You are on page 1of 20

Meor Atiqulrahman Ishak & Yang Lain lwn.

[2000] 1 CLJ Fatimah Sihi & Yang Lain 393

MEOR ATIQULRAHMAN ISHAK & YANG LAIN a

lwn.
FATIMAH SIHI & YANG LAIN
MAHKAMAH TINGGI MALAYA, SEREMBAN b
MOHD NOOR ABDULLAH H
[SAMAN NO: 22-13-98]
15 DISEMBER 1999
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN: Kaedah keadilan semulajadi - Hak
untuk didengar - Pembuangan sekolah murid sekolah kerana memakai serban c
- Samada plaintif-plaintif tidak didengar sebelum dibuang sekolah - Larangan
memakai serban di sekolah - Samada Gurubesar melampau bidangkuasa
UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN: Kebebasan berugama - Islam
sebagai ugama Persekutuan - Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan - Tafsiran d
dan maksud - Peraturan Pakaian Seragam Sekolah - Larangan memakai serban
di sekolah - Samada melanggar Perkara 3 Perlembagaan - Samada tak sah,
terbatal dan tak berkesan - Perlembagaan Persekutuan per. 3, 4, 11(1), 14,
89, 152, 153
Defendan pertama adalah seorang Gurubesar di sebuah Sekolah Kebangsaan e
di Negeri Sembilan (‘Gurubesar’) manakala plaintif-plaintif adalah pelajar
sekolah tersebut. Pada tahun 1997 Gurubesar telah mengeluarkan satu peraturan
yang dipanggil Peraturan Sekolah 1997 di mana beliau melarang semua murid
dari memakai “jubah, turban (serban), topi, ketayap dan purdah” di sekolah.
Plaintif-plaintif, yang memakai serban ketika di sekolah, enggan menanggalkan f
serban mereka atas alasan bahawa itu adalah sunnah Rasulullah. Berikutnya,
pada 4 Ogos 1997, Gurubesar menulis kepada penjaga plaintif-plaintif supaya
mengganti serban plaintif-plaintif dengan songkok “bagi mengelakkan tindakan
disiplin diambil”. Permintaan atau arahan Gurubesar tersebut tidak diendahkan
tetapi tiada apa-apa tindakan disiplin diambil oleh Gurubesar. Gurubesar, g
bagaimanapun, telah beberapa kali menghalau plaintif pertama dari sekolah dan
mengkasarinya secara fizikal. Gurubesar kemudian membawa halperkara
pemakaian serban tersebut kepada Jawatankuasa Persatuan Ibubapa Guru
Sekolah (‘PIBG’), dan PIBG, melalui surat bertarikh 5 September 1997,
meminta penjaga plaintif-plaintif supaya “mengeluarkan atau menukarkan anak-
h
anak bawah jagaan tuan dari sekolah ini”. Penjaga plaintif-plaintif enggan akur,
dan berikutnya, pada 3 November 1997, Gurubesar menghantar surat
membuang sekolah plaintif-plaintif.

i
394 Current Law Journal [2000] 1 CLJ

a Plaintif-plaintif mendakwa bahawa pembuangan sekolah mereka kerana


memakai serban adalah bertentangan dengan kebebasan beragama dan larangan
membeza-bezakan kerana ugama seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan
Persekutuan (‘Perlembagaan’). Mereka juga mengatakan bahawa pembuangan
sekolah tersebut melanggar prinsip keadilan semulajadi kerana mereka tidak
b diberi peluang untuk didengar. Plaintif-plaintif dengan itu memohon
perisytiharan bahawa pembuangan sekolah mereka tak sah, batal dan tidak
berkesan dan supaya mereka diterima semula untuk belajar di sekolah tersebut.
Defendan pertama berhujah bahawa Peraturan Sekolah 1997 dibuat berdasarkan
Peraturan Pakaian Seragam Sekolah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1983 yang
c dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (‘Kementerian’), dan oleh
yang demikian, beliau berhak membuang sekolah plaintif-plaintif kerana
melanggari peraturan tersebut. Isu penting yang timbul ialah samada,
mengambil kira maksud “Islam ialah ugama Persekutuan” dalam Fasal 3
Perlembagaan, serta autoriti-autoriti kes, seorang pelajar sekolah yang memakai
d serban di samping memakai pakaian seragam sekolah boleh dibuang sekolah
kerana memakai serban tersebut.
Diputuskan:
[1] Kes semasa hendaklah dibezakan dengan kes Hjh. Halimatussaadiah Hj
e Kamaruddin v. Public Service Commission & Anor. Kes memakai purdah
adalah berbeza dengan kes memakai serban. Seorang yang memakai
purdah seperti dalam kes Hjh. Halimatussaadiah tidak dapat dicam atau
dikenalpasti, sifulan atau sifulan, perempuan atau lelaki. Seorang yang
memakai serban boleh dicam. Seorang yang memakai purdah sedemikian
f boleh menjejaskan keselamatan awam tetapi tidak bagi seorang yang
memakai serban.
[1a] Kes semasa juga hendaklah dibezakan dengan kes Che Omar bin Che
Soh v. PP, kerana isu pokok yang timbul adalah berbeza. Di situ,
hukuman mati adalah sah di sisi undang-undang sibil tapi tak sah di sisi
g
undang-undang syarak, maka hukuman itu sah menurut Perlembagaan.
Dalam kes semasa, memakai serban adalah sah di sisi hukum syarak
dan tidak pula tak sah di sisi undang-undang sibil bagi orang Islam
mahupun bagi orang bukan Islam, maka memakai serban adalah sah
menurut Perlembagaan.
h
[2] Perlembagaan dalam kontek memberi keistimewaan kepada orang Melayu
dan Raja-Raja Melayu dan sebagai quid pro quo telah mendaulatkan
Islam menjadi ugama Persekutuan dan memartabatkan Bahasa Melayu
menjadi bahasa kebangsaan. Peruntukan “Islam ialah ugama bagi
i Persekutuan” dalam Perkara 3 Perlembagaan hendaklah ditakrif dan
ditinjau dengan membaca bersama peruntukan lain dalam Perlembagaan
khususnya Perkara 89, 152, 153 dan 14.
Meor Atiqulrahman Ishak & Yang Lain lwn.
[2000] 1 CLJ Fatimah Sihi & Yang Lain 395

