You are on page 1of 5

5)Kejayaan Negara Kita

Ekonomi
Sebelum kemerdekaan, British telah mengamalkan dasar pecah dan perintah dengan
menentukan bidang ekonomi mengikut kaum contohnya, India bertumpu di kawasan ladang getah,
orang Melayu sebagai petani, dan orang Cina sebagai peniaga. Ini telah mengakibatkan ekonomi Tanah
Melayu tidak dapat berkembang and mewujudkan kadar kemiskinan yang tinggi di kawan luar bandar.

Selepas kemerdekaan, Malaysia telah berjaya memajukan ekonomi dengan usaha berterusan yang
penuh dengan semangat kegigihan dan kecekalan. Antara kesannya perkembangan ekonomi Malaysia
ialah keturunan kadar kemiskinan mutlak di Malaysia daripada kadar 42.4% pada tahun 1976 kepada
5.1% pada tahun 2010. Selain itu, bilangan isi rumah miskin di Malaysia juga telah berkurangan dengan
banyak daripada kira-kira 1100000 isi rumah pada tahun 1970 kepada kira-kira 22198 isi rumah pada
tahun 2010.

Dengan perkembangan ekonomi, pelbagai bangunan istimewa yang melambangkan negara kita telah
dibinakan iaitu Menara Kuala Lumpur, Menara Kembar Petronas dan sebagainya. Menara-menara yang
dihasilkan daripada teknologi yang modern telah menunjukkan kekukuhan ekonomi negara.

Di samping itu, Malaysia juga mampu menghasilkan barangan tempatan yang berkualiti seperti kereta
tempatan yang berjenama Proton dan Perodua. Kerjasama antara negara Jepun dengan Malaysia lagi
meningkatkan upaya negara kita untuk menghasilkan kereta yang lebih berkualiti dan harganya yang
rendah. Perodua Myvi yang berkualiti. berharga rendah dan pernah laris dijual di pasaran. Proton Inspira
yang canggih dan berkualiti

Antara kesannya perkembangan ekonomi Malaysia ialah taraf hidup rakyat semakin meningkat dari
setahun ke setahun. Pelbagai kemudahan awam telah disediakan sama ada di luar bandar atau bandar
supaya seluruh rakyat di Malaysia dapat menikmati kemudahan yang sempurna.

Pendidikan
Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, tidak adalah satu sistem pendidikan yang seragam
di Tanah Melayu oleh itu pendidikan vernakular yang diwujudkan oleh British telah diamalkan. Sistem
pendidikan vernakular dilaksanakan mengikut kepentingan kaum tertentu. Setiap sekolah yang didirikan
dahulu merupakan sekolah yang khusus untuk kaum tertentu dan ini menyebabkan kemunculan empat
jenis sekolah iaitu Sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah Tamil, dan Sekolah Inggeris.

Selepas merdeka, pendidikan Malaysia telah diperkembang dengan kemasukan Sabah dan Sarawak
dan pengenalan pendidikan percuma yang menyebabkan pertambahan murid-murid di sekolah rendah
iaitu 44% dalam tempoh 1957 - 1967. Selain itu, beberapa buah pusat latihan harian dan maktab-
maktab yang baru juga ditubuhkan untuk mengatasi kekurangan guru. Contohnya ialah : Maktab Teknik
di Kuala Lumpur, Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim Johor, Maktab Perguruan Gaya,
Sabah, Maktab Perguruan Rajang, Sarawak.

Di Semenanjung Malaysia, latihan guru bagi sekolah menengah dan rendah adalah berasingan.
Latihan-latihan guru dijalankan di Maktab Perguruan Kota Bahru, Maktab Perguruan Sultan Idris
dan Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.
Bagi menambahkan keupayaan guru terlatih maktab latihan harian ditubuhkan di Alor Setarm Taiping,
Ipoh, Teluk Anson(Teluk Intan, Seremban, Melaka, Melaka, Johor Bahru, Kuantan dan Kuala Terengganu.
Jawantankuasa Mengkaji Latihan Perguruan juga telah ditubuhkan pada tahun 1969. Selepas merdeka,
guru lebih terlatih dan menerima latihan yang sistematik dari pusat-pusat latihan guru. Kanak-kana
kewarganegaraan Malaysia mulai masuk Tahun Satu di sekolah rendah pada umur 7 tahun dan
mengikuti persekolahan selama 6 tahun. Selepas itu, ibu bapa bebas menghantar anak-anak ke sekolah
yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Melayu, Cina dan Tamil. Walaubagaimanapun, seluruh
murid-murid sekolah rendah wajib mengikuti KBSR dan murid-murid sekolah menengah wajib mengikuti
PMR dan SPM.
Selepas SPM, pelajar boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat STPM atau di peringkat yang lebih tinggi
contohnya di universiti.

Sistem pendidikan di Malaysia yang semakin berkembang telah menyebabkan banyak sekolah,
universiti, kolej dibina di Malaysia sama ada di bandar ataupun luar bandar supaya semua rakyat dapat
menikmati institusi pendidikan yang tinggi.

