You are on page 1of 10

Langkah-langkah yang diambil oleh Kejayaan Malaysia dalam sektor ekonomi di

Malaysia dalam usaha untuk memejukan peringkat antarabangsa


ekonomi negara 1.industri petrokimia
1.menguasai pelbagai kemahiran 2.pelaburan dalam bidang petroleum di luar
negara
2.melengkapkan diri dengan ilmu
3.pengangkutan tambang murah
pengetahuan 4.industri pembuatan kapal
3.menjaga keamanan negara 5.industri maritim
4.mengekalkan kedaulatan negara 6.perkidmatan cemerlang peringkat dunia
5.mengukuhkan perpaduan kaum 7.wujud bandar warisan
6.kreatif dan inovatif 8.pengiktirafan UNESCO
7.mengalakkan pelaburan asing 9.Le Tour De Langkawi
8.menambah bilangan tenaga mahir 10.penganjuran hoki piala remaja dunia
9.mengurangkan kerenah biokrasi
10.meluaskan pasaran
11.melakukan penyelidikan dan
pembangunan
12.memperatkan hubungan diplomatik
13.menjadikan negara hub halal
14.menambah intitusi pengajian tinggi
15.meningkatkan kecekapan pentadbiran
kerajaan

(a) Jelaskan cabaran yang dihadapi Malaysia bagi menjamin


kedaulatan negara ( 5markah)
Cabaran yang dihadapi Malaysia bagi menjamin kedaulatan negara ialah ancaman anasir-anasir
luar yang cemburu dengan keharmonian negara Malaysia . Seterusnya , cabaran dalam mengekalkan
perpaduan kaum di Malaysia . Selanjutnya , cabaran bagi memupuk nilai-nilai patriotisme dalam diri
generasi muda agar kedaulatan negara terjamin . Selain itu , cabaran untuk memastikan ekonomi
negara yang kukuh seterusnya dapat menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang kuat dan akhir
sekali cabaran mengekalkan persefahaman antara kaum di Malaysia .

(b) Nyatakan langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas


( 5 markah)
Langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas ialah dengan menyediakan angkatan tentera
yang kuat dan mempertingkatkan kecanggihan teknologi dalam bidang pertahanan .
Seterusnya ,mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royang yang mampu
mengekalkan perpaduan kaum . Selanjutnya , mengadakan sambutan hari kemerdekaan peringkat
sekolah di sekolah masing-masing dan mengadakan pameran biografi tentang pejuang-pejuang yang
gugur di medan perang demi mempertahankan negara. Selain itu , menggalakkan masyarakat Malaysia
terlibat dengan aktiviti yang mendatangkan keuntungan ekonomi seperti berniaga . Akhirnya ,
mengadakan perbincangan antara kaum dalam menyelesaikan sesuatu masalah .
Langkah-langkah membentuk Malaysia sebagai sebuah
negara maju..

Antara langkah-langkah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju ialah kita
perlulah sentiasa bersikap inovatif dan berusaha memperbaiki kelemahan diri supaya dapat membantu
meningkatkan taraf kehidupan.Keamanan dan perpaduan perlulah sentiasa dipelihara kerana kemajuan
sesebuah negara itu dipengaruhi oleh keadaan didalam negaranya. Jika negara kita tidak aman, pelabur
dari negara luar pasti was-was untuk melabur di negara kita.Kita memerlukan pelabur asing untuk
melabur di negara kita untuk mengukuhkan kewangan negara.

Selain itu, faktor pemerintahnya juga diambil kira. Pemerintah yang memerintah negara kita
perlulah seorang yang adil, sentiasa berwibawa,sentiasa berpandangan jauh dan berkebolehan
menjangka perubahan yang bakal berlaku.Hal ini penting untuk memastikan negara kita sentiasa
berkembang mengikut peralihan masa.Seterusnya,kita perlu meneliti dan menghayati perubahan yang
berlaku pada masyarakat lalu dan mengambil iktibar daripada peritiwa yang telah berlaku serta
menjadikannya sebagai inspirasi untuk terus maju.

