You are on page 1of 6

Kentucky Fried Chicken

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kentucky Fried Chicken

Jenis Subsidari

Industri Restoran makanan segera

Ditubuhkan 1930 di North Corbin, Kentucky (asal); 1952 di 3900

South State St, Salt Lake City, Utah (francis)

Pengasas Harland Sanders

Ibu pejabat 1441 Gardiner Lane, Louisville, Kentucky, United

States (Ibu Pejabat)

Delaware, United States(Perbadanan)[1]

Bilangan 17,000 (2012)

lokasi

Perancang David C. Novak, Pengerusi danCEO Yum! Brands[2]

utama Roger Eaton, Chairman and CEO of KFC

Produk Ayam goreng, ayam panggang,burger ayam, kentang

goreng,minuman berkarbonat, salad,pencuci


mulut, sarapan pagi

Hasil US$ 9.2 bilion (2011)[3]

Pekerja 455,000 (2010)

Induk Yum! Brands

Laman web http://www.kfc.com/

Kentucky Fried Chicken (KFC) yang mempunyai pusat operasi di Louisville, Kentucky, Amerika
Syarikat merupakan bahagian Yum! Brands, Inc.. Diasaskan oleh Kolonel Harland Sanders, KFC terkenal
kerana ayam gorengnya yang merupakan ketul ayam dalam campuran tepung gandum,garam, lada hitam,
dan monosodium glutamat yang dimasak dengan minyak panas di dalam periuk tekanan.
Saluran keluar KFC yang pertama di dunia diasaskan pada tahun 1939 diCorbin, Kentucky. Pada
tahun 1952, francais yang sulungnya diasakan di apa yang kini digelarkan South Salt Lake, Utah oleh Harland
Sanders dan Pete Harman. Sanders menjual keseluruh francais KFCnya pada tahun 1964 untuk AS$2 juta.
Sejak waktu itu, francais ini telah dijual sebanyak tiga kali lagi. Pemilik yang terkini ialah Pepsico yang
menjadikannya sebagai sebahagianTricon Global Restaurants, yang kini digelarkan Yum! Brands, Inc.
KFC Malaysia dipegang oleh KFC Holdings Bhd., satu syarikat kepunyaanKulim Berhad.

Isi kandungan
[sorokkan]

 1 Makanan
 2 Kontroversi
 3 Cogan kata
 4 Perhubungan perusahaan
 5 Rujukan
 6 Pautan luar
o 6.1 Laman web rasmi
o 6.2 Lain-lain

Makanan[sunting | sunting sumber]


Resipi rahsia Kolonel merupakan salah satu daripada rahsia perdaganganLouisville yang paling ketat disimpan,
dengan salinan-salinan separa tersimpan di beberapa tempat yang lain sebagai sokongan. Dua pembekal
perasa digunakan dan setiap mereka hanya membekalkan sebahagian resipi itu, dan mereka tidak mengetahui
satu sama lain. Presiden syarikat juga tidak tahu akan senarai bahan-bahan, dan beberapa orang yang
mengetahuinya diperlukan menandatangani perjanjian kerahsiaan yang ketat. Satu analisis kimia yang diarahkan
oleh pengarang William Poundstone mendedahkan sebahagian daripada bahan-bahan utama: garam, lada hitam
yang kisar, tepung gandum, dan monosodium glutamat. KFC mendakwa bahawa resipi Kolonel Sander
mengandungi sebelas herba dan rempah rahsia.
Selain daripada ayam goreng, KFC juga menyajikan hidangan sampingan seperti salad kubis, pelbagai makanan
berdasarkan kentang (termasuknya kentang jejari, kentang sendal, dan kentang putar dengan kuah), jagung
pada batangdan biskut. KFC juga menghidangkan entree yang lain seperti Ayam Bertih Jagung, Ketul
Ayam, hamburger, rusuk babi dan pelbagai jenis pembasuh mulut - walaupun bukan semuanya didapati di setiap
tempat, khususnya dalam kawasan-kawasan di luar Amerika Syarikat. Sesebahagian hidangan sampingan
adalah unik dan hanya didapati di kawasan yang tertentu.

Ayam goreng dan kentang jejari KFC.


