan dengan berbagai-bagai cara. Interpretasi
boleh dibuat dari sudut statistik ataupun dengan cara yang senang seperti memberi skor
kepada setiap pelajar (Abdul Fatah, 1985: 64).

Penganalisisan dan pentafsiran soalan untuk kertas kerja ini dibuat berdasarkan
keputusan-keputusan ujian bertulis akhir bahasa Mandarin tahap tiga di Universiti Teknologi
Mara (UiTM) untuk menentukan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi setiap soalan
yang telah dibina bagi ujian isi tempat kosong. Nilai indeks kesukaran (I.K.) dan indeks

1
diskriminasi (I.D.) yang diperolehi akan ditafsirkan untuk menentukan sama ada soalan yang
dibina berkualiti atau tidak (Mok, 1995: 129). Penganalisisan soalan dan pentafsiran soalan
amat penting kerana proses ini dapat membantu mengenal pasti soalan mana berkualiti dan
sebaliknya. Usaha ini sudah tentu dapat memperbaik mutu sesuatu ujian pada masa akan
datang.

2.1 Keperluan menjalani proses penganalisaan dan pentafsiran soalan

Untuk membina sebuah ujian sama ada ujian kemajuan atau ujian akhir, sesetengah
pensyarah akan membuat ujian baru tetapi kebanyakan pensyarah yang lain akan membuat
ujian berdasarkan bank soalan yang sedia ada atau menggunakan sebahagian daripada ujian
lama, kemudian menambah soalan-soalan yang lain. Dengan itu usaha untuk mengkaji
kembali soalan-soalan ujian yang telah diguna amat penting. Usaha menganalisis dan
mentafsir soalan selepas pemarkahan ini akan membolehkan pensyarah didedahkan dengan
kekuatan dan kelemahan soalan-soalan yang disediakannya. Pensyarah boleh membaiki,
menokok tambah atau mengubah suai soalan-soalan jika perlu.

2.2 Perkaitan antara I.K. dan I.D. dengan kesahan dan kebolehpercayaan ujian

Dalam bidang penilaian, kesahan dan kebolehpercayaan ujian juga boleh dilihat dari
segi nilai I.D. dan I.K.nya seperti yang berikut:
“Kuasa mendiskriminasi sesuatu item ialah satu teknik untuk menunjukkan keesahan
item itu. Sekiranya seseorang guru yakin dengan keesahan isi ujiannya, maka secara
logiknya dia boleh mengandaikan bahawa skor-skor sesuatu item adalah bersetuju
dengan skor-skor keseluruhan ujian. Sekiranya ujian adalah sah maka sesuatu item
yang bersetuju dengan ujian itu adalah juga sah. Sekiranya sesuatu item itu
bersetuju dengan ujian, maka lebih ramai pelajar-pelajar yang berkebolehan tinggi
daripada pelajar yang kebolehan rendah menjawab item itu dengan betul.” (Abdul
Fatah, 1985:144)

Manakala pakar bahasa dari Barat menyatakan:


“The construction of solid and reliable tests requires consideration of quantitative
information regarding the difficulty and discrimination power of each test exercise or
item, that is proposed for use.” (Davis, B.F., 1953: 97)

Kenyataan-kenyataan di atas sama-sama menunjukkan bahawa I.D. dan I.K. adalah


berhubungan rapat dengan kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu bahan ujian. Bahan-bahan

2
ujian yang sudah dianalisis untuk melihat kuasa diskriminasinya, dan didapati baik, bolehlah
digunakan berulang kali oleh guru dan ini sudah pasti dapat menguntungkan masanya; juga ia
dapat mempastikan bahawa ujian yang diberinya kepada pelajar adalah sah dan boleh
dipercayai (Azman Wan Chik, 1982:138).

