You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK PERMAI

JALAN PERMAI 24A, KAMPUNG TASEK PERMAI,


68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA PROJEK BACATHON


SK TASEK PERMAI 2018

TARIKH : 14 OKTOBER 2018


HARI : AHAD
MASA : 8.30 PAGI – 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT : DATARAN PERMAI
SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK PERMAI
ANJURAN : PERSATUAN IBUBAPA-GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK PERMAI
KERTAS KERJA :
PROJEK BACATHON SK TASEK PERMAI
01 SEPTEMBER 2018 – 30 SEPTEMBER 2018
Anjuran PIBG SK TASEK PERMAI
Tema: “ Bacathon Menjana Generasi Berilmu “

1. PENGENALAN

Pada tahun 2018 ini, pihak PIBG sekolah dengan kerjasama warga sekolah
telah merancang beberapa aktiviti yang bertujuan untuk memenuhi keperluan
pendidikan anak-anak didik kita. Aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan
melibatkan bidang akademik, kokurikulum dan juga keceriaan serta kemudahan
prasarana sekolah. Namun begitu, semua ini memerlukan perbelanjaan yang agak
tinggi dan peruntukkan yang besar. Bagi menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah
dirancang, pihak PIBG sekolah dengan kerjasama pihak sekolah pada tahun ini
merancang mengadakan Program Aerobikthon 2018. Ini bertujuan untuk mengisi
tabung PIBG sekolah demi menjayakan program-program yang telah dirancang.
Projek ini akan melibatkan penyertaan semua murid, guru-guru, ibu bapa, staf
sokongan, masyarakat setempat, orang perseorangan, dermawan, peniaga, agensi
swasta, NGO dan agensi kerajaan secara sukarela. Secara tidak langsung, Aktiviti ini
juga dapat mengeratkan hubungan baik di antara pihak ibu bapa dan guru.

2. MATLAMAT

1. Mengisi tabung kewangan PIBG untuk membiayai program-program yang telah


dirancang terutamanya untuk pembangunan murid.
2. Mengeratkan hubungan di antara guru, ibu bapa dan masyarakat setempat.
3. Mencetuskan kesedaran tentang pentingnya beriadah untuk kesejahteraan dan
kehidupan seharian.
4. Menyediakan ruang dan saluran untuk semua masyarakat sekolah yang terlibat
secara langsung di dalam program PIBG serta memberi sumbangan secara
terus kepada program ini.
3. OBJEKTIF KHUSUS

1. Menambah pelbagai bahan bacaan dan rujukan bercetak atau media elektronik
di perpustakaan sekolah.
2. Menggalakkan penglibatan murid dalam program Nadi Ilmu Amalan Membaca
(NILAM) yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan.
3. Membiayai program-program kecemerlangan dan inovasi murid.
4. Membaik pulih dan menceriakan kawasan sekolah.

4. TEMPOH AKTIVITI – 01 September 2018 hingga 30 September 2018

5. KUMPULAN SASARAN : 1. Ibubapa


2. Guru-guru
3. Masyarakat setempat

6. KAEDAH PELAKSANAAN

1. Setiap murid akan diberikan sekeping kad aerobikthon dan diminta


menyerahkan kepada ibu bapa masing-masing untuk mencari sponsor.
2. Guru-guru dan semua AJK PIBG diberi kad aerobikthon dan diminta
mencari sponsor.
3. Kad-kad aerobikthon juga akan di edarkan ke agensi-agensi kerajaan dan
swasta di kawasan setempat melalui jawatankuasa dilantik.
4. Derma boleh berbentuk wang tunai, kiriman wang atau cek atas nama PIBG
SEK. KEB. TASEK PERMAI
5. Kad kutipan Aerobikthon hendaklah dipulangkan pada atau sebelum 31
Oktober 2018 kepada guru kelas masing-masing beserta wang kutipan.
6. Guru kelas hendaklah memulangkan kad aerobikthon beserta senarai
jumlah kutipan dan wang kutipan setiap murid kepada Bendahari PIBG
sebelum atau pada 31 Oktober 2018.
7. Kutipan akan dijalankan selama satu (1) bulan dari tarikh pelancaran.

7. CADANGAN AKTIVITI

Antara program-program yang dicadangkan ialah:


1) Program membaca lima minit sehari
Murid-murid akan membaca buku selama lima minit di tapak perhimpunan
setiap pagi sebelum aktiviti perhimpunan pagi berjalan.
2) Pertandingan bercerita Tahap 1 dan 2 serta Pidato Tahap 2
3) Persembahan Bicara Berirama dan Kalam Qura’ni
4) Pameran dan Jualan Buku
5) Jualan makanan dan minuman.
8. ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Seminima yang boleh.