[2a] Peruntukan “Islam ialah ugama bagi Persekutuan tetapi ugama-ugama a


lain boleh diamalkan dengan aman dan damai” bermakna Islam adalah
ugama utama di antara ugama-ugama lain yang dianuti di negara ini.
Islam bukan setaraf dengan ugama lain, bukan duduk berganding bahu
atau berdiri sama tegak. Ia duduk di atas, ia berjalan dahulu, terletak
di tempat medan dan suaranya lantang kedengaran. Ini bermakna b
Kerajaan bertanggungjawab memelihara, menyemarak dan
mengembangkan Islam sepertimana yang termampu dilakukan oleh
Kerajaan sekarang, dan ugama-ugama lain hendaklah diatursuai dan
dihalatuju ke arah yang menjamin supaya ia diamalkan dengan aman
damai dan tidak menggugat kedudukan utama ugama Islam. c
[3] Peraturan Pakaian Seragam Sekolah Bil 3/1983 yang mewajibkan pakaian
seluar pendek bagi murid lelaki dengan pilihan seluar panjang dan
mewajibkan pakaian pinafore tunic dan blouse bagi murid perempuan
dengan pilihan memakai baju kurung dan kain sarung serta tudung/
telekung, tidak peka tentang pakaian bagi orang Islam dan tidak d
mengutamakan Islam sebagai ugama Persekutuan. Peraturan itu adalah
songsang dan tak selari dengan Perlembagaan dan adalah terbatal di sisi
Perkara 4 Perlembagaan.
[4] Setiap orang Islam ada hak untuk menganut dan mengamalkan ugamanya
e
sebagaimana terjamin di bawah Perkara 11(1) Perlembagaan. Melarang
orang Islam memakai serban adalah bertentangan dengan Perkara 3 dan
11 Perlembagaan dan tak sah dan terbatal. Larangan itu tidak berkaitan
dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan
awam atau akhlak di bawah Perkara 11(5) yang mengatasi Perkara 3 dan
Perkara 11 Perlembagaan. f

[4a] Gurubesar dengan itu tidak boleh membuang sekolah plaintif-plaintif


berdasarkan kepada larangan memakai serban itu yang termaktub dalam
Peraturan Sekolah 1997. Peraturan tersebut juga terbatal dan tidak sah
setakat mana ia melarang murid lelaki memakai turban (serban), kerana g
ia melarang murid lelaki Sikh memakai turban. Gurubesar mungkin tidak
berniat demikian tetapi itulah yang tersurat.
[5] Peraturan Pakaian Seragam Bil. 3/1983 tidak melarang murid memakai
serban dan purdah, dan ini menjadikan larangan Gurubesar seperti dalam
Peraturan Sekolah 1997 tidak sah, terbatal dan tidak berkesan. Lebih dari h
itu, Gurubesar tiada bidang kuasa untuk membuat larangan seperti dalam
peraturan tersebut kerana penentuan dasar mengenai pakaian seragam
sekolah hanya terletakhak kepada Kementerian. Justifikasi yang diberikan
oleh Gurubesar bahawa larangan tersebut perlu kerana masyarakat
tempatan berasal dari berbagai keturunan dan budaya, dan bahawa beliau i
396 Current Law Journal [2000] 1 CLJ

a tidak mahu anak-anak mereka ke sekolah dengan memakai topi lebar


keliling, songkok jawa dll. adalah tidak masuk akal. Kalau itu
masaalahnya kenapa pula serban yang dilarang.
[6] Gurubesar tidak pernah mengambil langkah disiplin yang disebutnya.
Gurubesar juga tidak mengeluarkan sebarang notis tunjuk sebab atau
b
memberi peluang kepada plaintif-plaintif untuk didengar. Ketiga-tiga
plaintif dengan itu tidak mendapat keadilan kerana tidak diberi peluang
untuk didengar melalui penjaga mereka. Pembuangan sekolah mereka
adalah tak sah, terbatal dan tidak berkesan dan mereka hendaklah
diterima balik disekolah itu.
c
[Penghakiman untuk plaintif-plaintif; perintah sekadarnya.]
Kes yang dirujuk:
Che Omar Che Soh v. PP [1988] 2 MLJ 55 (dibezakan)
Council of Civil Service Unions v. Minister for the Civil Service [1985] AC 374
d (dirujuk)
Dato’ Menteri Osman Baginda & Anor v. Dato’ Ombi Syed Alwi Syed Idrus [1984]
1 CLJ 28 (diikuti)
Hjh Halimatussaadiah Hj Kamaruddin v. Public Services Commission Malaysia &
Anor [1994] 3 CLJ 532 (dibezakan)
Kanda v. The Government of the Federation of Malaya [1962] MLJ 169 (dirujuk)
e Raja Malek Muzaffar Shah v. Setiausaha Suruhanjaya Pasukan Polis [1995] 1 CLJ
619 (dirujuk)

Perundangan yang dirujuk:


Federal Constitution, arts. 3, 11(1), (5), 14, 89, 152, 153

f Sumber lain yang dirujuk:


Al-Quran, Surah Al-A’Raaf, ayat 26
Concise Oxford Dictionary, 9th edn
Kamus Dewan, edn 3
The Holy Quran, Abdullah Yusuf Ali, edn n 434, p 155
The Islamic Law and Constitution, S Abdul A’la Maududi, 7th edn, Mac 1980
g The Religion of the Federation, Prof LA Sheridan, [1988] 2 MLJ xiii

Bagi pihak plaintif-plaintif - Mohamed Hanipa; T/n Mohamed Hanipa & Assoc
Bagi pihak defendan-defendan - Asmabi Mohamad FC

Dilaporkan oleh WA Sharif


h

i
Meor Atiqulrahman Ishak & Yang Lain lwn.
[2000] 1 CLJ Fatimah Sihi & Yang Lain 397

PENGHAKIMAN a

Mohd Noor Abdullah H:


Plaintif 2 dan plaintif 3 adalah dua adik beradik berusia sembilan tahun dan
lapan tahun, bekas penuntut darjah tiga dan darjah dua di Sekolah Kebangsaan
Serting Hilir (FELDA) Bandar Baru Serting, Negeri Sembilan. Plaintif 1 b
sepupu mereka dan belajar di darjah lima. Mereka mengambil tindakan undang-
undang ini melalui bapa/bapa saudara mereka. Defendan 1 ialah Gurubesar
sekolah itu.
Mereka mendakwa telah dibuang sekolah kerana memakai serban di sekolah
c
di samping memakai pakaian seragam sekolah. Dalam pernyata tuntutannya
mereka mendakwa telah dihalau dari sekolah kerana memakai serban, diketuk
di kepala, ditumbuk dan diaibkan oleh Gurubesar perempuan sekolah itu.
Akhirnya mereka dibuang sekolah kerana degil memakai serban bertentangan
dengan peraturan pakaian seragam sekolah. Pelantar tindakan ini ialah: mereka
dibuang sekolah bertentangan dengan kebebasan berugama, larangan membeza- d
bezakan kerana ugama, kaum, keturunan dan tempat lahir; mereka dibuang
sekolah tanpa diberi peluang untuk didengar yang bertentangan dengan prinsip
keadilan semulajadi dan dengan demikian dinafikan peluang untuk merayu;
mereka dibuang sekolah kerana didorong oleh niat jahat/mala fide tanpa
menimbangkan hukuman yang lebih ringan seperti menggantung sekolah; e
mereka dibuang sekolah atas dua perintah yang dikeluarkan, pertama oleh
Jawatankuasa Persatuan Ibubapa Guru Sekolah dan kedua oleh Gurubesar.
Oleh yang demikian, plaintif-plaintif memohon perintah mahkamah supaya
mengisytiharkan pembuangan sekolah itu tidak sah, terbatal dan tidak berkesan f
dan mereka hendaklah diterima semula belajar di sekolah itu.
Defendan-defendan dalam pembelaannya menegaskan bahawa plaintif-plaintif
dengan memakai serban di sekolah telah melanggar peraturan 3(f), (v)
Peraturan Sekolah 1997 dan sebagai Gurubesar yang bertanggungjawab ke atas
keseluruhan disiplin sekolah beliau telah bertindak membuang mereka dari g
sekolah selaras dengan kuasa yang diberi oleh undang-undang. Mereka telah
diberi peluang secukupnya untuk didengar walaupun tiada prosiding dijalankan
yang memerlukan plaintif-plaintif diberi hak untuk didengar.
Kes ini menonjolkan persoalan sama ada seorang pelajar sekolah yang memakai
h
serban di samping memakai pakaian seragam sekolah boleh dibuang sekolah
kerana memakai serban.

