You are on page 1of 5

SMK RAWANG

PERTANDINGAN KAWAD KAKI


BADAN BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH

Anjuran Unit Kokurikulum


2018

Tarikh : 25 APRIL (Rabu )


Tempat : SMK. Rawang

1) Peserta mengambil tempat.

Pengumuman :
Perhatian kepada para peserta pertandingan Kawad Kaki
Badan Beruniform, anda diminta masuk ke dalam barisan mengikut platun masing-
masing di bawah lembayung kasih

BIL ATURCARA CATATAN

KETIBAAN TETAMU KEHORMAT

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat,


Yang Dihormati
En Mohd Saufi bin Shafie
Yang Di Pertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang,
diiringi oleh, Barisan Pentadbir sekolah, Ahli Ahli Jawatankuasa PIBG dan dif-
dif jemputan.
Hadirin mohon berdiri

NYANYIAN LAGU NEGARAKU, NEGERI SELANGOR, SEKOLAH

Hadirin mohon terus berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu NEGARAKU,


Hadirin dipersilakan duduk.

BACAAN DOA

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat,


memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat daripada-Nya. Untuk itu,
majlis mempersilakan saudara MUHAMMAD IKHMAL BIN ABU BAKAR bagi
memimpin bacaan doa.
Majlis mempersilakan.

5
AMIN, AMIN YA-RABBAL ‘ALAMIN……
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada MUHAMMAD IKHMAL atas
pimpinan bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis kita pada peatang ini
mendapat rahmat hingga ke penghujungnya.

Hadirin dipersilakan duduk..

1
6 UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS

Bismillahir Rahhman ni Rahmin….


Assalammualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa

Yang Dihormati
En Mohd Saufi bin Shafie
Yang Di Pertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang

Yang Berusaha
Pn Nor Zalina bt Abd Kadir
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang

Yang Dihormati
Pn Nooruslaini binti Mohd Nor ,Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang

Pn Hjh Norazian binti Osman


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Anita binti Tajuddin


Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Roszaina bt Rodzi


Penolong Kanan Petang

Pn. Marhaini binti Dasiron


Penolong Kanan Pendidikan Khas

Ahli Ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru, dif –dif jemputan, para ibubapa dan
seterusnya pelajar-pelajar sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah, kurnia serta keizinan-Nya
dapat kita berkumpul untuk Majlis Penutupan Pertandingan Kawad Kaki Unit-
unit beruniform Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang bg tahun 2018

7 PARA HADIRIN YANG DIHORMATI,


ATIE
KE PEKAN KUALA MEMBELI BINGKA
SAYANG PESANAN TERLUPA SUDAH
MAJLIS BERMULA TIRAI DIBUKA
DENGAN ALUNAN MADAH YANG INDAH

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada tetamu kehormat kita pada hari ini Yang Dihormati
En Mohd Saufi bin Shafie……kerana sudi hadir dalam majlis ini.

8 HADIRIN SEKALIAN
SAIF
Matlamat Pogram Pertandingan kawad kaki merupakan satu langkah dan usaha
unit Kokurikulum untuk mendedahkan dan memantapkan format kawad kaki
asas serta kawad kaki formasi kepada semua pasukan badan beruniform
sekolah ini.
2
Sementara itu objektif Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform pula ialah
(BACA BUKU PROGRAM-LUAR)
 Melahirkan pelajar yang mempunyai semangat kerjasama yang tinggi
dalam satu pasukan
 Mengcungkil bakat dan mengasah kemahiran kawad kaki di kalangan
anggota unit beruniform
 Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan mempunyai daya kepimpinan
yang baik

10 UCAPAN PERASMIAN
SAIF
Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

HARUM SEGAR KEMBANGNYA MELATI,


MAKIN TAK SABAR RASANYA HATI.

Kini sampailah kita ke acara yang dinanti-nantikan iaitu ucapan dan perasmian
Majlis penutup perkhemahan perdana dan kawad kaki Unit2 Beruniform 2018

Pihak majlis dengan penuh bangganya menjemput


Yang Dihormati En Mohd Saufi bin Shafie
Yang Di Pertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis penutup Pertandingan
kawad kaki Unit2 Beruniform Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang 2018.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, majlis diteruskan dengan upacara


penyampaian sijil dan hadiah bagi Pertandingan Kawad Kaki Unit-unit
Beruniform SMK. Rawang 2018

Sebelum itu, majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan


mempersilakan Puan Anita binti Tajuddin menjemput dan mengiringi En. Mohd
Saufi bin Shafie YDP PIBG SMK. Rawang untuk menyampaikan hadiah kepada
para pemenang….
Majlis mempersilakan

1. Untuk Kategori KETUA PLATUN WANITA TERBAIK…..anugerah telah

dimenangi oleh:……………………………………………………………………………………..

2. Untuk Kategori KETUA PLATUN LELAKI TERBAIK…..anugerah telah

dimenangi oleh:……………………………………………………………………………………..

3
seterusnya penyampaian hadiah bagi pertandingan

3. Kawad Kaki Unit Beruniform kategori WANITA

Tempat Ketiga: …………………………………………………………

Naib Johan : ………………………………………………..………..

Johan :…………………………………………….…………..

4. Kawad Kaki Unit Beruniform kategori LELAKI

Tempat Ketiga: ……………………………………………….…………

Naib Johan : ………………………………………………….………..

Johan :……………………………………………………….…..

JOHAN KESELURUHAN:……………………………………………….

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Sebagai tanda kenang-kenangan kasih mesra, majlis menjemput yang Berusaha


Puan Nooruslaini bt Mohd Nor, Penolong Kanan Pentadbiran SMK. Rawang
menyampaikan cenderamata kepada Yang Dihormati Encik Mohamad Saufi bin
Shafie. Dipersilakan

MAJLIS PENUTUP SAIF

Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekelian

Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah.


Semoga anugerah dan hadiah yang diperolehi dapat dijadikan pemangkin
untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang dalam bidang kokurikulum.
Mudah-mudahan kejayaan yang diraih akan menjadi sumber inspirasi kepada
pelajar-pelajar lain agar berusaha untuk meraih kecemerlangan. Kepada yang
kurang berjaya jangan putus asa, cuba lagi di pertandingan yang akan datang
10 jari dipohon andainya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis ini
berlangsung .

Wabilah hi taufik walhidayah


Wassalamualaikum …..w.b.t.

4
5

You might also like