Pelancongan

Malaysia merupakan sebuah negeri yang dikelilingi oleh lautan yang luas, dirangkumi oleh hutan
hujan tropika. Oleh itu, tidak hairanlah di negara kita terdapat banyak tempat pelancongan yang
menarik. Selepas kemerdekaan, pelbagai tempat pelancongan yang menpunyai permandangan yang
indah, udara yang segar telah diwujudkan untuk menarik pelancong asing untuk datang melancong di
Malaysia agar nama baik negara kita dapat ditingkatkan. Disebabkan kedudukan yang strategi, negara
kita mempunyai pantai-pantai yang amat putih pasirnya seperti Pulau Ledang, Pulau Ketam, Pulau
Langkawi dan sebagainya. Demi menarik pelancong, hotel yang berkelas tinggi juga dibina di pulau-
pulau tersebut.

Selain itu, Malaysia juga terkenal dengan tempat-tempat bersejarah yang mampu dikekalkan
oleh kerajaan hingga ke hari kini dan telah menarik banyak pelancong asing datang ke negara kita pada
setiap tahun. Setiap tahun, kerajaan berusaha untuk membaiki tempat bersejarah dengan
mengukuhkannya tanpa mengubah kecorakan dan kelihatan asalnya. Usaha ini telah membawa hasil
yang lumayan kepada negara kita. Contohnya tempat bersejarah yang terkenal ialah Kota A' Famosa,
Gejara St. Paul, Kuil Chen Hoon Teng dan sebagainya.
4.)Langkah-langkah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju
Antara langkah-langkah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju ialah kita perlulah
sentiasa bersikap inovatif dan berusaha memperbaiki kelemahan diri supaya dapat membantu
meningkatkan taraf kehidupan.Keamanan dan perpaduan perlulah sentiasa dipelihara kerana kemajuan
sesebuah negara itu dipengaruhi oleh keadaan didalam negaranya. Jika negara kita tidak aman, pelabur
dari negara luar pasti was-was untuk melabur di negara kita.Kita memerlukan pelabur asing untuk
melabur di negara kita untuk mengukuhkan kewangan negara.

Selain itu, faktor pemerintahnya juga diambil kira. Pemerintah yang memerintah negara kita
perlulah seorang yang adil, sentiasa berwibawa,sentiasa berpandangan jauh dan berkebolehan
menjangka perubahan yang bakal berlaku.Hal ini penting untuk memastikan negara kita sentiasa
berkembang mengikut peralihan masa.Seterusnya,kita perlu meneliti dan menghayati perubahan yang
berlaku pada masyarakat lalu dan mengambil iktibar daripada peritiwa yang telah berlaku serta
menjadikannya sebagai inspirasi untuk terus maju.

Selanjutnya, kawasan-kawasan yang strategik yang dapat menarik minat pelancong asing,
bolehlah dimajukan untuk tujuan pelancongan. Hal ini dapat membantu negara dalam mempromosikan
negara kita kepada negara lain. Pusat-pusat pendidikan perlulah dimajukan dan pendidikan haruslah
dijadikan sebagai keutamaan kerana ilmu itu pelita hidup. Para pelajar yang mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan SPM, bolehlah dihantar belajar ke luar negara supaya mereka mendapat
pengetahuan yang lebih mendalam dan lebih terperinci seterusnya dapat memberi serba sedikit ilmu
yang diperoleh ketika berkhidmat kepada negara.

Sektor pengangkutan dan perhubungan perlulah dimajukan seiring dengan kemajuan ekonomi
yang dicapai untuk memudahkan lagi perjalanan kita ke sesuatu destinasi. Selain itu, sekolah-sekolah
yang menawarkan bidang teknikal perlulah ditambah supaya dapat melahirkan lebih ramai lagi tenaga
mahir di dalam negara kita. Seperti yang kita ketahui, teknologi negara asing seperti negara Jepun lebih
canggih daripada negara kita. Oleh itu, kita boleh juga membuat pertukaran teknologi agar negara kita
juga setanding dengan negara mereka.Selanjutnya, seperti yang diketahui umum, zaman sekarang
merupakan zaman kemunculan teknologi-teknologi canggih. Oleh itu, negara kita perlulah
meningkatkan teknologi ICT agar negara kita juga maju seperti negara mereka.

Pihak kerajaan juga bolehlah membantu pengusaha-pengusaha kecil dan usahawan-usahawan


muda dengan memberi wang insentif kepada mereka supaya mereka dapat menggunakan wang
tersebut untuk memajukan perusahaan mereka sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Program-
program yang berkaitan seperti program cara menjadi pengusaha atau usahawan yang berjaya boleh
diadakan untuk memberi panduan kepada para pengusaha dan usahawan untuk memajukan
perusahaan masing-masing
Andaikan anda seorang pemimpin masyarakat di tempat tinggal anda. Anda diberi tanggungjawab
memajukan ekonomi masyarakat yang anda pimpin. Berdasarkan kejayaan British memajukan ekonomi
di Tanah Melayu, apakah ciri-ciri yang boleh anda ambil untuk memajukan ekonomi masyarakat yang
anda pimpin itu? Berikan alasan anda berbuat demikian.