i
398 Current Law Journal [2000] 1 CLJ

a Gurubesar dikatakan telah membuang sekolah pelajar itu menurut kuasa


undang-undang yang diberi kepadanya di bawah Peraturan Sekolah 1997,
Sekolah Kebangsaan Serting (FELDA) Bandar Baru Serting. Peraturan Sekolah
1997 ini telah disediakan oleh Gurubesar menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
9/1975, Kementerian Pelajaran yang antara lain menghendaki:
b
4. Peraturan-peraturan Sekolah (School Rules) yang Bertulis untuk Murid-Murid:
Tindakan oleh tiap-tiap Sekolah. Lampiran C.

Setiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masing-


masing secara bertulis. Peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas
dan tiap-tiap murid mestilah mengetahuinya. Satu salinan peraturan sekolah
c
hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah di bilik guru dan juga di papan
kenyataan sekolah.

...

Gurubesar hendaklah meneliti semula dan membaharui peraturan sekolah mereka


d dan untuk panduan mereka itu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan
mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam Lampiran C. Gurubesar
boleh juga menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam Senarai
itu mengikut keadaan sekolah masing-masing.

Peraturan Sekolah 1997, Sekolah Kebangsaan Serting (FELDA) yang


e disediakan oleh Gurubesar itu antara lain memperuntukkan:
3. Pakaian

a. Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah dengan


lengkap dan kemas.
f
b. ...

c. seluar panjang bagi murid lelaki dan kain bagi murid perempuan – warna
biru gelap (blue black).

d. ...
g
e. ...

f. Murid lelaki

(i) Baju putih lengan pendek, kasut getah putih, sarung kaki putih dan
h samping warna biru gelap.

(ii) ...

g. Murid perempuan

(i) Baju kurung putih, tudung putih, kasut putih dan sarung kaki putih.
i
(ii) ...
Meor Atiqulrahman Ishak & Yang Lain lwn.
[2000] 1 CLJ Fatimah Sihi & Yang Lain 399

i. Larangan pakaian a

(i) Semua murid dilarang memakai jubah, turban (serban), topi, ketayap
dan purdah.

(ii) ...
b
Peraturan Sekolah 1997 ini dipetik dari Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1983 yang menyatakan:
2. Peraturan pakaian seragam murid-murid sekolah adalah seperti berikut:

2.1 Sekolah Rendah


c
2.1.1 Pakaian Murid-Murid Lelaki

Seluar

(i) Seluar bagi murid-murid lelaki ialah seluar pendek berwarna biru tua
(navy blue). Seluar panjang yang sama warnanya boleh dipakai d
sekiranya dikehendaki oleh ibu bapa/penjaga mereka.

(ii) ...

2.1.2 Pakaian Murid-Murid Perempuan

Pakaian murid-murid perempuan adalah ‘pinafore tunic’ berwama biru e


tua (navy blue) dan labuhnya hendaklah sampai ke lutut.

Baju Kurung dan Kain Sarung

Murid-murid perempuan boleh juga memakai baju kurung sekiranya


dikehendaki oleh ibu bapa/penjaga mereka dengan syarat baju kurung f
itu berwarna putih dan kain sarung berwarna biru tua.

Tudung/Mini Telekung

Murid-murid perempuan juga dibenarkan memakai tudung/mini


telekung dengan syarat tudung itu berbentuk tiga segi 2 sama dan
g
tudung/mini telekung berwarna putih, berukuran sesuai dengan murid-
murid yang memakainya.

2.2 Sekolah Menengah

2.2.1 Pakaian Murid-Murid Lelaki


h
Seluar

(i) Seluar bagi murid-murid Sekolah Menengah (Tingkatan Peralihan


hingga ke Tingkat Enam) adalah seluar pendek atau seluar panjang
sekiranya dikehendaki oleh mereka atau ibubapa/penjaga mereka.
Warna bagi seluar pendek atau panjang ini adalah hijau ke hitam- i
hitaman (dark olive).
400 Current Law Journal [2000] 1 CLJ

a (ii) ...

2.2.2 Pakaian Murid-Murid Perempuan

Pinafore Tunic

Pinafore tunic adalah berwarna torquoise dan labuhnya hendaklah


b sampai ke paras lutut.

Blouse

Blouse adalah berwarna putih dan berlengan.

c Murid-Murid Perempuan Tingkatan VI

Pakaian bagi murid-murid perempuan Tingkatan VI adalah sket (skirt)


berwarna turquoise dan blouse berlengan berwama putih. Labuh skirt
hendaklah sampai ke paras lutut.

Baju Kurung dan Kain Sarung


d
Murid-murid perempuan Sekolah Menengah juga dibenarkan memakai
baju kurung berwarna putih dan kain sarung berwarna torquoise.

Tudung/Mini Telekung

e Murid-murid perempuan juga dibenarkan memakai tudung/mini


telekung dengan syarat tudung itu berbentuk tiga segi 2 sama dan
tudung/mini telekung berwarna putih, berukuran sesuai dengan murid-
murid yang memakainya.

Surat Pekeliling ini dikeluarkan oleh Bahagian Sekolah-Sekolah b.p. Ketua


f Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia.
Peraturan pakaian seragam sekolah dipaparkan dengan tujuan untuk menyelam
alir pemikiran, kefahaman dan halatujuan pembuat dasar di Kementerian
Pendidikan mengenai Perlembagaan Persekutuan dan status ugama Islam di
Negara ini.
g
Ulasan pertama saya mengenai Peraturan Pakaian Seragam Sekolah ini ialah
peruntukan pakaian seluar pendek bagi murid lelaki dan pakaian pinafore tunic
bagi murid perempuan di Sekolah Menengah adalah membelakangkan ugama
Islam di mana yang dahulu dikemudiankan dan yang kemudian didahulukan
h dan tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan. Murid lelaki dikehendaki
memakai seluar pendek tetapi diberi pilihan memakai seluar panjang. Murid
perempuan pula dikehendaki memakai pinafore tunic dan blouse (skirt bagi
Tingkatan VI) tetapi diberi pilihan memakai baju kurung dan kain sarung atau
tudung/mini telekung. Sepatutnya pakaian murid lelaki ialah seluar panjang
i dengan memberi pilihan memakai seluar pendek dan pakaian murid perempuan
Meor Atiqulrahman Ishak & Yang Lain lwn.
[2000] 1 CLJ Fatimah Sihi & Yang Lain 401

ialah baju kurung, kain sarung dan tudung/telekung dengan memberi pilihan a
memakai pinafore tunic dan blouse atau skirt. Dengan cara sedemikian
peraturan pakaian seragam ini akan selari dengan Perkara 3 Perlembagaan
Persekutuan yang berbunyi:
Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. b

Soalan: Apakah makna ‘Islam’ dan ‘ugama’ dalam Perlembagaan ini?


