You are on page 1of 14

JMK101 / 4

JMK101TG1

PENGANTAR KESUSASTERAAN

INTRODUCTION TO LITERATURE

Academic Session 2017/2018

TUGASAN TG1

Name RAVI A/L NADARASHAN

Matric No. JM/13275/17

IC No. 820521086959

Regional Centre

House : -
Phone No.
H/P: 014-3006098

820521086959

NOTE :

1. Please use this form as the FRONT COVER of your assignment.


AS : Please use blue colour cover
LR : Please use yellow colour cover
2. Complete all details.

3. Without the barcode, your assignment cannot be recorded by the computer system.

1.0 Pengenalan

Tajuk novel yang dipilih pengkaji ialah Bukan Duniaku yang dihasilkan oleh Aida

Shahira atau nama sebenarnya ialah Hazam Binti Harun dan dilahirkan pada 6 Mac 1971 di

Kelantan. Karya beliau yang lain berupa puisi dan cerpen pernah tersiar di media cetak

dan alam siber, terutamanya diesastera.com. Selain itu, beliau turut menulis

blog diesastera.net.

Novel Bukan Duniaku ini menjadi pilihan utama untuk mengkaji komponan mesej

kesusasteraan kerana plotnya dugubal khas untuk menyampaikan imaginasi penulis yang baru

menamatkan pelajaran dan menunggu alam pekerjaan. Boleh dikatakan penulis sebagai

seorang remaja ingin meninjau pengalaman sebagai individu yang tinggal berasingan dengan

keluarga dan cabaran yang akan dihadapinya.

Novel ini juga sesuai untuk dibuat ulasan kerana setiap mesej yang cuba disampaikan

oleh penulis adalah jelas dan teratur. Idea-idea yang terbit pada minda penulis ini dibentuk
sebagai mesej yang berguna kepada para pembacanya. Setiap penulis sudah tentu ingin

meninggalkan impak tersendiri kepada para pembaca melalui hasil nukilanya dan usaha yang

sama turut dilakukan oleh penulis ini melalui novel ini.

Pemilihan watak secara teliti turut memberi kekuatan kepada mesej yang cuba

disampaikan oleh penulis. Setiap watak dalam novel ini diberi perwatakan yang signifikan

demi menyentuh hati para pembaca.

Mesej yang cuba disampaikan oleh penulis melalui novel ini merangkumi beberapa

aspek yang penting kepada umat manusia iaitu hubungan kekeluargaan, persahabatan, sikap

pengorbanan serta amalan berfikir secara rasioanal sebelum mengambil sesuatu keputusan

ataupun bertindak.

2.0 Sinopsis Novel Bukan Duniaku

Halim, seorang remaja yang baru berusia 15 tahun, bekerja sebagai pencuci kereta

untuk ketua sindiket haram, iaitu Abang Joe. Kesemua wang hasil kerjanya diserahkan kepada

lelaki itu. Abang Joe memeras tenaga remaja yang tidak berumah atau yang lari dari rumah.

Dia mengugut mereka supaya melakukan kerja-kerja haram seperti mencuci kereta dan

menjaga petak letak kereta.

Halim dan rakan-rakan yang senasib dengannya ditempatkan di sebuah pondok usang.

Di situlah mereka menghabiskan masa pada waktu malam. Halim merebahkan badannya yang

lesu akibat melakukan kerja paksaan. Halim bermimpi bahawa dia bertemu dengan ibunya.

Dalam mimpi itu, ibu Halim memberitahu Halim bahawa ayahnya amat marah atas tindakan

Halim lari dari rumah. Halim menjerit-jerit. Saleh mengejutkan Halim. Saleh berkongsi kisah

hidupnya dengan Halim. Saleh terpaksa berhenti sekolah kerana keluarganya hidup susah dan
ayahnya tidak mampu menanggung belanja persekolahannya. Saleh ke bandar dengan niat

untuk mencari pekerjaan bagi membela nasib mereka sekeluarga. Malangnya, Saleh menjadi

mangsa Abang Joe. Saleh pernah diugut dan dipukul kerana cuba melarikan diri. Halim

bersimpati akan nasib yang menimpa Saleh.

