You are on page 1of 7

5/6/2018 DNA dan asal usul Melayu - Rencana - Utusan Online

BERITA PRU-14 RENCANA HIBURAN BISNES KOTA PENDIDIKAN S&T RONA SUKAN

RENCANA UTAMA BISIK-BISIK FORUM BLOG AGAMA

DNA dan asal usul Melayu


DNA 101

Prof. Madya Dr. Zafarina Zainuddin


29 November 2015 6:36 PM

Persoalan tentang siapakah Melayu dan dari manakah asal usulnya


sering kali menjadi perdebatan ramai. Ada yang berpendapat bahawa bangsa Melayu
itu sendiri tidak wujud. Melayu dikatakan terlahir daripada perkahwinan campur antara
"penduduk tempatan" dengan saudagar-saudagar Cina, India, Arab dan Siam yang
singgah di Semenanjung Tanah Melayu untuk berdagang semasa zaman kemahsyuran
empayar-empayar di Tanah Melayu. Spekulasi tentang siapakah "penduduk tempatan"
inilah yang kerap kali menjadi bahan perdebatan antara ahli akademik, pakar sejarah,
ahli politik dan tidak terkecuali para keyboard warriors di laman-laman sosial.
Melayu sebenarnya bukanlah satu bangsa yang hanya wujud di Malaysia tetapi orang
Melayu telah wujud sekian lama di Kepulauan Melayu (Malay Archipelago). Kepulauan
yang terletak di antara Lautan India dan Lautan Pasi k ini mengunjur sejauh 4,000 batu
dari timur ke barat dan 1,300 batu dari utara ke selatan dan merupakan kepulauan yang
terbesar di dunia.

http://www.utusan.com.my/rencana/dna-dan-asal-usul-melayu-1.163353 1/7
5/6/2018 DNA dan asal usul Melayu - Rencana - Utusan Online

Kepulauan Melayu dibentuk oleh beribu-ribu buah pulau kecil dan pulau-pulau besar
seperti Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina dan termasuk juga Semenanjung
Malaysia. Sebelum berlakunya banjir besar yang menenggelamkan Pentas Sunda dan
tamadunnya lebih kurang 10,000 tahun yang lalu, kumpulan pulau yang terletak di atas
Pentas Sunda dipercayai bersambung sebagai satu tanah besar yang memudahkan
pergerakan dan interaksi manusia di atasnya.
Akibat daripada kejadian banjir besar ini, sebahagian penduduk di Pentas Sunda
terpaksa berhijrah dan mereka ini dipercayai telah memulakan penempatan baharu di
Asia Timur dan Kepulauan Pasi k .
Teori Out of Taiwan oleh Peter Bellwood menyatakan bahawa penutur bahasa
Austronesia telah berhijrah keluar dari Taiwan dan bergerak ke arah Asia Tenggara
sekitar 10,000 tahun dahulu dan membawa bersama mereka teknologi penanaman
padi. Memandangkan bahasa Melayu merupakan salah satu cabang bahasa
Austronesia, maka orang Melayu juga dianggap sebagai berasal dari Taiwan.
Kepercayaan bahawa orang Melayu berasal dari Yunnan atau selatan negara China juga
dipercayai timbul daripada pemahaman bahawa penduduk terawal di Asia Tenggara
adalah berasal daripada kumpulan manusia yang bergerak keluar dari selatan China ke
Taiwan dan seterusnya ke Asia Tenggara (arah pergerakan utara ke selatan).
Populasi lebih awal
Walau bagaimanapun,kepercayaan yang bertapak sekian lama ini telah berjaya digugat
apabila bukti daripada kajian DNA menunjukkan pergerakan manusia di Asia dan Asia
Tenggara adalah sebaliknya. Kajian menggunakan Single Nucleotide Polymorphisms
(SNPs) yang telah diterbitkan dalam majalah Science yang bertajuk, Mapping Human
Genetic Diversity in Asia pada tahun 2009 menunjukkan bahawa Asia Tenggara adalah
lokasi terawal kemasukan manusia dari Afrika ke Asia.
Dalam kajian ini, sebanyak 50 peratus haplotype yang ditemui (kumpulan SNPs pada
satu kromosom yang diwariskan bersama-sama dipanggil haplotype) dalam populasi
Asia Timur hanya terdapat dalam populasi di Asia Tenggara. Ini menunjukkan bahawa
http://www.utusan.com.my/rencana/dna-dan-asal-usul-melayu-1.163353 2/7
5/6/2018 DNA dan asal usul Melayu - Rencana - Utusan Online

