You are on page 1of 7

Bahagian A.

Arahan : Tiap-tiap soalan di bawah diikuti dengan empat jawapan. Pilih jawapan yang tepat
bagi setiap soalan. Bulat dan hitamkan jawaban anda pada ruangan jawaban yang disediakan.

1. Pada tanggal 31 Ogos setiap tahun, kita akan menyambut Hari Kebangsaan dengan penuh
gilang-gemilang kerana?
A. Terima kasih kepada pejuang negara
B. Kemasyhuran bangsa Melayu
C. Keamanan negara berkekalan
D. Tanda penghormatan

2. Kemajuan di bawah telah dicapai oleh negara kita.


• Pertanian
• Pendidikan
• Perindustrian
• Teknologi maklumat
Bilakah kemajuan ini dapat kita nikmati?
A. Zaman penjajahan British
B. Selepas penjajahan Jepun
C. Selepas penjajahan British
D. Semasa penguasaan Siam

3. Perasaan ini wujud apabila kita mengetahui siapa diri, bangsa dan negara kita. Apakah
perasaan tersebut?
A. Individualisme
B. Patriotisme
C. Imperialisme
D. Nasionalisme

4. Mengapakah sejarah perjuangan Tunku Abdul Rahman perlu dipelajari oleh setiap warga
Malaysia?
A. Menghargai kedaulatan
B. Menanam sifat kegigihan
C. Menunjukkan kebanggaan
D. Memupuk keyakinan diri

5. Antara penemuan alat batu pada Zaman Paleolitik di Malaysia ialah


A. Kapak genggam
B. Pisau
C. Lembing
D. Batu Pengasah

2
6. Apakah jenis perdagangan yang dijalankan pada Zaman Neolitik?
A. Perdagangan bebas
B. Perdagangan kawalan
C. Berdagang dengan wang logam
D. Berdagang secara tukar barang

7. Apakah ciri yang dapat membezakan masyarakat Zaman Logam dengan masyarakat Zaman
Neolitik?
I. Hidup secara menetap
II. Menjalankan sistem barter
III. Mempunyai kepercayaan
IV. Mempunyai adat resam
A. I ,II dan III
B. I , II dan IV
C. I , III dan IV
D. II , III dan IV

8. Masyarakat pada Zaman Neolitik mengamalkan cara hidup yang lebih baik.
Mengapakah dianggap sedemikian?
A. Mempunyai ketua
B. Membentuk kerajaan
C. Mempunyai pelabuhan
D. Menjalankan perlombongan

9. Kerajaan Angkor telah membina sebuah kolam air besar yang boleh menampung 30 juta meter
padu air. Apakah nama kolam air tersebut
A. Empangan
B. Saliran
C. Baray
D. Takungan air

10. Kerajaan maritim sangat bergantung kepada sungai. Apakah fungsi sungai kepada kerajaan
maritim?
A. Sebagai sumber air kepada penduduk
B. Sebagai sumber makanan kepada penduduk iaitu ikan
C. Sebagai tapak pembinaan perniagaan
D. Sebagai laluan perdagangan ke kawasan pedalaman

3
11. Parameswara berpendapat bahawa kedudukan Melaka sangat baik kerana berhampiran
dengan laut.
Apakah kelebihan kedudukan tersebut ?
A. Selat Melaka mudah dikawal
B. Tempat laluan kapal dagangan
C. Sistem pertahanan semula jadi
D. Panduan untuk pedagang berlayar

12. Apakah Sistem Pembesar Empat Lipatan?


A. Struktur pentadbiran ekonomi Melaka
B. Struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka
C. Pentadbiran istana Sultan Melaka
D. Strategi pembangunan kerajaan Melaka

13. Mengapakah Melaka diisytiharkan sebagai pelabuhan entrepot? (67)


A. Menjadi tarikan pedagang asing
B. Terletak di tempat yang srategik
C. Mempunyai kemudahan pelabuhan lengkap
D. Tempat pengumpulan dan pengedaran barangan

14. Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka digubal bagi melancarkan sistem
pentadbiran perdagangan Melaka.
Apakah kesan utama pelaksanaan kedua-dua undang-undang ini kepada pedagang asing?

A. Pedagang asing lebih yakin untuk berdagang di pelabuhan Melaka


B. Pedagang asing dapat menjalankan urusniaga tanpa surat kebenaran
C. Pedagang asing dapat membeli barang yang lebih murah
D. Pedagang asing dapat dikecualikan daripada cukai.

