You are on page 1of 5

2.

1 Pemikiran Emotivis

Menurut Helden (1977) dan Richards (1971), moral adalah suatu kepekaan
dalam fikiran, perasaan, dan tindakan dibandingkan dengan tindakan-tindakan lain
yang tidak hanya berupa kepekaan terhadap prinsip-prinsip dan peraturan-peraturan
sahaja (as cited in Abdul Rahman Aroff ,1999). Hal ini bermaksud seseorang individu
yang berbuat baik bukan disebabkan perlakuan tersebut tertakluk dalam sesuatu
prinsip atau dinyatakan dalam sesuatu peraturan malah, perbuatan moral yang
dilakukan adalah tercetus daripada fikiran dan perasaan diri sendiri. Fikiran dan
perasaan yang tercetus tersebut adalah berdasarkan aliran pemikiran moral yang
bersifat positif iaitu pemikiran emotivis.

Aliran pemikiran emotivis merujuk kepada sikap manusia yang bertindak


mengikut perasaan atau emosi. Emotivis menerangkan bahawa pertimbangan moral
bukanlah mengikut pernyataan fakta tetapi mengikut emosi, sikap atau perasaan.
Seseorang individu mungkin melakukan sesuatu tindakan mengikut emosi dan fikiran
diri sendiri tanpa mempertimbangkan sama ada tindakan tersebut mendatangkan
kesan buruk kepada orang lain atau tidak. Menurut Sherles Holmes (2016),
pemikiran mungkin hanya muncul dari konsep baik-buruk dan benar-salah.
Kesannya, terdapat kritikan yang mengatakan pemikiran emotivis ini tidak
mempunyai konsep “emosi” yang lengkap (Zhidi, Mahdi, Mazlan, Fu’ad, & Roslina,
2014).

2.2 Pemikiran Naturalis

Definisi moral boleh dihuraikan dengan konsep kemoralan. Menurut Zhidi,


Mahdi, Mazlan, Fu’ad, & Roslina (2014), kemoralan ialah kualiti dan sifat perlakuan
atau tindakan yang berdasarkan prinsip apa yang dianggap betul dan apa yang salah.
Hal ini bermaksud seseorang yang tidak mematuhi peraturan masyarakat atau
mengikut kelaziman adat boleh dianggap sebagai tidak bermoral. Konsep kemoralan
ini berkait rapat dengan aliran pemikiran positif iaitu Naturalis. Seseorang individu
yang berfikiran naturalis sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan
takut untuk melanggarnya. Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan
sesuatu dalam keadaannya yang sebenar.

Dalam aliran pemikiran Naturalis, individu dianggap cenderung dalam


menerima apa sahaja keadaan yang sebenar. Pemikiran ini dikritik kerana pemikiran
ini dikatakan tidak mempunyai pandangan sendiri dan lebih rela untuk menerima apa
yang telah berlaku daripada melakukan sebarang penambahbaikan. Asri Selamat
(2009) telah mengatakan terdapat tanggapan bahawa perempuan tidak mampu
menjadi pemimpin berbanding dengan lelaki. Tanggapan salah ini perlu diubah demi
mengatasi isu kesemarataan jantina dalam bidang pekerjaan. Secara logik, sesuatu
tidak boleh ditentukan secara langsung dengan berdasarkan sesuatu situasi sahaja.

2.3 Pemikiran Instuisionis

Menurut Atkinson, R.F. (1969), moral merupakan pandangan tentang baik


dan buruk, benar dan salah, apa yang dapat dan tidak dapat dilakukan. Seseorang
individu yang mempunyai pemikiran instuisionis dapat membezakan sesuatu perkara
sama ada baik atau buruk berdasarkan pandangannya. Proses ‘melihat’ serta
‘memahami’ secara spontan dan intelek merupakan aliran pemikiran instuisionis.
Seseorang yang berfikir secara instuisionis akan melakukan tindakan berdasarkan
apa yang dirasai di dalam hatinya, iaitu mengikut gerak hati diri sendiri. Pemikiran
intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan berbeza antara satu
individu dengan yang lain. Henri Bergson (1859 – 1941) berpendapat intuisionis
adalah naluri yang membolehkan individu memahami hidupnya dari segi kerohanian.