KFC menggunakan singkatan namanya pada tahun 1991 untuk mengelakkan konotasi 'goreng' yang tidak sihat.
Kini, KFC sedang membuat uji kaji tentang pai ayam, ayam tanpa tulang, serta ayam panggang sebagai
tambahan kepada penawaran makanannya yang teras. Pada tahun 2004, syarikat itu mencuba jenama yang
baru, iaitu "Ayam Segar Dari Dapur" ("Kitchen Fresh Chicken") dalam iklannya (yang mempunyai catatan huruf
bercetak halus bahawa tuntutan kesegaran tidak merangkumi kepak ayam). Dalam Bahasa Inggeris, nama yang
baru itu masih mengekalkan singkatan "KFC".
Pada April 2005, KFC membuka sebuah restoran yang baru di Louisville, Kentucky, tempat yang asalnya, di
bawah nama asli Kentucky Fried Chicken dan merancangkan untuk menambahkan sekurang-kurangnya 50 buah
restoran lagi.
Dave Thomas, pengasas Restoran Wendy menjalankan banyak francais Kentucky Fried Chicken sebelum
memulakan rangkaian sendiri. Beliau ialah pereka tanda sebaldi-ayam-yang-berputar yang pada suatu masa
dapat dilihat di luar setiap saluran keluar KFC.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]


Pada 16 Oktober 2003, Pamela Anderson, seorang peragawati Playboy serta seniwati, menyertai kempen hak-
hak haiwanPETA untuk menentangi KFC dan mendesak pengguna-pengguna untuk memulaukan KFC sehingga
perlakuan kepada ayam-ayamnya diperbaiki.
Pada 3 Jun 2004, Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerika Syarikat dan KFC mencapai satu
penyelesaian mengenai kempen pengiklanan KFC yang mendakwa bahawa "ayam goreng sebenarnya boleh
menjadi sebahagian diet yang sihat." Syarat-syarat persetujuan itu tidak didedahkan; bagaimanapun, iklan-iklan
televisyennya diberhentikan selepas penyelesaian itu. [1]
Pada 20 Julai 2004, PETA menayangkan sebuah video mengenai kekejaman kepada ayam-ayam yang diambil
daripadaPilgrim's Pride, salah satu daripada pembekal KFC di Virginia Barat. Pembekal ini mengatakan bahawa
ia akan menyelidik dakwaan itu. [2] Pilgrim's Pride memecat sebelas orang kakitangannya selepas tayangan
video itu dan memberikan latihan terhadap kekejaman haiwan kepada tenaga kerjanya. [3] Untuk penyelidikan
pengintipan PETA, sila lihat:KentuckyFriedCruelty.com
Pada akhir tahun 2005, Pamela Anderson dan PETA menyediakan video-video mengenai kekejaman haiwan di
kilang-kilang pembekal KFC untuk dikirim kepada setiap pengurus KFC di United Kingdom. Pada pagi sewaktu
video itu tiba, setiap pengurus menerima pesanan untuk membuang video itu ke dalam tong sumpah tanpa
membuka sampul suratnya.
Pada 26 Januari 2006, Ernie Fletcher, Gabenor Kentucky, menolak desakan Pamela Anderson yang disokong
oleh PETA untuk mengalihkan arca Kolonel Sanders daripada Bangunan Kapitol Kentucky. Beberapa hari
selepas Yum! dan Churchill Downs mengumumkan satu persetujuan bahawa Yum! akan menjadi penaja utama
untuk Kentucky Derby, Anderson mengumumkan pula bahawa beliau tidak akan lagi menghadiri perlumbaan
kuda.
Sesebahagian negara telah mendapat tahu tentang tahap MSG di dalam makanan KFC yang melebihi
peraturan-peraturannya (umpamanya di India). Seseparuh ahli sains percaya bahawa MSG merupakan bahaya
kesihatan, dan KFC sering mendapat tempat yang atas di dalam senarai makanan MSG untuk dielakkan
(kebanyakan analisis menunjukkan purata MSG sebanyak 2%).
Pada 8 Februari 2012, KFC Malaysia i-City, Shah Alam, seorang pelanggan Cina Malaysia bernama Danny Ng
(Cina: 吳慈飛, Wú Cí Fēi) dipukul oleh pekerja KFC.[perlu rujukan] Isu itu berlaku kerana kehabisan ayam. Pelanggan
itu marah kerana ingin menempah ayam. Mungkin itu menjadi punca pekerja itu memukul Ng Chee Fei.

Cogan kata[sunting | sunting sumber]


Terjemahan bahasa Melayu Versi bahasa Inggeris

 Mari kita makan tengah hari!  Let's do lunch!