2.2.1 Indeks Kesukaran

Indeks kesukaran digunakan untuk menunjukkan sama ada soalan yang dibina terlalu
sukar, sederhana atau terlalu mudah (Mok, 1995: 129). Formula untuk menghitung nilai
indeks kesukaran adalah seperti berikut:

Untuk bilangan calon yang kecil:

Indeks Kesukaran = Bilangan calon yang menjawab betul (B)


Jumlah calon yang mencuba item/soalan itu (J)

Untuk bilangan calon yang besar:

Indeks Kesukaran = Bt + Br
J

Di mana Bt = Jumlah calon dalam kumpulan tinggi menjawab item/soalan dengan betul.
Br = Jumlah calon dalam kumpulan rendah menjawab item/soalan dengan betul.
J = Jumlah calon dalam kumpulan tinggi dan kumpulan rendah

Setelah nilai indeks kesukaran untuk item/soalan tertentu diperolehi, pentafsiran item/soalan
itu dapat dibuat berdasarkan Jadual seperti di bawah:

Indeks Kesukaran (I.K.) Pentafsiran item/soalan Keputusan


I.K. < 0.3 Terlalu sukar Ubahsuai
0.3 < I.K. < 0.8 Sederhana Terima
I.K. ≥ 0.8 Terlalu mudah Ubahsuai

Jadual 1: Pentafsiran item/soalan berdasarkan Indeks Kesukaran (Mok, 1995: 129)

Jelasnya, dari jadual di atas, dapat dilihat bahawa jika lebih tinggi nilai indeks kesukaran,
maka ia bermakna lebih senanglah soalan tersebut dan jika nilai indeks kesukaran rendah,
maka lebih sukarlah item atau soalan itu.

3
2.2.2 Indeks Diskriminasi

Indeks diskriminasi mempunyai kuasa atau fungsi membezakan calon-calon daripada


kumpulan cerdas dengan kumpulan lambat (Mok 1995: 130). Dengan perkataan lain, Indeks
diskriminasi menunjukkan sama ada tiap-tiap satu soalan atau butiran itu membezakan
pencapaian di antara pelajar-pelajar yang baik dengan yang lemah dan seterusnya sama ada
tiap-tiap satu soalan atau butiran membezakan pelajar (Azman Wan Chik, 1982:137).

Tujuan mengadakan penganalisaan soalan untuk mendapatkan indeks diskriminasi


ialah untuk mengetahui sama ada soalan yang dibina itu terlampau susah sehingga pelajar
yang baik juga tidak dapat menjawabnya atau disebaliknya ia terlalu senang sehingga pelajar
yang lemah juga dapat memberi jawapan yang betul.

Formula berikut digunakan untuk mengira nilai indeks diskriminasi:

Indeks Diskriminasi = Bt – Br
½J

Di mana Bt = Jumlah calon dalam kumpulan tinggi menjawab item/soalan dengan betul.
Br = Jumlah calon dalam kumpulan rendah menjawab item/soalan dengan betul.
J = Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan tinggi dan kumpulan rendah

Nilai indeks diskriminasi yang diperolehi daripada formula di atas dapat menolong kita
menentukan sama ada item/soalan yang dibina itu bermutu tinggi atau tidak. Jadual berikut
memberi satu kaedah umum untuk membolehkan kita mentafsir soalan yang dikaji.

Jadual 2: Pentafsiran item/soalan berdasarkan Indeks Diskriminasi (Mok, 1995: 129)

Indeks Diskriminasi (I.D.) Pentafsiran item/soalan Keputusan

I.D. ≥ 0.4 Diskriminasi positif yang Amat sesuai diterima


tinggi
0.2 ≤ I.D. < 0.4 Diskriminasi positif yang Ubahsuai item/soalan
Sederhana
0 ≤ I.D. < 0.2 Diskriminasi positif yang Tulis item/soalan semula
rendah
I.D. < 0 Diskriminasi negative, Item/soalan itu buruk dan
prestasi kumpulan rendah harus dibuang
lebih baik daripada kumpulan
tinggi

3.0 Kursus Bahasa Mandarin UiTM

4
Bahasa Mandarin diajar sebagai bahasa ketiga di UiTM. Untuk pelajar-pelajar sarjana
muda, tiga tahap kursus yang diberi ialah Tahap I (BMD401), Tahap II (BMD451) dan Tahap
III (BMD501). Romanize Mandarin, iaitu Sistem Hanyu Pinyin (bukannya tulisan Cina)
digunakan sebagai pengantar untuk tujuan membaca dan menulis bahasa Mandarin. Masa
pengajaran bagi setiap kursus ialah 30 jam per semester. Bilangan pelajar yang mengikuti
kursus bahasa Mandarin adalah ramai iaitu lebih kurang 5000 orang pelajar dari UiTM Shah
Alam menduduki ujian bertulis akhir bahasa Mandarin pada setiap semester.

