You are on page 1of 20

‫بسم ال الرحمن الرحيم‬

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad penutup segala Nabi dan Para Rasul yang di utuskan untuk memimpin
manusia ke jalan kebenaran dari kegelapan kejahilan kepada cahaya Islam.

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnianya dapatlah
saya menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya. Banyak ilmu yang dapat saya
perolehi hasil daripada kaji selidik berkaitan pendidikan Negara . Melalui tugasan ini juga dapat
menghargai kemerdekaan yang dikecapi ketika ini.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada para pensyarah Maktab Perguruan
Islam Bangi terutama kepada pensyarah mata pelajaran pendidikan Negara iaitu Encik Arba Bin
Kassim kerana telah memberi peluang kepada saya dalam membuat tugasan ini. Terima kasih
juga kerana input-input yang diberikan telah memberikan saya pendedahan bagaimana hendak
menyiapkan tugasan ini dan hasil yang saya perolehi daripada pemerhatian dan tunjuk ajar yang
diberikan telah dapat saya praktikkan .

Dan akhir sekali, buat isteri dan anak yang tercinta terima kasih yang tidak terhingga
diucapkan kerana memahami dan banyak memberikan dorongan, sokongan dan membantu
dalam menyiapkan tugasan ini. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas semua yang terlibat
dalam amanah yang di beri…..AMIN.

ABDUL GHANI SALLEH


(KPLI 1.01 P.A )
KANDUNGAN
Pengenalan

Sejarah Melaka
 Sejarah Awal

 Sistem Pentadbiran Melaka Pada Abad Ke- 15

 Sejarah Islam Dan Ekonomi di Melaka

Sejarah perkembangan Malaysia


 Malaysia Di Kedudukan Dunia

 Sistem Pentadbiran Malaysia

 Islam Agama Rasmi Dan Ekonomi Malaysia

Kesinambungan Kesultanan Melaka Dengan kerajaan Malaysia

 Sistem Perlembagaan Dan Undang –Undang

 Sistem Pentadbiran Malaysia Dan Kesultanan

Melayu Melaka

 Islam Agama Rasmi

Rumusan

Lampiran

Rujukan
PENGENALAN

Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan di Asia Tenggara apabila


China dan India memulakan perdagangan mereka melalui Selat Melaka. Banyak kerajaan awal
wujud pada abad ke-10 berasal daripada bandar pelabuhan. Ini termasuk Langkasuka dan
Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, serta Pan Pan di Kelantan. Pada
awal abad ke-15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat
penakluk daripada Portugis, Belanda dan Britain untuk mewujudkan petempatan atau koloni di
Selat Melaka.

Petempatan selat koloni diraja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi
sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan selat
ini terdiri dari Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin
agresif dan mula mendapatkan negeri-negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara,
gangguan kongsi gelap Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah
penduduk Negeri-negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang
mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri-negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor
dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Melayu Bersekutu). Negeri-negeri lain
yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan
Terengganu berada di bawah kuasa Thailand.

Di Borneo pula, Borneo Utara Britain dahulunya berada di bawah pemerintahan


Kesultanan Sulu (sekarang Sabah) ditabalkan sebagai Koloni Diraja British, manakala Sarawak
menjadi milik keluarga Brooke. Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan
komunis, sokongan untuk kemerdekaan semakin kuat. Apabila Britain mahu mewujudkan
Malayan Union selepas perang berakhir, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan
sistem yang pro-Melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan
tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status
warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk Semenanjung Tanah Melayu
diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa penyertaan Singapura.
Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963
melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah)
dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai
Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei yang kecewa kerana
sultan mereka tidak disenarai dalam bakal Yang Di-Pertuan Agong. Pada awal penubuhan
Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan
Sabah oleh Filipina. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan
rusuhan kaum terjadi pada 1969.

