You are on page 1of 9

REKA BENTUK PENGAJARAN TOPIK 2

TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN

PENGENALAN
Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru itu tidak dapat mencapai
kompetensi dalam pengajaran. Semua guru yang melaksanakan tugas mereka dengan jujur
dan dengan penuh minat sentiasa merasakan perlunya mengetahui APA yang hendak dibuat
dan BAGAIMANA mereka merancang untuk melaksanakannya. Daya penarik,
pengetahuan, daya inspirasi, jenaka, hubungan mesra dan pengalaman bukan merupakan
pengganti kepada perancangan pengajaran yang berterusan dan berkesan (Prehn, 1980).

Sedutan di atas menggambarkan betapa pentingnya seseorang pengajar itu membuat


perancangan yang lengkap kerana dengan cara ini sahaja barulah terserlah kecemerlangan
pengajar tersebut. Bukan itu sahaja, perancangan yang lengkap juga mengelakkan pengajar
melakukan kesilapan. Menurut Hunter (1987), mengajar perkara-perkara yang tidak berguna
secara baik atau mengajar perkara-perkara yang penting secara buruk, merupakan kesilapan
dalam pendidikan. Dengan ini jelaslah bahawa pengetahuan tentang reka bentuk pengajaran
(RP) adalah sangat penting untuk dikuasai.

Dalam topik ini, kita akan membincangkan secara ringkas konsep reka bentuk pengajaran
dan kegunaannya kepada pengajar. Sebuah model RP, iaitu ASSURE akan dipaparkan secara
mendalam agar ia dapat memberi panduan kepada pengajar dalam merancang pengajaran
mereka.

OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menghuraikan konsep reka bentuk pengajaran;


2. menyenaraikan kepentingan reka bentuk pengajaran; dan
3. menghuraikan model ASSURE serta dapat mengaplikasikannya dalam pengajaran.

20 OUM
TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN

PETA MINDA TOPIK

TOPIK 2:
REKA BENTUK PENGAJARAN

Konsep Reka Bentuk


Pengajaran

Kegunaan Reka Bentuk


Pengajaran

Analisis Pelajar Model ASSURE

Nyatakan Objektif

Pilih Kaedah, Media dan


Bahan

Gunakan Media dan Bahan

Libatkan Pelajar

Nilai dan Semak

Menilai Kaedah dan Media

2.1 KONSEP REKA BENTUK PENGAJARAN


RP ini telah wujud lebih 40 tahun yang lalu dan pada mulanya ia digunakan untuk membangunkan
pelbagai jenis bahan pengajaran seperti bahan bercetak, pengajaran berbantukan komputer
dan pengajaran melalui televisyen. Pada masa ini terdapat lebih 40 model RP.

Apakah itu RP? Menurut Dick dan Reiser (1989), RP ialah suatu proses sistematik untuk
mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Richey (1986), pula
mendefinisikan RP sebagai sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci
untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh

OUM 21
REKA BENTUK PENGAJARAN TOPIK 2

memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran tidak kira kecil atau besar dalam sesuatu
mata pelajaran. Pada pendapatnya, RP itu mencakupi seluruh proses pengajaran, iaitu mereka
bentuk, membina, meliputi dan menguruskan pembelajaran.

Justeru, walaupun terdapat banyak model RP, tetapi keseluruhannya mengandungi enam
perkara asas yang merangkumi seluruh proses pengajaran, iaitu:
(a) menentukan keperluan pelajar;
(b) menentukan matlamat dan objektif;
(c) membina prosedur penilaian;
(d) mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian;
(e) mencuba sistem pengajaran; dan
(f) menilai keseluruhan sistem.

Namun, adalah salah sekiranya kita melihat RP sebagai bertujuan untuk merancang satu-
satu pelajaran sahaja. Terdapat RP yang berskala besar dan kecil. Gustafon (1991), telah
membahagikan model-model itu kepada tiga tumpuan iaitu:
• model berorientasikan bilik darjah;
• model berorientasikan produk; dan
• model berorientasikan sistem.

Model RP berorientasikan bilik darjah merupakan model RP berskala kecil yang tertumpu
kepada perancangan bagi satu masa pengajaran. Contoh model RP jenis ini ialah model
ASSURE dan Dick dan Reiser (1987).

