You are on page 1of 10

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Di dalam bab ini terdapat beberapa perkara yang dibincangkan iaitu tentang pemilihan

reka bentuk kajian, kerangka konsep, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur kajian

dan cara penganalisaan data. Penyelidikan memerlukan langkah-langkah yang teratur

dan tersusun untuk mendapatkan maklumat yang dijalankan. Oleh itu, cara

penyelidikan yang dijalankan perlu terperinci untuk menghasilkan dapatan yang

berkualiti dan baik.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini dijalankan dalam bentuk eksperimen kerana menggunakan pilihan kaedah

soal selidik. Pemilihan kaedah ini kerana ianya sesuai dalam memenuhi persoalan

kajian yang dikaji iaitu untuk mengenal pasti persepsi guru penolong kanan dalam mata

pelajaran Pendidikan Jasmani di Sekolah. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan

kaedah soal selidik berdasarkan Skala Likert untuk mengkaji sejauhmana kenyataan-

kenyataan yang telah disediakan. Oleh yang demikian, responden memberi respon
berdasarkan skala likert yang menjadi panduan untuk menyatakan tanggapan atau

persetujuan mereka. Skala Likert dihasilkan untuk tujuan pemeringkatan iaitu setuju

dan tidak setuju.

Borang soal selidik akan diedarkan kepada pelajar-pelajar semester 8 yang telah

selesai menjalani latihan mengajar. Borang soal selidik diedarkan ketika kelas Seminar

Refleksi Pengajaran oleh pengkaji. Data yang dikumpul akan dianalisis untuk mengkaji

sama ada persepsi guru penolong kanan terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani

memberi kesan kepada prestasi pelajar.


JADUAL 3.2.1 KERANGKA KONSEPTUAL

TAJUK : DEVIAN DALAM SUKAN


MELIHAT TABIAT DALAM KALANGAN ATLET MASUM UPSI

MASALAH : Melihat persepsi guru penolong


kanan terhadap mata pelajaran Pendidikan
Jasmani

TEMPAT KAJIAN :
OBJEKTIF KAJIAN : Universiti Pendidikan Sultan
Mengenalpasti persepsi guru penolong Idris
kanan terhadap mata pelajaran Pendidikan
Jasmani

PERSAMPELAN : pelajar
semester 8 yang telah tamat
menjalani latihan mengajar

MENGANILIS DATA
Berdasarkan rajah kerangka konseptual tersebut, kajian ini adalah berdasarkan

tajuk persepsi guru penolong kanan terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Skop

kajian ini telah difokuskan kepada pelajar-pelajar yang telah selesai menjalani latihan

mengajar.

3.3 Pembolehubah Kajian

Pemboleh ubah ialah konsep ataupun konstruk yang diselidik oleh penyelidik (Gay &

Arasian, 2000), yakni merupakan ciri atau faktor dalam sesuatu penyelidikan yang

berubah-ubah dari segi kualiti atau kuantiti. Terdapat dua pemboleh ubah yang

dikenalpasti dalam penyelidikan yang telah dijalankan oleh pengkaji iaitu

pembolehubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar.

Pemboleh ubah bersandar merupakan pemboleh ubah yang menerima kesan satu

atau lebih pemboleh ubah tidak bersandar, sama ada pemboleh ubah yang dimanipulasi

ataupun yang diperhati oleh penyelidik (Jaeger, 1990). Perubahan yang berlaku

diandaikan berikutan pengaruh pemboleh ubah tidak bersandar. Pemboleh ubah

bersandar juga dikenali sebagai pemboleh ubah hasil (outcome variable) atau pemboleh

ubah kriteria (criterion variable). Pemboleh ubah tidak bersandar dan bersandar sering

digunakan dalam penyelidikan eksperimen dan penyelidikan perbandingan penyebab

(causal comparative study. Dalam penyelidikan eksperimen, pemboleh ubah tidak

bersandar dimanipulasi oleh penyelidik untuk melihat kesannya ke atas pemboleh ubah

bersandar.

Manakala pemboleh ubah tidak bersandar merupakan pemboleh ubah yang

dijangka akan mempengaruhi suatu pemboleh ubah lain yang digelar pemboleh ubah

bersandar. Dalam penyelidikan berbentuk eksperimen, pemboleh ubah tidak bersandar


merupakan rawatan ataupun pemboleh ubah yang dimanipulasi, yakni diubah secara

sistematik oleh penyelidik.

I. Pemboleh ubah Bersandar

Pemboleh ubah bersandar yang terdapat dalam projek ini adalah persepsi guru

penolong kanan terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani

II. Pemboleh ubah Tidak Bersandar

Pemboleh ubah tidak bersandar dalam projek ini adalah sekolah-sekolah di

sekitar Perak, Pahang, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan yang merupakan

agen pendidikan di mana ianya adalah salah satu agen yang terdapat dalam

peranan institusi sosial dalam pendidikan.