Kini Malaysia masih lagi mempunyai beberapa masalah dengan jirannya seperti masalah
penambakan tanah oleh Singapura dan isu harga air. Dengan Indonesia juga terdapat sedikit
perselisihan mengenai pemberian konsesi carigali minyak di perairan Sabah serta masalah
pekerja asing tanpa izin Namun segala masalah tersebut dirundingkan secara aman dengan
semangat setiakawan. Tambahan lagi, rakyat Malaysia dan jiran-jirannya berasal dari rumpun
yang sama. Malaysia telah banyak menjalin ikatan dengan rakyat di negara itu

Malaysia juga setakat ini dapat dilihat pencapaiannya yang jelas sekali oleh Negara –
negara luar. Malah Malaysia menjadi Negara contoh bagi Negara lain Kemajuan , keamanan dan
kesenangan yang dikecapi ketika ini bukanlah mudah dikecapi. Hakikatnya sejarah terdahulu
memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kejayaan yang dikecapi masa kini. .
SEJARAH MELAKA

SEJARAH AWAL

Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila
Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta
kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah
lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir
dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya
mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu
berdekatan dengan muara sungai Melaka.

Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor
pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat
keputusan untuk membuka negeri di situ. Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat
baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon
Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama
pohon tersebut.

SISTEM PENTADBIRAN MELAKA PADA ABAD KE- 15

Sistem pentadbiran Melaka yang diasaskan oleh Parameswara berdasarkan sistem


pemerintahan Kerajaan Hindu Majapahit. Sultan atau Raja menjadi ketua pentadbir dan dibantu
oleh Majlis Tertinggi yang dianggotai oleh Orang Besar Empat, Majlis Orang Besar-besar yang
dianggotai oleh Orang Besar Lapan, Ketua-ketua Rendah yang dianggotai oleh Orang Besar
Enam Belas dan Penghulu (Orang Besar Tiga Puluh Dua).
SULTAN

MAJLIS TERTINGGI
(Orang Besar Empat-
Bendahara, Temenggung,
Laksamana, Penghulu
Bendahari)
MAJLIS ORANG BESAR-BESAR
(Orang Besar Lapan)

KETUA-KETUA RENDAH
(Orang Besar Enam Belas)

PENGHULU
(Orang Besar Tiga Puluh Dua)
SEJARAH ISLAM DAN EKONOMI DI MELAKA

Pilihan Parameswara begitu tepat sekali kerana kedudukan Melaka yang strategik.
Lokasinya di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara China ke India
dan Timur telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan.
Kedatangan pedagang-pedagang Arab serta pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah
menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang sibuk dengan ratusan kapal yang
singgah setiap tahun. Parameswara yang telah memeluk Islam melalui seorang ulama dari
Jeddah pada tahun 1414 telah meletakkan asas kemajuan negeri Melaka sebagai pusat
perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini.

Melaka terus terkenal sebagai pusat perdagangan Melayu di Timur. Antara barang
dagangan yang boleh didapati di Melaka adalah sutera dan porselin dari China, kain dari Gujerat
serta Coromandel di India, kapur barus dari Borneo, cendana dari Timor, buah pala dan bunga
cengkih dari Molucas, emas dan lada hitam dari Sumatera serta timah dari Tanah Melayu.

Namun demikian, kemasyhuran Melaka telah bermula seiring dengan keadaan di mana
negara-negara Eropah sedang membuka langkah untuk meluaskan lagi kuasa mereka ke benua
Timur dan Melaka merupakan antara bandar pelabuhan yang menarik perhatian mereka. Pada
tahun 1509, Diego Lopez De Squera dari Angkatan di Raja Portugal merupakan angkatan
Portugis pertama telah tiba di Melaka. Selepas serangan bertubi-tubi pada tahun 1511, Melaka
akhirnya telah berjaya ditawan oleh angkatan Portugis yang diketuai oleh Alfonso d’
Albuquerque.

Sultan Mahmud Syah, pemerintah Melaka ketika itu, telah berundur ke Johor dan setelah
bertapak di situ, orang Melayu cuba menyerang kembali orang Portugis tetapi tidak berjaya.
Salah satu sebab yang menjadi kekuatan pihak Portugis adalah pembinaan kota A’ Famosa
sebagai benteng pertahanan mereka.

Dari tahun 1826, Melaka ditadbir oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris yang
berpengkalan di India. Pada tahun 1827, Negeri-negeri Selat (iaitu Melaka, Pulau Pinang dan
Singapura) telah menjadi tanah jajahan British dan diletakkan di bawah pemerintahan Pusat di
London. British telah meneruskan kuasanya di negeri-negeri Melayu sehinggalah berlakunya
Perang Dunia ke-2 .