Selanjutnya, kawasan-kawasan yang strategik yang dapat menarik minat pelancong asing,
bolehlah dimajukan untuk tujuan pelancongan. Hal ini dapat membantu negara dalam mempromosikan
negara kita kepada negara lain. Pusat-pusat pendidikan perlulah dimajukan dan pendidikan haruslah
dijadikan sebagai keutamaan kerana ilmu itu pelita hidup. Para pelajar yang mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan SPM, bolehlah dihantar belajar ke luar negara supaya mereka mendapat
pengetahuan yang lebih mendalam dan lebih terperinci seterusnya dapat memberi serba sedikit ilmu
yang diperoleh ketika berkhidmat kepada negara.

Sektor pengangkutan dan perhubungan perlulah dimajukan seiring dengan kemajuan ekonomi
yang dicapai untuk memudahkan lagi perjalanan kita ke sesuatu destinasi. Selain itu, sekolah-sekolah
yang menawarkan bidang teknikal perlulah ditambah supaya dapat melahirkan lebih ramai lagi tenaga
mahir di dalam negara kita. Seperti yang kita ketahui, teknologi negara asing seperti negara Jepun lebih
canggih daripada negara kita. Oleh itu, kita boleh juga membuat pertukaran teknologi agar negara kita
juga setanding dengan negara mereka.Selanjutnya, seperti yang diketahui umum, zaman sekarang
merupakan zaman kemunculan teknologi-teknologi canggih. Oleh itu, negara kita perlulah
meningkatkan teknologi ICT agar negara kita juga maju seperti negara mereka.

Pihak kerajaan juga bolehlah membantu pengusaha-pengusaha kecil dan usahawan-usahawan


muda dengan memberi wang insentif kepada mereka supaya mereka dapat menggunakan wang
tersebut untuk memajukan perusahaan mereka sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Program-
program yang berkaitan seperti program cara menjadi pengusaha atau usahawan yang berjaya boleh
diadakan untuk memberi panduan kepada para pengusaha dan usahawan untuk memajukan
perusahaan masing-masing
Langkah Malaysia untuk memajukan ekonomi negara
Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh Malaysia dalam usaha untuk memajukan ekonomi
negara ialah dengan menguasai pelbagai kemahiran. Selain itu, masyarakat juga
sepatutnya melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan supaya lebih mahir dalam melakukan sesuatu
perkara. Seterusnya, Rakyat mestilah bersatu padu pihak berkuasabertanggungjawab menjaga
keamanan negara dan mengekalkan kedaulatan negara.

untuk mengukuhkan perpaduan kaum. Rakyat juga perlu bersikap kreatif dan inovatif untuk
menghasilkan produktif yang cemerlang.Kerajaan perlu menggalakkan pelaburan asing di negara kita
untuk menambahkan bilangan tenaga mahir yang terdiri dari rakyat Malaysia. Penduduk Malaysia
harusmengurangkan kerenah biokrasi kerana hal ini akan mencemarkan nama baik negara. Dengan ini
kerajaan dapat meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa dari segi eksport dan import.

Di samping itu, melakukan penyelidikan dan pembangunan juga boleh diambil dalam usaha
menjadikan negara hub halal. Justeru kerajaan dapat memperatkan hubungan diplomatik antara negara-
negara yang maju seperti Korea, Jepun dan Britain. Kerajaan juga perlulah menambah institusi pengajian
tinggi untuk melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan adanya generasi
seperti ini, dapat meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan Malaysia.