Seterusnya, Halim berkenalan dengan seorang pemuda yang bernama Fariz. Fariz

bertanyakan latar belakang Halim. Bagi Fariz, remaja seperti Halim sepatutnya masih

bersekolah. Halim tidak berani berterus terang kepada Fariz tentang keadaan dirinya. Hal ini

demikian kerana Halim bimbang kalau-kalau Fariz merupakan orang bawahan Abang Joe.

Oleh sebab itu, Halim telah berbohong kepada Fariz. Halim memberitahu Fariz bahawa dia

tidak mampu ke sekolah kerana dia orang susah dan terpaksa bekerja untuk membantu ayahnya

yang kurang upaya.

Hubungan saleh dengan Halim semakin akrab. Saleh meminta Halim menceritakan

perkara sebenarnya sehingga dia terperangkap di pondok usang itu. Halim pun mula bercerita.

Halim mengimbas kembali peristiwa dia lari dari rumah. Halim berkecil hati atas sikap ayah

dan ibunya. Halim berasa sangat kecewa apabila ayah dan ibunya terlupa akan hari jadinya.

Bagi Halim, ayah dan ibunya terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikannya. Halim nekad

untuk keluar dari rumah. Ketika merayau-rayau di ibu kota, Halim hampir-hampir disamun

tetapi dia telah diselamatkan oleh Abang Joe. Walau bagaimanapun, Abang Joe bukanlah

sebaik yang disangka oleh Halim. Halim kesal kerana bertindak terburu-buru.

Pada suatu hari, Halim telah dipukul oleh konco-konco Abang Joe kerana Abang Joe

tidak suka Halim berhubung dengan orang luar. Dia bimbang rahsianya mengedar dadah

terbongkar. Saleh yang menemani Halim ke sarang penyembunyian dadah dan ganja itu turut

dipukul dengan teruk. Namun begitu, akhirnya Abang Joe dan konco-konconya telah ditangkap

oleh polis. Fariz yang kononnya seorang kerani di syarikat swasta sebenarnya adalah pegawai
polis dari bahagian narkotik dan jenayah. Halim dan kawan-kawannya yang menjadi mangsa

Abang Joe kembali ke pangkuan keluarga masing-masing. Halim mengutus surat kepada Saleh

dan memberitahu kawan baiknya itu bahawa ayahnya akan menanggung belanja persekolahan

Saleh.

3.0 Mesej Penulis Dalam Novel

Mesej merupakan suatu aspek yang penting yang cuba disampaikan oleh seseorang

pengarang. Dengan menggunakan watak sebagai medium, para penulis cuba menyampaikan

mesej yang mungkin merangkupi kekeluargaan, persahabatan, kealiman, sosio-budaya serta

nilai moral.

3.1 Mesej 1 : Pengorbanan sebagai seorang anak yang bertanggungjawab

Pengorbanan merupakan suatu nilai yang mustahil dilihat pada seseorang. Hanya

sebilangan kecil ataupun invidu tertentu sahaja sanggub mengorbankan sesuatu yang bermakna

kepada diri mereka demi menjamin kesejahteraan pihak lain ataupun seseorang yang dikasihi.

Di dalam novel ini, pengorbanan Saleh sebagai seorang anak yang bertanggungjawab

manyayat hati para pembaca. Saleh bukan sahaja seorang anak yang mulia malah juga

merupakan seorang abang yang baik kepada adik-beradiknya.

Ayah Saleh memberitahu Saleh bahawa beliau tidak mampu menyekolahkan Saleh lagi.

Saleh rela berhenti sekolah kerana tidak mahu membebankan ayah dan ibunya serta ingin

menberi peluang kepada adik-adiknya belajar. Saleh meminta izin daripada ayahnya untuk

pergi ke bandar. Walaupun Saleh tahu tanpa Pendidikan masa depanya tidak menentu namun

dia tidak ada pilihan lain. Dia mahu mencari kerja bagi membela nasib mereka sekeluarga.

Pada mulanya, ayah Saleh tidak membenarkan Saleh ke bandar kerana bimbang sesuatu yang

buruk akan menimpa Saleh. Namun begitu, setelah Saleh memberitahu ayahnya bahawa dia

akan mencari kawannya, Abu maka ayahnya bersetuju melepaskan Saleh.


