You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS, FIZIK, KIMIA, BIOLOGI SMK PALONG TUJUH (F)

KALI PERTAMA 2016

TARIKH : 30 DISEMBER 2015


MASA : 3. 45 PETANG
TEMPAT : BILIK GERAKAN

KEHADIRAN GURU :
1. Pn. Kartini Binti Abd. Kadir (Ketua Bidang Sains dan Matematik)
2. En. Muhammad Zahidin Bin Abd. Barri
3. Cik Harmizah Binti Jamaludin
4. Cik Nor Azize Binti Ayob

TIDAK HADIR BERSEBAB :


1. Pn. Normalah Binti Hussin
2. Pn. Rohaida Binti Ikramullah
3. Pn. Norafiah Binti Husin
4. Pn. Zaleha Binti Sulaiman

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru. Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran
semua guru

1.2 Pengerusi mengingatkan semua guru agar terus gigih berusaha dan menjalankan tugas dengan penuh
Integriti bagi meningkatkan prestasi diri dan keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran masing-
masing untuk tahun 2016

Tindakan : Semua Guru

2.0 Perkara Berbangkit

2.1 Tiada perkara berbangkit


Tindakan : Makluman

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Guru Kali Ke-empat 2015

3.1 Cik Harmizah Binti Jamaludin mencadangkan supaya minit mesyuarat guru kali kelima 2015
disahkan

3.2 En. Muhammad Zahidin Bin Abd. Barri menyokong minit mesyuarat guru kali kelima 2015
disahkan

Tindakan : Makluman
4.0 Buku Rekod Mengajar

4.1 Pengerusi mengingatkan semua guru agar melengkapkan buku rekod mengajar dan menghantar
untuk semakan pentadbir pada setiap minggu sehingga hujung tahun

4.2 Buku rekod mengajar hendaklah ditulis mengikut format yang betul

Tindakan : Semua Guru

5.0 Sukatan Pelajaran

5.1 Pengerusi mengingatkan semua guru agar dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
mengikut sukatan dan rancangan pelajaran tahunan yang telah disediakan

5.2 Sukatan pelajaran untuk tingkatan tiga dan lima perlu dihabiskan selewat-lewatnya pada akhir bulan
Julai bagi memberi laluan yang cukup untuk latih tubi sebagai persediaan peperiksaan percubaan
PT3 dan SPM

Tindakan : Semua Guru

6.0 Fail Panitia

6.1 Pengerusi mengingatkan semua ketua panitia untuk menyemak semula dan mengemaskini fail-fail
panitia berdasarkan senarai semak yang telah dikeluarkan sebelum ini

6.2 Kandungan fail-fail panitia adalah bahan bagi tiga tahun terkini sahaja, iaitu bermula dari tahun 2014
hingga 2016

Tindakan : Ketua Panitia

7.0 Bulan Sains dan Matematik

7.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Bulan Sains dan Matematik akan diadakan pada bulan Jun

7.2 Semua aktiviti untuk Bulan Sains dan Matematik akan dibincangkan dalam satu mesyuarat khusus
untuk perkara tersebut yang akan diadakan kemudian

Tindakan : Makluman
8.0 Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)

8.1 Pengerusi mengingatkan semua guru yang terlibat dengan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
untuk tingkatan satu, dua dan tiga supaya melengkapkan semua fail berkaitan dan melaksanakan
pentaksiran seperti yang sepatutnya

8.2 Pengerusi memaklumkan bahawa instrumen bagi pentaksiran PBS perlu disediakan atau diola oleh
guru. Instrumen tidak boleh diambil terus secara total daripada mana-mana buku yang terdapat di
pasaran

Tindakan : Semua Guru

9.0 PLC

9.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pelaksanaan PLC masih diteruskan dan pemilihan guru yang
mengajar dibuat secara giliran

9.2 Bagi tahun 2016, guru yang terlibat untuk PLC adalah En. Muhammad Zahidin Bin Abd. Barri dan
Cik Nor Azize Binti Ayob

Tindakan : Makluman

10.0 Penggubal Soalan Peperiksaan Dalaman

10.1 Penggubal soalan untuk peperiksaan dalaman sekolah bagi tahun 2016 adalah seperti dalam
Lampiran 1

Tindakan : Semua Guru

11.0 Hal-hal Lain

11.1 Tiada

Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang

Disediakan oleh : Disemak oleh :

( Cik Nor Azize Binti Ayob ) ( Pn. Kartini Binti Abd. Kadir )