LANGKAH MALAYSIA MEMAJUKAN EKONOMI NEGARA

Sebagai lantaran idea yang pertama,kestabilan politik.Sekiranya ditelusuri dari perspektif yang
lain,memastikan keamanan negara.Selain itu,mengurangkan kerenah birokrasi. Di samping itu,kreatif
dan inovetif. Seterusnya, menambah bilangan buruh mahir.Tambahan pula,menaik taraf infrastruktur.
Bukan itu sahaja,memperkukuh pusat kewangan. Selanjutnya,mewujudkan zon perdagangan
bebas.Sementelahan itu, memberikan bantuan modal.Dari sudut lain, meluaskan pasaran dan mencari
pasaran baru.Jikalau dilihat dari perspektif yang berbeza,meluaskan dagangan dua hala.Selain itu,
menjadikan negara hab halal.Di samping itu, memperluas hubungan
diplomatik.Seterusnya,mengadakan pertukaran teknologi. Tambahan pula,menjamin keamanan negara.
Kesan-Kesan Dasar Ekonomi
1. Kewujudan perbandaran: Perkembangan pekan kecil atau kampung kepada sebuah bandar kerana
kegiatan ekonominya. Bandar-bandar ini berfungsi sebagai pusat pentadbiran, pusat perbankan, pusat
perniagaan dan dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan.

2. Pembentukan masyarakat berbilang kaum: British menggalakkan kemasukan buruh asing untuk
menampung keperluan tenagan buruh di Tanah Melayu. Kesannya mewujudkan masyarakat majmuk,
pengasingan kaum dan bahasa pertuturan berbeza.

3. Sistem pendidikan Vernakular: Pendidikan vernakular ialah sistem pendidikan yang menggunakan
bahasa ibunda sebagai bahasa pengangtar masing-masing. Kesannya pelbagai jenis sekolah ditubuhkan
iaitu sekolah Cina, Melayu dan Inggeris. Sistem pendidikannya berorientasikan negara asal mereka.

4. Kemunculan sektor perkilangan: Pada tahun 1920-an beberapa buah kilang telah mula didirikan untuk
pengeluaran yang lebih besar. Contohnya Syarikat Shum Yip Leong telah mendirikan dua kilang kasut
getah di Setapak dan Tapah untuk dieksport ke China.

5. Sistem pengangkutan dan perhubungan: Perkembangan sistem pengangkutan berlaku ekoran


daripada perkembangan sektor perlombongan dan pertanian. Pembinaan landasan keretapi telah
mempercepatkan penghantaran hasil perlombongan seperti bijih timah ke pelabuhan untuk dieksport.
Antara landasan keretapi yang telah dibina ialah: 1885 – menghubungkan Port Weld ke Taiping dan 1889
dari kawasan perlombongan Kuala Lumpur ke Port Swettenham. Jalan raya berturap telah dibina
menggantikan tanah merah dan jalan denai. Telegraf, telepon, perkhidmatan pos, radio dan perkhidmatan
udara juga diperkenalkan.

6. Perkhidmatan kesihatan: Kewujudannya kesan kemasukan buruh asing dan kesukaran mendapatkan
bekalan air bersih. Beberapa hospital dan pusat kesihatan telah dibina seperti di Kuala Lumpur, Perak dan
negeri lain. Institut Penyelidikan Perubatan ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 1990 untuk membuat kajian
mencari langkah-langkah pencegahan. Menubuhkan Sanitary Board untuk menjaga kebersihan bandar.

Kesan kedatangan British terhadap ekonomi di Tanah Melayu.


F1 Penguasaan terhadap pelabuhan utama di kawasan ini mewujudkan satu rangkaian ekonomi
dagangan yang berkembang pesat di kawasan bijih timah dan penanaman getah.
F2 Aktiviti ekonomi Tradisional khususnya di kawasan luar bandar terpinggir dan ketinggalan.
F3 Mewujudkan bentuk ekonomi duaan atau dwiekonomi iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi
dagangan.
F4 Penumpuan aktiviti ekonomi di negeri-negeri pantai Barat mewujudkan ketidakseimbangan
pembangunan dengan negeri-negeri di pantai Timur.
F5 Keuntungan daripada hasil perlombongan bijih timah telah dilaburkan semula untuk meningkatkan
industri perlombongan.
F6 Membawa buruh dari China untuk memenuhi keperluan sektor pertanian dan perlombongan.
CABARAN DALAM WAWASAN 2020
Cabaran Wawasan 2020 menggariskan sembilan (9) cabaran yang menjadi panduan arah dasar luas ke arah
pembentukan sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Matlamat Wawasan 2020 hanya boleh dicapai jika rakyat
Malaysia dapat menghadapi pelbagai halangan yang dianggap sebagai cabaran meliputi pelbagai aspek
pembangunan negara ke arah negara maju sepenuhnya. Enam cabaran daripada sembilan cabaran akan dihuraikan
dengan lebih lanjut seperti berikut: -