Menurut Yusuf Hashim (1998), model RP yang berorientasikan bilik darjah tidak
menggalakkan guru membina bahan pengajaran, sekadar hanya memilih bahan sahaja.
Alasannya jelas; kerana ia menjimatkan masa. Namun, realiti masa kini menunjukkan jumlah
bahan pengajaran yang tersedia masih kecil, dan ini bermakna guru masih perlu
menyediakannya sendiri.

Model yang berorientasikan produk dan sistem pula melibatkan pembinaan bahan untuk
jangka panjang oleh satu pasukan reka bentuk pengajaran untuk sesuatu kursus yang besar
seperti kursus yang ditawarkan oleh pendidikan jarak jauh. Contoh model berorientasikan
produk adalah seperti Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990) dan contoh model
berorientasikan sistem ialah Dick dan Carey (1979), model Diamond (1989) dan model
Seels dan Glasgow (1998).

Bandingkan konsep reka bentuk pengajaran berdasarkan Dick dan Reiser


(1989) dengan Richey (1986).

Latihan 2.1
Apakah enam perkara asas yang merangkumi seluruh proses pengajaran
pada hari ini?

22 OUM
TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN

2.2 KEGUNAAN REKA BENTUK PENGAJARAN

Cuba anda fikirkan apakah tujuan reka bentuk pengajaran?

Selain daripada mewujudkan pengajar yang kompeten, tujuan utama RP adalah untuk
menghasilkan pengajaran yang berkesan. Menurut Dick dan Reiser (1989), pengajaran
yang berkesan membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang
diharapkan. Pengajaran berkesan juga digemari oleh para pelajar.

Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap juga membantu mewujudkan keyakinan,
kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membantu
pembinaan disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajarannya
dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan tidak bertindak kelam-kabut.

2.3 MODEL ASSURE


Model ASSURE digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982) dan ia bertujuan menyediakan
panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media.
Ia berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan bukan merangkumi
satu skop RP yang luas. Oleh itu, ia ditujukan kepada setiap pengajar.

Model ini telah mengalami perubahan dan yang terbaru ialah pada tahun 2002. Dalam modul
ini, perbincangan adalah berasaskan model ASSURE yang terbaru.

Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu:

A – Analyse learner (Analisis pelajar)


A – Analyse learner (Analisis pelajar)
S – State objective
S – State (Nyatakan
objective objektif)
(Nyatakan objektif)
S – Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan)
S – Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan)
U – Utilise mediamedia
U – Utilise and materials (Gunakan
and materials mediamedia
(Gunakan dan bahan)
dan bahan)
R – Require learner participation (Dorong penglibatan pelajar)
R – Require learner participation (Dorong penglibatan pelajar)
E – Evaluate and revise
E – Evaluate (Nilai(Nilai
and revise dan semak)
dan semak)

2.3.1 Analisis Pelajar

Jika sesuatu media hendak digunakan dengan berkesan, ia harus disesuaikan dengan ciri-
ciri pelajar, kandungan pelajaran, kaedah, media dan bahan pembelajaran itu sendiri.

Bagi ciri pelajar, tidak dinafikan kesukarannya untuk menganalisis semua ciri pelajar yang
ada, namun 3 perkara penting mungkin dapat dilakukan, iaitu:
• ciri-ciri umum;
• kompetensi khusus peringkat masuk (specific entry competencies); dan
• stail pembelajaran.

OUM 23
REKA BENTUK PENGAJARAN TOPIK 2

(a) Ciri-ciri umum merupakan deskripsi umum tentang umur, tahap/tingkatan, latar belakang
sosio-ekonomi dan sebagainya. Dengan mengetahui ciri-ciri ini, pengajar dapat
menjadikannya sebagai asas dalam pemilihan media dan bahan. Untuk mengetahui
ciri-ciri ini, guru haruslah meneliti rekod pelajar serta berinteraksi dengan pelajar secara
langsung. Melalui interaksi ini, dapat diketahui harapan, sikap dan latar belakang
mereka.
(b) Kompetensi khusus peringkat masuk berkait dengan pengetahuan dan kemahiran
sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Maklumat ini diperolehi
daripada ujian kemasukan dan juga interaksi bersama mereka. Aspek ini tidak boleh
diperkecilkan kerana kesannya sangat besar kepada pembelajaran pelajar. Misalnya,
dengan mengandaikan pelajar telah memahami sistem matrik, maka guru terus mengajar
cara menukar sistem British ke matrik. Andainya ada pelajar yang tidak memahami lagi
sistem matrik, sudah pasti mereka gagal mengikuti pelajaran itu. Tegasnya, guru tidak
harus mengandaikan semua pelajar mempunyai pengetahuan dan kemahiran sedia
ada yang sama.
(c) Stail pembelajaran merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan
bagaimana seseorang itu menanggap, berinteraksi dan bertindak balas dengan
persekitaran. Tegasnya, stail ini akan memberi kesan yang besar kepada pelajar ketika
mereka belajar melalui pelbagai kaedah dan media. Dunn dan Dunn (1992), telah
membina satu instrumen piawai mengukur stail pembelajaran dan persekitaran
pembelajaran yang digemari oleh setiap stail. Ia adalah antara instrumen yang terbaik
dan digunakan secara meluas di sekolah. Guru-guru yang merancang program
pembelajaran berdasarkan analisis daripada instrumen ini mendapati ia berjaya
meningkatkan pencapaian akademik, sikap dan disiplin pelajar.

