You are on page 1of 10

KARANGAN 1 : Faedah Membaca Surat Khabar

Surat khabar merupakan bahan bercetak yang memaparkan pelbagai berita


dan rencana dan diterbitkan pada setiap hari. Masyarakat digalakkan membaca surat
khabar agar dapat memperoleh pelbagai manfaat.

Membaca surat khabar dapat meluaskan pengetahuan kita tentang perkara-


perkara yang berlaku sama ada di dalam atau pun di luar negara. Membaca surat
khabar juga merupakan aktiviti masa lapang yang berfaedah dan dapat
menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang meroskkan akhlak.

Selain itu, kita dapat meningkatkan kemahiran berbahasa dan meluaskan


kosa kata melalui surat khabar. Secara tidak langsung, kita dapat menghasilkan
penulisan karangan yang menarik dan bermutu. Faedah seterusnya ialah kita dapat
berkomunikasi dengan orang lain terutamanya tertang isu-isu semasa.

Kesimpulannya, kita perlu menyemai tabiat membaca dalam diri masing-masing


kerana membaca akan menjadikan kita sebagai manusia yang berfikiran matang dan
terbuka
KARANGAN 2 : Amalan Hidup Sihat

Amalan gaya hidup sihat perlu dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat. Antara amalan
yang perlu dilakukan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang, melakukan
senaman dan sebagainya.

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang dan


memperbanyakpengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran dalam diet seharian.Hal
ini penting kerana pemakanan yang seimbang akan mengelakkan kita daripada mengalami
obesiti dan pelbagai penyakit kronik. Pemeriksaan kesihatan secara berkala juga perlu
dilakukan. Tujuannya adalah untuk memastikan tahap kesihatan kita sentiasa berada dalam
keadaan yang baik.

Kita juga perlu bergiat aktif dalam persatuan atau pasukan beruniform. Melalui
kegiatan ini , kita dapat mengisi masa lapang scara berfaedah di samping mempunyai kenalan
dan sahabat yang ramai. Amalan gaya hidup sihat dapat melahirkan golongan masyarakat
yang aktif dan berkualiti untuk menyumbang kepada pembanguna negara.

Tuntasnya, kita semua perlu mengamalkan gaya hidup sihat supaya kehidupan
menjadi lebih bermakna dan ceria.
KARANGAN 3 :Langkah-Langkah Mengelakkan Kemalangan Jalan
raya

Kemalangan di jalan raya merupakan satu tragedi yang begitu banyak meragut
nyawa manusia. Walau pun pelbagai kempen keselamatan di jalan raya telah diuar-
uarkan, namun angka tragedi tersebut terus meningkat hingga membimbangkan
banyak pihak.

Salah satu cara untuk mengelakkan kemalangan di jalan raya adalah


denganmemastikan kondisi kenderaan sentiasa berada dalam keadaan
baik. Kenderaan hendaklah di servis secara berkala supaya tayar, brek, lampu
isyarat dan enjin dapat berfungsi dengan sempurna. Selain itu, kita jangan sesekali
memandu dalam keadaan letih dan mengantuk. Sekiranya kita memandu di lebuh
raya, kita perlulah berhenti untuk merehatkan badan di kawasan ‘Rehat dan Rawat’
(R&R) yang disediakan.

Sebagai pemandu yang berhemah, kita seharusnya sentiasa mematuhi had


laju yang telah ditetapkan. Memandu melebihi had laju menyebabkan kita sukar
untuk mengawal kenderaan apabila berhadapan dengan sesuatu kecemasan secara
tiba-tiba. Pihak polis pula perlulah sentiasa melancarkan pelbagai operasi
danmengenakan kompaun yang setimpal terhadap pesalah jalan raya. Operasi’
Ops Sikap’ merupakan antara langkah berkesan yang telah dijalankan bagi
mengurangkan kadar kemalangan di negara kita.