Skop pengajaran tertumpu kepada kemahiran berkomunikasi. Pelajar diajar dengan


perbendaharaan kata dan tatabahasa bahasa Mandarin yang asas agar mereka dapat
menggunakannya untuk tujuan komunikasi. Dalam perbincangan seterusnya, ujian bertulis
akhir bahasa Mandarin Tahap 3 (BMD 501) Sesi Disember 2006-Apr 2007 dijadikan sampel
untuk penganalisisan dan pentafsiran soalan.

3.1 Tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran BMD 501:

Jadual 3: Tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran BMD 501:

Bab Tajuk
1 Memperkenalkan kawan
2 Membeli sayur di pasar
3 Bertanyakan jalan
4 Berapa lama? Berapa Jauh?
5 Balik kampung
6 Bercuti
7 Kuala Lumpur
8 Di dalam pejabat

3.2 Format kertas Peperiksaan BMD501 (Masa Ujian : 2 jam)

Jadual 4: Format kertas Peperiksaan BMD501

Bil Bahagian Bil Item %


1. Kefahaman 5 15
2. Penulisan perkataan Cina 10 10
3. Susun semula ayat (7-12 perkataan) 5 10
4. Membina ayat (minima 7 perkataan) 8 20
5. Penterjemahan (7-12 perkataan) 8 20
6. Isi tempat kosong 10 10
7. Penulisan dialog (minima 80 perkataan) 1 15

5
Jumlah 47 100

3.3 Kemahiran menulis yang diuji dalam ujian bertulis bahasa Mandarin akhir
tahap 3:

Jadual 5: Kemahiran menulis yang diuji dalam ujian bertulis akhir bahasa Mandarin tahap 3

Bil Bahagian Kemahiran menulis yang diuji


1. Kefahaman Memahami dialog atau teks pendek

2. Penulisan perkataan Cina Menulis perkataan Cina untuk kata-kata


ucapan
3. Susun semula ayat (7-12 perkataan) Menulis ayat bahasa Mandarin dengan
tatabahasa yang betul
4. Membina ayat (minima 7 perkataan) Menulis ayat pendek

5. Penterjemahan (7-12 perkataan) Menterjemah ayat bahasa Melayu


kepada ayat Mandarin
6. Isi tempat kosong Menggunakan perbendaharaan kata
dengan betul
7. Penulisan dialog (minima 80 perkataan) Menulis dialog

3.4 Ujian bahasa Mandarin dengan ciri kesahan dan ciri kebolehpercayaan

Setakat ini, Unit Mandarin Akademi Pengajian Bahasa di UiTM, Shah Alam belum
mentadbirkan penganalisisan dan pentafsiran soalan ujian untuk menguji ciri-ciri kesahan dan
kebolehpercayaan ujian-ujian BMD401, BMD 451 atau BMD501. Walau bagaimanapun,
proses penyediaan kertas soalan adalah rapi iaitu setiap set kertas ujian digubal oleh
sekumpulan pensyarah seramai 4 orang, kemudian soalan-soalan yang telah siap disemak
pula oleh Jawatankuasa Ujian dan Penilaian Unit Mandarin sebelum dihantar kepada
koordinator akademik Bahagian Bahasa Asia dan Eropah. Dengan ini, ciri kesahan dan
kebolehpercayaan kertas ujian sama ada BMD401, BMD 451 atau BMD501 adalah terjamin.