F1 Menggunakan modal yang besar H1 dapat memajukan perusahaan/ pertanian/ perbankan/


perlombongan dengan efektif
F2 Menggunakan teknologi moden dan terkini H2 dapat menjadikan sesuatu pekerjaan dapat dilakukan
dengan cepat/ berkesan
F3 Menjalankan ekonomi pertanian secaraa berskala besar H3 dapat menjimatkan kos pengeluaran dan
keuntungan yang besar
F4 Menjalankan ekonomi atas tujuan untuk eksport ke kawasan lain H4 dapat memberi pekerjaan
kepada penduduk tempatan sekiranya dilakukan secara besar-besaran
F5 Menjalankan sistem pengurusan/ pentadbiran yang sistematik H5 dapat membantu meningkatkan
kecekapan sumber manusia
F6 Menarik pemodal luar ke kawasan H6 dapat membina perusahaan/ perladangan/ perlombongan
dalam skala yang besar
F7 Membawa masuk tenaga pakar H7 dapat membantu membangunkan kawasan dengan adanya
bantuan daripada cerdik pandai
F8 Membawa masuk tenaga buruh murah H8 dapat menjalankan kerja-kerja perburuhan dengan upah
yang minimum
F9 Membangunkan prasarana pengangkutan udara/ darat yang baik H9 dapat memudahkan urusan
pengangkutan barangan untuk tujuan eksport-import
F10 Membina sistem perhubungan yang baik dan terkini H10 dapat menjadikan kawasan tersebut
mudah diakses oleh teknologi maklumat
F11 Mewujudkan bandar pintar H11 dapat menyediakan kemudahan yang sepatutnya wujud dalam
sesebuah kawasan
F12 Memastikan undang-undang negara dipatuhi H12 dapat memberi keyakinan kepada peniaga/
pelabur untuk terus berurusan di kawasan tersebut
F13 Memastikan bekalan bahan makanan mencukupi H13 dapat menjamin keelangsungan hidup
penduduk di kawasan tersebut
F14 Menerima segala perubahan dengan positif H14 dapat menerima budaya baharu dalam kehidupan
dan menyesuaikannya

5. Ekonomi moden yang dibawa oleh penjajah British lebih banyak meninggalkan kesan positif
terhadap ekonomi Malaysia masa kini. Bersetujukah anda dengan pernyataan di atas? Berikan alasan
anda. Bersetuju:
F1 Membawa tanaman baru ke negara kita H1 Getah dan kelapa sawit menjadi salah satu hasil eksport
negara
F2 Ekonomi negara berdasarkan ekonomi pasaran bebas H2 Negara mampu bersaing menjadi negara
maju menjelang tahun 2020
F3 Teknologi baharu yang dibawa menjadikan Malaysia setanding dengan negara luar H3 Keupayaan
negara membangunkan lagi teknologi baharu/ misalnya kaedah penklonan baka getah banyak susu
getah
F4 Negara mampu membina prasarana pengangkutan bertaraf dunia H4 Contohnya KLIA di Sepang, LRT,
Hentian Pudu Raya, Plus Highway
F5 Kewujudan sistem perhubungan bertaraf dunia H5 Kemajuan dalam internet/ dunia tanpa
sempadan/ perbankan internet dsb/ hantar satelit/ Binariang/ Measat/ Tiungsat/ Razaksat
F6 Mampu membina pelabuhan kontena yang baik H6 Tidak memerlukan pelabuhan Singapura untuk
mengeksport bahan dagangan/ Contohnya wujud pelabuhan Tanjung Pelepas/ Pelabuhan Kelang/
Pelabuhan Pulau Pinang/ Pelabuhan Bintulu
P7 Muncul sebagai pengeluar pelbagai dagangan pertanian H7 Pengeluar lada hitam dan gambir antara
terbesar di dunia/ pengeluar tembakar/ kenaf/ nanas P8 Membolehkan Kuala Lumpur menjadi bandar
perdagangan dan perniagaan bertaraf antarabangsa
H8 Banyak syarikat antarabangsa memindahkan ibu pejabat regional mereka ke Kuala Lumpur
F9 Kebolehan institusi perbankan/ insurans menjana ekonomi negara H9 Institusi berkaitan memainkan
peranan penting dalam membangunkan ehwal pemberian kredit/ pemindahan kredit/ bantuan modal/
dan tanggungan liabiliti
F10 Mampu mengubah sikap rakyat tempatan menerima sistem ekonomi moden H10 Rakyat tempatan
terlibat secara langsung dalam sistem ekonomi moden dengan menjadi usahawan/ peniaga/ bankers
dsbnya

You might also like