You are on page 1of 3

Cara Mengerjakan Solat Istikharah Yang Betul.

Solat istikharah ialah solat sunat dua


rakaat untuk memohon kepada Allah bagi menentukan pilihan yang lebih baik antara
dua perkara yang belum dapat ditentukan baik buruknya bagi seseorang. Apabila
seseorang berazam dalam yang untuk mengerjakan sesuatu maksud sedangkan ia
ragu-ragu samada patut diteruskan atau tidak, maka disunatkan melakukan solat sunat
istikharah.

Solat ini lebih afdhal dikerjakan pada malam hari. Selepas selesai solat
teruslahberdoa dengan doa istikharah. Setelah itu ambillah keputusan perkara yang
hendak dilakukan berdasarkan kecenderungan hati. Jika masih ragu-ragu maka
lakukanlah lagi solat untuk istikharah tersebut sehingga mendapat ketetapan hati untuk
membuat keputusan. Jika masih dalam keraguan juga, maka Insya Allah apa yang
ditakdirkan selepas itu samada meneruskan atau tidak cita-cita tersebut mempunyai
kebaikan dan taufik daripada Allah.

Cara Solat Istikharah

a. Lafaz niatnya:

Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.

b. Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:


 Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
 Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
 Atau;
 Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
 Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

c. Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:

Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan)
kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d. Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang
betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

e. Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah


SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

f. Membaca doa solat sunat Istikharah:

Doa solat sunat Istikharah


"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon
ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan
limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku
tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan
Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya
Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada
agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat,
takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatilah bagiku padanya dan
seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini(sebutkan..) mendatangkan
keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada
cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan
untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

g. Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan


permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya:

“Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).”

h. Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya


agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan
dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan
berpakaian bersih.

i. Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-


Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu
keputusan atau pilihan yang betul.
Wallahua'lam.
Sumber : ISLAM GRID, Doa Harian & shafiqolbu

Moga artikel Cara Mengerjakan Solat Istikharah Yang Betul ini bermanfaat kepada
semua. Sebarang masalah atau kesalahan sila luahkan di ruangan komen di bawah ini.

You might also like