Di samping itu, merujuk kepada format kertas peperiksaan BMD501 di atas, bilangan
soalan yang banyak dan berpatutan disediakan untuk menguji kemampuan dan pencapaian
pelajar. Dari sudut pandangan akademik, bilangan soalan yang cukup banyak menyumbang
kepada peningkatan nilai kebolehpercayaan bagi sesebuah ujian, seperti apa yang dijelaskan
oleh Mok (1995: 99) seperti berikut:

6
“Bagaimanapun, ciri kebolehpercayaan sesuatu ujian dapat dipertingkatkan dengan
menyediakan bilangan soalan yang berpatutan. Pada dasarnya, semakin bilangan
bertambah, maka semakin tekal pencapaian calon dalam mengambil ujian itu, kerana
bilangan soalan diberikan berpatutan akan dapat mengurangkan kesempatan calon
meneka jawapan. Di bawah keadaan ini, calon boleh dikatakan benar-benar diuji
dengan cara yang boleh dipercayai”

Berdasarkan kenyataan di atas, maka boleh dibuat rumusan bahawa pelajar-pelajar


yang mengambil kursus BMD501 telah diuji dengan cara yang boleh dipercayai. Walau
bagaimanapun, untuk meyakinkan lagi mutu dan kualiti ujian bertulis akhir bahasa mandarin
tahap 3 ini, I.K. dan I.D. ke atas 10 soalan di bahagian mengisi tempat kosong akan diteliti
untuk melihat kesahan dan kebolehpercayaan bagi ujian yang telah berlangsung ini.

4.0 Ujian mengisi tempat kosong

Ujian perbendaharaan kata banyak terdapat dalam ujian bahasa. Salah satu cara untuk
menguji aspek perbendaharaan kata ialah ujian mengisi tempat kosong dengan kata-kata yang
betul. Soalan-soalan dalam bahagian mengisi tempat kosong bagi ujian bertulis akhir bahasa
Mandarin tahap 3 diambil untuk tujuan penganalisaan dan pentafsiran soalan bagi kertas kerja
ini. Ini kerana ujian mengisi tempat kosong walaupun sekadar menghasilkan penulisan kata-
kata pada tempat kosong, tetapi dengan ujian begini juga kita dapat mengesan kecekapan
seseorang pelajar khususnya peringkat penggunaan perbendaharaan kata dalam penulisan
ayat-ayat bagi bahasa yang dipelajari (Khathijah, 1987: 106).

4.1 Proses penentuan I.K. dan I.D. untuk 10 soalan mengisi tempat kosong

Untuk mendapat nilai I.K. dan I.D. untuk soalan mengisi tempat kosong dalam ujian
bertulis bahasa Mandarin ini, langkah-langkah berikut telah diikuti:

Langkah pertama:

Mengenalpasti kelas mana yang akan diambil untuk dikaji. 26 Skrip jawapan untuk pelajar-
pelajar bahasa Mandarin BMD 501 dari Fakulti Teknologi Pejabat (OM) telah diambil kerana
dari keputusan markah bahasa Mandarin mereka, jelasnya kelas ini mempunyai pelajar

7
kumpulan tinggi yang mendapat gred A dan pelajar kumpulan rendah yang tidak lulus ujian
bertulis akhir ini.

Langkah kedua:

Menyusun skrip jawapan dari skor tertinggi kepada skor terendah iaitu dari 86% hingga 28%
untuk kelas OM ini.

Langkah ketiga:

Catatkan prestasi pelajar untuk setiap soalan isi tempat kosong (soalan 1 hingga soalan 10)
dalam jadual seperti di bawah. Didapati tiada seorang yang betul untuk kesemua 10 soalan
dan pelajar yang terlemah menjawab betul untuk satu soalan sahaja iaitu soalan 5.

Langkah keempat:

Menentukan bilangan pelajar bagi kumpulan tinggi dan kumpulan rendah. 30% daripada 26
skrip jawapan yang mempunyai markah tertinggi bersamaan dengan 8 pelajar mewakili
kumpulan tinggi manakala 30% daripada 26 skrip jawapan yang mempunyai markah
terendah bersamaan dengan 8 pelajar mewakili kumpulan rendah. Yang selebihnya 10 orang
dimasukkan dalam kategori kumpulan sederhana.