 Ada makanan segera, adanya KFC.  There's fast food, then there's KFC.
 Hidup tak sedap kalau perut kosong - Nasib baik ada  Life ain't funny with an empty tummy -
Gorengan Kentucky! (1970-an - New Zealand) Thank goodness for Kentucky Fried!
 Hari ini KFC - Aku suka macam ini! (awal 1990-an - (1970s - New Zealand)
Australia dan New Zealand)  Today's KFC - I like it like that! (early
 KFC - Kiwi Untuk Ayam (2005 - New Zealand) 1990s - Australia and New Zealand)
 Makanan Jiwa (2005 - United Kingdom)  KFC - Kiwi For Chicken (2005 - New
 Sedap Sehingga Menjilat Jari! Zealand)

 Tiada Orang Masak Ayam Seperti KFC!  Soul Food (2005 - United Kingdom)
(Australia, Singapuradan United Kingdom)  It's finger lickin' good!
 Rahsianya dalam rasa! (UK)  Nobody Does Chicken Like KFC!
 Tak Dapat Berlawan Rasa itu! (2005/06 - Australia dan (Australia, Singapore and United
New Zealand) Kingdom)
 The secret's in the taste! (UK)
 Setiap Orang Perlu sedikit KFC. (1990-an - Amerika
 Can't Beat that Taste! (2005/06 -
Syarikat)
Australia and New Zealand)
 Kami masak ayam dengan cara yang betul! (1980-an)
 Everybody Needs a little KFC. (1990's -
 Amerika Syarikat Ibu Kota Ayam (2005 - Amerika United States)
Syarikat)
 KFC, itulah tempat yang saya nak berada!  We do chicken right! (1980s)
 KFC - Kapag Fried Chicken [diterjemahkan dalam bahasa  Chicken Capital USA (2005 - United
Melayu sebagai "Jika ia ayam goreng..."] (2004? - Filipina) States])
 Apa sedang dimasak (2003-2004)  KFC that's where I want to be!
 Kami tahu tentang memasak ayam. (2005 - Belanda)  KFC - Kapag Fried Chicken [translated in
 Hidangan benar, mudah seperti KFC. (1990-an - Kanada) English as "If it's fried chicken..."] (2004?
 Lebih Banyak di dalam Bakul (2003 - Kanada) - Philippines)

 Berkelah Sekarang! (Musim panas 2005 - Kanada)  Whats Cookin (2003-2004)

 Jagonya Ayam (Indonesia)  We know what to do with chicken. (2005

 Pulanglah dengan KFC (2005/06 - Kanada) - The Netherlands)

 Cogan kata Kanada bertukar dengan musim.  Real meals, easy as KFC. (1990s -

"Berkelah Sekarang!" digunakan pada musim panas, Canada)

sewaktu terdapatnya lebih perkelahan.  There's More In the Bucket (2003 -

 KFC - Thes ki esi (θες κι εσύ)= Engkau nak Canada)

juga. Greecesekitar 2000  Picnic Now! (Summer 2005 - Canada)


 Come Home with KFC (2005/06 -
Canada)
 So good. (Singapore)
 The Canadian slogans change with the
seasons. "Picnic Now!" is used in
summer, when there are more
picnics.
 KFC - Thes ki esi (θες κι εσύ)= you want
it, too. Greece around 2000

Perhubungan perusahaan[sunting | sunting sumber]


Balmoral Pekerja dan sekutu KFC mengadakan piket di saluran keluar.
KFC menggaji sebahagian besar pekerja-pekerja muda serta yang tidak mahir, dan kerapnya membayar gaji
yang minimum. Kebanyakan pekerja KFC bukan ahli kesatuan sekerja.
Di New Zealand, pekerja muda KFC mendapat gaji NZ$7.13 sejam. Kakitangan saluran keluar Balmoral,
Auckland mogokselama dua jam pada 3 Disember 2005 selepas pemilik francaisRestaurant Brands tidak menaik
gaji dalam perundingan kontrak.
Pada 22 Februari 2006, mogok yang berterusan memberhentikan empat saluran keluar (Balmoral, Massey,
Manukau dan Lincoln Road). Mogok ini diadakan untuk menentangi kadar gaji pemuda, serta untuk menyokong
rang undang-undang yang bertujuan untuk mengharamkan diskriminiasi terhadap pekerja muda. Kempen ini
diketuai olehSupersizemypay.com dan Kesatuan Unite.
Di Australia, banyak saluran keluar KFC dilitupi oleh perjanjian kolektif di bawah "Persatuan Pekerja-pekerja
Kedai, Pengedar dan Sekutu" (SDA). Bagaimanapun, gaji pekerja-pekerja tidak banyak melebihi kadar gaji yang
ditetapkan oleh Award Perhubungan Perusahaan Australia. Ini disebabkan oleh kelemahan tawar-menawar SDA
dan latar belakangnya yang konservatif. Persatuan ini sering digelarkan "kesatuan bos" oleh kesatuan-kesatuan
yang lain.
Di Calgary, sebuah saluran KFC dipaksa memberhentikan operasinya buat sementara kerana kekurangan
kakitangan.

You might also like