Saleh, sepertimana pelajar sekolah yang lain telah mempunyai cita-citanya tersendiri

namun apabila tiba masanya untuk memilih diantara cita-citanya ataupun kebahagiaan

keluarga, dia sanggub mengorbankan cita-citanya demi kesejahteraan keluarga yang disayangi.

Saleh lebih mementingkan Pendidikan adik-beradiknya. Dia inginkan masa depan yang cerah

untuk adik-beradiknya dengan mengorbankan masa depan sendiri.

Selain adik-beradiknya yang masih bersekolah Saleh juga terpaksa mengorbankan cita-

citanya demi keselesaan ayahnya. Memahami hakikat bahawa ayahnya memerlukan rehat, kini

beban yang sekian lama dipikul oleh beliau beralih ke bahu Saleh. Walaupun Saleh terpaksa

memikul tanggungjawab yang sangat berat namun dia menerimanya sebagai suatu cabaran

yang harus diharungi demi kesejahteraan ayahnya yang tidak lagi berupaya untuk menjalankan

kehidupan yang biasa.

Mungkin ada yang tidak akan mempedulikan keluarganya dan hanya memfokuskan

kesejahteraan diri sendiri. Pengorbanan Saleh ini tidak mungkin dapat dilihat dikalangan

remaja pada masa sekarang. Mungkin Saleh boleh mengasingkan dirinya daripada keluarga

dan menguruskan dirinya sendiri dengan hasil titik peluh tanpa membimbangkan keluarganya

walaupun terpaksa berhenti belajar, tetapi Saleh sanggub memilih jalan menjamin kebahagiaan

keluarganya.

Nilai pengorbanan yang ada pada diri Saleh ini terserlah apabila walaupun dipujuk oleh

ayanya untuk meneruskan pelajarannya, namun tidak diendahkan oleh Saleh. Bukan kerana dia

seorang anak yang tidak mendengar nasihat ataupun teguran bapanya, tetapi memikirkan

kesusahan serta tekanan perasaan yang akan menghantui kehidupan ayahnya. Bagi Saleh,

ayahnya sudah cukup mengorbankan dirinya demi keluarga dan kini gililiran Saleh untuk

membuat sedemikian.
Jadi, nilai pengorbanan ini bukan sahaja terdapat pada watak Saleh, malah turut

didukung oleh watak ayah Saleh.

3.2 Mesej 2 : Hubungan Persahabatan

Nilai persahabatan merupakan salah satu mesej utama yang cuba disampaikan oleh

penulis melaui novel ini. Penggunaan perkataan ataupun frasa ayat yang selektif membolehkan

beliau mengintepretasikan makna serta nilai persahabatan yang sebenar.

Persahabatan Saleh dan Halim begitu terserlah melalui hasil nukilan penulis. Situasi

serta dialog yang mengandungi perkataan yang selektif dan tepat membolehkan para pembaca

memahami kesucian persahabatan mereka. Para pembaca juga dapat berpeluang untuk

mengetahui cara menjadi seorang sahabat yang baik.

Di dalam novel ini, sebagai seorang sahabat, Halim bersimpati akan nasib Saleh yang

terpaksa berhenti sekolah kerana ayahnya tidak mampu menanggung belanja persekolahannya.

Sebagai seorang sahabat karib, Halim tidak hanya menjadikan Saleh sebagai seorang rakan

yang menjadi pengisi masa di tempat penahanan Abang Joe, malah Halim cuba memahami

situasi sebenar Saleh. Dengan memahami keadaan serta latar belakang Saleh Halim.

Bilamana Halim merindui keluarganya, Saleh sentiasa berada di sisi Halim untuk cuba

memujuknya berhenti risau. Sikap mengambil berat Saleh membolehkan Halim mengurangkan

kebimbangan yang dialaminya dan sentiasa memberanikan dirinya menghadapi ancaman

daripada konco-konco Abang Joe.

Salim menjadikan latar belakang serta kehidupan yang dilalui oleh Saleh sebagai iktibar

untuk dirinya. Halim cuba mempelajari nilai kehidupan serta pengorbanan yang sebenar
daripada Saleh. Bukankah tanggungjawab sebenar seorang sahabat sejati adalah menjadikan

sahabatnya seorang insan yang mulia.