Islam sebagai ad-deen merangkumi keseluruhan aktiviti kehidupan manusia dari
lahir sehingga mati, dan bangun pagi hingga ke tidur malam yang ditunjukkan
c
oleh Rasulallah yang mendapat wahyu dari Allah dan termaktub dalam Quran.
Ugama Islam memperakui ugama Yahudi dan Kristian dan mengiktiraf Taurat,
Zabur dan Injil. Islam ugama sejagat yang boleh diterima oleh semua ugama
lain.
Menurut S. Abdul A’la Maududi dalam buku The Islamic Law and Constitution, d
7th Ed. March 1980. “There can be no doubt that Islam is not just a mere
collection of dogmas and rituals but it is a complete way of life covering all
fields of human activities, may they be private or public, legal, political.
economic, social, cultural, moral or judicial.”

Menurut The Holy Quran New Revised Edition n. 434 p. 155 by Abdullah e
Yusuf Ali:
Islam is not sectarian, non racial, non doctrinal and is a universal religion. Islam
is just submission to the will of Allah. This implies (1) Faith, (2) doing right,
being an example to others to do right, and having the power to see that the
right prevails, (3) eschewing wrong, being an example to others to eschew f
wrong and having the powers to see that wrong and injustice are defeated.
Islam therefore lives not for itself, but for mankind.

Ugama/Agama menurut Kamus Dewan ed. 3 ialah “kepercayaan pada Tuhan


dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintahnya,
kepercayaan pada Yang Maha Kuasa: ugama Islam, ugama Kristian”. g

Ugama/religion menurut Concise Oxford Dictionary 9th ed. ialah ‘the belief
in a superhuman controlling power, especially in a personal God or gods
entitled to obedience and worship.’
Saya rujuk kepada Perlembagaan India untuk mencari makna ‘ugama’ yang h
sepatutnya lebih tepat dan relevan jika saya rujuk kepada Perlembagaan
Pakistan yang tiada dalam Perpustakaan Mahkamah.

i
402 Current Law Journal [2000] 1 CLJ

a Religion is a matter of faith with individuals or communities and it is not


necessarily theistic. There are well known religions in India like Buddhism and
Jainism which do not believe in god or in any Intelligent First Cause. A religion
undoubtedly has its basis in a system of beliefs or doctrines which are regarded
by those who profess that religion as conducive to their spiritual well being,
but it will not be correct to say that religion is nothing else but a doctrine of
b belief. A religion may not only lay down a code of ethical rules for its
followers to accept, it might prescribe rituals and observances, ceremonies and
modes of worship which are regarded as integral parts of religion and these
forms and observances might extent even to matters of food and dress –
Constitution of India, Art 25. Religion, meaning of – (Words and Phrases –
“Religion”) [AIR 1954 SC 282 Vol. 41 CN 68]
c
Pada pendapat saya “Islam ialah ugama bagi Persekutuan tetapi ugama-ugama
lain boleh diamalkan dengan aman dan damai” bermakna Islam adalah ugama
utama di antara ugama-ugama lain yang dianuti di negara ini seperti Kristian,
Buddha, Hindu dan selainnya. Islam bukan setaraf dengan ugama lain, bukan
d duduk berganding bahu atau berdiri sama tegak. Ia duduk di atas, ia berjalan
dahulu, terletak di tempat medan dan suaranya lantang kedengaran. Islam ibarat
pokok jati – tinggi, teguh dan terampil. Jika bukan sedemikian Islam bukanlah
ugama bagi Persekutuan tetapi adalah salah satu di antara beberapa ugama yang
dianuti di negara ini dan setiap orang sama-sama bebas mengamalkan mana-
e mana ugama yang dianutinya, tiada lebih satu dari yang lain.
Peruntukan ‘Islam ialah ugama bagi Persekutuan’ hendaklah ditakrif dan
ditinjau tujuannya dengan membaca bersama peruntukan lain dalam
Perlembagaan khususnya Perkara 89, 152, 153 dan 14.

f Perkara 89 memelihara tanah rezab orang Melayu terus menerus kekal sebagai
rezab orang Melayu melainkan dipinda oleh undang-undang yang diluluskan
dengan kelebihan undi 2/3.

Perkara 152 menetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dengan syarat
tiada larangan menggunakan bahasa lain.
g
Perkara 153 memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra di
Sabah dan Sarawak.

Perkara 14 menetapkan perolehan kewarganegaraan berdasarkan kepada ciri


kelahiran di negara ini asalkan ibu atau bapanya pemastautin tetap atau pada
masa kelahirannya ia tidak menjadi warganegara mana-mana negara lain.
h
Perkara 89,152 dan 153 memberi keistimewaan kepada orang Melayu dan
bumiputra manakala Perkara 14 memberi keistimewaan kepada orang bukan
Melayu.

i
Meor Atiqulrahman Ishak & Yang Lain lwn.
[2000] 1 CLJ Fatimah Sihi & Yang Lain 403

Saya jejak kata-kata bijaksana YAA Raja Azlan Shah Ag LP dalam kes Dato’ a
Menteri Osman bin Baginda & Anor v. Dato’ Ombi Syed Alwi bin Syed Idrus
[1984] 1 CLJ 28; [1981] 1 MLJ 29:
In interpreting the Constitution two points must be borne in mind. First, judicial
precedent plays a lesser part than is normal in matters of ordinary statutory
interpretation. Secondly, a Constitution being a living piece of legislation, its b
provisions must be construed broadly and not in a pedantic way – “with less
rigidity and more generosity than other Acts” (see Minister of Home Affairs v.
Fisher)”.

Saya sedia maklum dan terikat menerima stare decisis keputusan kes Hjh.
c
Halimatussaadiah bte Hj. Kamaruddin v. Public Services Commission Malaysia
and Anor [1994] 3 CLJ 532; [1994] 3 MLJ 61. Dalam kes itu plaintif, seorang
kerani di pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perak memakai purdah di
waktu pejabat yang dilarang memakainya menurut Surat Pekeliling yang
berbunyi: “apa-apa pakaian yang menutup muka tidak boleh dipakai semasa
bekerja.” Plaintif diberi notis tunjuk sebab dan beliau menjawab menurut surah d
24 Quran seorang perempuan Muslim wajib menutup mukanya kecuali mata
dan beliau memakai purdah untuk mengelakkan fitnah dan beliau berhak
menganuti ugamanya menurut Perlembagaan.
Diputuskan: e
Kebebasan ugama yang dijamin di bawah Perkara 11(1) Perlembagaan
Persekutuan tidak mutlak kerana Perkara 11(5) tidak membenarkan sebarang
tindakan yang bertentangan dengan sebarang undang-undang am berkaitan
dengan ketenteraman awam, kesihatan awam, atau kemoralan. Larangan
terhadap seseorang pegawai awam wanita untuk memakai pakaian yang f
menutup mukanya semasa bekerja tidak menjejaskan hak perlembagaan perayu
untuk mengamalkan ugamanya. Pemakaian purdah tidak kena mengena dengan
hak perlembagaan Perayu untuk menganuti dan mengamalkan ugama Islam.

