You are on page 1of 5

(a) Syarikat Ray adalah sebuah firma yang mengeluarkan baju berjenama Rays.

Sepanjang bulan Februari 2013, syarikat telah mengeluarkan sebanyak 500 helai
baju Rays. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai aktiviti sepanjang bulan
Februari 2013:

Pembelian bahan langsung


18,000 meter pada RM1.38 semeter RM24,840
Penggunaan bahan bahan langsung
9,500 meter pada RM1.38 semeter RM13,110
Buruh langsung
2,100 jam pada kadar RM9.15 sejam RM19,215

Kos piawai bagi sehelai baju Rays adalah seperti berikut:

Pembelian bahan langsung


20 meter pada RM1.35 semeter RM27
Buruh langsung
4 jam pada kadar RM9.00 sejam RM36
Jumlah kos prima piawai sehelai baju RM63

Dikehendaki:
(i) Hitungkan varians-varians bahan langsung dan varians-varians buruh
langsung. [8]
(ii) Siapakah yang paling mungkin bertanggungjawab terhadap varians bahan
dan varians buruh? [2
(b) Suria Indah menghasilkan 120,000 unit keluaran yang dinamakan Lava. Keluaran ini
dijual dalam pasaran tempatan pada harga RM11.00 seunit. Kos-kos berhubung
dengan pengeluaran dan jualan 120,000 unit keluaran ini adalah seperti berikut:

RM
Bahan langsung 204,000
Buruh langsung 432,000
Overhed kilang berubah 156,000
Overhed kilang tetap 72,000
Komisen jualan 36,000
Angkutan 24,000
Gaji 60,000
Sewa 12,000
Insurans 6,000
Lain-lain 4,500

Satu pesanan khas telah diterima daripada seorang pelanggan asing untuk membeli
25,000 unit Lava pada harga RM6.80 seunit. Sekiranya pesanan khas ini diterima:
(1) Tiada komisen jualan perlu dibayar untuk pesanan khas ini.
(2) Kos angkutan akan bertambah sebanyak RM0.20 seunit untuk mengangkut
25,000 unit yang dipesan.
(3) Sewa dan gaji akan meningkat 20%.
(4) Insurans dan lain-lain kekal sama.

Dikehendaki:
(i) Nasihatkan sama ada pesanan khas tersebut patut diterima atau ditolak. [10]
(ii) Berikan empat faktor kualitatif yang perlu dipertimbangkan jika keputusan
untuk menerima pesanan khas dibuat. [4]
(c) Syarikat Perkilangan Suria Sdn. Bhd. mengeluarkan sejenis alat pengering rambut.
Bagi tahun 2011, syarikat itu dijangka mengeluarkan dan menjual 120,000 unit
pengering rambut. Kos pengeluaran berubah seunit ialah RM16 dan kos tetapnya ialah
RM360,000. Pengurus besar mencadangkan pendekatan kos tokokan untuk
menentukan harga pengering rambut itu pada kos penuh ditokok 20%.

Dikehendaki:
(i) Tentukan harga jualan seunit pengering rambut yang patut ditawarkan oleh
syarikat itu. [3]
Nyatakan tiga faktor kualitatif yang perlu diambil kira oleh pengurus besar syarikat dalam
penentuan harga pengering rambut

(d) Sistem pengekosan tempahan kerja telah digunakan oleh Syarikat Xoxo Bhd.
Syarikat Xoxo Bhd menyerapkan kos overhed dengan menggunakan kadar overhed
pratentu berasaskan jam buruh langsung. Bagi tahun 2015, kos overhed
pengeluaran dianggarkan berjumlah RM25 000 dan jumlah buruh langsung ialah 10
000 jam.

