You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN (JKPAK)

BILANGAN 1/2017
SK CHANGKAT LOBAK, 34310 BAGAN SERAI, PERAK

Tarikh : 27 Julai 2017 (Khamis)


Tempat : Bilik Mesyuarat
Masa : 1.45 petang
Pengerusi : Puan Jariah Binti Zaini

Kehadiran
1. Puan Jariah Binti Zaini Guru Besar
2. Puan Norasikin Binti Haron Pegawai Aset
3. Encik Khairul Anuar Bin Sulaiman Pemeriksa Pelupusan
4. Encik Ahmad Fadzil Bin Samsudin Pegawai Pemeriksa, Ketua Panitia B.Melayu,
RBT/TMK
5. Encik Zul Hasymi Bin Abu Bakar Pemeriksa Pelupusan
6. Encik Rasidi Bin Hamjah Juru Audit, Ketua Panitia Sains, Muzik
7. Puan Norhedayatul Akmal Ketua Panitia Bahasa Inggeris
8. Puan Rasidah Binti Abd. Majid Ketua Panitia Matematik, Sejarah
9. Encik Rasidi Bin Hamjah Juru Audit, Ketua Panitia Sains, Muzik
10. Puan Faizah Binti Abd. Rani Ketua Panitia Pendidikan Islam
11. Puan Manal Binti Mohd. Yusof Ketua Panitia Bahasa Arab
12. Puan Harila Binti Sha’ary Ketua Panitia Pendidikan Kesenian
13. Encik Mohd. Nazmi Bin Jasni Ketua Panitia PJ/PK
14. Puan Jamilah Binti Ishak Pegawai Penerima Aset
15. Puan Noraini Binti Abd Rahman Pegawai Penerima Aset
16. Puan Norhidayah Binti Binti Saman Pegawai Penerima Aset

Tidak hadir
1. Puan Norjiha Binti Abu Bakar Cuti Sakit
2. Encik Shafie Bin Shaari Dengan Izin

1. UCAPAN PENGERUSI

Pengerusi memberi salam dan mengalu-alukan kehadiran semua Ahli Jawatankuasa JKPAK ke
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Kali Pertama Bil. 1/2017.

2. MEMBENTANGKAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Minit mesyuarat disahkan oleh En Rosmadi b Mohd Zainal dan disokong sebulat suara.

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 KEW.PA-7
Tindakan menyelaraskan jenis aset dan mencetak semula KEW.PA-7 sedang
dilakukan. Ruang yang masih belum mempunyai KEW.PA-7 telah dikenal pasti dan
dalam tindakan. Unit Aset perlu menyelesaikan perkara ini selewat-lewatnya 30 Jun
2011.
Tindakan : Pegawai Aset

4. MEMBENTANGKAN KEDUDUKAN SEMASA ASET ALIH KERAJAAN

4.1 Pendaftaran Aset


Semua penerimaan aset ini telah didaftar ke dalam KEW PA 2 dan KEW PA 3.
Tindakan susulan Unit Aset ialah mengemaskini rekod KEW PA 7 di Bahagian/Unit
yang menerima aset berkenaan.

4.2 Selenggara Aset


Unit Aset Dan Senggara akan mengambil tindakan penyelenggaraan berdasarkan
borang aduan kerosakan yang diterima. Sehingga kini, Unit Aset Dan Senggara tiada
menerima aduan kerosakan dari guru dan kakitangan sekolah.

4.3 Kehilangan Dan Hapus Kira


Tiada

5. LAPORAN HASIL PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN

Tiada

6. LAPORAN TINDAKAN PELUPUSAN


Tiada

Makluman

7. LAPORAN TINDAKAN SURCAJ / TATATERTIB


Tiada.
Makluman

8. MASALAH-MASALAH BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN ASET ALIH


KERAJAAN

Semua masalah aset alih dan stok bekalan pejabat telah dibincangkan dan dalam proses
tindakan.
Makluman

9. HAL-HAL LAIN

9.1 Pergerakan Aset Alih Kerajaan


Setiap pergerakan aset alih kerajaan di perkhidmatan perlu dilaporkan kepada Unit
Aset & Senggara untuk tujuan pemantauan.
Makluman : Semua Guru

9.7 Penyimpanan Daftar / Rekod Aset


Semua dokumen KEW PA 1 hingga KEW PA 5 perlu disimpan dalam fail kulit keras
dan disimpan dalam kabinet berkunci di Unit Aset Dan Senggara. Unit Aset Dan
Senggara akan menyimpan daftar asal dan salinan dokumen perlu di simpan di lokasi
penempatan. Setiap bahagian dan unit yang terlibat dengan penerimaan aset perlu
mendaftar dan menyelenggarakan maklumat aset tersebut bagi memudahkan
pemeriksaan aset dilakukan.
Tindakan : Guru-guru

9.8 Penempatan Aset


Semua aset perlu berada di lokasi yang telah dinyatakan di dalam daftar aset agar
pemantauan dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Sebarang pergerakan perlu
dilaporkan kepada Unit Aset Dan Senggara.
Makluman

9.9 Pelabelan Aset


Unit Aset dan Senggara perlu membuat semakan label kepada semua aset jabatan
dan mengambil tindakan melabel kepada aset yang masih belum dilabel. Ini
bertujuan untuk memudahkan proses mengenal pasti kewujudan dan penempatan
aset.
Tindakan : Unit Aset & Senggara

9.10 Taklimat Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan


Semua pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan aset
perlu diberikan penerangan lebih khusus berkaitan Pekeliling Perbendaharaan Bil 5
Tahun 2007 agar tidak timbul kekeliruan semasa menjalankan tugas. Ini secara tidak
langsung dapat memperbaiki kelemahan semasa menguruskan aset sekolah.

Tindakan : Unit Aset & Senggara

PENUTUP

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan mesyuarat ditangguhkan pada
jam 5.00 ptg.

Minit disediakan oleh,


(MOHD IDHOPHEE B MOHD SAOAD)
Setiausaha
Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK)

Disahkan oleh,

(PN ROZAIDA BT MAT KASSIM)


Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Panching Kuantan

Tarikh : 17 Jan 2011

You might also like