Orang tua pada kebiasaan dikatakan mempunyai pemikiran instuisionis


disebabkan pengalaman mereka yang lebih tinggi berbanding dengan orang muda
dalam menghadapi sesuatu masalah atau isu. Mereka bukan sahaja merupakan
golongan berpengalaman, tetapi yang lebih penting adalah berupaya memberi
nasihat dan panduan yang berguna kepada generasi lebih muda agar dapat
mengharungi cabaran dalam kehidupan (Opat Rattanachot, 2011). Aliran pemikiran
ini boleh dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal di mana celik akal
bergantung kepada pengalaman. Individu yang berfikiran instuisionis mempunyai
idea penyelesaian sesuatu masalah secara tiba-tiba.

3.1 Nilai Subjektif

Nilai subjektif boleh didefinisikan sebagai nilai yang diterima atau ditolak oleh
seseorang individu berdasarkan pandangannya sendiri mengenai sesuatu perkara
atau peristiwa. Seseorang insan akan menilai sesuatu perkara berdasarkan sifat
dalaman yang ada pada individu tersebut seperti minat, keinginan dan harapan.
Mengikut pandangan Barat, nilai merupakan sesuatu yang abstrak dan subjektif.
Nilai dikatakan subjektif kerana ia bergantung semata-mata kepada pemikiran
individu.
Pemikiran individu adalah subjektif kepada persekitaran di mana mereka itu
hidup. Hal ini bermaksud, pandangan seseorang individu terhadap sesuatu perkara
akan berubah dari semasa ke semasa mengikut perubahan di sekelilingnya. Oleh itu,
nilai subjektif antara satu individu dengan individu yang lain adalah tidak sama
disebabkan pandangan serta masa yang berlainan.

Menurut Dzulkarnain Rahman (2008), sesetengah individu berpendapat


bahawa merotan pelajar di khalayak ramai merupakan usaha yang berkesan dalam
menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Namun, menurut beliau lagi,
terdapat sebahagian individu yang merasakan bahawa hukuman rotan akan
memberi kesan secara psikologi kepada pelajar. Malah menurut Amir, & Fazrul
(2016) pula, hukuman merotan pelajar di khalayak ramai adalah tidak dibenarkan.
Jadi ternyatalah bahawa nilai subjektif akan berubah-ubah berdasarkan masa dan
pandangan individu.

3.5 Nilai Relatif

Nilai relatif merupakan nilai yang diterima atau ditolak, berdasarkan peraturan
masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat. Nilai relatif ini adalah tidak
tertentu dan tidak sempurna antara masyarakat yang berbeza dan ia bergantung
kepada syarat yang tertentu. Perubahan pandangan terhadap kualiti nilai akan
berlaku mengikut masa dan kriteria nilai, sama ada benar atau salah dan boleh
dijadikan sebagai perkara penting untuk dibincangkan dalam kalangan masyarakat
yang terlibat.

Penggunaan pistol Amerika Syarikat oleh masyarakatnya merupakan perkara


yang biasa dan remeh. Kerajaan AS telah membenarkan rakyatnya memiliki pistol
sebagai langkah untuk menjaga keselamatan diri sendiri. Menurut salah satu
wartawan Sinar Harian (2015), rakyat AS dapat membeli dan memiliki senjata api
dengan begitu mudahnya di AS. Namun begitu menurut Ikhwan Zulkaflee (2015),
Malaysia adalah antara negara yang mempunyai undang-undang dan peraturan
ketat berkaitan pemilikan senjata api. Menurutnya lagi, selain daripada ahli pasukan
keselamatan, tidak ada individu yang dibenarkan memiliki, membawa atau
menggunakan senjata api kecuali bagi yang diberikan lesen di bawah Seksyen 4
Akta Senjata 1960. Hal ini telah menunjukkan budaya yang berbeza antara
masyarakat.

4.0 Dimensi Bermoral


Untuk melengkapkan konsep etika dalam diri insan bermoral, penting juga disentuh
mengenai dimensi yang menjurus ke arah kecenderungan seseorang untuk bertingkah laku
secara bermoral. Terdapat tiga dimensi etika iaitu penaakulan moral, perasaan moral dan
perlakuan moral (Abdul Rahman Aroff,1999).

4.1 Penaakulan moral

Penaakulan moral melibatkan pertimbangan dan pemikiran secara rasional


dan bebas (Azrina Jonit, 2012). Insan bermoral akan melakukan sesuatu berasaskan
alasan yang munasabah dan rasional. Pertimbangan atau tindakan seseorang tidak
boleh dikategorikan sebagai bermoral jika dia melaksanakan sesuatu perkara
disebabkan paksaan atau semata-mata patuh kepada autoriti. Menurut Koo, K.P., &
Tang, C.Y. (1990), individu itu tidak melaksanakan tanggungjawab moral tetapi
hanya mematuhi perintah daripada kuasa luar.

