You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN WAN SULAIMAN SIDIQ

JALAN TAMBANG BADAK, 05100 ALOR SETAR


KEDAH DARUL AMAN

MINIT MESYUARAT PENINGKATAN UPSR

BIL. 03/2017

TARIKH : 3 OGOS 2017


HARI : KHAMIS
TEMPAT : SERAMBI AS-SIDDIQ
MASA : 12.45 TENGAH HARI

KEHADIRAN
EN. ZULKIFLI BIN HASSAN (GURU BESAR)
EN. HUSAIN BIN PUTEH (PENOLONG KANAN 1)
EN. GHAZALI BIN MUSA (PENOLONG KANAN HEM)
EN. NORHISYAM BIN MAT DARUS (PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)
PN. NURULHUDA BT PAUZI (SETIAUSAHA PEPERIKSAAN)
CIK NOR HANIM BINTI ISHAK (SETIAUSAHA PENINGKATAN)
PN. NORAZILA BT MOHAMAD (BENDAHARI PENINGKATAN)
EN. MAZWAN BIN ABDUL AZIZ
EN. AHMAD HASSAN BIN KAMIS
PN. SARINA BT RAZAK
PN. SURIANI BT ABDULLAH TAUHID
PN. HASMAH BT HARUN
PN. NORJANNAH BT MD. SHAARANI
PN. RODIYAH BT ISHAK

AGENDA MESYUARAT
1.0 ALUAN PENGERUSI

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

3.0 PERKARA BERBANGKIT

4.0 LAPORAN KEWANGAN

5.0 LAPORAN SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (POST MORTEM UJIAN 1)

6.0 MASALAH DAN LANGKAH INTERVENSI

7.0 HAL-HAL LAIN

1 |m / s
SEKOLAH KEBANGSAAN WAN SULAIMAN SIDIQ
JALAN TAMBANG BADAK, 05100 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN

BUTIRAN MESYUARAT
1.0 ALUAN PENGERUSI
1.1 Tuan Guru Besar selaku pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat
Peningkatan UPSR kali ketiga ini. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua guru
atas peningkatan kelulusan murid sebanyak 10% dalam Percubaan UPSR yang lalu. Beliau
juga berharap dengan kehadiran lebih ramai guru pada mesyuarat kali ini dapat
mencambahkan lagi perkongsian idea dan kepakaran bagi membimbing calon UPSR pada
tahun ini.

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1 Minit Mesyuarat Peningkatan UPSR Bil. 2/2017 dibentangkan untuk disahkan :
Pencadang : Pn. Sarina bt Razak
Penyokong : Pn. Najihah bt Abdul Razak
Makluman : Semua Guru

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Kelas Kepung yang dijalankan setiap hari Ahad, Isnin dan Rabu sehingga jam 10:00
malam terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan. Semua kelas tambahan akan berakhir
selewat-lewatnya jam 3:30 petang.
3.2 ‘Morning drilling’ yang dijalankan sebelum ini akan diteruskan seperti biasa mengikut
jadual yang ditetapkan. Namun, murid Tahun 6 akan diasingkan daripada murid lain dan
latihtubi akan dibuat memfokuskan soalan-soalan UPSR.
3.3 Bacaan Yaasin akan diadakan pada waktu Tasmik.
Makluman : Semua Guru

4.0 LAPORAN KEWANGAN


4.1 Bendahari membentangkan baki wang peningkatan bermula 1 Mac dan berakhir 31 Julai
2017 seperti berikut:
Jumlah kutipan : RM 3744.00
Perbelanjaan : RM 2571.00
Baki : RM 1173.00
4.2 Perbelanjaan lain yang belum dibuat adalah bayaran jubah graduasi sebanyak RM 250,
Akhbar Didik sebanyak RM 350 dan selebihnya akan digunakan untuk bayaran Jamuan
Akhir Tahun/ Majlis Graduasi Tahun 6.
4.3 Tuan Guru Besar memaklumkan tentang token untuk murid sebanyak RM 200 daripada
pihak UEM di dalam akaun PIBG.
Makluman : Semua Guru

2 |m / s
SEKOLAH KEBANGSAAN WAN SULAIMAN SIDIQ
JALAN TAMBANG BADAK, 05100 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN

5.0 LAPORAN SETIAUSAHA PEPERIKSAAN


5.1 Laporan Peperiksaan dibentangkan oleh Setiausaha Peperiksaan, Pn. Nurulhuda bt Pauzi
seperti berikut :
A) Analisis UPSR 2016 dan ETR 2017 :
BIL TIDAK KELULUSAN BIL BIL GPS
CALON HADIR BIL. % 6A 6E
UPSR 2016 41 1 26 60 - 1 3.36
ETR 2017 36 - 23 63.89 1 - 3.00