Hakim bicara menerima pendapat Mufti Wilayah Persekutuan bahawa Islam


tidak melarang perempuan Muslim memakai purdah dan Islam tidak pula g
mewajibkannya memakai purdah, seterusnya hakim bicara berkata tiada apa-
apa yang menyalahi undang-undang dalam membuat syarat tentang pakaian
yang harus dipakai oleh pegawai Kerajaan semasa bekerja demi tatatertib
perkhidmatan asalkan syarat itu tidak bertentangan dengan ketenteraman awam,
akhlak atau kesihatan.
h
Saya juga sedia maklum dan terikat menerima keputusan kes Che Omar bin
Che Soh v. PP [1988] 2 MLJ 55 yang memutuskan:
the term ‘Islam’ or ‘Islamic religion’ in Article 3 of the Federal Constitution
in the context means only such acts as relate to rituals and ceremonies.
i
404 Current Law Journal [2000] 1 CLJ

a Dalam kes itu persoalan yang perlu diputuskan ialah: adakah menjatuhkan
hukuman mati mandatori di bawah Akta Dadah Berbahaya atau di bawah Fire
Arms (Increased Penalties) Act 1971 – yang bukannya hudud atau qiisas
menurut ugama Islam – bertentangan dengan “Islam ialah ugama bagi
Persekutuan” dan kerananya hukuman itu taksah dan takberperlembagaan. YAA
b Salleh Abbas LP memutuskan: “It would thus appear that not much reliance
can be placed on the wording of art. 3 to sustain the submission that
punishment of death for the offence of drug trafficking or any other offence,
will be void as being unconstitutional.”
Dengan segala hormatnya kes memakai purdah berbeza dengan kes memakai
c serban. Seorang yang memakai purdah yang memperlihatkan kedua matanya
sahaja seperti dalam kes Hjh. Halimatussaadiah tidak dapat dicam atau
dikenalpasti, sifulan atau sifulan, lelaki atau perempuan. Seorang yang memakai
serban boleh dicam. Seorang yang memakai purdah sedemikian boleh
menjejaskan keselamatan awam tetapi tidak bagi seorang yang memakai serban.
d Saya percaya itulah yang dimaksudkan dengan “kebebasan ugama tidak mutlak
kerana perkara 11(5) Perlembagaan tidak membenarkan sebarang tindakan yang
bertentangan dengan ketenteraan awam, kesihatan awam atau moral” yang
terkandung dalam penghakiman kes itu.
Dengan hormatnya fakta kes dalam kes hukuman mati mandatori itu dan isu
e
pokok yang di pertikaikan adalah jauh berbeza dengan kes yang sedang
dibicarakan. Di sana hukuman mati mandatory adalah sah di sisi undang-
undang sibil tapi tak sah di sisi undang-undang syarak, maka hukuman itu sah
menurut Perlembagaan. Tetapi di sini memakai serban adalah sah di sisi hukum
syarak dan tidak pula taksah di sisi undang-undang sibil bagi orang Muslim
f maupun bagi orang bukan Muslim maka memakai serban adalah sah menurut
Perlembagaan. Saya percaya Tun Salleh Abbas, Ketua Hakim Negara ketika
itu dan ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu sekarang boleh memaafkan
saya kerana ingin dengan rasa rendah diri dan kerdil memberi pendapat yang
menyimpang, sesuai dengan saranan YAA Raja Azlan Shah Ag LP bahawa
g Perlembagaan itu hidup dan patut diberi pentafsiran “with less rigidity and
more generosity than other Acts” dan sesuai pula dengan kata dua petikan
YAA Tun Salleh Abbas sendiri yang berkata “kalau Islam bermakna rituals
and ceremonies” maka ada kes tetapi jika Islam bermakna an all-embracing
concept maka tiada kes. Pendapat saya bukan bersifat menyangkal, saya
h sekadar memperlihatkan pandangan dari sudut dan kacamata lain yang
kehijauan. Sebenarnya ruang itu terbuka sebagaimana ditanya:

i
Meor Atiqulrahman Ishak & Yang Lain lwn.
[2000] 1 CLJ Fatimah Sihi & Yang Lain 405

Q. What DOES “Islam is the religion of the Federation” mean in Article 3(1) a
of the Constitution of Malaysia?

A. That must await another day, another case.

(The religion of the Federation by Professor L.A. Sheridan [1988] 2 MLJ XIII).
b
Sekarang saya ingin menyahut soalan itu dan menjawab:
A: Mungkin kes ini, apabila muktamad nanti.

Perlembagaan dalam kontek memberi keistimewaan kepada orang Melayu dan


Raja-Raja Melayu dan sebagai quid pro quo telah mendaulatkan Islam menjadi
c
ugama Persekutuan dan memertabatkan Bahasa Melayu menjadi bahasa
kebangsaan. Bahasa Melayu bukan Bahasa Malaysia dan bukan juga Bahasa
Kebangsaan (sebagai katanama khas) atau bahasa rasmi. Pada nada yang sama
Islam bukan ugama rasmi Persekutuan sepertimana Bahasa Melayu bukan
bahasa rasmi Persekutuan. Pada pengertian saya Islam sebagai ugama rasmi
dengan menambah “rasmi” kepada ‘ugama’ akan menyempitkan keluasan dan d
kesejagatan/universaliti Islam kepada perbuatan rituals and ceremonies sahaja
seperti menepung tawar, membaca doa, membaca yaasin serta tahlil dan
mengupacarakan hari sambutan Islam. Saya tidak menduga dan menyangka
orang Melayu dan Raja-Raja Melayu dahulu sanggup bersetuju untuk memberi
dan mengiktiraf kewarganegaraan orang bukan Melayu berdasarkan kelahiran e
dan sebagai balasan Islam dijadikan ugama Persekutuan tetapi terbatas kepada
rituals and ceremonies sahaja. Islam berdaulat sebelum dijajah dan tidak
berdaulat lagi semasa dijajah. Mereka menuntut kedaulatan itu dikembalikan
selepas dijajah. Mereka dapat sebahagian dan hilang sebahagian.
f
Saya menjejak pandangan Lord Denning pada mentafsir Perlembagaan “to
ascertain for ourselves what purpose the founding fathers of our Constitution
had in mind when our Constitutioual laws were drafted and not, in accordance
with the usual practice base our interpretative function on the printed letters
of the legislation alone.” Perlembagaan Persekutuan adalah hasil adunan
cendikiawan dan pakar undang-undang dari England, Australia, India dan g
Pakistan. Mereka menyediakan laporan yang diberi nama Laporan Reid
Commission dan laporan ini adalah pandangan mereka setelah mendengar
perbincangan, persetujuan dan pertelingkahan antara Kerajaan British, Raja-
Raja Melayu dan Parti Perikatan Malaya. Laporan itu berkata:
h
We have considered the question whether there should be any statement in the
Constitution to the effect that Islam should be the State religion. There was
universal agreement that if any such provisions were inserted it must be made
clear that it would not in any way affect the civil rights of non Muslims. In
the memorandum submitted by the Alliance it was stated:
i
406 Current Law Journal [2000] 1 CLJ