Halim dan Saleh terpaksa menghadapi kekerasaan serta ugutan daripada pihak Abang

Joe, dan setiap kali berlakunya perkara yang tidak diingini sedemikian mereka menjadi ubat

untuk duka sesama sendiri. Kesetiaan Saleh cuba dipaparkan oleh penulis melalui insiden

dimana Abang Joe bertindak untuk menggunakan kekerasaan yang lebih luar biasa. Bagi Saleh

pula, dia begitu setia dan sanggup menemani Halim menemui Abang Joe walaupun sudah

menduka tindakan yang akan diambil oleh Abang Joe terhadap mereka. Dia tidak

meninggalkan Halim sendirian walaupun dia dipukul oleh konco-konco Abang Joe.

Nilai persahabatan ini bukan hanya dapat dilihat diantara Saleh dan Halim malah juga

diantara watak Fariz dan Saleh. Walaupun Fariz cuba menyembunyikan identitinya sebagai

seorang polis dan sedang menjalankan tugas untuk memusnahkan kegiatan Abang Joe, namun

tanpa disedari kisah Saleh telah wujudkan simpati pada Fariz dan cuba mendekati Saleh sebagai

seorang sahabat.

Mesej nilai persahabatan dalam novel ini mencapai puncaknya di bab akhir apabila

Halim melalui bantuan ayahnya menanggung belanja persekolahan Saleh kemudiannya. Bagi

Halim, persahabatan mereka tidak hanya mengalami kesudahan selepas mereka Berjaya

dilepaskan daripada kengkangan Abang Joe tetapi inginkan persahabatn tersebut berterusan

sepanjang hayatnya.

Sebagai seorang sahabat yang bertanggungjawab serta berprihatin, Halim inginkan

masa depan Saleh kembali cerah. Dia memahami hakikatnya, bahawa hanya Pendidikan sahaja

dapat menjamin kesejahteraan masa depan Saleh. Ini menyebabkan Halim bertindak untuk

membantu Saleh kembali kea lam persekolahanya semula.


Hubungan persahabatan yang cuba digambarkan oleh penulis di dalam novel ini,

mendidik para pembaca bahawa persahabatan bukan hanya sekadar berkongsi suka dan duka

malah juga bertanggungjawab atas kesejahteraan sesama sendiri.

3.3 Mesej 3 : Nilai hubungan kekeluargaan

Keluarga merupakan asset terpenting bagi seseorang insan. Erti kehidupan seseorang

insan bermula dari keluarganya. Keluarga yang prihatin menjadikan seseorang insan itu

menjadi lebih mulia. Mesej inilah yang cuba disampaikan oleh penulis bilamana menyentuh

adengan berkenaan keluarga Halim dan Saleh.

Melalui novel ini golongan remaja harus mendapat pengajaran dengan mengamalkan

amalan sayang akan keluarga. Hal ini telah ditunjukkan oleh Saleh yang begitu sayang akan

keluarganya. Dia sanggup berhenti sekolah kerana tidak mahu membebankan ayah dan ibunya

serta ingin memberikan peluang kepada adik-adiknya belajar. Dia juga sanggup pergi ke bandar

untuk mencari kerja demi membela nasib mereka sekeluarga.

Saleh sebagai seorang anak yang bertanggungjawab tidak melupakan tugas berat yang

harus dipikulnya. Saleh inginkan kesusahan yang dilalui oleh ayahnya dikurangkan dan dia

hanya ada satu cara sahaja iaitu berhenti sekolah dan berkerja. Walaupun keputusan Saleh

sangat berat namun bagi Saleh keluarga merupakan harta yang tidak ternilai.

Ayah Saleh yang merupakan seorang ayah yang sentiasa mengambil berat akan

keluarganya sentiasa inginkan masa depan yang terjamin untuk anak-anaknya. Namun takdir

yang tidak diduga menyebabkan beliau terpaksa menyerahkan bebanan yang dipikul kepada

Saleh. Ayah Saleh masih keberatan hati untuk melihat Saleh berhenti sekolah dan cuba
memujuk Saleh supaya tidak bertindak sedemikian. Situasi beliau terpaksa membuatkanya

akur dengan keputusan yang telah diambil oleh Saleh.