ü Cabaran Pertama, pembentukan masyarakat yang bersatu padu. Ianya merangkumi aspek politik iaitu
membentuk sebuah negara bersatu padu yang mempunyai matlamat serupa dan dikongsi bersama
termasuklah membentuk sebuah negara yang sejahtera, bersatu antara wilayah dan kumpulan etnik,
menikmati kehidupan yang harmonis berdasarkan persamaan hak dan keadilan, membentuk bangsa
Malaysia dengan rasa taat setia dan dedikasi terhadap bangsa tersebut.

ü Cabaran kedua, pembentukan masyarakat yang bebas, merdeka dan cemerlang. Cabaran ini adalah
dari aspek minda dan intelek iaitu melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan terbentuk
jiwanya, yakin pada diri, bangga dengan keadaan semasa dan segala yang telah dicapainya serta cukup
tangkas untuk menghadapi segala jenis rintangan. Mempunyai sifat mengejar kecemerlangan, sedar
dan tahu akan potensi, bebas jiwa dan dihormati oleh bangsa lain.

ü Cabaran ketiga, pembentukan masyarakat demokratik yang matang. Cabaran ini adalah dari aspek
politik iaitu memupuk dan membangunkan sebuah masyarakat demokratis yang matang. Termasuklah
mengamalkan suatu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul berasaskan muafakat, musyawarah dan
dapat dicontohi oleh negara-negara membangun yang lain.

ü Cabaran keempat, pembinaan masyarakat yang berakhlak mulia dan utuh. Cabaran ini menyentuh
aspek rohani iaitu mewujudkan sebuah negara yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya. Warganegaranya
berpegang teguh kepada nilai-nilai keagamaan dan kerohanian yang murni dan disertai dengan budi
pekerti yang luhur.

ü Cabaran kelima, pembentukan masyarakat yang toleran. Cabaran ini pula adalah dari aspek minda
dan intelek iaitu pembentukan masyarakat yang matang, liberal dan saling memahami. Semua rakyat
tanpa mengira keturunan dan kepercayaan bebas mengamalkan adat resam, kebudayaan serta
kepercayaan agama masing-masing tanpa rasa tersisih daripada bangsanya.

ü Cabaran keenam, pembentukan masyarakat yang saintifik dan maju. Cabaran kali ini memfokuskan
sejauh mana kemampuan minda dalam pembentukan sebuah masyarakat Malaysia berasaskan sains
dan yang progresif, serta berdaya cipta dan berpandangan jauh. Termasuklah membentuk sebuah
masyarakat yang bukan sahaja memanfaatkan teknologi tetapi turut menyumbang kepada sains dan
teknologi pada masa hadapan.

4.0 PERBINCANGAN
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan bagi menerapkan Wawasan 2020 dalam
perkhidmatan awam. Tiga peranan perkhidmatan awam dalam mencapai Wawasan 2020 yang telah
digariskan oleh kerajaan di masa hadapan iaitu pertama, penggunaan sains dan teknologi canggih
dalam peralatan dan automasi pejabat serta peningkatan penggunaan teknologi maklumat. Penjawat
awam perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu dan kepakaran yang diperlukan agar keupayaan
menggunakan teknologi yang canggih dapat dipertingkatkan. Kedua, penjawat awam dapat
mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran-kemahiran tertentu, mempertingkatkan
ketrampilan dan kualiti keperibadian anggotanya. Ketiga, setiap individu perlu merentasi halangan
mental yang mempunyai tanggapan bahawa keupayaan dan kemampuan adalah terhad. Sebaliknya,
setiap individu perlu bekerja keras, mengkaji kelemahan yang ada dan kegagalan lalu serta mengorak
langkah yang membawa kepada kejayaan. Aspek keyakinan diri penting agar kita sentiasa melakukan
sesuatu perkara dengan telus dan benar. Jika kita takut mengambil risiko, tidak ada kemajuan yang
akan tercapai.