3.4 Populasi dan Sampel Kajian

Keseluruhan pelajar lelaki dan perempuan kelas Seminar Refleksi Pengajaran yang

terdiri daripada 171 orang pelajar yang telah menjalani latihan mengajar selama 4 bulan

di sekolah-sekolah sekitar negeri Selangor, Perak, Pahang, Melaka dan Negeri

Sembilan.
3.5 Instrumen Kajian

Alat kajian yang digunakan untuk mendapatkan data yang diperlukan merupakan soal

selidik. Soal selidik ini diambil daripada kajian-kajian latihan ilmiah yang dilakukan

oleh pengkaji-pengkaji terdahulu seperti Azira bt. Mohd Ariffin (1990), Hanif bin

Zainun @ Idris (2001), Muhammad Nasir bin Hisham (2002), dan Suraini bt. Che

Yaakub (2002) yang mana telah diubahsuai oleh penyelidik mengikut tujuan-tujuan

yang dikehendaki. Soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A

mengenai latar belakang responden dan Bahagian B berkaitan dengan soalan tingkah

laku devian yang melibatkan responden. Satu ujian kebolehpercayaan telah dijalankan

dengan menggunakan SPSS Versi 10.0 hasil yang didapati menunjukkan nilai alphanya

ialah 0.9883. Ini menunjukkan nilai alphanya amat baik. Menurut Norusis (1990), nilai

alpha yang lebih daripada 0.9 adalah amat baik. Nilai alpha yang lebih besar daripada

0.7 boleh diterima dan sekiranya kurang daripada itu boleh dipertikaikan.

Penggunaan bahasa dalam borang soal selidik tidak diterjemahkan kerana

didapati bahawa semua responden dapat memahami dengan baik. Tetapi bagi pihak

penyelidik, bahasa dalam soal selidik ini terpaksa diterjemahkan untuk memudahkan

proses pengendaliannya berjalan lancer. Namun begitu, penyelidik turut memberi

penerangan dan penjelasan terhadap mana-mana perkara yang berbangkit tentang

soalan soal selidik tersebut.

Skala Likert digunakan bagi tujuan mengumpul data berkaitan dengan persepsi

guru penolong kanan terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Skor pilihan

jawapan untuk setiap item terdapat 5 pilihan iaitu sangat setuju, setuju, tidak setuju,
sangat tidak setuju dan tidak pasti bagi menjawab segala soalan selidik yang

dikemukakan oleh penyelidik bagi mendapatkan data yang tepat. Skor responden

dianalisis dalam bentuk peratus dan min dalam ujian t tidak bersandar. Soal selidik

diedar semasa kelas Seminar Refleksi Mengajar dijalankan.

3.6 Prosedur Pengumpulan Data

Prosedur pengumpulan data ialah dengan menggunakan kaedah soal selidik akan

dianalisa secara kuantitatif. Data-data yang diperolehi daripada soal selidik dengan

menjumlahkan skor untuk setiap item daripada soalan secara manual dan dengan

menggunakan program SPSS 12.0 (Statistical Package ForSocial

Science). Pengkaji memilih untuk menggunakan kaedah ini kerana ianya lebih mudah,

selain menjimatkan masa dan tenaga.

Data yang dikumpulan akan direkodkan sebelum dimasukkan ke dalam perisian

SPSS. Jenis data yang digunakan Statistik deskriptif iaitu menganalisis data secara

peratusan, frekuensi serta dengan menggunakan Measure of central tendency (MCT),

mod dan median. Dalam statistik deskriptif, jenis analisis data sering melibatkan

analisis variabel iaitu dengan hanya menggunakan satu pemboleh ubah sahaja untuk

faktor demografi seperti jantina, dan umur dengan menggunakan peratusan dan

frekuensi. Sebagai contohnya peratusan dan jumlah responden lelaki dan

perempuan. Menurut Whitney (1960), metode deskriptif adalah pencarian fakta dengan

interpretasi yang tepat. Penelitian deskriptif adalah metode penelitian yang berusaha

menggambarkan subjek yang diteliti sesuai. Penyelidik kemudiannya mengumpul,


memproses dan menganalisis data untuk mendapatkan keputusan dan membuat

rumusan dapatan kajian.

3.7 Kaedah Analisis Data

Analisis data merupakan proses paling penting dalam sebuah penyelidikan dan analisis

data berasal dari hasil pengumpulan data yang telah terkumpul, apabila tidak dianalisis

hanya menjadi barang yang tidak bermakna, tiada erti, menjadi data yang kosong.