Langkah kelima:

Menjumlahkan bilangan jawapan betul untuk kumpulan tinggi, diekori dengan menjumlahkan
bilangan jawapan betul untuk kumpulan rendah bagi setiap soalan dan masukkan angka-
angka yang diperolehi ke dalam formula I.D. dan I.K. seperti jadual di bawah:

8
Jadual 6:
Jadual Penentuan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi
untuk Soalan Isi Tempat Kosong dalam Ujian Bertulis Akhir Bahasa Mandarin Tahap 3
Sesi Disember 2006-Apr 2007

Bil. Markah Soalan


pelajar skrip 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Skor
jwpn
1. 86 √ √ √ √ √ √ √ √ √ × 9
2. 82 √ √ √ √ √ × √ √ √ √ 9
3. 81 √ √ √ × √ √ √ √ √ √ 9
4. 77 √ √ √ √ √ √ × √ × √ 8
5. 75 √ √ √ √ √ √ √ √ √ × 9
6. 73 √ √ √ √ √ √ × √ √ × 8
7. 73 √ × √ × √ √ √ √ √ √ 8
8. 71 √ √ √ × √ √ √ × √ √ 8
9. 70 √ √ √ √ √ √ √ × √ × 8
10. 68 √ √ √ √ × √ × × × × 5
11. 68 √ √ √ √ √ √ × √ × × 7
12. 67 √ × × × × √ × √ × × 3
13. 64 √ √ √ √ √ √ × √ √ √ 9
14. 63 √ √ √ × √ √ × × × × 5
15. 62 √ √ √ √ √ √ × √ × × 7
16. 62 √ √ √ √ √ × √ √ √ × 8
17. 59 √ √ √ √ √ √ × × × √ 7
18. 59 √ × √ × √ √ √ √ √ √ 8
19. 58 √ √ √ × × √ × × × × 4
20. 58 √ √ √ √ × √ √ × √ × 7
21. 54 √ √ √ × √ √ × × × × 5
22. 50 × √ √ √ × √ × √ × × 5
23. 45 √ × √ √ √ √ × √ × × 6
24. 43 √ √ √ × √ √ × × × × 5
25. 33 √ √ × × × √ × × × × 3
26. 28 × × × × √ × × × × × 1
Bt 8 7 8 5 8 7 6 7 7 5
Bs 10 8 9 7 8 9 3 6 4 3
Br 6 6 6 3 4 7 1 2 1 0
Bt+Bs+Br 24 21 23 15 20 23 10 15 12 8
I.K. 24/2 21/2 23/2 15/2 20/2 23/2 10/2 15/2 12/2 8/26
6=0 6=0 6=0 6=0 6=0 6=0 6=0 6=0 6=0 =0.3
.92 .81 .88 .58 .77 .88 .38 .58 .46 1
I.D. 8-6 7-6 8-6 5-3 8-4 7-7 6-1 7-2 7-1 5-0
8 8 8 8 8 8 8 8 8 8
=0. 0.12 =0. =0. =0. =0 0.87 0.62 =0. 0.62
25 5 25 25 5 5 5 75 5

Bt = Jumlah calon dalam kumpulan tinggi menjawab item/soalan dengan betul.


Bs= Jumlah calon dalam kumpulan sederhana yang menjawab item/soalan dengan betul.
Br = Jumlah calon dalam kumpulan rendah menjawab item/soalan dengan betul.
J = Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan tinggi dan kumpulan rendah

9
Langkah keenam:
Penganalisaan dan pentafsiran soalan dilakukan seperti jadual di bawah.

4.2 Penganalisaan dan Pentafsiran I.D. dan I.K untuk 10 soalan

Jadual 7 :
Penganalisaan dan Pentafsiran Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi
untuk soalan Isi Tempat Kosong dalam Ujian Bertulis Akhir Bahasa Mandarin Tahap 3
Sesi Disember 2006-Apr 2007