Beberapa cadangan untuk menangani cabaran Wawasan 2020 telah digariskan untuk panduan
umum. Pertama, penjawat awam perlu faham peranan dalam menentukan pencapaian mereka sendiri
iaitu selain daripada pencapaian negara. Kedua, mengenalpasti bidang-bidang yang diperluaskan dan
membuat perbandingan paradigma lampau dan kini. Ketiga, penjawat awam perlu melengkapkan diri
dengan pengetahuan yang tinggi dan meningkatkan kecekapan yang sesuai dengan paradigma baru
serta penuh yakin bahawa mereka mempuyai kebolehan supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus
kemajuan. Keempat, penjawat awam harus bersedia untuk meningkatkan kendiri dan mengekalkan
budaya mesra pelanggan tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. Piagam pelanggan bukan sahaja
dipamerkan tetapi perlu diterapkan dalam perkhidmatan setiap penjawat awam. Kelima, penjawat
awam perlu sentiasa memikirkan hasil dan sumbangan mereka kepada masa depan dan tidak hanya
memikirkan sumbangan kerajaan kepada dirinya. Mereka harus menjalankan tanggungjawab yang
diamanahkan dengan telus dan sempurna di samping mengutamakan koordinasi dalam pasukan untuk
mengubah mentaliti selaras dengan keperluan semasa. Ini akan menyumbang kepada kejayaan
sesebuah organisasi, jabatan dan negara amnya.

Dalam menghadapi cabaran Wawasan 2020, cabaran ekonomi adalah jelas untuk dicapai.
Pembentukan sebuah negara yang bersatu padu, satu bangsa Malaysia, kesetiaan politik dan negara
memerlukan penghuraian lebih terperinci. Bangsa Malaysia adalah bangsa yang bermoral, beragama
dan beretika tinggi. Termasuklah mempunyai penduduk yang mempunyai psikologikal dan ideologi yang
tidak terkongkong, yakin, bangga dan sedar akan potensinya ke arah mencapai kecemerlangan.
Pencapaian matlamat pula memerlukan tindakan dan komitmen dari berbagai dimensi dan peringkat.
a. Cabaran yang pertama ialah membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. Malaysia menjadi
negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum dengan rakyat hidup dalam harmoni,
bekerjasama sepenuhnya secara adil serta didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai
kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Asas kekuatan penting untuk kejayaan sesebuah negara
ialah perpaduan yang menjadi cabaran pertama Wawasan 2020. Semua ini telah dilakukan melalui
pelbagai dasar kerajaan sepanjang tiga dekad lalu seperti Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Ekonomi
Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, dan Dasar Pembangunan Nasional
sebagai usaha mewujudkan perpaduan kaum dan rakyat yang beridentitikan Malaysia.

b. Cabaran kedua ialah membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram, dan keyakinan. Masyarakat
Malaysia mesti dapat dikenali melalui usaha untuk mencapai kecemerlangan, sedar terhadap semua
kemampuan yang ada, tidak mudah mengalah kepada sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain.
Masyarakat Malaysia perlu berbangga dengan pencapaian dan berani menghadapi pelbagai masalah.
Rakyat Malaysia yang memiliki dan menghayati ciri-ciri tersebut akan menjadi sebuah bangsa gagah
yang sentiasa berusaha untuk memajukan negara sehingga dapat mengangkat martabat bangsa dan
negara di persada antarabangsa serta mampu mematahkan serangan musuh dengan mudah.

