You are on page 1of 3

BAB 2

KAJIAN BERKAITAN

Bab ini menjelaskan dan membincangkan mengenai perbezaan guru dalam bidang

Pendidikan Jasmani dengan bukan bidang Pendidikan Jasmani dalam mata pelajaran

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dari segi pelbagai aspek yang telah banyak menarik minat

para pengkaji di merata – rata tempat untuk menyatakan terdapatnya masalah pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dari berbagai-bagai aspek. Berikut adalah

beberapa bentuk kajian dan penulisan mengenainya yang dapat dijadikan panduan dan bahan

rujukan dalam penyelidikan ini.

Kementerian Pendidikan juga telah digesa untuk memilih calon-calon yang benar-

benar berminat dan berkelayakan untuk kemasukan ke Maktab Perguruan Ilmu Khas dalam

bidang pengkhususan. Ini kerana terdapat sebilangan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

yang kurang berminat dan tidak dapat meneruskan matlamat asal setelah mereka menamatkan

kursus tersebut.

Forum Pembangunan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah – sekolah, maktab

– maktab dan institusi – institusi pengajian tinggi dalam Seminar Kebangsaan anjuran

Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Dan Majlis Sukan Negara Malaysia yang

diadakan pada bulan Disember 1972, di Kuala Lumpur. Forum ini telah menimbulkan

masalah yang berkaitan dengan guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

dengan menggunakan pakaian yang tidak sesuai. Oleh itu, para pengetua dan guru besar perlu

mengambil tindakan dan perhatian mengenai hal ini karena dengan berpakaian demikian,

akan menghalang kelancaran gerak-geri guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan.
Menurut Callahan ( 1971 ), persediaan mengajar oleh guru – guru adalah penting

untuk mencapai matlamatnya. Persediaan yang baik dapat menentukan arah dan juga sebagai

panduan guru sepanjang pengajian guru tersebut. Menurutnya lagi, persediaan mengajar

dapat menyakinkan guru untuk menyampaikan sesuatu tajuk pengajaran tanpa meninggalkan

mana-mana aspek yang mustahak dalam pengajaran. Pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Jasmani, peralatan merupakan faktor penting dalam proses penyampaian

pendidikan. Tanpa peralatan yang mencukupi boleh menganggu pengajaran guru di samping

memberi kesan motivasi yang negatif kepada pelajar-pelajar.

Blount ( 1971 ), telah menyatakan bahawa penggunaan peralatan mempengaruhi

pembelajaran. Penggunaan alatan yang mencukupi serta berpengetahuan tentang cara – cara

menggunakannya akan memberi motivasi kepada pelajar untuk belajar. Peralatan yang

mencukupi juga dapat membantu guru dalam mempelbagaikan pengajaran serta memudahkan

pengajaran yang kompleks. Menurutnya lagi guru-guru hanya menambahkan pengetahuan

agar mereka dapat mempelbagaikan gaya pengajaran serta meningkatkan mutu pengajaran

guru itu sendiri.

Earle F. Zeigler dan Marcia J. Speeth ( 1975 ), menyatakan kewangan memainkan

peranan penting dalam pemilihan jenis – jenis aktiviti sukan dan permainan. Mereka

menganggap bahawa kekurangan kewangan untuk pembelian peralatan dan pembinaan

kemudahan adalah langkah yang paling kritikal dalam proses untuk melengkapkan

kemudahan dan peralatan. Oleh itu pengagihan adalah penting untuk menampung keperluan

pendidikan tanpa mengira jenis mata pelajaran di sekolah.

Bagi Daughtrey dan Lewis ( 1979), mereka mengaitkan umur guru – guru Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan dalam menentukan keberkesanan pengajaran yang disampaikan.


Menurut mereka guru – guru sekarang ini berbeza dengan guru – guru zaman dahulu. Guru –

guru sekarang ini menghadapi tanggungjawab yang besar dan bersaing.

Tenaga pengajar sekarang perlu bertanggungjawab dalam menentukan keberkesanan

proses pengajaran. Menurut mereka lagi, pada kebiasaannya guru – guru yang melebihi umur

40 tahun gagal menyampaikan pendidikan yang berkesan kerana tidak dapat mengekalkan

keberkesanan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

You might also like