You are on page 1of 1

Proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran

dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai
untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan
dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan
itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu
tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2)
sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat
adaptasi terhadap pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa
berlanjutan dan tiada mutakhirnya (finality). Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian
tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan
kurikulum yang hendak disampaikan

You might also like