Pelanggan May membuat tempahan 50 unit produk untuk kerja 541. Ia mengambil
masa 1 minggu untuk disiapkan dan telah dihantar kepada May pada 30 November
2015. Ia meilibatkan:
a) Bahan mentah, AA004 yang berharga RM900 dan AA006 yang berharga
RM1100
b) Buruh langsung ialah RM750 dengan kadar RM2.50 sejam
c) Kos overhed sebenar tidak diketahui
Pada hujung tahun, jumlah jam buruh langsung sebenar ialah 12,000 jam dan jumlah
overhed ialah RM27 000.
Anda dikehendaki:

i. Menyediakan Lembaran Kos Kerja yang lengkap [6]


ii. Menyediakan catatan jurnal untuk merekodkan kos bagi kerja 541 [4]
iii. Menghitung overhed terlebih atau terkurang serap [2]
iv. Menyediakan catatan jurnal untuk memindahkan amaun overhed terlebih atau [1]
terkurang serap kepada akaun kos barang dijual.

(e) Nyatakan tiga andaian dalam analisis kos volum untung [3]

(f) Berikut ialah maklumat tentang operasi Resort Indah Permai

1. Kadar sewa bilik penginapan ialah RM130.00 bersih satu malam termasuk
sarapan.
2. Belanja operasi satu malam setiap bilik terdiri daripada kos dobi RM9.50, kos
khidmat pengemas bilik RM5.00, kos sarapan RM15.60 dan kos pelbagai
RM13.80.
3. Susut nilai bangunan penginapan ialah RM60 000 setahun, manakala susut nilai
mesin dan peralatan ialah RM20 000 setahun.
4. Resort Indah Permai mempunyai enam pekerja am dan pentadbiran yang
dibayar gaji berjumlah RM52 000 dan tiga pekerja teknikal dan penyenggaraan
yang dibayar gaji berjumlah RM32 600 setahun.
5. Kos lain berjumlah RM12 400 setahun.

(i) Tentukan bilangan bilik yang perlu disewakan dan hasil sewa yang perlu diperoleh [4]
untuk mencapai titik pulang modal.

(ii) Lakar graf kos volum untung berlabel untuk menunjukkan titik pulang modal pada (i) [2]
di atas.

(iii) Jika 2500 bilik berjaya disewakan setahun, htung peratusan margin keselamatan. [4]
Jelaskan maksud margin keselamatan.

(iv) Jika kos berubah resort itu meningkatkan sebanyak RM7.30 satu malam setiap bilik [4]
dan sewa bilik dinaikkan sebanyak RM15.00 satu malam, hitung bilangan bilik yang
perlu disewakan dan hasil sewa yang perlu diperoleh untuk mencapai titik pulang
modal.

(v) Jika resort itu terpaksa membayar kos pengiklanan sebanyak RM12 000 setahun [3]
untuk memperoleh untung sebanyak RM50 000 setahun, hitung bilangan bilik yang
perlu disewakan setahun.

(g) Berikan maksud kos piawai dan berikan satu contoh kos piawai [3]

(h) Syarikat Perkilangan Angsana menetapkan kos piawai bagi pengeluaran sejenis
produk makanan bayi seperti yang berikut:

Kuantiti piawai bahan mentah seunit 6.5 kg


Kadar piawai buruh langsung sejam RM25
Kos piawai buruh langsung seunit produk RM60

Pada tahun lepas, syarikat itu membeli 15 000 kg bahan mentah dengan kos RM188
500. Semua bahan mentah telah digunakan untuk mengeluarkan 2 300 unit produk.
Kos buruh langsung sebenar untuk tempoh tahun lepas berjumlah RM135 184.
Varians yang berikut telah diperoleh untuk tahun lepas:

Varians kecekapan buruh langsung RM4 000 (Tidak memuaskan)


Jumlah varians bahan RM12 400 (Memuaskan)

Dikehendaki:

(i) Hitung jam piawai buruh langsung seunit dibenarkan [1]

(ii) Tentukan kadar sebenar buruh langsung sejam [4]


(iii) Hitung varians kadar buruh [2]

(iv) Tentukan harga piawai bahan mentah sekilogram [3]

(v) Hitung varians kuantiti bahan [3]

(c) Nyatakan dua faktor yang boleh menyebabkan berlakunya varians kecekapan buruh [4]
langsung tidak memuaskan dan dua faktor yang boleh menyebabkan berlakunya
varians harga bahan mentah yang tidak memuaskan

You might also like