Selepas tentera Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, British kembali menyambung
penguasaannya di Tanah Melayu sehinggalah Persekutuan Tanah Melayu diisyhtiharkan merdeka
oleh Y.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaya yang pertama pada 31
Ogos 1957.
SEJARAH MALAYSIA

MALAYSIA DI KEDUDUKAN DUNIA

Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963
adalah sebuah negara persekutuan yang terletak di Asia Tenggara. Mempunyai dua kawasan
utama yang terpisah oleh Laut China Selatan; iaitu Semenanjung Malaysia, bersempadankan
Thailand di utara dan Singapura di selatan; dan Malaysia Timur, bahagian utara Pulau Borneo
yang bersempadan dengan Indonesia di selatan dan Brunei di utara. Malaysia adalah salah satu
negara perintis ASEAN.

SISTEM PENTADBIRAN MALAYSIA

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem bercorak Demorkasi


Berparlimen dan mempunyai seorang Raja Berperlembagaan. Demokrasi bermakna ‘kerajaan
Rakyat, oleh Rakyat, untuk Rakyat’. Dalam pemerintahan demokrasi, kerajaan mestilah
memastikan ia mendapat majoriti undi dua pertiga dari wakil rakyat di dalam Parlimen.
Demokrasi Berparlimen merupakan perwakilan demokrasi, pendapat rakyat dapat disalurkan
melalui wakil rakyat yang dipilih merka dalam suatu pilihanraya bebas.

Persekutuan Malaysia merupakan sebuah negara raja berperlembagaan. Malaysia diketuai


oleh Yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk
berkhidmat selama lima tahun.

Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berdasarkan
perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada
pendapat Yang di-Pertuan Agong, memimpin kumpulan majoriti dalam parlimen. Manakala
kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
Parlimen terbahagi kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Negara mempunyai
70 orang senator (iaitu panggilan yang diberikan kepada ahli Dewan Negara). Pemilihan ahlinya
boleh dibahagikan kepada dua:

1. 26 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri
diwakili oleh dua orang ahli).
2. 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat
Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu
ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan
pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan
Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan
diadakan. Kuasa perundangan dibahagi antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Kuasa politik di Malaysia amat penting bagi memperjuangkan sesuatu isu dan hak oleh yang
demikian kuasa memainkan peranan yang amat penting dalam melakukan perubahan.

Putrajaya ialah pusat pemerintahan yang baru dibina dengan tujuan untuk mengelakkan
kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. Pejabat Perdana Menteri telah berpindah ke Putrajaya
pada 1999 dan keseluruhan pejabat kerajaan pusat selesai berpindah ke Putrajaya pada 2005.
Hanya beberapa pejabat kerajaan seperti RTM dikekalkan di Kuala Lumpur, selain Parlimen.
Kuala Lumpur kekal sebagai ibu negara Malaysia. Bandar raya lain termasuk Ipoh, George
Town, dan Johor Bahru.

ISLAM AGAMA RASMI DAN EKONOMI MALAYSIA

Termaktub dalam perlembagaan Malaysia bahawa Agama Islam sebagai agama rasmi
negara. Sehingga kini segala perkara berkaitan agama Islam adalah agenda utama yang tidak
boleh d pertikai oleh agama lain. Sejarah kedatangan Islam memainkan peranan utama dalam
perkembangan dakwah Islam di Malaysia.

Seterusnya , Dari segi ekonomi Malaysia merupakan sebuah negara berpendapatan


sederhana, berubah daripada sebuah negara pengeluar bahan mentah seperti getah, bijih timah
dan sebagainya pada 1971 kepada negara berekonomi pelbagai sektor melalui Dasar Ekonomi
Baru. Pada dasarnya, pertumbuhan Malaysia adalah bergantung kepada eksport bahan elektronik
seperti cip komputer dan sebagainya. Akibatnya, Malaysia merasai tekanan hebat semasa
kegawatan ekonomi pada 1998 dan kemerosotan dalam sektor teknologi maklumat pada tahun
2001. KDNK pada tahun 2001 hanya meningkat sebanyak 0.3% disebabkan pengurangan 11%
dalam bilangan eksport tetapi pakej perangsang fiskal yang besar telah mengurangkan kesan
gawat tersebut.

