You are on page 1of 1

Laporan Pertandingan Gajet dan Ikatan

Pertandingan gajet dan ikatan telah dijalankan pada hari Sabtu jam 9.00
hingga 11.00 pagi. Empat unit telah menyertai pertandingan ini. Setiap unit diminta
membina sebuah gajet yang membantu ahli perkhemahan semasa perkhemahan
berlangsung. Setiap unit dibekalkan lima batang bambu sepanjang 5 kaki. Murid
hanya membina dan mengikat sahaja manakala dua orang guru telah betugas
membantu peserta memotong bambu.

1. Kemahiran yang diuji :

Kemahiran yang dinilai ialah ikatan dan simpulan seperti simpul manuk dan lilit balak.
Gajet yang kukuh dan mempunyai fungsi yang munasabah akan diberi markah yang
tinggi.

2. Keputusan penuh pertandingan:

Tempat Pertama : Pengakap


Tempat Kedua : TKRS
Tempat Ketiga : Puteri Islam
Tempat Keempat : BSMM

3. Kekuatan

Murid mempunyai idea yang baik untuk membina gajet ini. Mereka dapat
menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan.

4.Kelemahan

Murid tidak mempunyai asas ikatan dan lilitan yang baik. Semua peserta kurang
menunjukkan semangat kerjasama dalam ahli kumpulan.

4. Penambahbaikan

Guru persatuan perlu memantau kemahiran murid dalam ikatan dan simpulan dari
semasa ke semasa.

You might also like