Konklusinya, kemalangan dapat dielakkan sekiranya kita semua dapat


mengawal emosi ketika berada di jalan raya.
KARANGAN 4 :Sebab-Sebab Pelajar Ponteng Sekolah

Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar semakin menjadi-jadi sejak


kebelakangan ini. Gejala ini perlu diatasi supaya tidak menjejaskan masa hadapan
mereka.

Terdapat sebilangan pelajar berjaga hingga lewat malam kerana menonton


televisyen atau melayari internet. Akibatnya, mereka sukar untuk bangun pagi
kerana keletihan dan masih dibelenggu rasa mengantuk. Ponteng sekolah juga
berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri yang tidak berminat terhadap
pelajaran. Hal ini disebabkan mereka tidak mempunyai motivasi diri atau aktiviti
pembelajaran di dalam kelas yang kurang menarik.

Gejala ini juga berlaku berpunca daripada pengaruh rakan sebaya.Terdapat


sesetengah pelajar ponteng sekolah kerana menghabiskan masa bersama-sama
rakan mereka sama ada di kafe siber, pusat snooker atau melepak di pasar raya.
Akhir sekali, kurangnya pemantauan daripada ibu bapa turut menjadi penyebab
ponteng sekolah dalam kalangan pelajar.
Sebagai intihar, gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar perlu diatasi
oleh semua pihak sama ada ibu bapa, pihak sekolah, polis dan sebagainya.
KARANGAN 5 :Faedah-Faedah Berkebun Sayur

Aktiviti berkebun sayur merupakan kegiatan yang digalakkan oleh pihak kerajaan.
Kegiatan ini bukan sahaja boleh dilakukan secara kemersil tetapi juga untuk keperluan diri
sendiri.

Melalui aktiviti berkebun sayur, kita dapat menyihatkan tubuh badan. Kerja-kerja seperti
menyangkul, menggemburkan tanah dan menyiram tanaman akan menyebabkan seseorang
itu berpeluh dan boleh mengeluarkan toksin daripada tubuh badan. Selain itu, apabila aktiviti
ini dilakukan bersama-sama keluarga, secara tidak langsung hubungan kekeluargaan dapat
dieratkan.

Seandainya kegiatan berkebun sayur dilakukan secara komersil, aktiviti ini akan
memberikan pulangan yang lumayan serta boleh dijadikan sebagai sumber
pendapatan keluarga. Di samping itu, aktiviti berkebun sayur juga dapat membekalkan kita
sayur-sayuran yang segar dan terhindar daripada penggunaan bahan-bahan kimia seperti
baja dan racun serangga.

Konklusinya, semua pihak perlulah menyahut seruan kerajaan untuk mewujudkan bumi
hijau di negara kita
KARANGAN 6 :CARA-CARA MENGISI UNTUK MENGISI MASA LAPANG

Masa lapang yang tidak diisi dengan kerja-kerja yang berfaedah akan merugikan seseorang.
Sesungguhnya masa itu amat berharga seperti emas. Oleh itu, kita tidak harus membazirkan
masa dengan begitu sahaja. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh kita lakukan untuk mengisi
masa

MEMBACA

Membaca adalah aktiviti yang boleh kita lakukan apabila kita mempunyai masa lapang. Aktiviti
membaca banyak faedahnya kepada kita. Di samping dapat menambahkan pengetahuan,
kita juga dapat memperbaiki penguasaan bahasa dan menambahkan perbendaharaan
bahasa. Antara bahan bacaan yang sesuai dibaca pada masa lapang lalah akhbar, majalah
dan buku-buku agama atau motivasi.

MENANAM POKOK HIASAN

Menanam pokok hiasan di halaman rumah juga merupakan aktiviti masa lapang yang baik.
Rumah yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan akan mencantikkan lagi pemandangan rumah
tersebut. Di samping itu, udara di sekeliling rumah menjadi lebih bersih dan segar. Antara
pokok hiasan yang boleh ditanam ialah pokok bunga kertas, bunga raya dan pokok puding.