Malaysia mempunyai persekitaran makroekonomi yang stabil (di mana kadar inflasi dan
kadar pengangguran kekal di bawah 3%), simpanan pertukaran wang asing yang sihat, dan
hutang luar yang kecil. Ini membolehkan Malaysia untuk tidak lagi mengalami krisis yang sama
seperti Krisis Kewangan Asia pada 1997. Walaubagaimanapun, prospek jangka panjang
kelihatan agak kabur disebabkan kurangnya perubahan dalam sektor korporat terutama sekali
sektor yang berurusan dengan hutang korporat yang tinggi dan kompetitif.

Selain getah dan sawit yang banyak di semenanjung, Sabah dan Sarawak juga kaya
dengan sumber asli seperti kayu balak, petroleum dan gas asli.
KESINAMBUNGAN KERAJAAN MALAYSIA
DENGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Ada tiga hujah utama yang boleh saya kemukakan untuk menjawab persoalan Kerajaan
Malaysia adalah kesinambungan kesultanan Melayu Melaka :

PERTAMA :SISTEM PERLEMBAGAAN DAN UNDANG –UNDANG

Institusi Raja menjadi satu asas penting dalam sistem kenegaraan dan pembinaan negara kita.
Institusi ini adalah warisan daripada sistem politik dan kenegaraan Kesultanan Melayu Melaka.
Mungkin ada yang bertanya mengapa kesultanan itu dijadikan asas kepada institusi Raja
sedangkan sebelum Melaka sudah wujud beberapa kerajaan Melayu tua seperti kerajaan Kedah
Tua (Lembah Bujang), Bruas, Manjung dan beberapa kerajaan yang lain . .

Jawapanya adalah , Melaka adalah satu-satunya kesultanan Melayu yang banyak meninggalkan
warisan pelbagai aspek yang juga terkandung dalam ciri-ciri negara moden seperti kedaulatan,
kerajaan, pentadbiran, undang-undang, lambang, rakyat dan wilayah pengaruh . .

Beberapa kerajaan (kesultanan) Melayu seperti Johor, Perak dan Pahang adalah diasaskan oleh
kerabat diraja Kesultanan Melaka. Dua undang-undang bertulis Melaka yang terkenal iaitu
Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut menjadi asas kewujudan beberapa undang-
undang lain seperti Undang-undang Pahang (1596), Undang-undang Kedah (1650), Undang-
undang Johor (1789) dan Undang-undang Perak (1878) . .

Dari segi pengaruh wilayah, Kesultanan Melaka menguasai seluruh kerajaan Melayu yang wujud
di Tanah Melayu ketika itu. Malah, pengaruhnya turut melebar ke beberapa kerajaan di Pantai
Timur Sumatera seperti Kampar, Siak, Indragiri dan Siantan. Kerajaan Patani juga memohon
nobat (menerima ketuanan) dari Melaka .

Ketika itu, keupayaan Melaka mewarnai dan menjalin hubungan diplomatik dengan kuasa jiran
seperti Siam dan kuasa Asia seperti China memang terserlah.
KEDUA : SISTEM PENTADBIRAN MALAYSIA DAN KESULTANAN MELAYU
MELAKA.

Sistem pentadbiran negara kita sepertimana yang ada pada hari ini, telah melalui
beberapa tahap perkembangan dan pengaruh. Sejarah perkembangan sistem pentadbiran negara
kita ini boleh dianggap sebagai bermula pada zaman sultan-sultan dan pembesar-pembesar
tempatan. Penjajah yang datang kemudiannya telah beberapa perubahan ke atas sistem
pentadbiran tardisional ini.

