You are on page 1of 3

NAMA : NORSAZALINA BINTI SAPRI

MATRIK :247705

Sebagai pendahuluan dapat disimpulkan sikap bertoleransi dalam agama amat


penting kepada keseimbangan negara pada masa kini. Sikap bertoleransi jugak turut
ditekankan dalam agama Islam iaitu toleransi (tasamuh) atau mahabbah. Ia
menunjukkan prinsip ini boleh mewujudkan keadilan terhadap penganut-penganut
agama lain di dunia. Untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bertoleransi
dalam agamanya kerajaan telah menggubal undang-undang untuk melindungi setiap
pihak dan mengelakkan berlakunya isu sensitiviti dalam beragama. Perkara mengenai
toleransi beragama ini telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia
untuk keharmonian negara ini yang mempunyai pelbagai etnik dari budaya dan agama
yang berbeza. Masyarakat kini ramai yang sedar betapa pentingnya soal menjaga
kerukunan hidup bermasyarakat pelbagai agama dan kaum di negara ini. Oleh itu,
lahirnya masyarakat majmuk di Malaysia yang sering bersatu padu dan dapat
mengelakkan berlakunya penindasan terhadap isu perkauman mahupun beragama
kerana setiap masyarakat sering bertoleransi.

Terdapat pelbagai cabaran dan halangan yang dihadapi oleh masyarakat


pelbagai etnik di negara ini dalam mengekalkan hubungan toleransi beragama. Antara
halangan tersebut adalah kesenggangan generasi di mana semangat
memperjuangkan serta mempertahankan negara semakin luntur. Seterusnya,
hilangnya nilai saling mempercayai dan menghormati antara kaum. Sikap
individualistik semakin menebal di mana masyarakat tidak mengambil berat terhadap
isu sosial dan mudah terpengaruh dengan kehidupan hedonistik yang akan
mengurangkan semangat juang dan meningkatkan sikap agnostic iaitu tidak acuh
terhadap kepentingan agama dalam warga masyarakat. Ini berlaku kerana perubahan
gaya hidup akibat daripada globalisasi dalam sistem komunikasi dan maklumat
antarabangsa. Di samping itu, terdapat sesetengah kaum atau etnik mengamalkan
sikap mendominasi terhadap sesuatu agama telah memburukkan interaksi sosial
masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini akan menimbulkan salah faham, ketegangan
dan persaingan yang berbentuk eksklusivistisme. Eksklusitivisme merupakan
fahaman yang mempunyai kecenderungan untuk memisahkan diri daripada etnik
yang berbeza daripadanya. Dalam pada masa yang sama, konflik perkauman yang
berlaku sering melibatkan isu agama terbabit sekali. Konflik yang berlaku disebabkan
oleh sikap dua muka yang wujud pada setiap agama. Ini menyebabkan berlakunya
antagonisme antara masyarakat berbilang agama. Selanjutnya, tercetusnya fahaman
pluralisme agama iaitu tiada satu pun agama yang tunggal dan eksklusif untuk
menjadi sumber kebenaran, membenar dan menyamatarafkan semua agama yang
diasaskan oleh KesatuanTransenden Agama-Agama. Amalan toleransi bersama di
Malaysia tidak dijalankan secara bersungguh dan telus tetapi hanya bersifat kosmetik
dan boleh mencetuskan perpecahan kaum.

Terdapat beberapa langkah yang boleh dilaksanakan untuk menangani


masalah toleransi beragama untuk mengelakkan berlakunya impak buruk terhadap
negara akibat daripada isu budaya toleransi ini. Pertama, setiap pihak perlu
meninggalkan isu agama yang merupakan isu yang amat sensitive melalui
pendekatan defensif. Kedua, melalui pendekatan ofensif perlu diambil dalam
mewujudkan toleransi beragama di negara dengan mengamalkan sikap saling
menghargai persamaan dan perbezaan yang wujud dalam setiap agama. Seterusnya,
masyarakat berbilang agama dan bangsa perlu memperbanyak dan mempelbagaikan
bentuk interaksi agama dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, pelbagai pihak
yang bertanggungjawab boleh memperbanyakkan program-program berbentuk dialog
dan perbincangan dalam kalangan tokoh-tokoh agama. Program-program yang
bertauliah ini hendaklah diperluaskan bukan sahaja di peringkat sekolah malah di IPT
agar dapat mengawal, membendung dan menghapuskan sikap prejudis dan salah
faham dalam setiap penganut agama terhadap agama lain dengan berkesan pada
kadar segera. Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi harus
memperkasa dan menyeragamkan subjek atau disiplin setiap agama di seluruh
institusi pendidikan di Malaysia. Kerajaan pula boleh memberi fokus kepada semua
warga Malaysia terutama mereka yang tinggal di kawasan pedalaman untuk
memperkukuhkan kefahaman mereka agar menghormati pernyataan yang
terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Tidak lupa juga peranan
media elektroknik dan media massa sebagai satu saluran maklumat yang amat
penting dan berkesan dalam menyampaikan dan menanamkan kefahaman mengenai
toleransi beragama kepada semua lapisan masyarakat terutamanya generasi muda
yang semakin maju dalam arus moden ini. Akhirnya setiap individu memainkan
peranan penting dengan sentiasa bersikap secara kritis dan selektif untuk
menentukan elemen-elemen yang sesuai dan postif dengan budaya tempatan
Malaysia.

Kesimpulannya, berdasarkan pendapat saya segala masalah berhubung


dengan toleransi agama yang dihadapi oleh masyarakat daripada pelbagai agama
dan budaya boleh ditangani sekiranya semua pihak tidak kira sama ada individu,
masyarakat dan kerajaan saling bekerjasama dan giat melaksanakan pelbagai
program dan insentif untuk membanteras isu-isu negatif yang boleh
memecahbelahkan perpaduan kaum dan agama. Ini kerana Islam merupakan agama
yang universal yang mengamalkan nilai-nilai yang positif. Seterusnya, para pemimpin
setiap kaum atau etnik hendaklah menjalinkan hubungan yang baik dengan etnik atau
agama lain untuk mengekalkan keharmonian, kedaulatan dan keselamatan negara
serta menjaga kesucian beragama dalam sesebuah masyarakat. Masyarakat
daripada etnik yang berbeza perlulah mematuhi dan menerima undang-undang atau
dasar-dasar yang ditetapkan dalam Perlembagaan Tanah Melayu agar rakyat dapat
hidup bersatu padu walau berbeza agama, budaya dan warna kulit. Masyarakat
hendaklah mengenepikan isu-isu yang sensitif mengenai perkauman kaum.

You might also like