Setiausaha Panitia Sains KB Sains dan Matematik


MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS, FIZIK, KIMIA, BIOLOGI SMK PALONG TUJUH (F)
KALI KEDUA 2016

TARIKH : 10 MAC 2016


MASA : 3. 00 PETANG
TEMPAT : BILIK GERAKAN

KEHADIRAN GURU :
1. Pn. Kartini Binti Abd. Kadir (Ketua Bidang Sains dan Matematik)
2. En. Muhammad Zahidin Bin Abd. Barri
3. En. Mohd Azhar Bin Daud
4. Cik Nor Azize Binti Ayob
5. Pn. Normalah Binti Hussin
6. Pn. Rohaida Binti Ikramullah
7. Cik Harmizah Binti Jamaludin
8. Pn. Norafiah Binti Husin

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru. Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran
semua guru

Tindakan : Makluman

2.0 Perkara Berbangkit

2.1 Tiada perkara berbangkit


Tindakan : Makluman

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Guru Kali Pertama 2016

3.1 Pn. Normalah Binti Hussin mencadangkan supaya minit mesyuarat guru kali pertama 2016
disahkan

3.2 En. Muhammad Zahidin Bin Abd. Barri menyokong minit mesyuarat guru kali pertama 2016
disahkan

Tindakan : Makluman
4.0 Post-mortem SPM 2015

4.1 Pengerusi mengingatkan membentangkan analisa keputusan SPM 2015 bagi mata pelajaran sains,
fizik, kimia dan biologi. Semua mata pelajaran di bawah bidang sains mengalami penurunan dari
GPMP kecuali kimia. Pengerusi meminta setiap guru yang mengajar SPM tahun 2016
membentangkan laporan post-mortem masing-masing.

4.2 Laporan post-mortem daripada semua guru terlibat adalah seperti berikut :

Guru Mata pelajaran Ulasan


Cik Harmizah Sains (5 IS) Kekuatan :
Binti Jamaludin 1. Pelajar menguasai kandungan pelajaran
dengan baik
2. Pelajar menguasai teknik menjawab soalan
bagi kertas 2

Kelemahan :
1. Pelajar B+ mungkin tidak dapat menjawab
soalan esei dengan baik

Langkah mengatasi :
1. Memperkukuhkan penguasaan teknik
menjawab terutama kertas 2

En. Muhammad Sains (5 IA) Kekuatan :


Zahidin Bin Abd. 1. Pelajar menguasai kandungan pelajaran
Barri dengan baik
2. Pelajar menguasai teknik menjawab soalan
bagi kertas 2

Kelemahan :
1. Pelajar gagal tidak memberi komitmen yang
baik semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dan kelas tambahan

Langkah mengatasi :
1. Memperbanyakkan latih tubi

En. Mohd Azhar Sains (5 IB) Kekuatan :


Bin Daud 1. Pelajar berjaya lulus memberi komitmen
semasa pengajaran dan pembelajaran dan
kelas tambahan

Kelemahan :
1. Terdapat lebih kurang 10 pelajar yang tidak
menguasai kemahiran membaca dan mengira
dengan baik

Langkah mengatasi :
1. Memperbanyakkan latih tubi
Pn. Normalah Fizik (5 IS) Kekuatan :
Binti Hussin 1. Pelajar yang berjaya mampu menguasai
kandungan pelajaran dengan baik

Kelemahan :
1. Pelajar kurang menguasai kertas 2

Langkah mengatasi :
1. Menambahkan bilangan latihan dan teknik
menjawab soalan bagi kertas 2

Pn. Rohaida Binti Kimia (5 IS) Kekuatan :


Ikramullah 1. Pelajar yang berjaya mampu menguasai
kandungan pelajaran dengan baik

Kelemahan :
1. Pelajar kurang menguasai teknik pengiraan

Langkah mengatasi :
1. Memperbanyakkan latihan pengiraan

4.3 Pengerusi memaklumkan bahawa laporan post-mortem bagi mata pelajaran biologi akan difailkan
terus untuk simpanan panitia apabila Pn. Zaleha Binti Sulaiman kembali bertugas selepas cuti
pertengahan semester 1.

4.4 Pengerusi mengharapkan semua guru yang mengajar SPM bagi tahun 2016 dapat menggandakan
usaha agar keputusan bagi semua mata pelajaran di bawah bidang sains dapat diperbaiki bagi tahun
ini.
Tindakan : Semua Guru

5.0 Hal-hal Lain

5.1 Tiada

Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang

Disediakan oleh : Disemak oleh :

( Cik Nor Azize Binti Ayob ) ( Pn. Kartini Binti Abd. Kadir )

Setiausaha Panitia Sains KB Sains dan Matematik

You might also like