BERIADAH

Di samping itu, aktiviti beriadah juga sesuai untuk mengisi masa lapang kita. Aktiviti beriadah
boleh kita lakukan di taman permainan atau di tepi pantai. Aktiviti riadah juga boleh
mengeratkan hubungan kekeluargaan dan memupuk nilai-nilai murni di kalangan ahli
keluarga jika dilakukan bersama-sama ahli keluarga. Antara aktiviti riadah lalah berjoging,
menunggang basikal dan berenang di tepi pantal. Dalam melakukan aktiviti riadah, aspek
keselamatan perlu diutamakan.

MEMANCING IKAN

Masa lapang kita juga boleh diisi dengan memancing ikan. Di samping mengisi masa lapang,
aktiviti memancing juga membolehkan seseorang mendapat ikan untuk dijadikan makanan
keluarga. Lazimnya, aktiviti memancing juga membolehkan seseorang mempraktikkan nilai
kesabaran dalam kehidupan. Aktiviti memancing ikan boleh dilakukan di tepi pantai, di tepi
sungai dan di kolam. Jika dilakukan bersama keluarga, pasti hubungan kekeluargaan menjadi
semakin erat.

MENZIARAHI KELUARGA DAN SAUDARA-MARA

Menziarahi keluarga dan saudara-mara juga merupakan aktiviti yang boleh kita lakukan pada
masa lapang. Kehidupan masa kini yang semakin sibuk menjadikan hubungan kekeluargaan
semakin longgar. Aktiviti menziarahi keluarga akan dapat merapatkan semula hubungan
kekeluargaan. Hari yang sesuai untuk aktiviti ziarah ialah pada hujung minggu atau cuti umum.
Aktiviti ziarah-menziarahi begini dapat mewujudkan keluarga bahagia.
KARANGAN 7 :KEBAIKAN AMALAN GOTONG-ROYONG

Kebaikan amalan gotong-royong ialah dapat memudahkan kerja. Kerja yang berat, kalau
dilakukan beramai-ramai, pastinya akan menjadi lebih mudah. Contohnya di kampung, majlis
keramaian seperti majlis perkahwinan dibuat secara gotong-royong. Sehari sebelum majlis
perkahwinan berlangsung gotong-royong yang dinamakan `rewang' diadakan. Penduduk
kampung akan datang beramai-ramai bagi membantu memasang khemah dan memasak
untuk majlis perkahwinan. Gotong-royong begini pastinya akan memudahkan kerja-kerja yang
dilakukan.

Amalan gotong-royong juga akan membolehkan kita menjimatkan masa dan tenaga.
Sebagai contoh, jika kerja membersihkan dan menceriakan sesuatu kawasan sekolah,
dilakukan oleh seorang pekerja, maka masa yang diperlukan mungkin selama beberapa
minggu. Namun demikian jika ia dlakukan secara gotong-royong masa yang diperlukan
hanyalah satu hari sahaja. Oleh itu, jelaslah bahawa program gotong-royong membolehkan
kita menjimatkan masa dan tenaga.

Selain itu, amalan gotong-royong juga membolehkan kita menjimatkan wang. Misalnya
dalam hal menyediakan makanan semasa hari perkahwinan, dijalankan secara gotong-
royong, pasti kita dapat menjimatkan wang. Tetapi, jika makanan tersebut ditempah daripada
syarikat yang menyediakan makanan, belanja yang perlu dikeluarkan adalah lebih tinggi.
Begitu juga dengan aktiviti kemasyarakatan yang lain seperti membina tempat menunggu bas
kosnya akan lebih rendah jika dijalankan secara gotong-royong

Kebaikan seterusnya gotong-royong ialah dapat mewujudkan persefahaman dan


kemesraan di kalangan anggota masyarakat. Amalan gotong-royong juga akan mewujudkan
suasana hormat-menghormati. Contoh amalan gotong-royong ialah mengadakan sambutan
hari perayaan peringkat kampung. Pada hari itu setiap keluarga akan membawa juadah
masing-masing dan mereka akan bertukar-tukar juadah semasa jamuan diadakan. Keadaan
itu pastinya menyumbang suasana harmoni.

