You are on page 1of 4

Latihan Ulangkaji MTES3123:

Bab 1: Pensampelan

1. Sebuah syarikat menyatakan bahawa min jisim setiap kotak minuman ialah 1000ml dan sisihan
piawainya 15ml. Satu sampel rawak telah diambil daripada 30 kotak tersebut.
a. Cari min dan sisihan piawai bagi taburan pensampelan min.
b. Cari kebarangkalian memperoleh satu sampel yang nilai minnya di bawah 997ml.

2. Sebuah mesin pembuatan butan bulat dapat hasilkan 3000 biji dalam satu jam. Nilai min
diameter butan ialah 50mm dengan sisihan piawai 0.3mm. Satu sampel rawak , n=25
dikeluarkan setiap 15 minit. Kirakan min dan sisihan piawai bagi taburan pensampelan min
untuk sampel yang bersaiz:
a. 30
b. 300

Bab 2: Penganggaran

3. Masa untuk satu tindak balas kimia direkod 5 kali dan keputusan adalah seperti berikut:

0.31 jam, 0.30 jam, 0.28 jam, 0.32 jam, dan 0.29 jam.

Andaikan sampel diambil daripada satu populasi normal dengan min jisim µ, dengan
menggunakan taburan-t untuk sampel bersaiz kecil:

a. cari selang keyakinan 95% untuk µ.


b. cari selang keyakinan 99% untuk µ.

Diantara kedua-dua selang keyakinan, manakah anggaran yang lebih baik.

Bab 3: Ujian Hipotesis

4. Dalam permainan hoki, 20% daripada pemain yang melanggar undang-undang diberi kad kuning
oleh pengadil A. Selama 6 bulan pertama pengadil B mengadili permainan hoki, seramai 114
pemain daripada 500 pemain yang melanggar undang-undang permainan diberi kad kuning. Uji
pada tahap keyakinan 95%, samaada terdapat bukti bahawa pengadil B memberi hukuman yang
lebih berat daripada pengadil A.

5. Sebuah garaj menyatakan bahawa servis piawai untuk sesuatu jenis kereta tertentu mangambil
masa 75 minit, dengan sisihan piawai 7 minit. Seorang inspektor garaj tidak mempercayai
bahawa garaj tersebut berkonsisten seperti dinyatakan. Satu sampel 15 servis diambil dan
mendapati sisihan piawai sampel ialah 9.34 minit. Uji pada tahap signifikan 5% untuk tuntutan
tersebut.
6. Satu sampel rawak bersaiz 25 mempunyai min dan sisihan piawai 81 dan 27.04 masing-masing
diambil daripada satu populasi normal dengan min µ1. Pada ketika yang sama, satu sampel
rawak lain bersaiz 36 mempunyai min dan sisihan piawai 76 dan 11.56 masing-masing diambil
daripada satu populasi normal dengan min µ2. Uji pada tahap signifikan, α = 0.1, min-min bagi
kedua-dua populasi adalah berbeza.

Bab 4: ANOVA

7. Seorang jurulatih menjalankan kajian untuk menguji sama ada jenis latihan berbeza dapat
mengurangkan masa larian 800m. 15 orang pelajar dipilih secara rawak mengikuti Latihan A, B
dan C dalam kumpulan masing-masing. Selepas 2 bulan, pengurangkan masa dalam saat bagi
setiap pelajar direkodkan dalam jadual berikut.

Latihan A Latihan B Latihan C


4 3 6
6 6 8
7 9 11
3 10 9
5 7 11
Min
Varians
Min Keseluruhan

a) Lengkapkan jadual di atas untuk nilai-nilai min dan varians untuk setiap kategori dan
juga min keseluruhan.
b) Uji pada tahap significant α = 0.05 tentang keberkesanan kajian tersebut.

Bab 5: Ujian Khi Kuasa Dua

8. Jadual menunjukkan kekerapan yang diperhatikan apabila sebiji dadu dilambungkan 60 kali.

Nombor 1 2 3 4 5 6
Kekerapan 4 7 16 8 8 17

a) Syorkan ujian hipotesis yang digunakan


b) Berikan andaian-andaian ujian tersebut.
c) Dengan ujian yang telah dikenalpastikan, uji pada tahap signifikan α= 0.05 sama ada
dadu sebenarnya adil.
9. Satu kajian diadakan untuk mengenalpasti hubungan di antara senaman dengan tekanan darah.
Satu sampel rawak 206 dipilih dan dikelaskan seperti dalam jadual berikut.

Tekanan Darah
Status senaman Rendah Sederhana Tinggi
Bersenam 30 56 20
Tidak Bersenam 15 60 25

a) Syorkan ujian hipotesis yang digunakan


b) Berikan andaian-andaian ujian tersebut.
c) Dengan ujian yang telah dikenalpastikan, uji pada tahap signifikan α= 0.01 tentang
hubungan senaman dan tekanan darah.

Bab 6: Regresi Linear

10. Jadual menunjukkan bilangan jam ulangkaji dan skor dalam peperiksaan sekumpulan pelajar
sekolah.

Pelajar Jam Skor


1 6 60
2 5 45
3 11 85
4 10 82
5 5 90
6 8 76
7 9 80
8 5 65
9 6 50
10 4 45

a) Lukis gambar rajah serakan data di atas.


b) Nyatakan pembolehubah bersandar dan tak bersandar.
c) Cari persamaan garis lurus regresi.
d) Dengan persamaan tersebut, anggarkan skor pelajar guru yang berulangkaji 12 jam.
e) Komen tentang anggaran tersebut.
Jawapan

1 a) 1000, 2.74

b) 0.1367

2 a) 0.0547

b) 0.0542

3 a) [0.282, 0.318]

b) [0.272, 0.329]

4 1.556, Gagal menolak Ho

5 24.925, Gagal menolak Ho

6 4.223, Monolak Ho

7 4.14, Menolak Ho

8 13.8, Menolak Ho

9 5.52, Gagal menolak Ho

10 pekali b1= 4.63, bo= 35.85.

Persamaan regresi, y = b1 x + bo = 4.63x + 35.85

anggaran skor bila x =12 , y= 91.41≈91

You might also like