Halim, walaupun di awal novel ini mungkin tidak menjadi seorang anak yang baik

kerana melarikan diri dari rumah, namun penulis tidak sanggub untuk mengakhiri watak ini

tanpa menyedari nilai kekeluargaan sebenar. Melihat pengorbanan Saleh demi keluarganya

Halim secara beransur memahami erti sebenar hubungan kekeluargaan. Situasi ini jelas

kelihatan apabila Halim mula merindukan keluarganya sehingga sentiasa bermimpi tentang

keluarganya.

Ayah Saleh pula merupakan suatu watak yang mendidik kita bagaimana seorang insan

itu harus memafkan serta menerima seseorang individu terutamanya ahli keluarga yang pernah

melakukan kesalahan tetapi telahpun insaf. Ini dapat melihat apabila ayah Halim menerima

kembali Halim walaupun anaknya pernah melarikan diri dari rumah tanpa mendengar nasihat

beliau. Bagi beliau, anak yang sudah insaf itu kini mempunyai lebih pengalaman yang

bermakna yang akan membentuk diri anaknya sebagai manusia yang lebih kebal serta insan

yang mulia.

Sebagai seorang ahli keluarga yang baik, adalah penting bagi seseorang individu untuk

memujuk serta menjadi teladan kepada ahli keluarga lain. Ayah Saleh merupakan teladan yang

baik kepada Saleh kerana diripada beliaulah Saleh telah mempelajari erti sebenar pengorbanan.

Pengorbanan beliau untuk keluarganya sangat bermakana sehinggalah beliau ditakdirkan untuk

berehat sepenuhnya kerana tidak berupaya menanggung keluarganya. Ayah Saleh telah berjaya

mewujudkan nilai kekeluargaan pada diri Saleh dan inilah asas kepada kesangguban Saleh

untuk mengorbankan alam persekolahanya demi menanggung keluarganya.

Berkembali semula kepada watak ayah Halim, beliau bukan hanya seorang insan yang

sanggub memaafkan kesalahan ahli keluarganya malah turut mempunyai keyakinan terhadap
mereka. Dengan hanya mendengar rintitan Halim mengenai situasi Saleh beliau sanggub

membantu Saleh untuk meneruskan pendidikannya. Mungkin ayah Halim menolak hasrat

mulia Halim kerana beliau tidak mengenali Saleh sepenuhnya namun beliau dapat memahami

naluri seorang anak yang cuba membantu insan yang berada dalam kesusahan. Keyakinan ini

membolehkan beliau memahami situasi Saleh dengan menaruh kepercayaan terhadap kata-kata

anaknya.

3.4 Mesej 4 : Mengambil keputusan ataupun bertindak dengan betul serta

bertabah mengahadapi dugaan

Melalui novel ini golongan remaja harus mendapat pengajaran dengan mengamalkan

amalan sayang akan keluarga. Hal ini telah ditunjukkan oleh Saleh yang begitu sayang akan

keluarganya. Dia sanggup berhenti sekolah kerana tidak mahu membebankan ayah dan ibunya

serta ingin memberikan peluang kepada adik-adiknya belajar. Dia juga sanggup pergi ke bandar

untuk mencari kerja demi membela nasib mereka sekeluarga.Seterusnya, kita tidak

harus bertindak terburu-buru. Contohnya, Halim yang bertindak terburu-buru keluar dari

rumah semata-mata kerana berkecil hati apabila ibu dan ayahnya terlupa akan hari jadinya telah

menjadi mangsa Abang Joe. Hal ini menyusahkan dirinya sendiri.

Sebagai seorang manusia kita janganlah mudah percaya kepada kata-kata orang yang

tidak kita kenali. Hal ini ditonjolkan oleh Saleh yang membatalkan niatnya untuk mencari

kawannya, Abu semata-mata kerana terpengaruh oleh kata-kata Abang Joe yang menawarkan

pekerjaan yang dapat menjamin kehidupannya akhirnya termasuk dalam perangkap lelaki tidak

berhati perut. Bagi menjamin kerukunan rumah tangga sepatutnya para ibu bapa perlu

memberikan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak supaya mereka

tidak berasa terabai. Dalam hal ini, ayah dan ibu Halim yang terlalu sibuk bekerja

menyebabkan Halim berasa terabai dan bertindak lari dari rumah.


