You are on page 1of 5

RUKUN ISLAM

 Mengucap dua kalimah syahadah dan menunaikan Haknya.

 Menunaikan solat fardu lima waktu

 Berpuasa pada bulan Ramadan

 Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta

 Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu

RUKUN IMAN
1. Percaya kepada Allah

2. Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul

3. Percaya kepada Malaikat-Malaikat

4. Percaya kepada Kitab-Kitab

5. Percaya kepada Hari Akhirat

6. Percaya kepada Qada' dan Qadar


RUKUN NEGARA

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

 Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya


 Memelihara cara hidup demokratik
 Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara
adil dan saksama
 Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak
 Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

Ikrar
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai
cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

 Kepercayaan kepada Tuhan

 Kesetiaan kepada Raja dan Negara

 Keluhuran Perlembagaan

 Kedaulatan Undang-undang

 Kesopanan dan Kesusilaan


Kata-kata motivasi

1. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya

sendiri.

2. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering

kali ingat apa yang orang lain ada.

3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan

tenaga sedikit pun.

4. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.

5. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih

mempunyai masa depan.

6. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal

kemanisan.

7. Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang

yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.

8. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana

keadaan kita semasa hidup.

9. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.


Peraturan kelas 3 inovatif

. Murid-murid dilarang bising, bermain-main, bergurau, dan mengganggu ketenteraman kelas.


2. Murid-murid tidak boleh makan atau minum di dalam kelas.
3. di papan kenyataan kelas.
9. Murid-murid tidak dibenarkan mengubah kedudukan tempat duduk di dalam kelas tanpa kebenaran
guru.
10. Murid-murid dilarang membawa alatan berbahaya seperti gunting, pisau, dan sebagainya tanpa
kebenaran dan arahan guru.
11. Murid-murid dilarang membawa marker dan cecair pemadam.
12. Semasa menggunakan peralatan yang berbahaya seperti gunting, alatan geometri, pisau dan
sebagainya semasa proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid mestilah mengikuti
sepenuhnya arahan guru. Murid-murid dilarang bergurau-gurau dan bermain-main semasa
menggunakannya.
13. Berhati-hati dengan suis elektrik. Jangan sentuh suis elektrik dengan tangan yang basah. 14.
Jangan cuba membaiki sendiri sebarang peralatan elektrik seperti lampu, kipas, suis, dan punca
elektrik yang rosak. Laporkan kepada pihak pejabat dengan segera.
15. Laporkan dengan serta-merta, sebarang keadaan kecemasan yang berlaku di dalam bilik kelas
kepada guru untuk diambil tindakan.
16. Murid-murid mesti mematuhi arahan guru dari semasa ke semasa supaya keselamatan dan
kebersihan di dalam kelas sentiasa terpelihara.

You might also like