Perkembangan sistem pentadbiran di negara kita ini banyak dipengaruhi oleh sistem pentadbiran
Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada zaman dahulu.Berikut adalah perbezaan yang dikenal
pasti sepertimana di bawah :

BIL. KESULTANAN MELAYU MELAKA KERAJAAN MALAYSIA

1. Sistem Pentadbiran Sistem Pentadbiran


1. Sultan 1. Yang di-Pertuan Agung
2. Majlis Tertinggi 2. Majlis Raja-raja
3. Majlis Orang Besar-besar 3. Perundangan – Parlimen
4. Ketua-ketua Rendah i. Dewan Rakyat
5. Penghulu ii. Dewan Negara
4. Eksekutif – Perdana Menteri
i. Kabinet
ii. Kementerian-kementerian
5. Kehakiman – Mahkamah Agung
i. Mahkamah Tinggi Semenanjung
ii. Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak

6. Ketua Audit Negara


7. Suruhanjaya-suruhanjaya

2. Sultan Yang di-Pertuan Agung


1. Ketua Kerajaan 1. Ketua Utama Negara
2. Ketua Pentadbiran & Perundangan 2. Ketua Agama Islam
3. Ketua Agama Islam 3. Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan
4. Pemerintah Tertinggi Tentera
3. Bendahara Perdana Menteri
1. Ketua Eksekutif 1. Ketua Kerajaan
2. Penasihat Sultan 2. Ketua Eksekutif
3. Pemerintah Angkatan Tentera 3. Penasihat Yang di-Pertuan Agong

4. Temenggung Ketua Polis Negara


1. Ketua Keselamatan & Keamanan 1. Ketua Keselamatan
Negeri
2. Ketua Adat Istiadat
3. Penentu Sukatan dan Timbangan

5. Penghulu Bendahari Menteri Kewangan


1. Setiausaha Sultan 1. Ketua keewangan negara
2. Ketua Bendahari/Syahbandar
3. Pengurus
Perbendaharaan/Khazanah Negari
4. Ketua & Pegawai Istiadat Istana

6. Laksamana Panglima Tentera Laut


1. Ketua Angkatan Tentera 1. Ketua Angkatan Tentera Laut
2. Ketua Utusan Sultan 2. Ketua keamanan di laut

7. Syahbandar
1. Ketua Pelabuhan
2. Pengawal Sistem Timbangtara
3. Ketua Nakhoda
4. Pegawai Kebajikan Bandar Melaka

KETIGA:ISLAM AGAMA RASMI

Institusi kesultanan yang diasaskan Melaka mempunyai kaitan rapat dengan pemikiran Islam.
Sebelum Islam, konsep dewaraja Hindu mempengaruhi kerajaan Melayu tua yang wujud lebih
awal daripada kerajaan Melaka .

Konsep terbabit penuh dengan unsur kesaktian, kedewaan dan kekebalan. Sebaliknya, konsep
Sultan dalam tradisi politik Melayu-Islam berjaya mengikis unsur terbabit. Konsep Sultan
membawa Raja menundukkan kekuasaan dan pemerintahannya kepada undang-undang al-Quran
dan al-Sunnah. .

Kedudukan Raja Melayu ketika itu amat penting. Kedaulatan sesebuah negeri bergantung
sepenuhnya kepada kekuasaan Raja dan kedaulatannya tidak dapat dicabar oleh sesiapa. Namun,
beberapa peristiwa 'penderhakaan' yang dinukilkan sejarah menggambarkan bahawa 'Raja adil
Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah. .

Ada dicatat dalam Sejarah Melayu bahawa pernah berlaku perjanjian persetiaan di antara Sang
Seperba (wakil raja) dan Demang Lebar Daun (wakil rakyat). Dalam persetiaan itu, Demang
Lebar Daun memberi akujanji bahawa anak cucunya akan taat setia kepada Raja dan pihak Raja
pun mestilah menjaga kepentingan rakyat mengikut hukum syarak .

Demang Lebar Daun ada mengungkap, 'Baiklah Tuanku. Tetapi jika anak buah Tuanku dulu
mengubah dia, maka anak cucu patik akan mengubahlah" (Sejarah Melayu, edisi W G
Shellabear, 1961). Tun Perak, Bendahara Melaka tersohor ketika menasihati anak buahnya
mentamsilkan Raja umpama dua butir permata pada satu cincin .

Katanya: 'Hendaklah tulus hatimu pada berbuat kebaikan kepada Allah SWT dan Rasul-Nya.
Dan jangan kamu sekalian lupa pada berbuat kebaikan kepada Raja kamu. Maka kata hukuman,
adalah Raja yang adil itu dengan Nabi SAW umpama dua buah permata pada sebentuk cincin;
lagi pula Raja itu umpama ganti Allah di dalam dunia, kerana ia zuli'lLahu-
fil'alam . .

