You are on page 1of 4

GANGGUAN EMOSI DI KALANGAN MURID

Definisi Gangguan Emosi

Gangguan Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih
karasteristik oleh murid-murid. kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi maksud kepada
gangguan emosi sebagai gangguan emosi adalah akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan,
yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. seterusnya
gangguan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka menyendiri dan
mempunyai emosi yang tidak stabil. Antara gangguan personaliti yg berlaku ialah antisosial.
Ketidakmampuan untuk belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor intelektual, kesihatan
juga menjadi definisi kepada gangguan emosi. secara ringkasnya gangguan emosi boleh dikatakan
bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang murid yang menyebabkan emosi murid tersebut
tidak stabil. gangguan emosi ini akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang
murid. gangguan emosi adalah satu perkara yang amat serius pada usia persekolahan. mereka
akan mengalami gangguan emosi yang serius dan ini menyebabkan stress kepada murid-murid.

Punca Gangguan Emosi dalam kalangan Murid

Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi
dalam kalangan kanak-kanak. Antara punca berlakunya gangguan emosi dalam kalangan murid
ialah persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga, pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya,
tindakan guru dan lain-lain lagi.

Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak
kondusif. Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah kesesakan didalam
kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Ini
selaras dengan pendapat yang diberikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi
Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rusnani
Abdul Kadir yang mendapati bahawa kecendurungan ke arah perlakuan negatif wujud kerana
dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid mungkin melakukan
kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif dan mengganggu emosi
mereka.

Keadaan ini berlaku kerana keadaan sekolah yang sesak akan membawa kepada fizikal
kelas padat dan menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Malah keadaan ini menjadi lebih ketara jika ada murid nakal yang sering mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran. Ini secara langsung akan mengganggu murid yang ingin belajar dan
menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi.

Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca murid mengalami gangguan
emosi. Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian
dalam kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat positif atau negatif dan melibatkan
diri sendiri atau orang yang tersayang. Contoh peristiwa hidup yang negatif adalah penderaan,
penceraian, kemalangan, kematian, muflis atau hilang pekerjaan, dipenjara, krisis kewangan dan
lain-lain.

Manakala peristiwa hidup yang positif termasuk perkahwinan, mengandung, kenaikan


pangkat dan berpindah ke rumah baru. Peristiwa dalam kehidupan keluarga seperti yang
dinyatakan itu memberi kesan ke atas masalah emosi seseorang murid. Peristiwa yang sedemikian
akan menyebabkan emosi murid tertekan dan selalunya mereka akan menunjukkan tindak balas
fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang. Dari segi emosi, murid akan berasa susah hati, murung,
sedih, marah, tidak tentu arah, resah dan lain-lain lagi.

1
Di samping itu, keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak
menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan membawa
keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Pengaruh keluarga
menjadi punca keadaan in berlaku. Dari segi tingkah laku, murid berkenaan mungkin akan
bertindak berlainan di antara satu dengan lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga
yang meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak menunjukkan sebarang emosi. Keluarga
yang mesra antara satu sama lain, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi keperluan kanak-
kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang melihat dirinya
diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan
ketekunan dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Pada peringkat kanak-kanak, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sikit berbanding
dengan zaman remaja yang mempunyai peranan yang besar. Namun begitu, pengaruh rakan
sebaya juga menjadi salah satu punca gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Minat kanak-
kanak lebih mirip kepada minat rakan daripada ibu bapa. Perihal popular atau tidak popularnya
seseorang itu mengikut pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan
personalitinya. Mereka juga akan suka membantu, bijak bertoleransi dan melibatkan diri dengan
merancang dan memulakan aktiviti kumpulan yang menarik dan menyeronokkan.

Murid yang diterima oleh rakan sebaya akan bersikap ceria, bersemangat, baik hati, boleh
berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan dan sering memberikan idea yang baik. Murid yang
tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan
mereka yang popular. Murid ini akan berasa kurang yakin pada diri sendiri, penakut dan cuba
menjauhkan diri dari rakan sebaya. Murid sebegini akan menunjukkan sikap agresif, sombong dan
terlalu mendesak. Murid yang tidak disukai oleh kawan-kawannya akan berasa inferior, rasa iri hati,
benci muram dan marah terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya. Semua ini
menunjukkan tanda-tanda gangguan emosi yang perlu diketahui oleh guru dalam menguruskan
tingkah laku murid di dalam kelas.