2.3.2 Nyatakan Objektif

Dalam bahagian ini, objektif akan disentuh secara ringkas. Harus diingati bahawa objektif
pembelajaran bukan bertujuan menyekat pelajar untuk belajar, cuma ia merupakan tahap
yang minimum tentang apakah yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar daripada pengajaran
yang dijalankan.

Seperkara lagi, apa yang dipelajari itu bukan perkara lama, tetapi sesuatu yang baru kerana
pembelajaran itu sendiri bermakna perubahan atau pembaharuan. Ini bermakna, objektif
harus difokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk
dipelajari.

2.3.3 Pilih Kaedah, Media dan Bahan

Terdapat 3 langkah dalam pemilihan di sini:


• menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran;
• memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih; dan
• memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan.

24 OUM
TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN

(a) Memilih Kaedah


Agak tidak munasabah untuk mengandaikan hanya satu kaedah untuk digunakan dalam
satu pengajaran kerana terdapat beberapa peringkat dalam pengajaran yang memerlukan
beberapa kaedah yang berbeza. Mungkin untuk membuka minat pelajar, set induksi
dimulakan dengan kaedah simulasi, diikuti dengan kaedah demostrasi, latihan dan latih
tubi untuk mempelajari kemahiran yang baru.

Kaedah yang dipilih berkait rapat dengan objektif, kandungan pelajaran dan kumpulan
sasaran atau pelajar. Justeru, pemilihan kaedah perlu berteraskan aspek ini.
(b) Memilih Media
Pemilihan media dilihat dari dua aspek. Pertama, memilih media yang telah tersedia
dan kedua memilih format atau bentuk media yang belum ternyata mesej di dalamnya.
Bagi pemilihan format atau bentuk media, huraian lanjut diberikan dalam dalam Topik 3.
Dalam topik yang sama juga konsep media akan diperincikan.

Di sini, pemilihan media pengajaran yang tersedia akan diberikan tumpuan. Pemilihan
ini berasaskan kriteria yang tertentu, iaitu:
• sepadan dengan kurikulum;
• maklumat tepat dan terkini;
• bahasa yang jelas dan tepat;
• menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar;
• menggalakkan penglibatan pelajar;
• mempunyai teknikal kualiti yang baik;
• terdapat bukti keberkesanannya;
• bebas daripada bias; dan
• mempunyai buku panduan yang lengkap.

Media yang tersedia boleh diterokai melalui pelbagai sumber seperti agensi pendidikan
(Pusat Sumber Sekolah, Pusat Kegiatan Guru, Bahagian Teknologi Pendidikan), agensi
kerajaan, agensi swasta dan sebagainya.

(c) Mereka Bentuk Media


Andainya kita gagal untuk memilih media yang sesuai, adalah penting untuk kita
mengubahsuai media yang tersedia atau menyediakannya sendiri. Terdapat 7 perkara
yang perlu diambilkira:
(i) objektif;
(ii) pelajar;
(iii) kos;
(iv) kepakaran teknikal;
(v) peralatan;
(vi) fasiliti; dan
(vii) masa.

OUM 25
REKA BENTUK PENGAJARAN TOPIK 2

2.3.4 Gunakan Media dan Bahan

Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang amat kritikal kerana,
walau secanggih atau secantik manapun media yang dihasilkan, jika ia gagal digunakan
dengan baik, ia akan memberi kesan yang amat negatif kepada pembelajaran. Terdapat
lima langkah bagi penggunaan media yang baik:
(i) pribiu bahan;
(ii) sediakan bahan;
(iii) sediakan persekitaran;
(iv) sediakan pelajar; dan
(v) sediakan pengalaman pembelajaran.