15. Masalah perpaduan merupakan salah satu sebab kemerosotan Melaka. Apakah punca
masalah perpaduan tersebut?
A. Persaingan rakyat
B. Kejatuhan kerajaan
C. Pengaruh musuh luar
D. Pertelingkahan pembesar

4
16. Portugis berjaya menguasai jambatan Sungai Melaka pada serangan pertama. Apakah faktor
kejayaan tersebut?
A. Mempunyai tentera ramai
B. Menerima sokongan penduduk
C. Memutuskan bekalan makanan
D. Mendapat maklumat pertahanan

17. Kota Kara telah dibina oleh kerajaan Johor. Apakah tujuan utama bagi pembinaanya?
A. Menjaga keselamatan ibu negeri Johor
B. Memajukan perdagangan negeri Johor
C. Menyediakan kemudahan kepada pedagang asing
D. Menjadi pusat pengumpulan hasil dagangan Johor

18. Laksamana Tun Abdul Jamil merupakan tokoh yang berjasa di Johor. Apakah sumbangan
beliau?
A. Menewaskan tentera Acheh yang cuba menawan Johor.
B. Memperkukuhkan penguasaan Johor terhadap jajahan takluknya.
C. Mematahkan serangan Portugis ke atas Johor.
D. Menjalinkan hubungan diplomatik dengan Siam dan China

19. Jadual 3 berkaitan asal usul Pahang.


Sumber Nama
Tradisi Melayu Pokok Mahang
X Pura
Jadual 3
Apakah X?
A. Rekod India
B. Sejarah Melayu
C. Catatan Arab
D. Catatan China

20. Dalam menguruskan pelabuhan, Kedah mengamalkan Undang-Undang X. Apakah undang


undang X tersebut?
A. Undang-undang 99 Perak
B. Hukum Kanun Melaka
C. Undang-undang Laut Melaka
D. Undang-undang Pahang

5
21. Berdasarkan catatan Portugis dan China,Phang mengeluarkan beberapa jenis hasil.Apakah
hasil tersebut?
A. Beras,bijih timah,hasil hutan
B. Beras, hasil hutan, emas
C. Beras, bijih timah, emas
D. Beras, tembikar, hasil laut

22. Perbilangan adat berikut berkaitan dengan Adat Perpatih.


Bulat anak buah menjadi buapak,
Bulat buapak menjadi lembaga,
Bulat lembaga menjadi penghulu,
Bulat penghulu menjadi raja.

Apakah kesimpulan daripada perbilangan adat tersebut?


A. Pemilihan pemimpin dibuat oleh raja
B. Pelantikan pemimpin berdasarkan warisan
C. Pemilihan pemimpin mengikut suara demokrasi
D. Pembentukan sistem susun lapis masyarakat

23. Senarai berikut berkaitan dengan sistem masyarakat Melayu tradisional.


- Mas
- Kupang
- Pohon pitis
Apakah sistem tersebut?
A. Pertanian
B. Kewangan
C. Perdagangan
D. Perlombongan

24. Maklumat berikut menunjukkan ukuran yang digunakan dalam masyarakat Melayu
tradisional.
5 ½ hasta = 1 jemba
11 jemba = 1 tali
2 tali = 1 panampang

Ukuran tersebut adalah untuk


A. menyukat bijirin
B. mengukur tanah
C. menyukat emas
D. mengukur jarak

6
25. Pembesar di negeri-negeri Melayu diberi kuasa untuk memungut cukai.Apakah kepentingan
hak tersebut kepada pembesar?
A. Melambangkan kekuasaan
B. Menambah sumber kekayaan
C. Menjana pendapatan keluarga
D. Menambah keyakinan dalam istana

26. Dialog berikut mungkin berlaku semasa upacara kerajaan Melayu.

Pembesar : Turunkan bendera kuning itu dan


gantikan dengan bendera putih.
Pengawal : Baiklah Datuk.

Apakah upacara tersebut?


A. Keraian
B. Keputeraan
C. Kemangkatan
D. Keberangkatan

27. Perayaan Hari Gawai diraikan oleh masyarakat Iban di Sarawak pada bulan Jun setiap tahun.
Apakah tujuan sambutan perayaan tersebut?
A. Hari pemujaan
B. Permulaan mencari rezeki
C. Permulaan tahun baharu
D. Tanda Kesyukuran

28. Senarai berikut berkaitan dengan pantang larang etnik Iban.


- Burung Beragai
- Burung ketupung
Apakah pantang larang tersebut?
A. Menangkap ikan
B. Membina rumah
C. Mengadakan majlis perkahwinan
D. Melakukan upacara pengebumian

29. Apakah tujuan utama pendidikan tidak formal disampaikan kepada generasi muda di Sabah?
A. Mengeratkan hubungan
B. Memajukan masyarakat
C. Memberi kemahiran
D. Mengekalkan keharmonian

7
30. Apakah kepentingan pasar tamu selain daripada menjadi tempat orang berurus niaga?
A. Mengadakan perayaan
B. Menjadi kawasan perlancongan
C. Memaparkan kebudayaan etnik
D. Mengeratkan hubungan antara etnik

Ruangan Jawaban Bahagian A.

1. A B C D 21. A B C D
2. A B C D 22. A B C D
3. A B C D 23. A B C D
4. A B C D 24. A B C D
5. A B C D 25. A B C D

6. A B C D 26. A B C D
7. A B C D 27. A B C D
8. A B C D 28. A B C D
9. A B C D 29. A B C D
10. A B C D 30. A B C D

11. A B C D
12. A B C D
13. A B C D
14. A B C D
15. A B C D

16. A B C D
17. A B C D
18. A B C D
19. A B C D
20. A B C D

You might also like