c. Seterusnya, memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang. Malaysia perlu
mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang dan prinsip demokrasi yang menjadi amalan
boleh dijadikan contoh oleh kebanyakan negara membangun yang lain. Sebuah masyarakat yang
matang dapat dilahirkan sekiranya dipupuk dan dibina. Masyarakat demokratik memiliki kebebasan
untuk memilih kerajaan. Rakyat yang rasional akan menggunakan hak-hak demokrasi dengan bijak.
Perasaan tidak puas hati dan teguran disalurkan melalui saluran tertentu secara berhemah dan bersifat
membina.

d. Selain itu, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika bagi merealisasikan
Wawasan 2020. Etika melibatkan tingkah laku atau perangai yang berkait rapat dengan tabiat dan
kelakuan manusia. Tabiat dibina di atas tiga unsur, iaitu ilmu, kemahiran, dan keinginan. Bagi
membentuk etika yang baik, seseorang perlu mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran, dan keinginan
yang tinggi. Ketiga-tiga unsur penting itu perlu diasah dan dipupuk sekaligus dihayati bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang dinamik dan berusaha untuk meningkatkan hasil kerja yang cemerlang.
Kepatuhan kepada agama, pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang, keberkesanan sistem
pendidikan, dan keunggulan sistem kekeluargaan juga menjadi sumber untuk membina sebuah
masyarakat yang bermoral dan beretika. Falsafah Pendidikan Negara contohnya, bertujuan untuk
melahirkan masyarakat berilmu, berakhlak, seimbang dan harmonis.

e. Cabaran yang kelima ialah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal, dan bertolenrasi.
Masyarakat yang matang mampu berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara melulu. Mereka
akan membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran terbuka menerima perubahan dan
pandangan orang lain. Masyarakat yang bertolenrasi dapat digambarkan melalui kebebasan yang
dianuti oleh setiap rakyat untuk mengamalkan adat resam, kepercayaan, dan kebudayaan masing-
masing tanpa menjejaskan kesetiaan kepada negara. Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan
Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan merupakan langkah ke arah mewujudkan masyarakat yang
matang, liberal dan bertolenrasi.

f. Seterusnya, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang maju dan saintifik. Masyarakat maju
ialah masyarakat progresif yang dapat menyerap segala perubahan persekitaran agar dapat mencapai
kecemerlangan. Masyarakat yang maju tidak boleh terpisah daripada masyarakat saintifik. Penguasaan
ilmu pengetahuan berunsurkan sains dan teknologi merupakan ukuran kemajuan sesuatu bangsa.
Masyarakat yang maju dan saintifik mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti, kreativiti dan
inovatif. Malaysia seharusnya mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan dan
turut sama menyumbang kepada tamadun saintik dan teknologi masa depan.

g. Cabaran ketujuh ialah mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang. Hal ini merujuk kepada
sistem sosial yang meletakkan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan individu dan kebajikan
insan tidak berkisar kepada negara atau individu, tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang
kukuh.Masyarakat penyayang akan hidup muafakat, saling memahami, hormat menghormati dan saling
membantu antara satu sama lain. Masyarakat berbudaya penyayang mengutamakan kepentingan
masyarakat melebihi kepentingan diri sendiri.Asas pembentukan masyarakat penyayang ialah
kepatuhan kepada agama, kasih sayang dalam kekeluargaan dan amalan nilai-nilai murni. Hubungan
sesama manusia dalam masyarakat juga ditekankan dalam agama.Kasih sayang dalam masyarakat
bermula daripada kasih sayang yang terjalin dalam keluarga. Hubungan baik sesama manusia amat
ditekankan dalam agama. Budaya tradisi yang penuh dengan nilai-nilai murni perlu ditonjolkan dan
dihayati semula untuk memupuk masyarakat yang bersifat penyayang.