2.3.5 Libatkan Pelajar

Untuk mempastikan bahawa proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam
aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan
sebagainya. Kegiatan pengukuhan, seperti pengukuhan serta merta, diberi selepas pelajar
memberi tindak balas yang betul.

2.3.6 Nilai dan Semak

Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan
penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Namun,
keputusan ini bukan diambil apabila semuanya telah berakhir. Ia berlaku sepanjang proses
pengajaran; iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Sebelum pengajaran, analisis
pelajar dilakukan untuk disesuaikan dengan kandungan, kaedah dan media yang digunakan.
Media juga perlu dinilai sebelum digunakan. Maka, penilaian diumpamakan sebagai cara untuk
menuju ke garis penamat daripada garis penamat itu sendiri.

Penilaian melibatkan aspek:


• menilai pencapaian pelajar;
• pembelajaran yang dihasilkan;
• menilai media dan kaedah;
• kualiti media;
• penggunaan guru; dan
• penggunaan murid.

26 OUM
TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN

Secara umum, pencapaian pelajar dibahagikan kepada tiga:


• prestasi pelajar berdasarkan rujukan kriteria;
• prestasi pelajar dalam aspek kemahiran; dan
• sikap pelajar.

Rujukan kriteria bermaksud penilaian pelajar berdasarkan suatu set objektif yang telah
ditentukan.

2.3.7 Menilai Kaedah dan Media

Kualiti media seringkali dilihat dari sudut sumbangannya terhadap pembelajaran. Terdapat
ciri-ciri yang telah ditetapkan dalam aspek ini, seperti berikut:
• Adakah media berkesan?
• Bolehkah ia dipertingkatkan?
• Adakah ia berguna?
• Adakah media membantu pelajar mencapai objektif?
• Adakah ia mencetuskan minat pelajar?
• Adakah ia menyediakan penglibatan pelajar yang bererti?

Selain senarai di atas, terdapat beberapa senarai lain yang juga elok dijadikan garis panduan
ketika menilai media, iaitu:
• amat kreatif dan berkaitan dengan isu yang menarik minat pelajar;
• menyokong pemikiran tinggi (Sokratik);
• memperkembang kemahiran berfikir;
• menyampai kandungan secara mendalam;
• meransang naluri ingin tahu pelajar;
• pelajar dapat melibatkan diri secara aktif;
• memboleh penerokaan isu secara mendalam;
• menghubungkait bidang pelajaran; dan
• meningkat nilai murni.

Selain daripada menggunakan soal selidik dan senarai semak, penilaian terhadap media
dan kaedah juga boleh dilakukan melalui:
• perbincangan dengan kelas;
• temubual dengan setiap individu; dan
• pemerhatian.

Semua penilaian yang disebutkan di atas melibatkan 2 peringkat iaitu:


• Penilaian Formatif.
• Penilaian Sumatif.

OUM 27
REKA BENTUK PENGAJARAN TOPIK 2

Latihan 2.2

Sediakan rancangan pengajaran berdasarkan model ASSURE.

RUMUSAN
Topik ini telah membincangkan tentang konsep reka bentuk pengajaran serta memperkenalkan
model ASSURE sebagai sebuah model RP yang sesuai untuk digunakan dalam situasi
pengajaran di bilik darjah yang memerlukan penggunaan media. Beberapa aspek seperti
penulisan objektif, kaedah dan penilaian diterangkan secara ringkas kerana perkara ini akan
dibincangkan dengan lebih lanjut seterusnya.

GLOSARI
Model ASSURE – Model ini bertujuan menyediakan panduan merancang dan
mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan
media.

Reka Bentuk Pengajaran – Reka bentuk pengajaran adalah sains yang mencipta
spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk
pembangunan, penilaian dan penyelenggaraan sesuatu
keadaan yang boleh memudahkan pengajaran.

UJIAN 1
Apakah yang dimaksudkan dengan reka bentuk pengajaran? Huraikan dua parkara asas
yang boleh dikaitkan dengan proses pengajaran.

UJIAN 2
Huraikan secara ringkas model ASSURE dan senaraikan langkah-langkah yang perlu diambil.

28 OUM

You might also like