Kesan Gangguan Emosi Di Kalangan Murid

Tidak ada manusia yang dapat rnengelakkan diri dari tekanan. Seperti yang dinyatakan oleh
Hans Selye (1956) dalam bukunya The Stress of Life "No one can live without experiencing some
degree of stress at all." Tekanan boleh membawa kesan yang positif bagi sesetengah Individu
kerana boleh mendorong seseorang untuk memperbaiki pencapaian diri, menghadapi cabaran dan
membuat penyesuaian dengan corak kehidupan yang sentiasa berubah (Johnson, 1997).
Sebaliknya, tekanan yang tidak dapat dikawal oleh individu yang mengalaminya mungkin
mendatangkan kesan yang negatif. Terdapat sesetengah pelajar melakukan cara yang tidak sihat
untuk rnengatasi gangguan tekanan yang akhimya cara sedemikian mendatangkan kesan negatif
kepada diri rnereka sendiri contohnya dengan mengambil dadah dan alkohol, tidur dan makan
berlebihan atau menahan lapar,

Penemuan data kajian-kajian lalu menunjukkan tekanan yang dialami oleh pelajar
mempunyai kaitan dengan penghargaan kendiri yang rendah (Arora, Kurnari dan Enright, 1988;
Youngs, Rathge, Mullis dan Mullis, 1990), lokus kawalan yang lemah (Cole dan Sapp (1988),
kemurungan (Toler dan Murphy, 1985), tingkahlaku delinkuen (Vaux dan Ruggiero, 1983) dan
masalah penyalahgunaan (Mates dan Allison (1992). Penemuan yang diperolehi oleh para pengkaji
ini membuktikan bahawa tekanan yang tidak terkawal boleh mendatangkan implikasi yang negatif
kepada pelajar yang mengalaminya. justeru, identifikasi awal kepada simptom-simptorn tekanan
boleh membantu remaja berkenaan. Antara simptom-sirnptom yang menunjukkan seseorang
mengalami tekanan ialah mengalami gangguan tidur. Pelajar tersebut tidak dapat tidur dengan
betul dan ini akan menyebebkan matanya merah dan selalu berair dan pelajar itu juga mungkin
selalu kelihatan kehausan dan keletihan disebabkan tidak cukup tidur.

Kesan yang seterusnya ialah menunjukkan reaksi berlebihan terhadap kejadian-kejadian


biasa. Apabila seseorang pelajar itu mengalami tekanan emosi dia akan menunjukkan reaksi–reaksi

2
yang abnormal dan berlebihan. Contohnya marah dan maki hamun mana-mana pelajar jika
terlanggarnya di tangga.

Kesan yang seterusnya ialah pelajar sebegini akan menunjukkan rasa tidak gembira
terhadap pencapaian diri. Walaupun mereka telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang di
akademik ataupun kokurikulum tetapi dirinya sendiri tidak akan menghayati dan menghargainya
pencapian tersebut dan hanya mengambilnya pencapaian tersebut dengan tanpa makna.

Pelajar –pelajar yang telah mengalami tekanan emosi akan mengamali keletihan yang
melampau dan kurang bertenaga, menunjukkan tingkahlaku gelisah seperti mata berkelip-kelip dan
menggeleng-gelengkan kepala, sakit perut atau saklt kepala pada setiap hari atau pada setiap
minggu, menunjukkan tingkahlaku untuk mendapatkan perhatian seperti tingkahlaku agresif, tidak
berupaya rnembuat keputusan dan hilang sifat kelucuan.

Kewujudan salah satu atau sebahagian daripada perkara-perkara yang dinyatakan


menunjukkan bahawa individu tersebut berkernungkinan mengalami tekanan. Pelajar yang
mengalaminya berkemungkinan sedar atau tidak sedar bahawa mereka sedang mengalami
gangguan tekanan. Pengenalpastian kesan-kesan yang dinyatakan bukan sahaja dapat
memudahkan golongan ibu bapa mernbantu pelajar yang tertekan bahkan pelajar yang menyedari
bahawa mereka menunjukkan slmptom-simptom tersebut boleh mendapatkan bantuan lebih awal
sebelum kesan negatif yang mungkin berlaku akibat tekanan berlaku pada diri pelajar.

Langkah-langlakah Menangani Masalah Gangguan Emosi dalam Kalangan Murid

Sebagaimana ahli falsafah Yunani Aristotle menegaskan, setiap individu mudah mengalami
gangguan emosi sekiranya seseorang itu tidak menguruskan sesuatu perasaan itu dengan
sebaiknya. Kini kebanyakan murid telah mengalami gangguan emosi kerana mereka tidak
menguruskan emosinya secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan
emosinya. Antara-antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru,ibubapa, murid dan pihak
sekolah adalah seperti berikut:

● Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik


Sebagaimnana yang telah diketahui, amalan sikap kepimpinan guru yang bersifat
demokratik boleh mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosio-emosi yang
sihat, mesra dan harmonis di antara guru dengan murid-muridnya. Sifat kepimpinan
demokratik ini boleh mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan murid-murid
berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya atau mengemukakan
pendapat mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong murid-murid berinteraksi
di antara satu sama lain, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan.
● Mengelolakan Banyak Aktiviti Kumpulan
Aktiviti Kumpulan memberi banyak peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi di antara
satu sama lain. Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang dan menguruskan banyak aktiviti
kumpulan untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti
pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan pertandingan atau kerja projek. Aktiviti-aktiviti
sebegini akan merangsang murid untuk menampil diri kehadapan bagi menyiapkannya serta
mereka tidak akan berasa diri mereka diasingkan. Aktiviti-aktiviti ini juga boleh
menggalakkan murid untuk menujukkan bakat yang terpendan dalam diri mereka.
● Menggunakan Percakapan Yang Sesuai
Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Flanders, percakapan guru yang boleh
mewujudkan interaksi guru dengan murid-muridnya adalah diklasifikasikan di bawah
kategori pengaruh tidak langsung. Ini bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua hala,
selain menggunakan kaedah menyoal, percakapan guru harus boleh menggalakkan murid
mengemukakan pendapat atau memberi tindak balas mereka. Contohnya guru boleh
menggunakan modifikasi tingkahlaku yang bersesuaian. Peneguhan positif seperti memuji
diberi kepada murid yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Hukuman dikenakan perlu
adil dan berseuaian.

3
● Guru membantu murid yang bermasalah
Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi seperti bersifat pendiam,
penakut, pemalu, guru seharusnya mengadakan sesi kaunseling untuk membantu mereka
mengatasi masalah peribadinya. Selepas itu guru menggalakkan mereka menyertai dalam
aktiviti pembelajaran bersama murid-murid yang lain. Guru harus juga mendorong murid-
murid normal supaya mereka dapat menerima murid-murid yang bermasalah dalam
kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid bermasalah tersebut. Cara ini dapat
mengelakkan mrid yang bermasalah mengalami gangguan emosi.
● Pihak sekolah Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah boleh menganjurkan program-
program yang berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam pembentukan
tingkahlaku. Program-program ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai masalah
gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan kemahiran
social, meningkatkan kemahiran dalam mengawal tingkahlaku dan meningkatkan konsep
kendiri murid-murid.
● Murid bersifat self-efficacy
Mengikut Albert Bandura, murid haruslah bersifat self-efficacy iaitu murid yang boleh belajar
daripada kekalahan, mengambil inisiatif mencari punca kekalahan, memikir bagaimana
membaikinya demi menukarnya kepada kemenangan, dan bukan membimbang atau
menyedih kerana kekalahan. Murid belajar untuk memandang segala perkara secara
optimistic kerana ia merupakan cara yang paling berkesan untuk menentang emosi yang
kurang sihat ini.
● Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu mendapat perkhidmatan
psikologi dan kaunseling. Mereka ini perlu mendapat khidmat bimbingan kepada ahli
psikologi, kaunselor dan personel yang berkelayakan atau bertauliah. Kerjasama dengan
ibubapa juga perlu semasa seseorang murid itu mendapat bimbingan daripada ahli
psikologi, kaunselor dan personel yang bertanggungjawabnya. Ini kerana ibubapa juga perlu
diberi maklumat yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka.
Perbincangan antara dua pihak itu dibuat dari semasa ke semasa dan apa juga cadangan
untuk menangani masalah yang dihadapinya perlu dibuat bersama-sama.
● Ibubapa juga membelikan buku-buku yang berkaitan dengan teknik-teknik
meningkatkan kecerdasan emosi dan menghadiahkannya kepada anak yang
mengalami gannguan emosi. Ibubapa juga memberikan beberapa tunjuk ajar tentang cara
menguruskan emosi masing-masing.
● Guru atau ibubapa tidak memukul murid atau anak yang mempunyai tingkah laku
yang tidak diingini seperti anak yang seringkali ponteng sekolah atau anak yang
merokok. Murid perlu diberi peluang untuk mengenalpasti kesalahan atau tingkah laku yang
tidak diingini. Seterusnya diberi ruang untuk memperbaiki tingkah laku yang tidak diingini itu.
Ini kerana sekiranya mereka memukul anak tersebut wujudnya perasaan benci, marah
terhadap orang yang memukulnya dan anak itu tidak akan memperbaiki tingkah laku itu. Ini
akan meyebabkan anak atau murid itu mengalami gangguan emosi.
● Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu diberi bimbingan kerjaya. Dengan
ini, mereka akan meningkatkan konsep kendiri yang yang lebih positif.
Langkah-langkah diatas adalah langkah-langkah yang paling berkesan kepada murid yang
gagal menguruskan emosi ,mereka dengan berkesannya. Langkah-langkah di atas ini akan
membantu seseorang individu yang mengalami gangguan emosi untuk menguruskan emosinya
dengan lebih berkesan secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan
emosinya.

You might also like