Asia Tenggara merupakan sumber utama bagi takungan genetik populasi di Asia Timur
seperti China dan Taiwan. Bukti ini seterusnya menyokong bahawa pergerakan
manusia di Asia adalah dari arah selatan ke utara.
Analisis logenetik menggunakan penanda SNPs telah meletakkan Orang Asli Semang
dan orang Melayu pada cabang yang lebih awal berbanding populasi di Asia Timur yang
secara langsung menunjukkan bahawa Orang Asli Semang dan Melayu adalah satu
populasi yang lebih "awal" berbanding populasi di China dan Taiwan.
Selain bukti daripada kajian menggunakan SNPs, penjujukan penuh DNA mitokondria
juga telah membuktikan bahawa Orang Asli di Semenanjung Malaysia (Semang) adalah
berasal daripada kumpulan manusia moden terawal yang bergerak keluar dari benua
Afrika. Pergerakan ini berlaku lebih kurang 60,000 - 75,000 tahun dahulu melalui jalan
darat di sepanjang pesisir pantai melalui India ke Asia Tenggara dan seterusnya ke
Australasia (Tajuk penerbitan: Single, rapid coastal settlement of Asia revealed by
analysis of complete mitochondrial genome; Science 2005).
Pada zaman ini, kemungkinan besar laluan ke arah utara terhalang oleh cuaca yang
ekstrem, bentuk muka bumi yang berbukit bukau dan kawasan gurun. Laluan pantai
yang lebih landai dan cuaca yang kurang ekstrem mungkin antara faktor kenapa
kumpulan manusia yang bergerak ke arah selatan berjaya tiba di Asia Tenggara.
Kajian serupa yang dilakukan ke atas 10 sub-etnik Melayu (Kelantan, Bugis, Banjar,
Jawa, Acheh, Minang, Mendeleng, Rawa, Champa dan Pattani) menggunakan DNA
mitokondria menunjukkan sejumlah orang Melayu juga mempunyai DNA mitokondria
yang berusia hampir 60,000 tahun (Nur Haslindawaty Abd Rashid, tesis PhD, 2013) dan
turut berkongsi haplogroup (kumpulan DNA mitokondria) yang sama dengan Orang
Asli.
Penemuan ini membuktikan bahawa orang Melayu juga berasal daripada kumpulan
manusia yang bergerak keluar dari Afrika lebih kurang 60,000-75,000 tahun dahulu yang
kemudiannya menjadi penghuni terawal di Kepulauan Melayu. Kajian menggunakan
pelbagai jenis penanda DNA telah membuktikan bahawa kesemua sub-etnik Melayu
mempunyai persamaan genetik yang sangat tinggi (Edinur et al, 2009; NurWaliyuddin et
al., 2014).

Penemuan ini telah mengukuhkan lagi kepercayaan tentang asal usul dan hubung kait
antara populasi awal di Kepulauan Melayu. Kesemua sub-etnik Melayu ini ternyata
berasal dari susur galur yang sama dan berkongsi keturunan yang sama. Namun
demikian, pada hari ini, mereka telah dipisahkan oleh sempadan geogra dan politik
dan hasilnya mereka terlihat sebagai populasi yang berbeza.
Pemisahan ini walau bagaimapun tidak dapat mena kan hubungan mereka yang telah
dibuktikan secara genetik, sama seperti hakikat kewujudan mereka di Kepulauan
Melayu sejak 60,000 tahun dahulu. Mungkin bagi sesetengah pihak, pengetahuan

http://www.utusan.com.my/rencana/dna-dan-asal-usul-melayu-1.163353 3/7
5/6/2018 DNA dan asal usul Melayu - Rencana - Utusan Online

tentang sejarah dan asal usul sesuatu bangsa tidak penting. Kenapa kita perlu
bersusah payah memahami kejadian yang berlaku beribu-ribu tahun dahulu?
Adakah perjalanan dan pengalaman yang dilalui oleh nenek moyang kita masih relevan
untuk dipelajari? Harus diingat, pandangan kita tentang sejarah sebenarnya
membentuk pandangan kita tentang masa hadapan. Gagal menghayati sejarah
bermakna kita gagal menghargai dan menghormati usaha keras nenek moyang kita,
sedangkan hasil darinya kita nikmati hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN
Asal-usul nama Carcosa