a the religion of Malaysia shall be Islam. The observance of this principle


shall not impose any disability on non Muslim nationals professing and
practising their own religions and shall not imply the state is not a
secular state. There is nothing in the draft Constitution to affect the
continuance of the present position in the States with regard to
recognition of Islam.
b
Raja-Raja Melayu menuntut supaya dimasukkan peruntukan “The Muslim or
Islamic faith be the established religion of the Federation” suatu tuntutan untuk
mengiktiraf kedaulatan Islam, pada masa dahulu, ketika itu dan akan datang.
Perlembagaan Persekutuan didasarkan kepada Laporan ini dan digubal seperti
c
yang sedia ada. Peruntukan Perkara 3 mempunyai makna:
1. Islam ialah ugama bagi Malaysia yang terdiri dan kaum Melayu yang
berugama Islam, Cina, India dan selainnya yang berugama Buddha, Hindu,
Kristian dan selainnya.
d
2. Malaysia ialah negara sekular, iaitu mengamalkan undang-undang sibil dan
common law yang mengatasi hukum syarak tetapi tidaklah menjadi tak
sah setiap undang-undang yang selari dengan hukum Syarak jika ia tidak
bertentangan dengan Perlembagaan.

e 3. Malaysia boleh melaksanakan hukum Syarak terhadap orang Islam yang


tidak bertentangan dengan Perlembagaan.
4. Malaysia tidak boleh melaksanakan hukum Syarak terhadap orang bukan
Islam.
f Deraf Perlembagaan itu tidak menyebut tentang Islam walaupun Raja-Raja
Melayu adalah ketua ugama dan ketua adat di Negeri masing-masing. Negeri
Kedah melaksanakan hukum syarak ke atas orang Islam secara berdaulat dan
mutlak sebelum dijajah tetapi kemudiannya disekat kepada perkara mengenai
undang-undang keluarga, hartanah dan pewarisan. Saya percaya Negeri Melayu
g Bersekutu pun begitu. Adalah suatu penghinaan kepada Raja-Raja Melayu yang
mendesak dimasukkan “the Muslim or Islamic faith be the established religion
of the Federation”, “Islam should be the State religion” jika hasil perjuangan
itu sekadar menelurkan Islamic rituals and ceremonies sahaja dan bukan ad-
deen al Islam as a complete way of life. Saya tidak berfikir begitu.
h Peruntukan Islam sebagai ugama Persekutuan hendaklah diberi tafsiran yang
sewajarnya. Ia bermakna Kerajaan bertanggungjawab memelihara menyemarak
dan mengembangkan Islam sepertimana yang termampu dilakukan oleh
Kerajaan sekarang seperti mendirikan masjid dan pusat dakwah, menganjurkan
musabaqah al Quran, menghafal al Quran, menyekat perbuatan mungkar seperti
i mengharamkan minuman keras, perjudian, pelacuran dan menyekat budaya
Meor Atiqulrahman Ishak & Yang Lain lwn.
[2000] 1 CLJ Fatimah Sihi & Yang Lain 407

kuning dan sepatutnya termasuk membuat undang-undang bagi menjamin a


rumah-rumah ibadat ugama-ugama lain tidak melebihi atau bersaing dengan
Masjid Negara/Negeri dari segi lokasi dan keterampilan, saiz dan bentuk yang
keterlaluan, ataupun terlalu banyak dan di merata-rata tempat yang takterkawal.
Ugama-ugama lain hendaklah diatur-suai dan dihalatuju ke arah yang menjamin
supaya ia diamalkan dengan aman dan damai dan tidak menggugat kedudukan b
utama ugama Islam bukan saja pada zaman ini tetapi yang lebih penting untuk
zaman akan datang dan berterusan. Saya khuatir pembuat dasar di Kementerian
Pendidikan kurang cermat pada menetapkan pakaian seluar pendek bagi murid
lelaki di Sekolah Menengah dan pakaian pinafore tunic dan blouse atau skirt
bagi murid perempuan di Sekolah Menengah. Saya percaya penganut ugama c
Kristian dan ugama lain tidak membantah pakaian sempurna bagi murid
sekolah dan pakaian seluar panjang dan pakaian kain dan baju kurung adalah
pakaian yang sempurna dan sesuai. Mereka walau bagaimanapun di beri
pilihan.
Islam menetapkan pakaian bagi orang Muslim sebagaimana firman Allah dalam d
Surah Al A’Raaf ayat 26:
26. Hai anak Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian
untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa
itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda
kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. e

dan hadis Rasulallah yang berbunyi:


Seorang lelaki tidak boleh memandang aurat lelaki dan seorang perempuan tidak
boleh memandang aurat perempuan.
f
Aurat ialah bahagian tertentu pada tubuh manusia yang wajib ditutup atau
wajib dilindungi dari pandangan orang ajnabi. Bagi lelaki, jika ia sudah akil
baligh auratnya ialah bahagian di antara pusat dan lutut sebagaimana sabda
Rasulallah:
Bahagian atas daripada lutut adalah aurat dan terkebawah dari pusat juga aurat. g

Jangan kamu dedahkan paha dan jangan memandang paha orang hidup atau
orang mati.

Bagi perempuan pula syarak menetapkan aurat perempuan lebih dari aurat
lelaki dan perempuan wajib memelihara auratnya dengan sempurna lebih dari h
apa yang diwajibkan ke atas lelaki sebagaimana sabda Rasulallah:
Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat
mendedahkan kedua tangannya kecuali setakat ini sahaja. Dan Rasulallah
memegang separuh tangannya.
i
408 Current Law Journal [2000] 1 CLJ

a Gadis apabila kedatangan haid tidak layak menzahir tubuhnya kecuali muka
dan dua tapak tangan hingga sendi pergelangan tangan.

