You are on page 1of 10

SET 5

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai dalam petikan yang diberikan.

atau daripada yang untuk

kerana pada dan supaya

Remaja ______________________________ nakal sering menimbulkan masalah. Masalah itu terpaksa


dipikul oleh ibu bapa, keluarga ___________________________ masyarakat. Kenakalan remaja ini
berpunca __________________ pelbagai perkara termasuklah kekurangan kasih sayang dan perhatian
daripada ibu bapa terutamanya yang berkerjaya. Ibu bapa sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan
meluangkan lebih banyak masa untuk anak-anak __________________________________ mereka tidak
terjebak dalam gejala sosial.
Soalan 22

a. Tulis ayat pasif bagi jawapan yang diberi.

Ayat pasif :

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

Jawapan : Puan Marina membuka akaun simpanan pendidikan untuk anak perempuannya.

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

_____________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________

[ 2 markah ]

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di atas.


Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

_____________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________

[ 2 markah ]

Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Encik Amri seorang ahli perniagaan. Dia banyak ke luar daerah untuk mengurus
perniagaannya.Adakalanya, Encik Mohamad tidak berada di pejabatnya di Kuala Lumpur
kerana terpaksa bergegas-gegas ke beberapa cawangan syarikatnya. Dia bertanggungjawab
mengawasi pentadbiran dan kemajuan di tempat-tempat tersebut. Disebabkan oleh
kesibukannya itu, beliau sering menggunakan penerbangan dalam negeri. Biasanya, sebelum
menaiki kapal terbang, Encik Mohamad akan meneliti jadual penerbangan terlebih dahulu.

JADUAL PENERBANGAN KAPAL TERBANG MAS (dalam negeri)

Destinasi Waktu Ketibaan Waktu Berlepas Pesawat

Kuala Lumpur – Alor Setar 9.15 pagi MH111


Kuala Lumpur – Bayan Lepas MH205
10.00 pagi MH180
Kuala Lumpur – Kuching MH231
10.45 pagi
MH145
Kuala Lumpur – Kota Bharu
11.15 pagi
Kuala Lumpur – Johor Bahru
12.00 tengah hari

Kota Bharu – Kuala Lumpur 9.00 pagi MH122


MH218
Bayan Lepas – Kuala Lumpur 10.15 pagi MH147
MH005
Johor Bahru – Kuala Lumpur 11.00 pagi
MH063
Kuching – Kuala Lumpur 11.45 pagi
Alor Setar – Kuala Lumpur 12.15 tengah hari

 Para penumpang diminta berada di balai berlepas setengah jam sebelum waktu
berlepas.

 Barangan yang beratnya kurang daripada 5 kilogram boleh dibawa secara percuma.

a. Encik Amri ialah _____________________________________________________________.


( 1 markah )
b. Mengapakah Encik Amri menggunakan kapal terbang untuk bergerak ke cawangan
perniagaannya ?
______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

( 2 markah)

c. Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan
sebagai contoh.

Perjalanan pesawat MH 147 adalah dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru

Betul
Encik Amri sering menggunakan penerbangan dalam negeri

Barangan yang kurang daripada 10 kilogram boleh dibawa secara percuma


Salah

Encik Amri banyak ke luar daerah untuk mengurus perniagaannya

Soalan 24

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.


TANGKAK, Sabtu – SJKC Chian Kuo melancarkan Program Penghijauan Sekolah. Program ini
bertujuan untuk mengindahkan sekolah serta menerapkan konsep pemuafakatan dan pembinaan
sahsiah murni dalam kalangan murid.

Program Penghijauan Sekolah adalah antara usaha terbaik sekolah untuk


menaikkan nama sekolah selain mengindahkan dan membersihkan persekitarannya. Usaha ini
penting bagi mewujudkan suasana yang sihat untuk pembelajaran. Malah program ini lebih
bermakna apabila sekolah ini terpilih buat kali keduanya sebagai Sekolah Harapan Negara bagi
tahun ini.

Menurut Cikgu Azizi sebagai guru penyelaras program tersebut, nilai-nilai positif
dapat disemaikan dalam kalangan pelajar bagi meningkatkan mutu kebersihan dan keindahan
alam sekitar melalui program ini.

“Konsep gotong-royong yang diterapkan dalam program berkenaan telah berjaya


mewujudkan budaya yang menjadi teras kejayaan sekolah ini,” katanya lagi. Puan Razitah,
pengerusi jawatankuasa penyelaras program tersebut berkata bahawa matlamat SJKC Chian Kuo
untuk mewujudkan suasana alam sekitar yang bersih, nyaman, dan selesa di sekolah tercapai
dengan adanya permuafakatan antara murid-murid, guru-guru, ibu bapa, serta masyarakat.
Menurutnya lagi, semangat belajar dalam kalangan murid sekolah tersebut semakin meningkat
kerana wujudnya suasana belajar yang selesa.

Salah satu aktiviti dalam Program Penghijauan sekolah ini ialah pembinaan 10
buah taman mini di sekolah itu. Taman-taman mini itu diletakkan di bawah tanggungjawab
persatuan atau kelab yang terdapat di sekolah ini. Malah, Lembaga Pengawas sekolah turut
bertanggungjawab atas sebuah taman mini yang dinamakan “Taman Eksotik”.

Usaha sekolah ini turut menjadi contoh kepada sekolah lain di daerah Tangkak.

a. Frasa menaikkan nama boleh ditukarkan dengan ___________________________________.

( 1 markah )

b. Apakah tujuan utama Program Penghijauan Sekolah dilancarkan?


______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

( 2 markah )

c. Apakah budaya yang ingin diterapkan dalam program tersebut ?

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

( 2 markah )

d. Mengapakah program Penghijauan Sekolah yang dipilih untuk dijayakan di sekolah itu ?

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

( 3 markah )

Soalan 25

Baca pantun yang diberi dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Pergi ke pekan bersama Pak Abu,
Singgah sebentar di Kampung Hulu;
Membaca itu jambatan ilmu,
Jangan jemu amalkan selalu.

Mendayung sampan pergi ke hulu,


Untuk membeli buah keranji;
Kalau ingin berjaya selalu,
Sentiasa amalkan latihan ulangkaji.

Pergi ke sungai memancing ikan,


Ikan dipancing di atas batu;
Bantu-membantu sesama rakan,
Barulah ilmu bertambah mutu.

Hijau merendang pohon pandan,


Disinar cahaya bulan mengambang;
Bimbingan guru jadikan panduan,
Agar minda sentiasa berkembang.

a. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas ?


______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
( 2 markah )

b. Mengapakah kita perlu bantu-membantu sesama rakan ?


______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
( 1 markah )

c. Tandakan ( / ) bagi penyataan yang betul dan (X) bagi penyataan yang salah.

Pergi ke sungai untuk memancing udang

Bimbingan guru jadikan panduan

Kalau ingin berjaya selalu,


Sentiasa amalkan latihan ulangkaji.

d. Berikan maksud baris-baris pantun di atas.

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

( 3 markah )

You might also like