Aktiviti gotong-royong juga boleh membawa kepada wujudnya perpaduan di kalangan


masyarakat berbilang kaum di negara kita. Justeru, banyak program yang telah disusun dan
dilaksanakan oleh kerajaan. Antara program tersebut ialah Sambutan Bulan Kemerdekaan
dan pogram Rumah Terbuka Rakyat Malaysia. Amalan gotong-royong ini adalah selari
dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Masyarakat yang
bersatu padu dan aman membolehkan negara kita menjadi sebuah negara maju.
KARANGAN 9 :PUNCA-PUNCA BERLAKU KEMALANGAN JALAN RAYA

Sebab pertama berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu itu sendiri.
Kebanyakan kes kemalangan jalan raya berlaku disebabkan sikap pemandu yang tidak
mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan. Kebanyakan pemandu cenderung untuk
memandu laju iaitu melebihi had laju yang ditetapkan oleh kerajaan. Terdapat juga pemandu
yang melanggar lampu isyarat merah di persimpangan jalan dan memberhentikan kenderaan
di tempat yang dilarang. Sikap negatif pemandu ini bukan sahaja menyusahkan dirinya apabila
berlaku kemalangan, malah dia juga turut menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik turut menjadi penyebab.
Kenderaan yang hendak digunakan di jalan raya sewajarnya diselenggara sekurang-
kurangnya enam bulan sekali. Kebanyakan kos kemalangan berlaku disebabkan sistem
brek yang gagal berfungsi dengan baik. Terdapat juga kemalangan berlaku disebabkan
tayar kenderaan meletup akibat tayar tersebut rosak atau anginnya berlebihan. Oleh itu,
pengguna jalan raya perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk menyelenggara kenderaan
mereka.

Sebab seterusnya berlaku kemalangan jalan raya ialah keadaan jalan raya yang kurang
baik. Jalan raya yang kurang baik membuatkan pemandu kenderaan terpaksa
memberikan sepenuhperhatian apabila melalui jalan tersebut. Selain itu, pemandu
kenderaan juga mesti lebih berhati-hati apabila melalui jalan tersebut pada waktu malam.
Antara ciri-ciri jalan raya yang kurang baik ialah terdapat banyak selekoh tajam, jalannya tidak
rata serta berlubang. Oleh itu, pemandu kenderaan mestilah mematuil had laju yang
ditetapkan apabila melalui jalan berbahaya.

Faktor cuaca juga boleh menjadi penyebab kepada berlakunya kemalangan jalan
raya. Di Malaysia, cuaca hujan sering menyebabkan jalan raya basah dan licin.
Dalam keadaan yangsedemikian, kemalangan jalan raya banyak berlaku khususnya dl lebuh
raya kerana pemandu tidak sempat membrek apabila kenderaan di hadapan tlba-tiba
memperlahankan kenderaannya. Hujan yang turun juga boleh menyebabkan pemandangan
pemandu kabur dan terhad. Sewajarnya pengguna jalan raya berhati-hati apabila memandu
dalam keadaan cuaca hujan dan jalan raya licin.