h. Cabaran seterusnya ialah menjamin masyarakat yang adil dan saksama dalam bidang ekonomi.
Pengagihan kekayaan negara dilaksanakan secara adil dan saksama dengan mewujudkan perkongsian
secara bersama dalam segenap masyarakat. Masyarakat yang dibentuk itu akan menghapuskan
pengenalan kaum yang berdasarkan fungsi ekonomi yang diwarisi dari zaman penjajah serta
kemunduran kaum dari sudut ekonomi. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai rancangan
pembangunan ekonomi untuk menjamin keadilan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat seperti
Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan Rancangan Pembangunan Lima Tahun.

i. Cabaran yang terakhir ialah memupuk dan membina masyarakat yang makmur. Masyarakat
yang makmur ialah masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf hidup
yang tinggi. Masyarakat makmur juga bermaksud tidak ada anggota masyarakat yang hidup
dalam kemiskinan. Pendapatan isi rumah dan pendapatan negara juga berada pada tahap yang
tinggi. Malaysia perlu mempunyai kekuatan ekonomi untuk bersaing, dinamik, giat, dan kental
dalam menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang untuk menjadi masyarakat yang
makmur.
6.NILAI YANG DIAMALKAN OLEH RAKYAT MALAYSIA BAGI MENGEKALKAN KEHARMONIAN
NEGARA MALAYSIA

Antara nilai ialah nilai hormat-menghormati antara satu sama lain.Selain itu,nilai membantu jiran
dalam kecemasan. Di samping itu,nilai bersopan santun dan berbudi bahasa semasa
bertutur.Seterusnya,nilai mencintai keamanan dan keharmonian. Tambahan pula,nilai perpaduan.Bukan
itu sahaja,nilai amanah dalam perhubungan.Selanjutnya,tidak membincangkan isu-isu
sensitif.Sementelahan itu,kunjung-mengunjungi semasa perayaan.Nilai susulan ialah ziarah-menziarahi
sesama jiran yang sakit atau susah.Dari sudut lain, tidak menghasut sehingga menimbulkan
pertelingkahan. Jika dikupas dari perspektif yang berbeza,tidak mengutuk amalan atau kepercayaan
agama dan budaya kaum lain. Seterusnya,mengadakan rumah terbuka semasa perayaan.Tambahan
pula,nilai mematuhi undang-undang. Bukan itu sahaja,menyertai program sempena hari
kemerdekaan.Selanjutnya,tidak terbabit dalam jenayah.