Dalam mengharungi bahtera kehidupan ini kita mestilah tabah menghadapi dugaan.

Sikap yang ditonjolkan oleh Halim dan Saleh yang tabah menghadapi dugaan semasa tinggal

dengan Abang Joe yang tidak berperikemanusiaan dan akan mengarahkan konco-konconya

memukul mereka jika mereka ingkar akan arahannya. Selanjutnya, kita haruslah belajar

daripada kesilapan masa lalu. Contohnya, Halim menyesal kerana bertindak lari dari rumah

dan dia bertekad tidak akan mengulangi kesilapan itu. Dalam menjaga hubungan kita dengan

orang lain, ita haruslah mempunyai semangat setia kawan yang tinggi. Saleh sanggup

menemani Halim berjumpa dengan Abang Joe kerana dia bimbang akan keselamatan kawan

baiknya itu. Malah, Saleh tidak meninggalkan Halim sendirian walaupun dia dipukul oleh

konco-konco Abang Joe.

Demi kebaikan dan tidak bertindak terburu-buru kita perlu bijak dalam menyiasat

sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang. Contohnya, Fariz bijak menyembunyikan

identitinya sebagai pegawai polis dari bahagaian narkotik dan jenayah dalam menyiasat kes

Abang Joe. Sebagai ahli masyarakat sewajarnya kita memberikan kerjasama kepada pihak

berkuasa untuk membenteras jenayah. Hal ini diamalkan oleh Halim dan rakan-rakannya

sanggup menjadi saksi dan memberikan keterangan tentang kegiatan jenayah Abang Joe di

mahkamah. Akhirnya, kita harus membantu golongan yang memerlukan bantuan. Sebagai

contohnya, ayah Halim sanggup menanggung belanja persekolahan Saleh demi masa hadapan

dan menjaga hubungan kedua-dua sahabat karib tersebut.


4.0 Kesimpulan

Dapat disimpulkan bahawa karya novel adalah sebahagian daripada hasil kesusasteraan

moden yang penting dan mulai diminati pelbagai golongan masa kini kerana sentiasa memberi

mesej kepada semua jenis lapisan masyarakat.. Novel umumnya merupakan karya panjang dan

kompleks sifatnya dengan unsur-unsur utama seperti plot, perwatakan, latar dan sudut

pandangan. Lebih terperinci lagi menurut Shahnon Ahmad (1972), novel merupakan satu

rangkuman tiga faktor utama yang bersaling kait antara satu sama lain, iaitu pengalaman

peribadi, realiti rencaman hidup dan imaginas sesorang penulisi yang menyumbangkan kepada

mesej yang bermakna kepada para pembacanya.

Jadi, garapan novel Bukan Duniaku ini sesuai dengan golongan remaja ini memaparkan

sebuah kehidupan remaja yang bernama Halim, Saleh dan rakan-rakan mereka menjadi alat

satu sendiket dadah dan jenayah di Kuala Lumpur ekoran lari dan terjebak dalam kancah

kehidupan yang mencabar ini. Akhirnya membawa kepada penangkapan kumpulan sendiket

diketuai Abang Joe serta membawa kepada pembebasan golongan anak muda ini ke pangkuan

keluarga dan masyarakat selanjutnya. Seperti mana yang telah diperbincangkan di atas,

ternyata novel ini mempunyai nilai dan pengajaran yang terselit di dalam plot cerita novel ini.

Tidak ketinggalan juga ianya mempunyai ciri-ciri kekuatan dan kekurangan tersendiri

sebagai sebuah genre moden yang dihasilkan oleh seseorang individu yang masih banyak
lemah sifatnya dari segi sudut pengkaryaan. Namun, pokok pangkalnya ternyata novel ini telah

memberi pendedahan bahawa ianya memberi mesej yang cukup berguna kepada golongan

terutama remaja agar dapat memperlajari dan menghayati nilai dan pengajaran dari novel ini.

Adalah menjadi harapan agar penghasilan novel seumpama ini atau yang lebih baik lagi mampu

meningkatkan martabat para penulis novel dan sekaligus bidang kesusasteraan secara

keseluruhannya.

You might also like