Saya percaya seandainya pembuat dasar di Kementerian Pendidikan sedar atau


disedarkan tentang kaedah pakaian bagi orang Muslim dan mengutamakan
Islam sebagai ugama Persekutuan, Kementerian Pendidikan tidak akan
b mewajibkan pakaian seluar pendek bagi murid lelaki dengan pilihan seluar
panjang atau mewajibkan pakaian pinafore tunic dan blouse bagi murid
perempuan dengan pilihan memakai baju kurung dan kain sarung serta tudung/
telekung. Peraturan pakaian seragam sekolah Bil. 3/1983 tersebut adalah
songsang dan takselari dengan Perlembagaan dan menurut Perkara 4,
c Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa
undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang takselari
dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang takselari itu. Peraturan
tersebut adalah terbatal. Adanya pilihan untuk memakai seluar panjang atau
baju kurung dan kain sarung tidak dapat menyelamatkan atau menjadikan sah
d Peraturan tersebut.
Saya balik kepada Gurubesar yang menyediakan Peraturan Sekolah 1997
Sekolah Kebangsaan Serting (FELDA). Pada hemat saya Gurubesar ini tiada
bidang kuasa untuk “melarang semua murid memakai jubah, turban (serban),
topi, ketayap dan purdah.”
e
Gurubesar telah melampaui kuasanya dengan menentukan dasar/policy
mengenai pakaian seragam sekolah yang terletak hak kepada Kementerian saja.
Gurubesar kononnya membuat larangan itu berdasarkan kepada Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 9/1995 yang membenarkan: “Gurubesar boleh juga menimbangkan
f perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut keadaan sekolah
masing-masing.” Gurubesar cuba menjustifikasikan larangan itu dengan berkata
masyarakat tempatan berasal dari pelbagai keturunan dan budaya. Anak mereka
datang ke sekolah dengan topi lebar keliling, topi lebar di depan, pakai
songkok jaw, pakaian lilit kepala ala orang Kelantan. Saya tolak alasan itu
kerana kalau itu masalahnya kenapa pula serban yang dilarang. Alasan itu tidak
g
termakan akal.
Gurubesar telah membuat peraturan melarang murid memakai serban dan
purdah di mana Kementerian tidak melarang pakaian tersebut dalam Peraturan
Pakaian Seragam Bil. 3/1983. Ini menjadikan larangan itu tidak sah, terbatal
h dan tidak berkesan. Gurubesar tidak boleh membuang sekolah plaintif 1,
plaintif 2 dan plaintif 3 berdasarkan kepada larangan memakai serban itu.
Seterusnya peraturan ini setakat mana ia melarang murid lelaki memakai turban
(serban) adalah juga terbatal dan tidak sah kerana ia melarang murid lelaki
Sikh memakai turban. Gurubesar mungkin tidak berniat demikian tetapi itulah
i yang tersurat.
Meor Atiqulrahman Ishak & Yang Lain lwn.
[2000] 1 CLJ Fatimah Sihi & Yang Lain 409

Hj. Ismail Sajad b. Sejat (SD3) seorang Timbalan Pengarah Urusan Pelajar, a
Bahagian Sekolah di Kementerian Pendidikan berkata tidak terdapat peruntukan
dalam Peraturan yang membolehkan murid sekolah memakai serban sama ada
aliran sekolah biasa atau aliran sekolah ugama. Selama 19 tahun
perkhidmatannya beliau tidak pernah membaca peraturan mengenainya. Apabila
disoal balas beliau berkata tidak juga terdapat Peraturan yang melarang murid b
memakai serban. Walaupun demikian, dasar Kementerian tidak membenarkan
murid memakai serban. Apabila ditanya kenapa murid kaum Sikh boleh
memakai turban tetapi murid Islam tidak boleh memakai serban, beliau tidak
dapat menjawab. Beliau pun tidak pasti sama ada Gurubesar boleh melarang
murid memakai serban berpandukan perenggan 4.1 Peraturan itu. Saksi c
menambah Gurubesar boleh membuat Peraturan yang selari dengan Peraturan/
Pekeliling Kementerian Pendidikan. Malangnya Gurubesar tidak membuat
Peraturan yang selari dengan Peraturan/Pekeliling Kementerian atau merujuk
peraturan melarang pakaian turban/serban itu kepada Jabatan atau Kementerian
Pendidikan.
d
Plaintif 1 menerangkan kepada mahkamah dugaan dan cabaran yang dihadapi
kerana memakai serban di sekolah. Dia berkata Gurubesar melarangnya
memakai serban tetapi dia enggan kerana mengikut sunnah Rasulallah.
Gurubesar menyuruhnya menanggalkan serban dan memakai songkok. Dia
enggan. Pada 2 September 1997 Gurubesar suruh dia tanggalkan serban dan e
berkata kalau hendak sekolah di sini pakai songkok, kalau tidak pergi balik.
Diapun balik. Pada esoknya di perhimpunan pagi dan penyampaian hadiah
plaintif 1 menerima hadiah dari Gurubesar. Ketika itu Gurubesar mengetuk
kepalanya dengan pensil sambil berkata ‘masih tak tukar serban lagi’ dan
menyuruhnya balik. Dia pun balik. Pada 4 September 1997 selepas f
perhimpunan dan semasa dalam perjalanan ke kelas, Gurubesar terjumpa
plaintif 1 dan mengetuknya dengan fail keras di pipi dan menjentiknya di dahi
serta menyuruhnya balik. Dia pun balik. Antara 6 hingga 14 beliau pergi ke
sekolah tetapi dihalau balik setiap hari. Akhirnya pada 27 semasa mengambil
peperiksaan dan sedang menjawab soalan No. 14 Gurubesar datang dan
g
bertanya kenapa degil sangat sambil menumbuk muka sebelah kanan plaintif
1 dan terkena cincin dan mencederakan. Dia disuruh balik dan tidak habis
menjawab soalan. Biar terang-terang saya katakan saya percaya keterangan
murid berusia 13 tahun ini. Saya amati keterangannya, cara, gaya dan
perilakunya semasa memberi keterangan. Sebab kedua ialah Dr. Ishak b.
Abdullah (SP2) mengesahkan ada memeriksa murid ini pada 27 dan mendapati h
‘blue black di sebelah kanan temporal region’ muka murid ini. Kecederaan
itu boleh disebabkan kena tumbuk yang ada pakai cincin. Anihnya Cikgu
Rosiah bt. Suhud (SP4) yang mengawasi peperiksaan pada 27 itu berani berkata
setakat Gurubesar ada menghampiri plaintif 1 tetapi taktahu apa berlaku antara
mereka dan tidak melihat apa-apa kejadian. Saya dapati cikgu ini melindungi i
410 Current Law Journal [2000] 1 CLJ

