You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMAISURI NUR ZAHIRAH

22200 BESUT, TERENGGANU

KERTAS KERJA

TERAPI BOWLING

DAN

WANG SAKU

TARIKH

23 APRIL 2018

ANJURAN:JAWATANKUASA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGASI


(PPKI)

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMAISURI NUR ZAHIRAH


1. MATLAMAT

Pemilihan Terapi Bowling bagi murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi


(PPKI) adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran
menjalani aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal yang lain. Di
samping dapat meningkatkan lagi perkembangan kemahiran motor kasar,motor halus
dan perkembangan kecerdasan fizikal mengikut keutamaan.

2. RASIONAL
1. Salah satu komponen dalam matapelajaran murid berkeperluan khas iaitu
terapi dan pendidikan sosial.
2. Memberi peluang kepada murid-murid merasai pengalaman bermain bowling
dan membeli di pasaraya Mydin Mall.
3. Memupuk semangat berdikari dan yakin diri dalam kalangan murid.
4. Memberi kesedaran kepada murid keperluan khas kepentingan sifat
bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti.
5. Memberi keseronokan kepada murid-murid PPKI

3. OBJEKTIF
Adalah menjadi harapan PPKI SKPNZ, selepas melakukan aktiviti terapi
bowling ini murid-murid keperluan khas akan dapat :-
1. Merasai pengalaman bermain bowling dan merupakan aktiviti terapi
anggota dan pemusatan pemikiran murid.
2. Merasai pengalaman membeli belah di Mydin Mall (mencari barang
keperluan, membayar di kaunter,dan mengira sendiri kewangan untuk
membeli belah.
3. Lebih berkeyakinan dalam melakukan aktiviti-aktiviti membeli belah ,dan
bermain bowling.
4. KUMPULAN SASARAN
3.1 Murid Pendidikan Khas SKPNZ - 25 Orang
3.2 Guru Pendidikan Khas - 10 Orang
3.3 Pembantu Pengurusan Murid - 04 Orang
Jumlah - 39 Orang

5. TARIKH
23 April 2018 (Rabu)

6. JANGKA MASA
7.00 pagi– 7.00 malam

7. TEMPAT

Pusat Bowling TER Kuala Ibai

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

(rujuk muka surat 5)

9. TENTATIF PROGRAM
(rujuk muka surat 6)
10. PENUTUP

Pihak kami menaruh harapan yang tinggi semoga program yang murni ini Berjaya
dilangsungkan dan mencapai matlamat serta objektifnya dalam melahirkan
individu khas yang cemerlang dan mampu bersaing dan berdikari selaras dengan
peralihan masa yang penuh cabaran dan dugaan yang menanti. Harapan yang
menggunung untuk melihat projek ini menjadi kenyataan dan segala pengisian
yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.

Disediakan oleh,

-----------------------------------------

Penyelaras Terapi Bowling PPKI,

SK. Permaisuri Nur Zahirah.

Disemak oleh,

-----------------------------------------

Penolong Kanan Pendidikan Khas,

SK. Permaisuri Nur Zahirah.

Kertas kerja ini diluluskan/tidak diluluskan oleh ;

-------------------------------------------

PN. HJH WAN KUNTOM BT WAN ABDULLAH

Guru Besar,

SK. Permaisuri Nur Zahirah.

You might also like