7.8.IKTIBAR KESAN DASAR EKONOMI BRITISH DAN RUMUSAN


Iktibar pertama ialah memajukan negara tanggungjawab rakyat.Selain itu,kita mestilah
mementingkan ilmu pengetahuan. Di samping itu,kita hendaklah menguasai pelbagai
kemahiran. Seterusnya,kita haruslah membangun teknologi. Tambahan pula,rakyat peka
terhadap perubahan. Bukan itu sahaja,kita perlulah bekerja keras.Selanjutnya,kita
patutlah mempertahankan hak. Sementelahan itu,rakyat wajib berdaya saing.Iktibar
susulan ialah rakyat bersatu memajukan negara.Dari perspektif lain, rakyat berani
berubah dan mengambil risiko. Rumusannya ialah pengenalan dasar ekonomi British
bertujuan untuk mengeksploitasi ekonomi negara.Penyediaan infrastruktur hanya untuk
melicinkan kegiatan ekonomi mereka.Kita mestilah memepertahankan kedaulatan negara
untuk mengelakkan penguasaan ekonmi oleh penjajah.Ilmu dan kemahiran teknologi
perlu dikuasai untuk pembangunan negara.Rakyat pa tutlah berusaha memajukan negara
dalam pelbagai bidang.Saya berharap negara akan menjadi negara maju.Rakyat hidup
dengan aman,harmoni dan makmur.
6.7.8.NILAI MURNI DAN IKTIBAR DARIPADA PELAKSANAAN DASAR EKONOMI
BRITISH DAN RUMUSAN
Sebagai lantaran idea y ang pertama,nilai kerajinan berusaha bersungguh -
sunggguh.Selain itu,kita wajib berkemahiran tinggi. Di samping itu, kita perlulah
bersyukur pada kurniaan Tuhan.Seterusnya,kita patutlah memanfaatkan sumber sedia
ada. Tambahan pula, nilai berani mencuba sesu atu yang baru.Bukan itu sahaja,bijak
memanfaatkan peluang. Selanjutnya,bersifat kreatif. Sementelahan itu,rakyat berdaya
saing.Dari perspektif lain,kita mestilah mempunyai jati diri yang tinggi. Jika disingkap
dari sudut yang berlainan,nilai perpaduan yang jitu. Rumusan ialah kolonial British
memperkenalkan ekonomi dagangan di Tanah Melayu.Masyarakat harus sentiasa
mengumpul modal,menguasai teknologi dan berpengetahuan.Pemimpin mestilah
mempunyai perancangan ekonomi yang jelas.Penguasaan semua aspek membole hkan
ekonomi negara terus maju.Masyarakat Malaysia tidak boleh mengambil jalan mudah dan
terus berpuas hati dengan pencapaian yang sedia ada.
6.7.8.NILAI DAN IKTIBAR DARIPADA DASAR BRITISH DAN RUMUSAN
Kita hendaklah mengamalkan semangat patriotik.Selain itu,penguasaan pelbagai ilmu
dan kemahiran. Di samping itu, nilai berani dan berdaya saing.Seterusnya, inovasi dan
kreativiti.Tambahan pula,kita mestilah bergigih usaha. Bukan itu sahaja,rakyat haruslah
membudaya amalan penyelidikan.Selanjutnya, kita patutlah mempelbagai sumber dan
aktiviti ekonomi.Sementelahan itu, kita hendaklah menyelaraskan pengurusan tanah.Nilai
susulan ialah kita wajib menggunakan teknologi baru.Dari sudut berlainan,kita perlulah
mengekalkan kemerdekaaan negara. Sebelum kedatangan British,masyarakat Tanah
Melayu menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi sara diri.Kedatangan British
memperkenalkan ekonomi dagangan dengan penguasaan pelabuhan utama untuk
mewujudkan rantaian ekonomi daganga n yang berkembang pesat.Oleh itu, penguasaan
pelbagai ilmu dan kemahiran adalah penting.Rakyat mesti mempunyai keupayaan
menghasilkan produk berkualiti tinggi,inovasi,kreatif,berani dan berdaya
saing.Maka,harapan untuk menjadikan ekonomi Malaysia lebih cem erlang barulah dapat
dicapai.

4.MANFAAT MALAYSIA PENGENALAN EKONOMI DAGANGAN OLEH BRITISH


Antara manfaat ialah memesatkan rantaian ekonomi dagangan.Selain itu, mewujudkan dwi-ekonomi
iaitu sara diri dan ekonomi dagangan. Di samping itu, kemasukan buruh asing.Seterusnya,kemunculan
masyarakat majmuk. Tambahan pula,perkembangan tanaman. Bukan itu sahaja,perusahaan getah
dikembangkan. Selanjutnya, perkembangan insurans.Sementelahan itu, mengusahakan tanaman
baru.Manfaat susulan ialah pertanian secara ladang.Dari sudut lain, perkembangan pelabuhan untuk
dagangan eksport.
5.PENCAPAIAN MALAYSIA DALAM BIDANG EKONOMI DI PERINGKAT
ANTARABANGSA
Dari segi perindustrian, pembuatan automobil.Selain itu,Zon perdagangan bebas.Dari segi
pertanian,pusat pengeluaran herba. Di samping itu, pengeluar komoditi utama dunia
seperti getah,kelapa sawit dan koko.Dari segi
perlombongan,petrokimia.Seterusnya,carigali minyak.Dari segi pusat kewangan,sistem
bank yang kukuh.Tambahan pula,pusat kewangan Islam.Dari segi sistem pengangkutan
dan perhubungan,industri perkapalan.Bukan itu sahaja,pengangkutan tambang murah
iaitu Air Asia.

You might also like