a sesuatu maka mahkamah mencatatkan: “saksi tidak menjawab kerana dia tidak
senang hati hendak menyatakan sesuatu.” Saya percaya plaintif 1 dikasari,
penjaganya (SP1) diberitahu, laporan polis dibuat, malahan Gurubesar pun tidak
menafikan bulat-bulat. Gurubesar membuat helah dia cuma tunjukkan pensil
ke kepala plaintif 1, dia hanya gesel pipi plaintif 1 dengan manila kad dan
b tidak menumbuknya.
Tindakan Gurubesar terhadap plaintif 1 mirip kepada sikap membenci. Pada
penelitian saya bukan murid itu yang dibenci tetapi kedegilannya yang dihasut
oleh penjaganya supaya tetap berkeras memakai serban kerana mengikut sunnah
Rasulallah. Gurubesar merasa kuasanya sebagai Gurubesar dicabar, dia
c dikafirkan kerana melarang murid itu memakai serban, Kementerian
dipersalahkan kerana melantik beliau, seorang perempuan, menjadi Gurubesar.
Keangkuhan penjaga kononnya serban itu lambang keluarga (keluarga Syed)
menyakitkan hati. Dia tidak mahu bertemu penjaga. Penjaga ‘mengajar’
Gurubesar dengan suratnya di ms 22 DBD. Akibatnya ketiga-tiga pelajar ini
d ibarat si kancil mati terpijak disebabkan dua gajah bergaduh. Yang satu jahil
dan yang satu lagi angkuh. Saya dapati Gurubesar jahil tentang pakaian serban
bagi orang Islam dan mempersendakannya (serban dikatakan turban ms 27
DBD) dan penjaga pula angkuh dengan keturunannya dan ketaksuban memakai
serban yang hukumnya sunnat dipakai. Kalau tidak manakan dua orang
e Muslim, kedua-dua pendidik yang telah berkhidmat selama 21 tahun dan 25
tahun tidak dapat menyelesaikan masalah pakaian itu yang jika dipakai dapat
pahala jika tidak dipakai tidak berdosa.
Kemuncak dari pertembungan dua insan yang jahil, angkuh dan sama-sama
degil dan bermusuhan itu Gurubesar telah menghantar surat bertarikh 4 Ogos
f 1997 kepada penjaga (ms 24 dan 25 DBD) supaya pakaian serban murid-murid
itu diganti dengan songkok untuk mengelakkan tindakan disiplin diambil.
Perkara ini dibawa kepada Jawatankuasa Persatuan Ibubapa Guru Sekolah itu
dan PIBG memutuskan dalam surat bertarikh 5 September 1997 (ms 35 DBD)
“menghendaki mengeluarkan atau menukarkan anak-anak bawah jagaan tuan
g dari sekolah ini.” DAN pada 3 November 1997 Gurubesar menghantar surat
membuang sekolah ketiga-tiga murid tersebut.
Adalah diperhatikan dua surat terakhir Gurubesar merupakan surat memberitahu
keputusan iaitu menukarkan sekolah dan membuang sekolah. Surat Gurubesar
sebelum itu mengarahkan pakaian serban murid-murid itu diganti dengan
h
songkok “untuk mengelakkan tindakan disiplin diambil”. TETAPI langkah
tindakan disiplin tidak diambil; Gurubesar tidak memberi notis untuk tunjuk
sebab, atau memberi peluang untuk didengar. Sekiranya diberi peluang itu
mungkin penjaga membangkitkan bidangkuasa Gurubesar membuat peraturan
melarang pakaian serban, atau menjelaskan hukum pakaian serban itu ialah
i
Meor Atiqulrahman Ishak & Yang Lain lwn.
[2000] 1 CLJ Fatimah Sihi & Yang Lain 411

sunnat iaitu dibuat dapat pahala ditinggalkan tidak berdosa tetapi ia sunnah a
Rasulallah dan orang Muslim wajib mengikut sunnah Rasulallah dan
bahawasanya beliau adalah contoh pemimpin yang terbaik. Penjaga mungkin
juga menerangkan pakaian serban menyentuh akidah sebagaimana murid kaum
Sikh memakai turban yang jika tidak dipakai tidak juga jatuh ‘murtad’.
Mahkamah ini percaya sekiranya Gurubesar mendengar perkara-perkara di atas b
beliau tidak mungkin bertindak begitu drastik sehingga menggelapkan masa
depan tiga murid ini yang prestasinya cemerlang, cerah dan berpotensi. Dengan
tidak memberi peluang untuk didengar murid-murid itu tidak dapat
pertimbangan sewajarnya dan seterusnya tidak juga mendapat pertimbangan
sewajarnya untuk dikenakan hukum selain dari dibuang sekolah. c
Dikatakan tiga murid ini disiksa dua kali, sekali oleh PIBG sekolah yang
menyuruh mereka bertukar ke sekolah lain dan sekali lagi oleh Gurubesar yang
membuang mereka dari sekolah. Saya tidak sependapat mereka dihukum dua
kali atau menerima bala dua kali kerana tiga murid itu tidak bertukar ke
sekolah lain sehingga setelah dibuang sekolah. d

Pembuangan sekolah murid sekolah tidak sama dengan pembuangan kerja


pekerja awam yang tertakluk kepada Perintah Am atau pekerja swasta yang
tertakluk kepada kontrak perkhidmatan. Bagi murid sekolah tidak ada peraturan
sedemikian. Walaupun begitu, mahkamah di negara ini telah mengiktiraf
e
common law di England supaya melaksanakan prinsip keadilan semulajadi/
natural justice seperti audi alterarn partem, nemo judex in causa sua atau
peluang untuk didengar dan merayu dan yang menuduh tidak boleh
menghakim. Lihat Kanda v. The Government of the Federation of Malaya
[1962] MLJ 169. Dan prinsip ini boleh diperluaskan dan tidak tertutup: Raja
Malek Muzaffar Shah v. Setiausaha Suruhanjaya Pasukan Polis [1995] 1 CLJ f
619; [1995] 1 MLJ 308. Lord Diplock memberi nafas baru dengan menamakan
rules of natural justice kepada procedural impropriety untuk merangkumi
pengkhianatan kepada undang-undang substantif atau prosedural: Council of
Civil Service Unions v. Minister for the Civil Service [1985] AC 374.
g
Tiga murid sekolah ini tidak mendapat keadilan kerana tidak diberi peluang
untuk didengar melalui penjaganya. Saya putuskan pembuangan sekolah mereka
tidak sah, terbatal dan tidak berkesan. Saya perintahkan mereka diterima balik
di sekolah itu dan memerintahkan defendan membayar gantirugi dan kos.
Untuk menyempurnakan dan menghias penghakiman ini saya menjawab h
persoalan yang ditanya pada awal penghakiman ini. Jawapan saya begini:
Tidak sempurna iman seseorang Muslim itu jika dia ditanya apa hukumnya
bagi seorang Muslim melarang orang Muslim memakai serban lantas dia
menjawab hukumnya sunnat atau harus. Jika terus didesak untuk menjawabnya i
maka saya jawab setiap orang Muslim ada hak untuk menganut dan
412 Current Law Journal [2000] 1 CLJ

a mengamalkan ugamanya sebagaimana terjamin di bawah Perkara 11(1)


Perlembagaan dan melarang orang Muslim memakainya adalah bertentangan
dengan Perkara 3 dan 11 Perlembagaan dan tak sah dan terbatal. Larangan
itu tidak berkaitan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam,
kesihatan awam atau akhlak di bawah Perkara 11(5) yang mengatasi Perkara
b 3 dan Perkara 11 Perlembagaan.
Sebaik-baik tindakan ialah mencegah kemungkaran, tidak memaksakan sesuatu
yang baik kecuali dengan contoh yang baik dan sebaik-baik ketakbuatan/
omission ialah tidak melarang orang untuk berbuat baik. Lebih makmur tidak
dilarang orang Muslim memakai serban dan menutup aurat. Biarlah mereka
c menjadi contoh yang baik. Masalah ini timbul kerana orang Melayu takut
kepada Bahasa Melayu dan orang Muslim takut kepada Islam. Mereka
bertindak apa kata orang. Mereka tidak bertindak apa kata diri.

You might also like