You are on page 1of 5

1.

0 PENGENALAN

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah


kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang kondusif
dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah sepanjang
menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum atau kerohanian.
Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah juga dapat berjalan
dengan lancar dan sempurna. Salah satu cara yang dapat dijalankan ialah dengan
mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan indah. Oleh itu, guru perlu mengambil
peluang ini bagi menceriakan persekitaran sekolah dan mewujudkan suasana yang
kondusif semasa bekerja dalam kalangan guru.

2.0 RASIONAL

Prasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda utama
serta salah satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah. Persekitaran yang perlu
diwujudkan mestilah bersesuaian dengan warga sekolah yang terdiri daripada guru,
kakitangan sekolah dan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah
mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya diguna
pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Keselesaan
dan suasana yang kondusif digabungjalinkan dengan suasana persekitaran yang
mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra. Secara tidak langsung
tetamu yang melalui kawasan sekolah akan melihat mural serta mengenal motif seni yang
dijadikan mural. Mural yang dibina juga dapat dijadikan wadah yang menonjolkan budaya
sekolah.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Untuk menjadikan laluan sekolah sebagai satu tempat tumpuan yang
menarik dan berinformasi bagi guru-guru, murid-murid dan tetamu yang
berkunjung ke sekolah.
3.2 Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui oleh
pihak sekolah.
3.3 Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan terhadap
sekolah.
3.4 Hasil kerja guru sebagai tanda kenangan di sekolah ini.
3.5 Dapat memberi pengalaman kepada guru dalam proses pelaksanaan
sesebuah projek mural yang melibatkan sebelum, semasa dan selepas.

4.0 TEMPOH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Tempoh : 2 minggu (Mei 2018)


Tempat : Laluan Ilmu Wilson Nyabong

5.0 SASARAN

Pelawat, guru dan murid Sekolah Kebangsaan Lepong Balleh

6.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : En Malang Anak Biat


Penyelaras Projek : Mohd Radziman bin Sulaiman
Penolong Penyelaras : Lau Mee Chung
Setiausaha : Mohd Radziman bin Sulaiman
Reka Grafik : Lau Mee Chung
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Harga/Kos

1 Thinner RM 17.80

2 Masking Tape RM 16.00

3 Roller RM 20.00

4. Cat Hitam RM 90.00

5. Spray Pemati RM 17.00

Jumlah RM 160.80

8.0 SUMBER KEWANGAN

Cat dan berus yang digunakan adalah daripada lebihan daripada aktiviti mural yang
lepas. Selebihnya adalah sumbangan daripada pihak sekolah.
9.0 PERANCANGAN PROJEK

Bil. Aktiviti Bahan Tindakan

Perbincangan mengenai idea


- Radziman dan Lau
1 untuk menceriakan laluan ilmu
Mee Chung
Wilson Nyabong.

2 Pembinaan kertas kerja Kertas kerja - Setiausaha

Perbincangan dan pemilihan


idea bersama pihak pentadbiran
- Pengerusi Projek
2 untuk khidmat nasihat bagi Kertas Cadangan
- Guru Besar
mendapat kelulusan daripada
Guru Besar.

Pemilihan rekabentuk dan warna Tema yang


- Pengerusi Projek
3 yang akan digunakan untuk digunakan adalah
- Guru Besar
tempat itu. lalulintas.

Bahan dan alatan - Radziman dan Lau


4 Projek dimulakan
melukis mural Mee Chung

Kertas - Radziman dan Lau


5 Refleksi dan dokumentasi
Dokumentasi Mee Chung
10.0 PENUTUP

Perancangan kertas kerja projek ini adalah untuk memudahkan pengurusan dokumentasi
terhadap mural yang dibuat dalam kawasan sekolah. Kami berharap projek melukis mural
ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Projek seperti ini akan menjadi satu
pengalaman secara tidak langsung kepada guru mengenai pengurusan keceriaan di luar
bilik darjah justeru membuka mata kepada guru-guru yang lain untuk menceriakan
kawasan sekolah yang masih hambar. Semoga projek yang bakal dilaksanakan ini dapat
menceriakan lagi persekitaran Sekolah Kebangsaan Lepong Balleh.

Disediakan oleh,

…………………………….
(MOHD RADZIMAN BIN SULAIMAN),
PENYELARAS PROJEK.

Disemak dan diluluskan oleh,

…………………………….
(MALANG ANAK BIAT),
GURU BESAR,
SK LEPONG BALLEH
96800 KAPIT.

You might also like