Menurut M. Kasiram, (2006) analisis data berfungsi untuk memberi makna dan nilai

yang terkandung dalam data. Data yang bersifat deskriptif tidak perlu dikualitatifkan

terlebih dahulu.

Selain itu, dalam penyelidikan deskriptif proses pelaksanaan secara linear,

mulai dari latar belakang masalah, merumuskan masalah, kemudian merumuskan

hipotesis, penyusunan instrumen kajian, menentukan populasi dan subjek kajian,

mengumpul data, analisis data, dan laporan hasil kajian. Oleh yang demikian, untuk

melakukan analisis deskriptif penyelidikan perlu memahami bentuk statistik yang

digunakan dalam kajian sebelum memulakan analisis. Data statistik merupakan alat

yang digunakan penyelidik untuk mendeskripsikan, menjelaskan dan memahami

hubungan antara pemboleh ubah dengan diteliti. Teknik analisis data dalam kajian

deskriptif menggunakan analisis statistik. Analisis statistik adalah cara untuk mengolah

informasi data yang berkait dengan angka, bagaimana mencari, mengumpul, mengolah

data, sehingga menyediakan data dalam bentuk sederhana dan mudah untuk dibaca.

Sebelum menganalisis data penyelidik perlu memahami secara keseluruhan

persoalan kajian, objektif kajian serta kaedah pengumpulan data sebelum memulakan
cara analisis data. Hal ini kerana ianya saling berkaitan dan menterjemahkan hasilnya

melalui analisis data. Sebagai contohnya, jika persoalan dan objektif kajian hanyalah

bersifat deskriptif mana mungkin kita dapat menggunakan kaedah analisis data secara

berbentuk angka. Justeru, penyelidik perlu memahami secara keseluruhan tentang

bagaimana data kajian dapat dianalisis secara tepat.

Menurut Dey(1993), analisis melibatkan proses pemecahan data jatuh kepada

unit-unit lebih kecil untuk menonjolkan ciri-ciri unsur dan berstruktur. Dalam proses

menganalisis data seringkali menggunakan statistik kerana memang salah satu fungsi

statistik adalah memudahkan data. Proses analisis data berpanjangan tidak hanya

sampai disini. Setelah data dianalisis dan diperoleh maklumat yang lebih sederhana,

hasil analisis perlu interpretasi untuk mencari makna yang lebih luas dan impilkasi hasil

analisis.

Tujuan analisis data deskriptif untuk memahami apa yang terdapat di dalam

semua data tersebut, mengelompokkan, meringkaskan menjadi suatu yang mudah

difahami, serta menemukan pola yang timbul dari data tersebut. Dalam analisis data

deskriptif, dimaksud dengan mudah difahami dan pola umum itu ialah dalam bentuk

simbol statistik, yang dikenal dengan istilah nota, variasi atau pekali. Dalam kajian

deskriptif analisis data merupakan kegiatan setelah data dari seluruh responden atau

sumber data lain terkumpul. Teknik analisis data dalam penilaian deskriptif telah

menggunakan statistik.

3.8 Rumusan
Setiap kajian yang dilakukan mempunyai metodologi kajian yang tersendiri mengikut

jenis kajian yang dilakukan. Selain itu, metodologi kajian yang digunakan mestilah

bersesuaian dengan objektif tajuk latihan ilmiah. Ia merupakan satu perkara yang amat

penting dalam melakukan sesuatu penyelidikan bagi mendapatkan maklumat yang

sahih dan berkualiti. Dengan adanya metodologi kajian, kajian yang akan dilakukan

akan lebih teratur dan akan mendapatkan hasil yang kajian yang lebih baik. Metodologi

kajian juga boleh dianggap sebagai perancangan awal kearah mana sesuatu kajian itu

akan dibawa sama ada kearah kejayaan atau sebaliknya.

Hasil yang akan diperoleh juga bergantung kepada pemilihan metodologi

kajian. Setelah diteliti semua aspek yang berkaitan dengan tajuk kajian, maka pengkaji

akan dapat menentukan atau memilih metodologi kajian yang sesuai dengan tajuk

kajian. Selain itu, metodologi kajian merupakan cara bagaimana pengkaji mendapat

maklumat, bahan, sumber rujukan dan data berkaitan dengan kajian. Dalam sesuatu

kajian, bahan yang paling penting adalah data kajian. Tanpa data kajian bagaimana

sesuatu kajian akan mendapatkan hasilnya. Setelah selesai metodolgi kajian ini,

pengkaji boleh meneruskan kajian dengan melaksanakan proses pengumpulan data dan

menghuraikan dalam bab seterusnya.

You might also like