Soalan I.K. Pentafsiran Cadangan I.D. Pentafsiran Cadangan Analisa


1. 0.92 Terlalu ubahsuai 0.25 Diskriminasi ubahsuai Mudah tapi
mudah positif yang boleh diterima
sederhana
2. 0.81 Terlalu ubahsuai 0.125 Diskriminasi Tulis Mudah dan
mudah positif yang soalan tak dapat
rendah semula membezakan
3. 0.88 Terlalu ubahsuai 0.25 Diskriminasi ubahsuai Mudah tapi
mudah positif yang boleh diterima
sederhana
4. 0.58 Sederhana terima 0.25 Diskriminasi ubahsuai Boleh
positif yang diterima
sederhana
5. 0.77 Sederhana terima 0.5 Diskriminasi Amat Baik
positif yang sesuai
tinggi diterima
6. 0.88 Terlalu ubahsuai 0 Diskriminasi Tulis Soalan yang
mudah positif yang soalan lemah
rendah semula
7. 0.38 Sederhana terima 0.875 Diskriminasi Amat Baik
positif yang sesuai
tinggi diterima
8. 0.58 Sederhana terima 0.625 Diskriminasi Amat Baik
positif yang sesuai
tinggi diterima
9. 0.46 Sederhana terima 0.75 Diskriminasi Amat Baik
positif yang sesuai
tinggi diterima
10. 0.31 Sederhana terima 0.625 Diskriminasi Amat Baik
positif yang sesuai
tinggi diterima

Nota: Analisa untuk I.K. dan I.D ini boleh dibuat berdasarkan satu jadual yang disediakan
oleh Azman Wan Chik (1982: 147)

Pada keseluruhannya, keputusan analisis yang diperolehi amat menggalakkan.


Keputusan analisis menunjukkan 5 daripada 10 soalan isi tempat kosong yang dibina

10
mencapai tahap baik iaitu nilai I.K. nya sederhana dan nilai I.D.nya masing-masing mencapai
nilai diskriminasi positif yang tinggi. Soalan-soalan yang berkualiti tinggi ini ialah Soalan 5,
7,8.9 dan soalan 10. Ini bererti soalan-soalan ini dapat membezakan kemampuan kumpulan
cerdas dengan kumpulan lemah dengan jelasnya.

Bagi sesebuah ujian, soalan yang boleh dijawab dengan betul oleh semua pelajar atau
soalan yang tidak boleh dijawab oleh semua pelajar merupakan soalan yang lemah (Abdul
Fatah, 1985: 144). Soalan-soalan sedemikian akan menyebabkan semua pelajar mendapat
kosong atau markah penuh. Keadaan ini berlaku pada Soalan 6 di mana hampir semua
pelajar dari semua kumpulan dapat menjawabnya iaitu I.K.nya mencapai 0.88. Ujian
sedemikian tidak menunjukkan sebarang perbezaan antara pelajar, ini dibuktikan dengan nilai
diskriminasinya yang mencapai 0. Dengan itu, soalan ini merupakan soalan lemah yang
harus ditulis semula kerana ia langsung tidak dapat membezakan kumpulan cerdas daripada
kumpulan lemah.

Keadaan yang hampir sama berlaku pada Soalan 2 di mana 80% daripada 26 orang
pelajar (I.D.=0.81) dapat menjawabnya dan nilai indeks diskriminasinya hanya mencapai
0.125. Satu soalan di mana setiap orang mendapat markah penuh atau hampir mendapat
markah penuh adalah satu soalan yang sangat senang. Pelajar-pelajar telah dihalang dari
menunjukkan pencapaian sebenar mereka.

Kadangkala, dalam sesuatu ujian, adalah wajar jika sesetengah soalan yang mudah
diguna untuk memberi peluang kejayaan kepada pelajar yang lemah; juga soalan-soalan yang
susah boleh diberi untuk mencabar pelajar-pelajar yang berkebolehan tinggi. Soalan 1
(I.D.=0.92) dan Soalan 3 (I.D..=0.88) yang amat mudah diberikan tetapi oleh kerana indeks
diskriminasinya masing-masing mencapai 0.25 yang bererti nilai diskriminasi positif yang
sederhana. Ini bermakna soalan ini walaupun senang tetapi tidaklah lemah, jadi ia masih
boleh diterima.

Bagi Soalan 4, I.D.nya hanya mencapai 0.58, ini bererti soalan ini agak sukar
walaupun untuk kumpulan tinggi. Walau bagaimanapun, kita boleh menyimpul bahawa
soalan tersebut tidaklah lemah, tetapi cuma agak sukar sahaja.