Kebolehan memberi pertimbangan yang rasional serta berkeyakinan bahawa


tindakan tersebut adalah betul boleh dikatakan sebagai insan bermoral. Penaakulan
perlu ada untuk mewujudkan keadilan dalam tindakan. Hal ini demikian kerana
prinsip keadilan perlu untuk bertindak secara autonomi dan rasional dalam apa jua
keadaan. Prinsip autonomi merujuk kepada kebebasan seseorang individu dalam
melakukan sebarang tindakan yang dirasakan baik dan sekiranya dihalang, dia dapat
memberi alasan yang nyata. Jadi, ternyatalah bahawa penaakulan moral saling
berkaitan dengan prinsip keadilan dan prinsip autonomi.

Seseorang guru disiplin dikatakan mempunyai penaakulan moral dalam


melaksanakan tugasnya. Beliau telah menjatuhkan hukuman menggantung kelas
selama dua minggu kepada pelajar yang didapati merokok di kawasan sekolah
walaupun pelajar itu merupakan anaknya sendiri. Keputusan yang dibuat oleh guru
disiplin adalah berdasarkan penaakulan moral. Tindakannya yang bersifat keadilan
dan berasaskan alasan merupakan ciri insan yang bermoral.

4.2 Emosi

Kemoralan tidak merujuk kepada kebolehan dalam menjelaskan tentang


kebaikan dan keburukan serta tingkah laku yang wajar tanpa menyedari bahawa
emosi. Menurut Samay, S.A. (1986), peranan emosi dalam perkembangan moral
diibaratkan sebagai ‘pembekal tenaga’ (power supply) kepada setiap perlakuan.
Menurut Ewing, C.P. (1990), kelemahan moral dalam kalangan kanak-kanak yang
melakukan jenayah bukan disebabkan mereka tidak mengetahui bahawa perkara itu
adalah salah tetapi berpunca dari tiadanya perasaan terhadap kebajikan orang lain.

Individu yang mempunyai perasaan moral ada sifat altruistik, murah hati,
belas kasihan dan sifat kepedulian. Thomas Nagel (1970) telah menjelaskan
altruisme sebagai sesuatu sikap atau perbuatan yang menyenangkan orang lain.
Individu yang bersifat altruisme merupakan seorang yang pemurah atau dermawan.
Dari sini kita boleh lihat bahawa emosi moral adalah saling berkaitan dengan prinsip
altruisme dan kedua-dua elemen ini merupakan ciri pembentukan insan yang
bermoral. Sebagai contoh, individu yang memberi bantuan dari segi derma kepada
mangsa-mangsa gempa bumi, banjir, tsunami, kebakaran dan sebagainya adalah
insan yang bermoral. Hal ini demikian kerana mereka mempunyai emosi moral
dalam diri mereka. Mereka berasa sedih dan belas kasihan dengan nasib mangsa.

4.3 Perlakuan moral

Tingkah laku moral bergantung kepada tindakan dan tingkah laku seseorang
hasil daripada sesuatu keputusan yang telah dibuat dengan penuh tanggungjawab
oleh penaakulan yang bebas dan rasional (Tam, Y.K., 2006) . Individu yang tidak
melakukan sesuatu yang telah difikirkan sebagai patut, wajar dan bermoral
dianggap individu yang lemah moralnya.

Tindakan moral yang dilakukan tanpa penaakulan moral bukan dianggap


sebagai tingkah laku yang bermoral. Perlakuan tersebut adalah bersifat pengakuran
terhadap autoriti tanpa memahami sebab dan kandungannya. Keadaan ini akan
melemahkan autonomi individu dan menyebabkan individu kehilangan ciri yang
bermoral.

Individu yang bermoral merupakan individu yang dapat bertindak dengan


penuh tanggungjawab mengikut kemampuan sendiri terhadap sesuatu keputusan
berdasarkan penaakulan dan emosi moral. Sebagai contoh, seseorang bertindak
moral tidak akan melibatkan diri dalam rasuah walaupun kawan di sekelilingnya
melakukannya. Dia sedar bahawa tindakan rasuah merupakan kes jenayah dan juga
ditegah oleh agama.

You might also like