You are on page 1of 2

1.

Sarapan pagi

Setiap pagi saya akan pastikan benda pertama masuk ke dalam mulut adalah air masak. Minum air
masak segelas atau dua gelas sebelum solat subuh. Selepas itu boleh mula sarapan.

Jujur 2 minggu pertama saya makan OAT KOSONG. Hahaa. Tiada susu, kurma, atau buah. Oat
dan air suam sahaja. Dia punya rasa ya tuhan. Tujuan 2 minggu pertama adalah nak potong
makanan yang bergula.

Selepas dua minggu pertama saya mula makan oat bersama susu gabung, kurma, kismis. Jam 6-9
pagi masa sesuai untuk sarapan.

2. Minum pagi

Saya tidak cerewet dengan minum pagi. Sebab sebelum minum pagi pun saya minum air kosong
banyak dah. Huhu. Untuk minum pagi korang boleh cari biskut oat dalam 3 keping atau kuih satu
atau setidak-tidaknya adalah kurma. Saya pilih kurma sahaja.

3. Makan tengahari

Ini kena kawal. 15-30 minit sebelum makan tengahari saya akan minum air masak terlebih dahulu.
Ini agar perut saya terisi. Jadi nanti bila makan pun tak adalah nak makan banyak banyak sebab
perut dah penuh air. Kahkah.

Tapi makan tetap kena makan. Nasi segenggam + ayam bakar, ikan bakar dan katakan tidak pada
yang bergoreng. Kuah pula pilih yang paling sedikit penggunaan minyak. Saya pilih sup atau
singgang. Dan pastikan ada sayur atau ulam-ulam. Serat bagus untuk badan kau juga.

4. Minum petang

Pun sama. Kadang-kadang saya minum teh hijau kosong. Teh yang tiada gula ataupun kopi kelat
sahaja. Hahaa. Rasa tak payah cakap. Kau minum dulu nanti bagitau.

Selama dua bulan berturut-turut saya tidak minum air yang mengandungi gula tambahan. Kalau
tak mahu minum teh atau kopi kau boleh minum air kosong sahaja.

Milo untuk 2 bulan pertama saya tak ambil langsung. Sebab agak manis walau dibancuh tanpa
gula. Untuk makan masa rehat petang-petang ni kau boleh cari kek, pau kacang atau biskut ringan
tak lebih dari 3 keping.
5. Makan malam

Di antara waktu 6-8 malam kau dah mesti makan malam. Terserah sama ada nak makan sama
dengan menu tengahri atau nak ubah. Biasa malam saya akan makan bihun sup, mee sup ayam
atau nasi berlauk sama macam tengahari.

Kuantiti tetap sama. Karbohidrat masih segenggam. Bihun sup separuh, mee sup separuh. Nasi
pun separuh sahaja. Malam tak bagus kalau banyak sangat karbo.

6. Minum malam

Saya akan akhiri hari diet dengan minum susu kosong dan campur sedikit oat, kurma dan sedikit
madu. Saya pilih susu omega (plastik warna merah. Makan tak ada sebab dah ada oat sikit. Epal
pun baik. Simpan stok banyak banyak. Hehe

Nota-nota lain yang perlu anda tahu mengenai diet saya.

1. Saya tidak makan apa-apa suplimen.


2. Dua bulan pertama tiada air manis masuk ke dalam mulut.
3. Sarapan adalah oat dan air suam sahaja. Korang boleh? Kahkah.
4. Walaupun diet kena ada cheats day untuk reset balik diet. Buat seminggu sekali sahaja.
5. Sebulan pertama tanpa senaman cardio dan hanya berjalan kaki 20 minit setiap petang saya
berjaya hilangkan 5-7 kg.
6. Kualiti dan kuantiti makanan itu paling utama
7. Makan bersulam dengan air adalah dilarang. 30 minit selepas makan baru minum. Kalau
pedas cukup seteguk dua.
8. Jangan tidur atau terus baring 2 jam pertama selepas makan.
9. Jangan tinggal buah.
10. Sardin, sos, kicap, budu, ikan kering dan seangkatan yang tinggi garam juga saya tak
sentuh.
11. Akhir sekali jangan timbang kerap. Hahaha. Nak diet tak boleh stress. Kena layan dan
santai sahaja. (Nanti saya kongsikan waktu bila sesuai timbang)

You might also like