2. Mendapatkan sumbangan hadiah daripada ibubapa, masyarakat, swasta dan
ahli korporat, NGO, peniaga dan orang perseorangan.
3. Mendapatkan sumbangan tajaan oleh syarikat swasta, pemimpin setempat dan
wakil rakyat.
4. Sebarang pembiayaan dalam perlaksanaan aktiviti Bacathon ini akan dibiayai
oleh kutipan yang dibuat melalui projek Bacathon. Walau bagaimanapun, PIBG
akan mendahulukan perbelanjaan diperlukan oleh dana semasa PIBG.

9. INSENTIF GALAKAN

Hadiah akan disediakan bagi sesiapa yang berjaya mendapat kutipan yang tinggi
merangkumi individu, kelas atau kumpulan. Hadiah-hadiah insentif akan diperincikan
kemudian berdasar kutipan terkumpul.

10. MAJLIS PELANCARAN BACATHON

Majlis Pelancaran Bacathon dan penutup akan dijalankan di sekolah pada


14 Oktober 2018 oleh YDP PIBG.
11. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Pn.Sarifah Rafeah bt. Ya’acob

Pengerusi : En. Sharifuddin b Dayan


Naib Pengerusi : En. Zainuddin b Kosnan
Penyelaras
Program : En. Norhisyam b Jaafar

Setiausaha : Pn. Amal Izzati bt Mohd Rasid


Bendahari : Pn. Rafidah bt Idris

Ahli Jawatankuasa:

1. Mohd Nazlan b.Mohamad Najib


2. Mohd Azrizad b. Noor
3. Muhammad Hussaini b. Daud
4. Pn. C.W.Noraimi bt C. W. Abd Hamid
5. Pn. Rebecca Kamala A/p Irathaia Dass
6. Pn. Efa bt Mohamad

AJK Protokol dan Sambutan 1. Pn. Zunaini bt Ramle


1. Pn. Siti Norani bt Salleh 2. Pn. Hasmanie bt Hamzah
2.Pn. Norazila bt Razali 3. Semua Guru Kelas
3.En. Norhisham b Jaafar
AJK Dokumentasi & Fotografi
AJK Hadiah & Sponsor 1. Pn. Rozaina bt Mat Sani
1. Pn.Nur Farah Adlin bt Abd Halim 2.Pn. Nur Syamimi bt Azizan
2. Pn. Liahisma Tusdiana br Ismail
3. Pn. Hasiah bt Derani

AJK Buku Program AJK Sewaan Gerai & Pameran


1. Pn. Shahira bt Salleh 1.Pn. Zarina bt Ariffin
2. Pn. Rosmani bt Ismail 2. En. Hamidon b Abu Bakar
3. Pn. Syafarina bt Sharuddin
4. Pn. Sri Tanjung bt Muhamad

AJK Kutipan Bacathon AJK Bacaan Doa


1. Ust. Asnawi b. Salekan

AJK Promosi
1. Mohd Ikram b Mohd Amin
2. Cik Sangeetha a/p Ragupathy
3. Cik Yusnida bt Mohd Yunus

AJK Persembahan
1. Cik Nurul Syahidah bt Mohamad
Zabri
2. Pn. Noorulhuda bt Mohd Aluwi
3. En. Azizul Hakim b Zakaria

Pengacara Majlis
1. Pn. Azizah bt Daem

AJK Siaraya & Teknikal


1.En. Mohd Abaidi b. Mohamad Noh
2. En. Hasrul b Ismail
3. En. Asnawi b. Salekan
12. SASARAN KUTIPAN BACATHON

Bil Kumpulan Sasaran Pungutan RM Jumlah RM


1. Murid-murid 341 X 100 34100
2. Guru-guru 36 X 100 3600
3. Staf sokongan 4 X 100 400
4 AJK PIBG 9X 300 2700
JUMLAH 40800

13. ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Menambah pelbagai bahan bacaan dan rujukan bercetak atau media


elektronik di perpustakaan sekolah. RM
2. Membiayai program-program kecemerlangan dan inovasi murid. RM
3.
4.

14. PERMIT / KEBENARAN

Kebenaran permit polis akan dipohon di IPD Ampang Jaya.

15. PENUTUP

Semoga Projek Bacaton ini mendapat sokongan semua pihak dan dapat dilaksanakan
seperti yang dirancangkan. Dana yang terkumpul akan digunakan sepenuhnya untuk
mengupayakan ilmu pengetahuan murid dan menjayakan program-program
kecemerlangan khususnya terhadap usaha menyuburkan budaya membaca.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

............................................. ............................................... ...........................................


(AMAL IZZATI BT MOHD RASID) (SARIFAH RAFEAH BT YAA’COB) (SARIFFUDIN BIN DAYAN)
SETIAUSAHA PIBG PENASIHAT PIBG YDP PIBG
SK. TASEK PERMAI SK. TASEK PERMAI SK.TASEK PERMAI

You might also like