You are on page 1of 1

Saya sangat setuju dengan pendapat anda mengenai pendidikan merupakan satu proses untuk

membentuk individu yang berakhlak mulia. Hal ini kerana, melalui pendidikan iaitu di sekolah
masyarakat dapat membentuk personaliti yang baik untuk membangunkan negara kerana kes
jenayah akan berkurangan. Selain itu, saya juga bersetuju dengan pendapat saudara mengenai
seseorang perlu berpendidikan tinggi untuk memajukan negara. Hal ini kerana, seseorang yang
berpendidikan tinggi berpeluang untuk mendapat pekerjaan dan mempunyai peluang yang besar
menjawat jawatan yang tinggi serta mencurahkan idea-idea yang kritis dan kreatif untuk memajukan
negara.

Saya juga berpendapat bahawa pendidikan juga amat penting dalam segi sosial untuk menghadapi
masyarakat yang majmuk. Hal ini kerana, masyarakat yang berbilang bangsa memerlukan kepada
nilai, akhlak dan etika. Ini adalah asas integrasi antara kaum kaum untuk membentuk perhubungan
yang sihat. Sebahagian masyarakat berpendapat bahawa pendidikan agama, moral dan sivik tidak
memainkan peranan dalam persaingan global untuk membangunkan negara. Sifat jujur, amanah dan
adil perlu ada dalam diri seseorang untuk membangunkan negara.

You might also like