You are on page 1of 2

PENGENALAN

Seiring kepesatan teknologi, dan gaya hidup yang semakin maju, minda dan
perilaku masyarakat juga berubah. Masyarakat hari ini lebih banyak
meluang masa di laman sosial, ditambah pula kecanggihan peranti dan gajet
menjadikan mesej mampu disampaikan secara pantas.
Viral antara satu fenomena yang semakin mudah tersebar. Dengan
hanya memetik satu kekunci, kita berupaya tergolong sebagai penyebar
maklumat yang kadang kala diragui kesahihannya. Golongan muda tidak
terkecuali sebagai ejen penyebar mesej tersebut.Aplikasi sosial yang popular
seperti Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp adalah medium yang
sering digunakan dan mempunyai ramai pengguna berdaftar di Malaysia
berbanding beberapa aplikasi lain dalam menggalakkan fenomena ini
merebak.
Sungguhpun isu viral banyak dilihat dari sudut negatif, namun ada
juga sisi positif yang membawa kebaikan.Pendapat ini dinyatakan Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr
Asyraf Wajdi Dusuki dalam kolumnya di ruangan Cetusan - Sinar Harian
pada 24 Februari lalu.Beliau berpendapat, amat dangkal jika ada yang
mengeluh marah dengan aplikasi media sosial ini atau ingin sewenangnya
mencadangkan diharamkan terus penggunaannya.
Menurutnya, pelbagai media sosial kini hanyalah alat yang boleh
dimanfaatkan untuk kebaikan atau sebaliknya. Analoginya seperti sebilah
pisau yang boleh sahaja digunakan untuk perbuatan mungkar seperti
membunuh dengan cara yang tidak sah ataupun dimanfaatkan untuk
kebaikan seperti memotong daging untuk disedekahkan kepada yang
memerlukannya.
Tambahnya, aplikasi media sosial seperti Facebook, WhatsApp,
Instragram dan Telegram, boleh sahaja digunakan untuk penyebaran ilmu
dan dakwah hingga seseorang itu mampu mengumpulkan pahala jariah yang
berterusan sehingga hari kiamat walaupun jasadnya sudah mati.Sebaliknya
jika aplikasi media sosial hari ini dijadikan alat penyebaran berita-berita
tidak benar mahupun maklumat-maklumat berupa fitnah atau ghibah,
nescaya kita boleh terjerumus dalam kancah dosa-dosa jariah atau istilah
yang digunakan oleh Imam Al-Ghazali sebagai maksiat jariah.

You might also like