Kurangnya pemantauan daripada pihak berkuasa juga boleh menyebabkan kemalangan


jalan raya berlaku. Pihak berkuasa seperti pihak polis hendaklah membuat pemantauan di
tempat-tempat yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan. Pihak berkuasa mestl
mengambil tindakan undang-undang terhadap pesalah jalan raya. Contoh tempat-tempat
yang perlu dipantau ialah jalan berbukit, di garisan berkembar dan kawasan lampu isyarat.
Pemantauan yang dijalankan secara berterusan akan menjadikan pengguna jalan raya lebih
berhemah ketika di jalan raya sekali gus boleh mengelakkan kemalangan
KARANGAN 10 : LANGKAH – LANGKAH MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH

Terdapat beberapa tangkah yang perlu dilaksanakan untuk menceriakan kawasan sekolah.
Antara langkah yang perlu dibuat oleh pihak sekolah untuk menceriakan kawasan sekolah
ialah dengan menanam pelbagai jenis pokok. Di samping menceriakan persekitaran, pokok
yang ditanam juga dapat membekalkan oksigen. Penanaman pokok sewajarnya ditumpukan
di bahagian pintu masuk dan hadapan pejabat sekolah kerana tempat ini menjadi tumpuan
pelawat. Antara jenis pokok yang bo1eh ditanam ialah pokok bunga dan pokok tumbuhan
hijau yang cantik. Pokok-pokok yang telah ditanam ini mesti dijaga dengan baik, sepertl
menyiram air dan meletakkan baja.

Selain itu, keceriaan sekolah juga boleh dipertingkatkan dengan mengecat bangunan lama.
Cat bangunan yang pudar atau sudah luntur pasti akan mengganggu keceriaan sekolah.
Sewajarnya bangunan sekolah dicat lima tahun sakali dan pihak sokolah boleh meminta
peruntukan tersebut daripada Kementerian Pelajaran. Antara warna yang menarik untuk
bangunan sekolah adalah warna yang terang. Sesungguhnya, bangunan yang baru dicat
akan menyerlahkan lagi keceriaan pokok

Di samping itu, pihak sekolah juga boleh membuat landskap di bahagian pintu masuk dan
hadapan pejabat. Landskap yang menarik pasti dapat menceriakan lagi kawasan sekolah.
Kos untuk membuat landskap ini boleh juga dipohon daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG). Bentuk landskap sewajarnya ringkas tetapi menarik dan kosnya pula seharusnya
tidak terlalu tinggi. Selain itu, pihak sekolah juga boleh meminta khidmat nasihat daripada
pihak berkuasa tempatan untuk membuat landskap yang bersesuaian.

Langkah seterusnya supaya sekolah sentiasa ceria ialah dengan tidak membuang sampah
di merata tempat. Sikap tidak membuang sampah merata-rata pasti dapat menceriakan
persekitaran sekolah. Tindakan tegas hendaklah diambil terhadap pelajar yang tidak
mengambil berat tentang peraturan membuang sampah. Dalam pada itu, pihak sekolah
hendaklah meletakkan tong sampah di tempat yang strategik supaya pelajar dapat
membuang sampah dengan mudah. Pihak pentadbiran sekolah juga hendaklah sentiasa
mengingatkan pelajar supaya tidak membuang sampah di merata rata.

Untuk pengukuhan, pihak sekolah wajar mengadakan pertandingan keceriaan kelas setiap
minggu. Di samping dapat menceriakan persekitaran sekolah, kebersihan sekolah juga dapat
memberikan keselesaan kepada pelajar untuk belajar. Antara aspek yang perlu diambil kira
dalam pertandingan keceriaan kelas ialah kebersihan lantai, kekemasan susunan kerusi dan
meja serta pengisian maklumat pada papan kenyataan kelas. Kelas yang paling ceria akan
diumumkan di perhimpunan mingguan dan diberi hadiah berserta piala pusingan. Bagi kelas
yang tidak mencapai tahap minima keceriaan, denda patut dikenakan.

Kawasan persekitaran sekolah sewajarnya sentiasa ceria bagi menghasilkan suasana yang
kondusif untuk pelajar belajar. Bagi menampung kos menceriakan kawasan sekolah pula,
pihak PIBG juga boleh membantu. Manakala, aktiviti gotong-royong antara warga sekolah
dengan PIBG pula perlu diadakan untuk menceriakan kawasan sekolah. Sesungguhnya,
persekitaran sekolah pasti akan lebih ceria jika Ibu bapa, pihak PIBG, para pelajar dan pihak
sekolah berganding bahu untuk menceriakan sekolah.