11
Bagi 10 soalan yang dikaji ini, tiada satu soalan yang mendiskriminasi secara
negative. Sesuatu soalan jika mendiskriminasi secara negative, ini bermakna ia tidak
bersetuju dengan ujian tersebut. Ada sesuatu yang tidak kena mengenai soalan tersebut.
(Abdul Fatah, 1985: 145) Sekiranya sesuatu soalan itu sukar dan tidak boleh dijawab dengan
betul oleh sebahagian besar pelajar-pelajar dari kumpulan atas, maka sudah tentu ramai lagi
pelajar-pelajar dari golongan bawah tidak boleh menjawab soalan tersebut dengan betul.

5.0 Kesimpulan

Di sini kita boleh menyimpulkan bahawa semua soalan yang dibina dalam bahagian
isi tempat kosong ini mendiskriminasi secara positif iaitu soalan-soalan ini adalah bersetuju
dengan ujian tersebut. Antaranya, 5 soalan mempunyai diskriminasi positif yang tinggi, 3
soalan mempunyai diskriminasi positif yang sederhana dan 2 soalan mempunyai diskriminasi
positif yang rendah.

Semasa pensyarah mengulang kaji ujian, contohnya ujian kemajuan di dalam kelas,
jika terdapat pelajar yang memberi komen bahawa sesuatu soalan itu tidak jelas atau amat
sukar, maka pensyarah berkenaan haruslah membuat semakan dengan menggunakan indeks
kesukaran dan indeks diskriminasi untuk membuktikan sama ada komen itu berasas atau
tidak. Walaupun usaha untuk menentukan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi
mengambil masa yang banyak, tetapi ia amat penting untuk seseorang pensyarah membaiki
kualiti ujiannya pada masa akan datang.

Usaha menganalisis dan mentafsirkan item/soalan walaupun memakan masa, tetapi ia


amat perlu dijalankan kerana dapatannya akan memberi manfaat yang tidak terhingga
khasnya kepada penyedia soalan, amnya kepada pelajar. Perolehan indeks kesukaran dan
indeks diskriminasi bukan sahaja dapat meningkatkan mutu dan kualiti ujian dari segi
keberkesanan, tetapi yang pentingnya ia menguatkan lagi kesahan serta kebolehpercayaan
sesuatu ujian dan pencapaian pelajar yang sebenar dapat diketahui.

Bahan Rujukan

12
Abdul Fatah Abdul Malek. (1985). Pengukuran Pendidikan – Satu Pengenalan. Kuala
Lumpur: Nurin Enterprise.

Azman Wan Chik (1982). Ujian Bahasa Malaysia: Panduan dan Teknk. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distibutor Sdn Bhd.

Azman Wan Chik. (1987). Isu-isu Dalam Pengukuran dan Penilaian Bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Perpustaka.

Bailey, Kathleen M. (1998) Learning About Language Assessment – Dilemmas, Decisions,


and Directions. New York: Heinle & Heinle Publishers.

Hughes, Arthur. (1989) Testing for Language Teachers. Cambridge: Cambridge


Uniuversity Press.

Davis, B.F. (1953) “Item Analysis in Relation to Educational and Psychological Testing”.
Psychological Bulletin 49.

Ishak Haron. (1987). “Kesahan Dan Kebolehpercayaan Dalam Penilaian”. Dalam Azman
Wan Chik. (Editor). Isu-isu Dalam Pengukuran dan Penilaian Bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Perpustaka.

Khathijah Abdul Hamid. (1987). “Menilai Penulisan Bahasa Malaysia”. Dalam Azman Wan
Chik. (Editor). Isu-isu Dalam Pengukuran dan Penilaian Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Perpustaka.

Lado, Robert. (1965) Language Testing – The Construction and Use of Foreign Language
Tests. London: Longman.

Mok Soon Sang. (1995). Asas Pendidikan 3 – Penilaian Dalam Proses Pendidikan. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

McNamara, T.F. (1996) Measuring Second Language Performance. New York: Addison
Wesley Longman Limited.

Weir, C.J. (1993) Understanding and Developing Language Tests. London: Prentice Hall.