B) Analisis Kelulusan Sekolah :


UJIAN 1 PERTENGAHAN PERCUBAAN UPSR
TAHUN
PERATUS LULUS 30.56 28.57 38.89
GPS 3.68 3.73 3.37
BIL. MURID LULUS 11/36 10/35 14/36
BIL. MURID GAGAL 25/36 25/35 22/36

C) Analisis Keseluruhan Mata Pelajaran (Percubaan UPSR) :


BIL MATA PELAJARAN PERATUS KELULUSAN GPMP
1 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 100.00 2.71
2 BAHASA MELAYU PENULISAN 100.00 2.43
3 BAHASA INGGERIS PEMAHAMAN 68.57 3.83
4 BAHASA INGGERIS PENULISAN 48.57 4.03
5 MATEMATIK 54.29 3.83
6 SAINS 73.53 3.38

D) Analisis Perincian Mata Pelajaran (Percubaan UPSR) :


TIDAK
BIL CALON A B C D E MENGUASAI
MATA MENGUASAI
BIL GPMP
PELAJARAN
Daftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

BAHASA
1 MELAYU 35 35 0 2 5.71 14 40.00 11 31.43 8 22.86 0 0.00 35 100.00 0 0.00 2.71
PEMAHAMAN

BAHASA
2 MELAYU 35 35 0 12 34.29 5 14.29 9 25.71 9 25.71 0 0.00 35 100.00 0 0.00 2.43
PENULISAN

BAHASA
3 INGGERIS 35 35 0 0 0.00 4 11.43 9 25.71 11 31.43 11 31.43 24 68.57 11 31.43 3.83
PEMAHAMAN

BAHASA
4 INGGERIS 35 35 0 1 2.86 2 5.71 10 28.57 4 11.43 18 51.43 17 48.57 18 51.43 4.03
PENULISAN

3 |m / s
SEKOLAH KEBANGSAAN WAN SULAIMAN SIDIQ
JALAN TAMBANG BADAK, 05100 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN

5 MATEMATIK 35 35 0 5 14.29 2 5.71 3 8.57 9 25.71 16 45.71 19 54.29 16 45.71 3.83

6 SAINS 35 34 1 4 11.76 5 14.71 8 23.53 8 23.53 9 26.47 25 73.53 9 26.47 3.38

E) Calon lulus : 14 orang

F) Calon Near Miss Lulus : 4 orang

BIL NAMA KELAS PENCAPAIAN

1 NUR JULIA NATASYA BINTI MOHAMAD KHAIRUL TEKUN 1[A] 1[B] 3[C] 1[E]

2 NUR AFIZUL B SUKRI TEKUN 2[B] 2[C] 1[D] 1[E]

3 MUHAMMAD RAZIN BIN NOR AZMAN RAJIN 2[C] 3[D] 1[E]

4 MUHAMMAD 'ATIF HAMDANI B MOHD SHUKRI RAJIN 5[D] 1[E]

G) Calon Near Miss Cemerlang : Tiada

Pencapaian Terbaik :

BIL NAMA KELAS PENCAPAIAN

1 MUHAMMAD DANIEL NAJWAN BIN MOHD ROZI TEKUN 4[A] 1[B] 1[C]

2 MURFIQAH BINTI MOHALUDIN TEKUN 4[A] 1[B] 1[C]

Makluman : Semua guru

6.0 MASALAH DAN INTERVENSI


6.1 Bahasa Melayu
6.1.1 Masalah
(i) 6R – tulisan tidak kemas, cuai, kesilapan memilih soalan untuk penulisan
(ii) 6T – tidak kuasai ilmu, lemah soalan pemahaman Bahagian B (tatabahasa), jawapan
kurang sesuai logik akal, tidak pandai menolah peta minda, kata penguat untuk soalan
ulasan sepatutnya tiada, soalan Bahagian C kurang mencabar

6.1.2 Intervensi
(i) Fokus perubahan sikap murid
(ii) Rangka karangan dalam peta minda sebelum tulis
(iii) Cadangan Tuan Guru Besar : Latihtubi soalan percubaan dari negeri-negeri lain untuk
tingkatkan kemahiran menjawab murid

Tindakan : Semua guru terlibat

4 |m / s
SEKOLAH KEBANGSAAN WAN SULAIMAN SIDIQ
JALAN TAMBANG BADAK, 05100 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN

6.2 Bahasa Inggeris


6.2.1 Masalah
(i) Penggunaan ‘grammar’ yang salah
(ii) Ayat yang digunakan kurang gramatis
(iii) Struktur ayat lemah
(iv) Tidak pandai mengaplikasikan ‘vocabulary’ semasa membuat karangan, hanya tahu
mencari maksud sahaja
(v) Kecuaian menjawab soalan