Diisytiharkan warisan negara

Penghuni ‘kekal’ Carcosa

Banglo bercirikan seni bina Tudor

Carcosa lambang maruah negara

PKM tumpas 
angkara perisik

VIDEO TERKINI
Temerloh bangkit

277,590 pengundi awal telah keluar - SPR


http://www.utusan.com.my/rencana/dna-dan-asal-usul-melayu-1.163353 4/7
5/6/2018 DNA dan asal usul Melayu - Rencana - Utusan Online

Suspek di Bangkok?

Malaysia Kita teguhkan jati diri dan patriotism generasi muda

Mahkamah tolak saman pemula Tian Chua

Bilik gerakan BN disimbah cat putih

VIDEO PILIHAN

KAPSUL BERITA:
PDRM dedah gambar
sebenar penembak
Imam Fadi
Dalam kapsul berita hari ini: 1.
PDRM dedah gambar sebenar
penembak Imam Fadi 2. Laungan
Ternakan tikus makmal
intifada iringi jenazah Dr Fadi 3.… hasilkan pendapatan
Sijil palsu: Lelaki Lubnan direman
lima hari 4. Lelaki berusia...

   

ARTIKEL LAIN
Undi anda penentu masa depan negara

PRU14 / 'MEREKA tidak kenal Dr. Mahathir!'

PRU14 / Jangan berlakonlah

http://www.utusan.com.my/rencana/dna-dan-asal-usul-melayu-1.163353 5/7
5/6/2018 DNA dan asal usul Melayu - Rencana - Utusan Online

BAHAYA ANCAMAN ZIONIS

Jom Audit /
Salah guna kuasa hati?
Dr. Muhaya Muhamad

Pedas Pedas Kari /


Jangan biar pembangkang 'meracuni' pengundi
Azman Anuar

Warung Rakyat /
Pusingan akhir kempen PRU-14
Zulke i Hamzah

PRU14 / Ah Chong janji ubah Seremban

Iklan

Berita Rencana Wilayah Hiburan Sukan Bisnes Pendidikan


Terkini Utama Johor Berita Bola Sepak Ekonomi Umum
Berita Bisik-bisik Kedah Selebriti Badminton Korporat Sekolah
Utama Cuit Kelantan Muzik Lumba Usahawan Kampus
Utusan Live Selak KL & Filem & Kereta Automotif Sastra
Nasional Kolumnis Putrajaya Drama Lumba Hartanah Agama

http://www.utusan.com.my/rencana/dna-dan-asal-usul-melayu-1.163353 6/7
5/6/2018 DNA dan asal usul Melayu - Rencana - Utusan Online

Politik Forum Melaka Rancangan Motorsikal Teknologi  


Parlimen Agama Negeri TV Basikal Saham & Sains &
Jenayah Blog Sembilan Seni & Golf Wang Teknologi
Mahkamah Sukan Pahang Budaya Hoki Sains
  Perak   lain-Lain Teknologi
Luar Negara Perlis Gaya Rencana Inovasi
Asean Pulau Hidup Sukan Gedjet
  Pinang Rekreasi Pertanian
Sabah Permotoran Alam
Sarawak Pelancongan Sekitar
Selangor Keluarga
Terengganu Kesihatan Video
Fesyen Terkini
Isu Semasa
Bisnes
Pemotoran
Gaya Hidup
Hiburan
Agama
Politik

Kumpulan Utusan
Kumpulan Utusan | Kosmo! | Tutor | Saji Online | disini.my |  MyBooks |  Job House |  Utusan
Karya
Jom Iklan | Mengenai Kami | Terma & Syarat Policy
WWW.UTUSAN.COM.MY © 1997-2017 UTUSAN MELAYU (M) BERHAD
No. 44, Jalan Utusan, Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

http://www.utusan.com.my/rencana/dna-dan-asal-usul-melayu-1.163353 7/7

You might also like