You are on page 1of 5

PERATURAN ACARA JALAN KAKI

Terdapat dua peraturan yang ditetapkan dalam acara lumba jalan kaki. Peraturan
pertama mewajibkan jari kaki belakang peserta tidak boleh meninggalkan tanah
sehinggalah tumit kaki depannya menyentuh tanah. Pelangggaran peraturan
inidikenali sebagai hilang sentuhan atau ‘loss of contact’. Peraturan kedua
memerlukan kaki peserta yang menyokong mesti diluruskan dari titik sentuhan dengan
tanah dan kekal lurus sehinggalah badan peserta melepasi kaki yang menyokong
tersebut.

Peraturan-peraturan ini adalah dinilai oleh mata kasar, yang boleh mengundang
kontroversi semasa peserta-peserta berada dalam keadaan pergerakan yang laju.
Peserta mungkin melakukan kesalahan ‘loss contact’ untuk beberapa milisaat dalam
satu langkahan yang boleh dikesan dengan menggunakan filem kelajuan tinggi, akan
tetapi fasa apungan peserta semasa berlumba adalah tidak mampu dikesan dengan
mata kasar. Peserta perlu mengekalkan keadaan badannya supaya rendah dengan
tanah (mengelakkan fasa apungan) dengan cara mengekalkan ayunan lengannya
dalam keadaan rendah, iaitu dihayun separas punggung. Jika terdapat seseorang
ternampak bahu peserta lumba jalan kaki naik tinggi, hal itu mungkin merupakan satu
tanda bahawa paserta tersebut ‘loss contact’ dengan tanah.

Apa yang menjadikan keadaan pangkal paha berputar secara berlebihan adalah
disebabkan oleh puturan penuh perlvisoleh peserta. Peserta perlu menggerakkan
pelvis ke depan dan juga mengurangkan pergerakan sebelah kaki lagi dalam usaha
untuk mencapai daya landaran ke depan yang maksimum. Kelajuan dicapai dengan
cara melangkah dengan laju iaitu mengantikan kaki yang melangkah secara pantas.
Hal ini akan dapat mengurangkan risiko berlakunya keadaan kaki meninggalkan tanah
(fasa apungan). Langkahan yang dibuat adalah pendek dan pantas, dengan daya
tolakan ke depan datang daripada bebola kaki, yang juga dapat mengurangkan risiko
hilang sentuhan dengan tanah. Peserta lumba jalan kaki bertarah dunia (lelaki dan
perempuan) secara puratanya dapat melakukan bawah tujuh dan lapan minit per batu
(atau bawah empat dan lima minit per kilometer), dalam acara 20 kilometer (12.4 batu)
perlumbaan jalan kaki.
Gambarajah menunjukkan situasi acara lumba jalan kaki 20 kilometer semasa
Kejohanan Olahraga Dunia di Helsinki, Finland. Peserta dua dari kiri dan peserta paling
kanan boleh dilihat melakukan kesalahan ‘loss contact’ dengan tanah.

Teknik betul kesalahan terapung kesalahan membengkok


lutut

(tidak batal) (batal) (batal)


KESALAHAN-KESALAHAN DALAM ACARA JALAN KAKI

1. Kehilangan sentuhan dengan tanah/terapung

Berlaku apabila kedua-dua belah kaki dilihat tidak bersentuhan dengan tanah. Sebelah
kaki sepatutnya kelihatan bersentuhan dengan tanah pada setiap masa.

2. Membengkokkan lutut
Berlaku apabila kaki yang menyokong dihadapan gagal dilihat diluruskan
semasabersentuhan dengan tanah dan juga gagal untuk mengekalkan kaki
yangmenyokongdi hadapan supaya sentiasa lurus sehinggalah badan melepasi
kakiyang menyokong tersebut.

RUJUKAN

Ahmad wafi. 1996. Siri Teras Sukan Olahraga-Balapan. Kuala Lumpur. Goodmark
Enterprise

Howard Payn. 1985. Athletes In Action. London:Pelham Book

Nick Whitehead. 1980. Track Athletics. West Yorkshine.USA: EP Publishing Limited

Internet sources:

http://www.iaaf.org/community/athletics/racewalking/inde x.html

http://www.racewalking.org/

http://www.racewalk.com

https://www.scribd.com/doc/50411320/LUMBA-JALAN-KAKI

You might also like