6.2.2 Intervensi
(i) Ulangan beberapa kali menjawab soalan yang sama
(ii) Pembahagian kepada 4 kumpulan kecil mengikut aras murid, yang dibantu oleh 2
orang guru lain selain guru Tahun 6
(iii) Penumpuan untuk penulisan lebih gramatis untuk kelas 6 Tekun
(iv) Cadangan Tuan Guru Besar : Belajar melalui lagu dan wujudkan group whatsapp
Bahasa Inggeris untuk murid berbincang dan menyoal dalam Bahasa Inggeris dengan
rakan dan guru.

Tindakan : Semua guru terlibat

6.3 Matematik
6.3.1 Masalah
(i) Murid kerap ponteng, ketinggalan topik
(ii) Tidak sempat menjawab kesemua soalan
(iii) Cuai, tidak meletakkan unit
(iv) Tidak faham kehendak soalan
(v) Jawapan sepatutnya mengikut jumlah markah. Murid tidak menunjukkan jalan kerja
sepatutnya untuk mendapat markah penuh

6.3.2 Intervensi
(i) Kelas tambahan berfokus yang dipecahkan kepada 4 kumpulan.
(ii) Latihtubi menjawab set soalan yang berteraskan UPSR
(iii) Program bimbingan menjawab soalan bersama rakan sebaya
(iv) Latihan soalan pecahan akan diperbanyakkan

Tindakan : Semua guru terlibat

6.4 Sains
6.4.1 Masalah
(i) Soalan dijawab tidak teliti/ tidak lengkap. Murid tidak fokus pada soalan yang perlu
ditulis ayat penegasan.
(ii) Soalan jenis berkait di mana jika a betul, b salah akan mendapat 1 markah tetapi jika
a salah, b betul tiada markah diberi.

5 |m / s
SEKOLAH KEBANGSAAN WAN SULAIMAN SIDIQ
JALAN TAMBANG BADAK, 05100 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN

(iii) Beberapa murid kelas 6 Tekun kurang mahir menjawab Soalan Kertas 1 tetapi boleh
menjawab Kertas 2 dengan baik

6.4.2 Intervensi
(v) Penggunaan Nota Ringkasan Buku Teks (Tahun 3-6) sebagai buku panduan murid
dan Buku Bijak Sains.
(vi) Kertas 2 – penekanan teknik menjawab soalan KPS dengan menggunakan Modul
KPS (6 modul: Pembolehubah, Pemerhatian dan Inferens, Tujuan, Hipotesis,
Kesimpulan, Meramal)
(vii) Kelas tambahan berfokus yang dipecahkan kepada 4 kumpulan.
(viii) Latihtubi – Akhbar BH DIDIK, buku kerja

Tindakan : Semua guru terlibat

7.0 HAL-HAL LAIN

7.1 Tuan Guru Besar menegaskan supaya murid yang kerap ponteng diberi surat amaran. Jika
cukup 3 kali amaran tanpa respons dan perubahan, murid akan diberi surat berhenti
sekolah.
7.2 En. Ahmad juga menegaskan bahawa waris juga perlu diberi amaran terhadap kehadiran
anak-anak mereka ke sekolah.
7.3 Pn. Nurulhuda memaklumkan bahawa murid Tahun 6 akan menjawab soalan bagi mata
pelajaran teras, Pendidkan Islam dan Moral sahaja semasa Ujian Bulanan ke-2 (Ogos)
nanti. Set soalan Percubaan Negeri Johor akan digunakan untuk mata pelajaran teras
manakala soalan Pendidikan Islam dan Moral perlu disediakan oleh guru sendiri.
7.4 Cik Nor Hanim menyampaikan pesanan En. Johari PPD supaya guru fokus membantu
murid near miss lulus dan near miss cemerlang dalam pecutan terakhir ini.
7.5 En. Gahazali mencadangkan supaya satu taklimat dibuat untuk semua waris murid yang
lulus dan near miss lulus sebagai usahasama untuk mengepung murid-murid berkenaan
semasa belajar di rumah.
7.6 Kelas tambahan hari Sabtu akan diadakan secara berselang seli, bermula jam 8:00 pagi
hingga 10:00 pagi.
Makluman : Semua guru

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.22 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………………….. ………………………………………
(CIK NOR HANIM BT ISHAK)
Setiausaha Peningkatan 2017
SK Wan Sulaiman Sidiq

6 |m / s
SEKOLAH KEBANGSAAN WAN SULAIMAN SIDIQ
JALAN TAMBANG BADAK, 05100 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN

7 |m / s

You might also like