KARANGAN 11 : CARA-CARA MENJADI PELAJAR CEMERLANG

Setiap orang pasti meninginkan kecemerlangan dalam hidup. Begitu juga dengan seseorang
pelajar. Sebagai seorang pelajar kecemerlangan dalam pelajaran merupakan matlamat yang
ingin dicapai. Mereka sudah semestinya ingin mencapai keputusan cemerlang dalam setiap
peperiksaan seperti UPSR, PMR, SPM dan juga STPM. Persoalannya, adakah
kecemerlangan itu boleh datang dengan sendirinya? Beberapa perkara mesti dilakukan oleh
seseorang pelajar itu jika dia mahu menjadi pelajar yang cemerlang.

1. Memiliki Sikap Rajin


Antara cara-cara menjadi pelajar cemerlang ialah pelajar mesti memiliki sikap rajin.
Pelajar mesti rajin membaca buku di sekolah dan juga di rumah. Pelajar juga mesti rajin
menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru dan mereka perlu bertanya kepada guru
jika mereka tidak faham tentang sesuatu perkara atau topic. Apabila peperiksaan, pelajar
mesti mengulang kaji pelajaran dengan legih bersungguh-sungguh lagi.

2. Displin Diri

Selain itu, pelajar juga mesti mempunyai displin diri yang tinggi. Pelajar
mesti menepati masa dan menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin. Oleh itu,
sewajarnyalah pelajar mempunyai jadual belajar yang lengkap dan mereka mesti mematuhi
jadual belaar tersebut. Pada masa lapang pula pelajar mesti melakukan aktiviti berfaedah
seperti membaca bahan ilmiah dan melayari internet bagi menambahkan lagi pengetahuan
mereka.

3. Menghormati Ibu Bapa Dan Guru


Jika pelajar ingin cemerlang dalam pelajaran, pelajar mestilah sentiasa menghormati
ibu bapa dan guru-guru. Pelajar juga mesti mendengar nasihat ibu bapa dan guru-guru.
Pelajar mesti menerima teguran ibu bapa dan guru-guru dengan fikiran yang terbuka dan
positif. Pelajar juga mesti menyayangi ibu bapa dan guru-guru agar pelajar juga akan sentiasa
disayangi dan diberkati.

4. Aktif Dalam Kokurikulum


Di samping itu, pelajar juga mesti aktif dalam aktiviti kokurikulum. Terdapat banyak
faedah jika pelajar mengikuti aktiviti kokurikulum. Antara faedahnya ilah pelajar yang
menyertai aktiviti kokurikulum akan menjadi cergas dan mereka juga dapat menambahkan
pengetahuan serta pengalaman. Selain itu, terdapat pengetahuan dalam bidang kokurikulum
yang dapat membantu pelajar semasa menjawab soalan peperiksaan.

5. Menjaga Kesihatan Diri


Pelajar yang cemerlang juga akan menjaga kesihatan diri. Sesungguhnya, kesihatan
yang baik membolehkan pelajar menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajar. Dengan
kesihatan yang baik juga, pelajar dapat mengulang kaji pelajaran dengan baik terutama ketika
menjelang peperiksaan. Semasa hari peperiksaan pula, pelajar yang mempunyai kesihatan
yang baik akan menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik.

Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa cara yang perlu dilakukan oleh pelajar untuk
menjadi pelajar cemerlang. Ibu bapa perlu membantu anak-anak dalam menyediakan
kemudhan belajar. Pada pendapat saya, pihak sekolah perlu mengadakan program-program
motivasi agar mereka terdorong untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Pelajar pula
mestilah membuat persediaan lebih awal dalam menghadapi peperiksaan agar mereka
boleh menjadi pelajar yang cemerlang.

You might also like