Apabila berbuat kebaktian kepada Raja, seperti berbuat kepada Allah SWT. Yakni berbuat
kebaikan kamu akan Allah dan Rasul-Nya, dan akan Raja" (Sejarah Melayu, edisi W G
Shellabear) .

Jika diteliti, ungkapan Tun Perak itu bertepatan dengan maksud ayat 59, surah an-Nisa': 'Taatilah
Allah, taatilah Rasul dan pemimpin di kalangan kamu". Ia juga menggambarkan Raja dalam
tradisi kesultanan Melayu dihubungkan dengan konsep 'Uli'l-amri' yang mengangkat pemerintah
sebagai golongan yang harus dipatuhi selepas mentaati Allah dan Rasul-Nya.
RUMUSAN

Hasil daripada huraian diatas dapatlah dirumuskan bahawa aspek sejarah memainkan
peranan yang penting dalam membina sebuah Negara . Terutama dalam konteks ini dapatlah
dikenal pasti bahawa kerajaan Malaysia hari adalah hasil kesinambungan dari kesultanan melayu
melaka. Aspek pengenalan tokoh dan warisan budaya bangsa yang ditinggalkan amatlah penting
dalam memahami asal usul sebuah Negara dan yang paling penting bagaimana kita menghargai
dan mengekal kan keharmonian dan kejayaan yang di miliki.
.

Secara jelasnya melalui huraian diatas dapat menunjukan bahawa perlembagaan ,undang
– undang dan bentuk pemerintahan atau pentadbiran Negara kita telah lama tercipta.Dengan
adanya sejarah awal ini mebawa kepada perkembangan Negara kita kearah lebih maju.Jika
dilihat pada sejarah kesultanan melayu melaka adalah lambang keutuhan system pemerintahan
dan pentadbiran yang terawal terbentuk. Walaupun institusi pemerintahan melayu telah
mengalami banyak perubahan namun kepentingan sangat jelas ialah sebagai satu symbol
penerusan tradisi pemerintahan Melayu dan keabsahan kuasa melayu dalam bidang politk.

Kesimpulanya ,Kita sebagai warganegara Malaysia perlu mengetahui bahawa , kita tidak
dapat lari daripada setiap yang terjadi ada permulaan nya.. Ini adalah penting kerana kebutaan
dan kegagalan kita mengenali sejarah Negara akan mendatangkan bahaya dan menjadi ancaman
FALSAFAH
PENDIDIKAN GURU

GAMBAR –GAMABAR MENUNJUKAN KESULTANAN MELAYU MELAKA


GAMBAR –GAMBAR MENUNJUKAN NEGARA MALAYSIA
RUJUKAN

1. Http//:www.wikipedia/Sejarah Kesulatanan Melaka/ Kegemilangan Kesultanan


Melaka. ( 12 September 2009)

2. Http//:www.wikipedia/sejarah Malasia/.my( 12 September 2009)

3. Http//:www.wikipedia/Sejarah Kesulatanan Melaka/ Kesultanan Melaka


akar umbi institusi Raja ( 12 September 2009)

4. Abu Hassan Othman & Razak Mamat (1990). Pengajian Am Proses dan
Prosedur 1, Longman Malaysia, Petaling Jaya, Selangor.

5. Zulhilmi Paidi dan Rohani Abdul Ghani (2003) Pendidikan Negara Bangsa,
Percetakan Cergas Sdn Bhd.Taman Sg. Besi , Kuala Lumpur.

6. Mohamad Idris Saleh, Che Su Mustaffa & Fuziah Shaffie (1994). Sejarah
Pembangunan Bangsa dan Negara, Utusan Publication & Distributors
Sdn. Bhd., Cheras, Kuala Lumpur.

7. Zulhilmi Paidi dan Rohani Abdul Ghani (2003) Kenegaraan Malaysia (Isu-isu
dalam pembinaan negara )Percetakan Cergas Sdn Bhd.Taman Sg. Besi , Kuala
Lumpur.

You might also like