Manuals:

_________. Mandarin (3) Course Evaluation Format. (2007). Shah Alam: Mandarin Unit,
Academy of Language Studies, UiTM.

_________. Mandarin (3) Course Syllabus. ( 2007). Shah Alam: Mandarin Unit, Academy
of Language Studies, UiTM.

13
Abstrak

Pentadbiran Ujian: Penganalisaan dan Pentafsiran Soalan Selepas Memarkah


oleh
Low Hiang Loon
Akademi Pengajian Bahasa, UiTM, Shah Alam
E-mel: hiangloon2004@yahoo.com.my

Dalam proses pentadbiran ujian, keadaan yang kerap berlaku ialah, peringkat memarkah ujian
dan pemberian gred diberi perhatian yang lebih berbanding dengan peringkat penganalisaan
soalan selepas memarkah. Persoalan di sini ialah: Adakah kertas soalan yang disediakan dan
yang dihadapi oleh beribu-ribu orang pelajar itu sah dan boleh dipercayai?

Penganalisaan dan pentafsiran soalan untuk kertas kerja ini dibuat berdasarkan keputusan-
keputusan ujian bertulis akhir bahasa Mandarin tahap tiga di Universiti Teknologi Mara
(UiTM), Shah Alam untuk menentukan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi setiap
soalan yang telah dibina bagi ujian isi tempat kosong.

14
Nilai indeks kesukaran (I.K.) dan indeks diskriminasi (I.D.) yang diperolehi akan ditafsirkan
untuk menentukan sama ada soalan yang dibina berkualiti atau tidak. Penganalisaan soalan
dan pentafsiran soalan amat penting kerana proses ini dapat membantu mengenalpasti soalan
mana berkualiti dan sebaliknya. Usaha ini sudah tentu dapat memperbaiki mutu sesuatu ujian
di masa akan datang.

Indeks kesukaran digunakan untuk menunjukkan sama ada soalan yang dibina terlalu sukar,
sederhana atau terlalu mudah. jika lebih tinggi nilai indeks kesukaran, maka ia bermakna
lebih senanglah soalan tersebut dan jika nilai indeks kesukaran rendah, maka lebih sukarlah
item atau soalan itu. Indeks diskriminasi pula mempunyai kuasa atau fungsi membezakan
calon-calon daripada kumpulan cerdas dengan kumpulan lambat.

Pada keseluruhannya, keputusan analisa yang diperolehi amat menggalakkan. Keputusan


analisa menunjukkan 5 daripada 10 soalan isi tempat kosong yang dibina mencapai tahap
baik iaitu nilai I.K. nya sederhana dan nilai I.D.nya masing-masing mencapai nilai
diskriminasi positif yang tinggi. Ini bererti soalan-soalan ini dapat membezakan kemampuan
kumpulan cerdas dengan kumpulan lemah dengan jelasnya.

Biodata Low Hiang Loon

Puan Low Hiang Loon ialah seorang pensyarah bahasa Mandarin di Akademi
Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Beliau telah
membentangkan kertas kerjanya berhubungan pengajaran bahasa Mandarin sebagai
bahasa asing dan juga bidang Konfusianisme di beberapa konferensi antarabangsa.

Low Hiang Loon biodata

Madam Low Hiang Loon is a Mandarin lecturer at MARA University of Technology, Shah
Alam, Malaysia. She has carried out researches on various topics related to the teaching of
Mandarin as the third language. She has presented her papers at national and international
conferences. Her book entitled: “The Reeds at the Riverside-A teenage diary of a lecturer”
was published by Mentor Publishing House in Kuala Lumpur. The book has been reprinted
five times.

Low Hiang Loon biodata

Puan Low Hiang Loon ialah seorang pensyarah bahasa Mandarin di Akademi
Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Beliau telah
membentangkan kertas kerjanya berhubungan pengajaran dan pembelajaran bahasa
Mandarin sebagai bahasa asing dan juga bidang Konfusianisme di beberapa konferensi
tempatan dan juga konferensi antarabangsa. Di samping itu, penulisan buku beliau
perihal “Diari Remaja Seorang Pensyarah” yang diterbit oleh Mentor Publishing

15
House, Kuala Lumpur mendapat sambutan hangat dan telah diulang cetak selama 5
kali sejak tahun 2005. Tahun 2007 Mentor Publishing House menerbitkan sebuah lagi
penulisan buku beliau yang bertajuk “Kapitan Cina di Kelantan” .

16

You might also like