You are on page 1of 3

Discuss the contributions of Islamic mathematics.

Ahli-ahli sejarah tidak mendapat kata sepakat tentang asal usul sistem angka kita sekarang. Apabila
membaca buku-buku sejarah matematik karangan sarjana-sarjana Barat, ia menampakkan
kecenderungan sarjana-sarjana tersebut untuk menonjolkan betapa sistem angka ini seratus peratus
diilhamkan dari India atau hasil daripada karya Barat. Sikap ini amatlah dikesali kerana fakta fakta yang
berikut adalah tidak benar secara keseluruhannya.

Zaman kegemilangan Islam telah melahirkan ramai cendekiawan Islam yang mahir dalam bidang
Matematik. Setiap di antara mereka mahir dalam bidang yang diceburi seperti algebra, geometri,
trigonometri dan banyak lagi. Antara cendikiawan Islam yang mahir dalam bidang matematik ialah Al-
Khwarizmi

Al-Khwarizmi dilahirkan pada tahun 770 di Khiva, Uzbekistan. Beliau merupakan ahli sains Islam
yang terulung dalam bidang matematik sehingga dinobatkan sebagai Bapa Algebra. Selain bidang
algebra, beliau juga pakar dalam bidang algoritma, kalkulus, astronomi dan geografi.

Antara sumbangan beliau dalam bidang matematik ialah beliau telah memperkenalkan sistem
nombor yang dikenali sebagai Sistem penomboran Arab dan India yang diguna pakai di seluruh dunia
hari ini. Selain itu, beliau juga telah membangunkan sistem algoritma yang merupakan asas kepada teori
pengaturacaraan computer serta teori geometri. Beliau juga mengembangkan dan memperkenalkan
sistem titik perpuluhan (decimal point) yang ada pada hari ini.

Di samping itu, Al-Khwarizmi juga telah memperkenalkan Sine, Cosine dan jadual trigonometri
yang kini sering digunakan dalam bidang matematik, seni bina, sains dan astronomi. Selain itu, beliau
juga antara orang yang pertama yang menyertakan angka sifar ‘0’ sebagai salah satu digit dalam sistem
nombor dan memberi nilai kepada angka ‘0’.(Muhammad, 2012).

Dalam bidang algebra, beliau telah menghasilkan buku terkenal bertajuk Al-Kitab Al-Muhtasar fi
hisaab al-jabr wa al-muqaabalah (Buku Keterangan Ringkas tentang Pengiraan menggunakan Al-Jabr
dan A-Muqaabalah: Penyempurnaan dan Penyimbangan). Buku ini menerangkan tentang penyelesaian
masalah kuadratik dan linear yang kini menjadi rujukan terkenal dan juga asas perkembangan ilmu
algebra.
Selain Khwarizmi, Omar al-Khayyam juga berkecimpung dalam bidang Matematik khusunya
algebra. Beliau dilahirkan pada tahun 1048 di Nishapur, ibu kota wilayah Khurasan. Antara sumbangan
Omar al-Khayyam dalam bidang ini ialah beliau merupakan orang yang pertama memperkenalkan
teorem binomial dan menentukan pekali binomial. Beliau telah memajukan pengembangan binomial
bagi kes apabila eksponen adalah integer positif. Selain itu, beliau juga telah mengelaskan banyak
persamaan algebra berdasarkan kerumitan masing-masing dan mengenal pasti 13 bentuk persamaan
kubus yang berbeza (Anawati, 1976).

Nasir al-Din al-Tusi juga merupakan ilmuan Islam yang pakar dalam bidang matematik
khususnya dalam bidang Non-Euclidean geometry. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1201 di Tous, Iran.
Nasir al-Din al-Tusi telah menghasilkan penulisan yang bertajuk “Risalah mengenai Sisi Empat” yang
kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis oleh Alexander pada tahun 1891. Dalam buku
ini, beliau telah membincangkan tentang satah dan trigonometri sfera (Muhammad, 2012).

Al-Battani dilahirkan pada tahun 850 di Harran, Turki. Beliau juga merupakan ilmuan Islam yang
terkenal dalam bidang astronomi dan matematik. Beliau dikenali sebagai Albetagnius oleh Barat. Dalam
kajian beliau mengenai astronomi, Al-Battani telah menggunakan kaedah trigonometri yang jauh lebih
maju daripada kaedah geometri yang digunakan oleh Claudius Ptolemy yang merupakan ahli matematik
dan astronomi Yunani. Selain itu, beliau juga telah memperkenalkan bahawa sistem solar mempunyai
365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 saat (Muhammad, 2012). Di samping itu, Al-Battani juga telah
memajukan sistem trigonometri secara sistematik dan melanjutkan ia kepada trigonometri sfera
(Kettani, 1976). Sistem ini sangat penting dalam bidang astronomi dan geografi yang mana membawa
kepada penghasilan peta yang lebih baik.

Kesimpulan
Secara keseluruhannya juga, para tokoh Islam adalah merupakan antara tokoh yang patut kita sanjungi
dan hormati.Segala hasil karya yang dihasilkan pastinya menepati dan berlandaskan syariah Islam di
mana adanya keberkatan dalam menimba ilmu.Sebaliknya, bagi kebanyakan ahli falsafah Barat itu
sebenarnya merupakan antara cetusan pemikiran yang kosong.Oleh yang demikian, tidak hairanlah
kebanyakan falsafah mereka hanya tampak benar dari kulitnya sahaja dan hal ini sangat berbeza jika
dibandingkan dengan hasil karya serta falsafah dari tokoh Islam kita sendiri.

You might also like