You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN SULAIMAN II

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


JALAN BATAS BARU 20300 KUALA TERENGGANU

LAPORAN
HARI SUKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN SULAIMAN II

TAHUN 2017

TARIKH :

30 MAC 2017
LAPORAN BERTULIS HARI SUKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN SULAIMAN II 2017

Hari Sukan Sekolah ialah satu acara yang wajib dijalankan pada setiap tahun di Sekolah
Kebangsaan Sultan Sulaiman II. Pada tahun ini, Hari Sukan telah dilangsungkan pada 30 Mac
2017. Acara pula telah bermula dari 26 Mac 2017 lagi bagi memastikan setiap satu acara dapat
diselesaikan tepat pada masanya.

Sebelum Hari Sukan berlangsung, satu mesyuarat telah diatur bagi merancang acara
dan perjalanan hari tersebut supaya berjalan dengan lancar. Mesyuarat yang dikepalai oleh
Guru Besar, Encik Mohd Kaman bin Awang, Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Rosli bin
Long dan Puan Latifah Nor binti Muhamad sebagai Setiausaha Kokurikulum Sekolah, bertujuan
menjelaskan lagi perjalanan program yang perlu diambil cakna oleh setiap guru. Guru-guru
perlu membuat persediaan mengikut peranan masing-masing seperti yang telah ditetapkan.
Persediaan seperti perjumpaan bagi setiap 4 rumah sukan, iaitu rumah Kuning, rumah Hijau,
rumah Biru, dan rumah Merah perlu dilakukan oleh setiap ketua guru rumah sukan. Sesi latihan
setiap rumah sukan juga telah diatur mengikut jadual supaya semua murid dari keempat-empat
rumah sukan berpeluang berlatih sebelum acara sebenar berlangsung. Sehari sebelum hari
sukan bermula, kerja-kerja persiapan terakhir telah dilaksanakan. Contohnya, persiapan
siaraya, padang, kerusi, meja, hadiah, sijil dan sebagainya. Semua guru dan murid telah
berganding bahu menyiapkan kerja-kerja tersebut. Padang sekolah juga telah dihiasi dengan
bendera-bendera kecil yang berwarna-warni. Beberapa gerai gerai minuman dan makanan turut
dibuka sempena hari sukan.

Semasa Hari Sukan berlangsung segala persiapan telah disiapkan. Persiapan dari segi
peralatan sukan, persediaan padang, dan juga khemah rumah sukan telah disiapkan beberapa
hari sebelum tibanya Hari Sukan. Setiap acara dapat dijalankan mengikut jadual yang
ditetapkan. Walaupun begitu, berlaku juga sedikit kelewatan bagi beberapa acara seperti acara
lompat tinggi, lompat jauh dan lari berganti 4X100 meter. Kelewatan ini berpunca daripada
keadaan cuaca yang tidak menentu, hujan kerap turun tanpa petanda dan mencurah-curah
menyebabkan padang tidak selamat untuk digunakan secara segera.

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Yang Dipertua PIBG SK Sultan Sulaiman
II, Tuan Haji Abd Latif bin Ibrahim diiringi kehadiran Tuan Guru Besar, Encik Mohd Kaman bin

1
Awang. Tepat pukul 8.00pagi, semua murid telah beratur mengikut rumah sukan
masing-masing untuk masuk ke padang. Pertama sekali, murid-murid telah menyanyikan lagu
Negaraku. Kemudian, peserta perbarisan bersedia untuk berkawat. Mereka berkawat kaki
mengikut rentak muzik. Yang Dipertua PIBG dijemput untuk menerima tabik hormat daripada
peserta perbarisan. Selepas itu. Ketua Kontinjen membaca ikrar. Tuan Guru Besar memberikan
ucapan aluan-aluan dan seterusnya Yang Dipertua PIBG dijemput menyampaikan ucaptama
perasmian seterusnya merasmikan Hari Sukan SK Sultan Sulaiman II 2017.

Seterusnya, acara sukan yang berbaki telah dimulakan. Ia termasuklah acara sukaneka
tahap satu, acara larian 100 meter, 200 meter dan lari berganti 4X200 meter. Keadaan cuaca
pada hari tersebut sangat baik selain beberapa sudut di padang yang masih lecak akibat cuaca
yang tidak menentu pada hari-hari sebelumnya. Suasana Hari Sukan sangat gemilang dan
meriah dengan tepukan dan sorakan para hadirin.

Sebelum acara berakhir, Guru Besar mengumumkan keputusan keseluruhan temasya


sukan pada hari tersebut. Rumah Merah dinobatkan sebagai Johan dengan mata keseluruhan
sebanyak 167, Naib johan pula dimenangi oleh Rumah Biru manakala Rumah Hijau dengan
mata keseluruhan sebanyak 123 mendapat tempat ketiga dengan mata keseluruhan sebanyak
120. Sebelum bersurai, semua murid dan guru telah bekerjasama membersihkan padang
sekolah. Walaupun berasa penat, namun warga sekolah berasa sungguh gembira kerana Hari
Sukan telah dilaksanakan dengan jayanya.

2
Persediaan Awal Sebelum Berlangsung Hari Sukan

Gambar 1: Guru-guru lelaki bertugas menyiapkan garisan padang

Gambar 2 : Guru-guru lelaki bertugas menyiapkan garisan padang

Sesi Latihan Mengikut Rumah Sukan

Gambar 3: Sesi latihan yang dipantau oleh Ustaz Fariz


Semasa Hari Sukan

3
Gambar 4: Perbarisan Rumah Sukan

Gambar 5: Murid perempuan tahap 1 menyertai acara 4 X 60m

Gambar 6: Acara 4 X 80m Lelaki

4
Gambar 7: Acara bagi ibu bapa yang datang memeriahkan Hari Sukan.

Gambar 8: Perserta cilik Prasekolah menerima hadiah daripada Pn. Priska Ganging Ak
Jegai , Penolong Kanan 1 SK Ulu Ranan

Gambar 9: Pasukan Rumah Merah menjadi juara Hari Sukan Sek Keb Ulu Ranan bagi tahun
2014

5
Gambar 10: Pasukan Rumah Kuning mendapat tempat kedua dan menjadi naib johan.

Gambar 11: Pasukan Rumah Hijau mendapat tempat ketiga

Gambar 12: Pasukan Rumah Biru mendapat tempat keempat


Disediakan oleh, Disemak oleh,

6
............................................................... ..........................................................
( MUHAMMAD IZZUDIN BIN OTHMAN) (DYG. JAMILLAH BT. ABG. WALIP)
Pen. Setiausaha Kurikulum, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
SK Ulu Ranan, Kanowit SK Ulu Ranan, Kanowit

Disahkan oleh,

..............................................................
(EN. ANDREW MAIL AK SANGGONG)
Guru Besar,
SK Ulu Ranan, Kanowit

You might also like